Tuesday, February 2, 2016

DIGUGUR ATAU BERSARA ? #PRN SARAWAK 2016

Desas desus penguguran dua veteran PBB untuk pilihanraya negeri akan datang semakin kuat..iaitu YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri dan wakil rakyat yang paling lama berkhidmat di Sarawak, Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Penguguran mereka akan memberi laluan kepada muka baru untuk bertanding di kawasan yang dikatakan sangat-sangat diidamkan oleh pembangkang, iaitu DUN Tupong dan DUN Layar. Datuk Daud telah menjadi wakil rakyat sejak tahun 1991 manakala Datuk Patinggi Jabu telah berkhidmat selama 9 penggal, iaitu 43 tahun sejak pertama kali memenangi pilihanraya dalam tahun 1973. Seorang lagi veteran yang pasti tidak bertanding ialah Tan Sri William Mawan Ikom, ADUN Pakan, Presiden TERAS yang memenangi kerusi PAKAN atas tiket SPDP. Beliau juga kini Ahli Parlimen Saratok ..dan jika benar CM Adenan tidak membenar Ahli Parlimen bertanding untuk kawasan DUN..pastinya Pakan akan mempunyai ADUN baru pada tahun 2016. Beberapa nama dalam PBB yang dikatakan tidak akan bertanding ialah Datuk Gramong Juna, ADUN Machan dan juga Datuk Ambrose Blikau, ADUN Katibas, selain ADUN Jemoreng, Abu Seman Jahwie. Dikhabarkan YB Abu Seman Jahwie hamper pasti tidak bertanding, manakala YB Datuk Gramong Juna dan YB Datuk Ambrose Blikau, masih aktif bergerak melawat kawasan masing-masing seolah-olah mereka tidak akan melepaskan jawatan dan kedudukan mereka dalam PRN Sarawak akan datang.

Dikhabarkan juga ada desakan-desakan akar umbi, terutamanya golongan pengundi muda inginkan perubahan di beberapa kawasan dalam PRN Sarawak akan datang dan antaranya ialah mereka memohon CM Adenan untuk menukarkan calon-calon veteran yang sudah terlalu lama menjadi ADUN di kawasan mereka seperti Katibas dan Machan. Mereka tidak nafikan kedua-dua ADUN sudah membawa kemajuan sedikit kepada kawasan mereka namun mereka berharap kedua-dua ADUN tersebut berundur dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda yang berupaya membawa kawasan mereka ke satu tahap yang lebih baik lagi. Dikhabarkan juga , jika kedua nya masih lagi dipertaruhkan sebagai calon mewakili BN, ada kemungkinan besar mereka akan dikalahkan oleh calon dari PKR dan SWP. PKR telah pun menamakan calon mereka di Machan iaitu George Chen Nguk Fa .. dan mereka benar-benar telah membuat persiapan rapi untuk menawan Machan. Malah PKR telah menyenaraikan 30 orang bakal-bakal calon mereka yang akan bertanding di seluruh negeri Sarawak. Melihat kepada senarai nama tersebut, mungkin ada yang ‘tidak khuatir’ kerana beberapa nama lama yang pernah tewas kepada BN kecuali Ali Biju. Siapa sangka YB Ali Biju boleh mengalahkan Datuk Peter Nyarok Entrie dalam PRN ke 10 .. maka jangan dipandang sebelah mata beberapa calon PKR yang akan berusaha menawan beberapa lagi kawasan dalam PRN ke 11 nanti. Justeru, parti pemerintah harus bersedia membuat beberapa keputusan yang tidak popular iaitu mengugurkan atau membersarakan beberapa nama besar dalam PRN akan datang untuk kepentingan parti dan negeri. Salute kepada YB Datuk Daud Abdul Rahman dan juga YB Datuk Joseph Mauh ak Ikeh yang dengan relanya melepaskan jawatan dan kedudukan mereka demi perjuangan yang lebih besar, iaitu kemenangan parti dan kesejahteraan negeri Sarawak. Dalam politik apa pun boleh berlaku, sepertimana di negeri Kedah..maka ahli-ahli BN Sarawak harus melihat situasi politik sedemikian tidak berlaku di Sarawak. Beberapa pemimpin dalam parti BN harus bersedia untuk berkorban demi negeri dan tidak hanya melihat dari sudut kepentingan diri semata-mata. Kenyataan CM Adenan mengenai ‘staking claims on certain areas’ amat jelas, iaitu jika kawasan tersebut lebih memihak kepada calon ADUN yang mereka suka, maka tiada parti boleh mengatakan kawasan itu milik mereka sekiranya mereka gagal mempertahankan kawasan itu daripada direbut oleh pihak lain. DAP, PKR, PAS, SWP dan berkemungkinan beberapa calon Bebas mampu memenangi kawasan-kawasan yang dianggap ‘kebal’ oleh penyandang BN..apatah lagi 11 kawasan baru yang menjadi rebutan dikalangan parti-parti politik, samada parti dalam komponen BN atau parti dalam pakatan rakyat / pakatan harapan. Malah Presiden PAS, Tok Guru Haji Hadi optimis, kali ini PAS akan dapat menawan sekurang-kurangnya satu kawasan dalam PRN Sarawak ke 11.

Maka, jika ada ADUN BN yang masih merasakan diri mereka ‘kebal’ dan sukar digugat di kawasan mereka, mereka perlu melihat semula strategi dan taktikal gerak kerja kempen pasukan mereka. Dunia hari ini adalah dunia yang cepat dan pantas, segala maklumat boleh disebar dan dicapai dalam kiraan saat .. meskipun di beberapa kawasan di Sarawak masih lagi tidak ditembusi oleh pancaran internet .. jika ada pun ramai yang mengeluh talian internet di Sarawak samada disedia oleh Maxis, Digi, Celcom, U-Mobile atau TM.. kadangkala pergerakan sang siput dikatakan lebih laju .. lantas terma ‘snailnet’ menjadi branding .. pun begitu..kaedah touch n go yang diamalkan oleh beberapa pihak sepatutnya tidak berlaku … kerana persepsi masyarakat terhadap kerajaan sudah jauh berubah …iaitu kerajaan tidak lagi dilihat sebagai satu-satunya sumber maklumat untuk rakyat .. agensi-agensi kerajan lebih banyak dilihat sebagai jentera parti politik ..dan bukan lagi jentera kerajaan yang berkecuali .. malah semakin ramai mencemuh dan melihat lawatan-lawatan dan juga agihan-agihan bantuan kepada rakyat hanya dilakukan semata-mata untuk meraih undid an sokongan rakyat sedangkan dalam tempoh empat tahun..amat sukar melihat beberapa individu atau agensi kerajaan datang menjenguk susah payah mereka .. malah nak bertemu dengan YB pun dikatakan perlu mengadakan ‘appointment’ melalui pegawai khas dan sebagainya ..Selain itu..rakyat pun sudah nampak ..beberapa janji dalam pilihan raya 2006 dan 2011, terutamanya dari kerajaan pusat .. masih ada lagi yang belum ditunaikan.. maka berhati-hatilah mengungkap janji-janji di musim yang amat sibuk ini ..musim semua orang dilihat sibuk ke hulu ke hilir .. mengusung pelbagai barang … mengadakan pelbagai program .. dan musim semua orang mengambil kesempatan ….


Yang sepatutnya berundur … berundurlah dengan terhormat ..jangan tunggu di arah untuk bersara atau dipaksa digugurkan … kerana ianya lebih sakit daripada berundur dengan kerelaan diri .. 

No comments:

Post a Comment