Wednesday, December 26, 2012

Persepsi Vs Realiti

Apa itu persepsi? Adakah ianya macam Pepsi? Ha ha ha..tidak sama sekali kerana persepsi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris perception yang bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran atau satu tanggapan..namun satu maksud yang amat menarik ialah daripada Oxford Dictionary iaitu the way in which something is regarded, understood or interpreted  (cara sesuatu itu dianggap, difahami dan ditafsirkan). 

Ramai dikalangan kita yang mempunyai persepsi yang amat menarik tentang diri kita sendiri sepertimana kucing dalam gambar di sebelah. Persepsi bahawa diri kita adalah yang terbaik, terhebat dikalangan rakan atau teman kita..hingga kita tak lupa untuk berpijak di bumi yang nyata. Contoh terbaik untuk dikaitkan dengan persepsi kucing ini ialah persepsi pemimpin-pemimpin dan orang-orang parti politik seperti PKR dan DAP. PKR dan DAP menganggap kronisme dalam parti adalah sesuatu yang amat jijik dan seringkali menuding jari kepada parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang dipersepsikan sebagai mengamalkan kronisme. PKR dan DAP promosi dan persepsikan parti mereka bersih daripada amalan kronisme untuk yakinkan rakyat. 

Andainya tiada berlaku amalan kronisme dalam PKR dan DAP..siapakah Nurul Izzah dan Dr.Azizah kepada Anwar Ibrahim? Adakah Dr.Azizah bukan isteri Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah bukan anak Anwar Ibrahim? Siapa Lim Guan Eng dan Betty Chew kepada Lim Kit Siang? Siapakah Govind Singh Deo kepada Karpal Singh? Secara realitinya DAP sudah mengamalkan kronisme sejak dulu lagi...dan PKR tidak mahu kalah dengan menjadikan parti itu parti anak beranak ..iaitu Anwar sebagai penasihat, Dr.Azizah sebagai Pengerusi dan Nurul Izzah sebagai Ahli Parlimen..dan andaikata Anwar menjadi Perdana Menteri..pastinya Nurul Izzah akan menjadi Menteri Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat manakala Dr.Azizah akan menjadi Menteri Pelancongan!.

Dalam DAP memang satu realiti suami isteri menjadi ahli Yang Berhormat..seperti Lim Guan Eng dan Betty Chew....dan kalau pakatan rakyat memerintah...keseluruhan keluarga Lim Kit Siang dan keluarga Karpal Singh akan menjadi Menteri Kabinet juga kerana amat sukar untuk DAP dan PKR tidak melantik kaum kerabat mereka sendiri berdasarkan situasi semasa. Malah terserlah ketamakan DAP apabila delegasi menolak usul (usul pura-pura) Karpal Singh untuk menghadkan satu calon satu kawasan. Kalau usul tersebut diterima ramai yang tak ingin menjadi YB sebab gaji tak cukup makan!. 

Itu persepsi mengenai kronisme yang dimainkan oleh DAP, PKR dan satu lagi persepsi yang ditanam oleh kaum kerabat DAP, PKR dan PAS ialah..ramai pemimpin BN terlalu lama menjadi pemimpin kerajaan!. Malah dulu mereka tuduh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir..pemimpin yang paling lama memerintah Malaysia...tapi kalau banding dengan Nik Aziz..lama lagi Nik Aziz..sebab Tun Mahathir pencen dah...Nik Aziz? tak pencen pencen lagi..malah masih nak bertanding lagi sebagai calon!. Sama juga dengan Lim Kit Siang..sejak tahun 1949..sampai sekarang..masih jadi ahli Parlimen...dan berapa lama lagikah Karpal Singh akan menjadi calon? Masyarakat di war-warkan pemimpin BN terlalu lama jadi pemimpin..tetapi secara realitinya..ramai lagi pemimpin DAP dan PAS yang sudah menjadi ahli Yang Berhormat berbanding beberapa pemimpin BN!.

Mudahnya masyarakat menerima persepsi yang dilontarkan oleh DAP, PKR dan PAS..hinggakan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (sekarang diambil alih oleh BN) jatuh ke tangan mereka. Tapi hari ini penduduk di tiga buah negeri merungut..tiap-tiap hari mengeluarkan pelbagai kenyataan tentang kesusahan yang mereka hadapi sejak pakatan rakyat memerintah. Persepsi atau realiti hanya mereka yang mengalaminya tahu betapa kehidupan di tiga buah negeri ini sudah berubah..khususnya untuk orang-orang Melayu..yang begitu mudah terpedaya dengan janji-janji manis...

Monday, December 17, 2012

Melayu Hanya Pengemis..

Tajuk muka depan NST 17 Diesember 2012 'Malay DAP leaders slam absence of Malays in CEC' dan Keluhan pemimpin Melayu DAP dalam Utusan Malaysia menceritakan watak sebenar sebuah parti politik yang sebelum ini melaungkan slogan 'Malaysian Malaysia' dan seringkali mendabik dada sebagai parti politik paling demokratik di Malaysia. Ternyata tindakan perwakilan menyingkirkan orang Melayu dalam Jawatankuasa Kerja Pusat menemplak segala kenyataan pemimpin tertinggi DAP selama ini.

Amat kasihan sekali kerana orang-orang Melayu dalam DAP tidak lebih sebagai gimik politik DAP untuk mempengaruhi sokongan orang Melayu terhadap parti tersebut. Malah pemimpin Melayu seperti  Zairil Khir Johari dan Dr.Ariffin S.M Omar ke Jawatankuasa Kerja Pusat adalah seperti 'pengemis' yang mengharap belas ihsan Setiausaha Agung DAP. Nasib kaum India dalam DAP lebih baik berbanding Melayu mungkin disebabkan Karpal Singh masih lagi menjadi Pengerusi DAP. Bayangkan jika Karpal Singh bukan lagi Pengerusi DAP, apakah kaum India dalam DAP akan mengalami nasib yang sama dengan kaum Melayu?

Pertambahan kerusi Parlimen dan DUN oleh DAP juga mencerminkan bertapa DAP ingin menjadi Kapitan dalam pakatan rakyat walaupun secara sinisnya Karpal Singh menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika pakatan rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti. Karpal Singh bijak bermain perangsaraf kerana sedar kehadiran Mustafa Ali daripada PAS dalam persidangan pasti akan memberi komen yang agak bertentangan. Komen Mustafa Ali jelas menunjukkan beliau tidak senang dengan sokongan yang dinyatakan oleh Karpal Singh kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri kerana PAS juga inginkan pemimpin mereka, Hadi Awang dijadikan Perdana Menteri Malaysia.

DAP tidak akan tunduk kepada sesiapa pun dalam pakatan rakyat walaupun pemimpin mereka menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kenapa mereka menyokong Anwar Ibrahim.? Sebabnya Karpal Singh tahu segala rahsia Anwar Ibrahim dan jika Anwar menjadi PM adalah mudah untuk DAP memanipulasi dan mempergunakan Anwar Ibrahim. Ketegasan DAP menentang dasar Islam amat jelas apabila membantah tindakan kerajaan PAS di Kelantan yang melarang wanita menggunting rambut lelaki. Kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz  iaitu ketiadaan calon Melayu bukti DAP parti cauvinis dan perkauman merujuk kepada kuasa Cina dalam DAP yang tidak akan memberi laluan Melayu menjadi pemimpin. Segala tindakan DAP selama ini di Pulau Pinang dan juga tindakan perwakilan sepatutnya membuka mata orang-orang Melayu dalam DAP bahawa mereka hanyalah melukut ditepi gantang yang hanya berguna apabila ingin mendapat undi orang-orang Melayu. Jika tidak mereka tiada apa-apa fungsi dalam parti selain menjadi tukang sorak tukang tepuk tangan dan menjadi barua.

Sehebat mana pun Anwar dan Hadi Awang berhujah mereka tetap tidak akan mampu mengalah kehebatan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dalam mempergunakan orang Melayu untuk mencapai matlamat mereka. Harus diingat Lim Kit Siang sudah  menjadi ahli parlimen sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj..iaitu dipilih dalam tahun 1969!. Sudah 43 tahun! Kalau nak bandingkan Anwar dan Hadi....

Tidak mustahil agenda ini sudah dimulakan sejak 43 tahun dahulu yang kini semakin dapat dijadikan satu realiti sekiranya pakatan rakyat mampu menguasai Putrajaya! Setiap perancangan itu sudah lama dirancang mungkin baru digerakkan dengan adanya orang-orang Melayu sendiri yang membantu untuk mencapai matlamat mereka. Kita bercakap tentang Anwar dan juga Hadi Awang..yang hanya menjadi boneka DAP..Anwar Ibrahim tidak mampu berkuasa sepenuhnya..begitu juga Hadi Awang...walaupun kedua-dua mereka menjadi PM dan TPM kerana kuasa sebenar adalah ditangan DAP.

Kalau  ingin menjadi pengemis di bumi sendiri..silakan..kerana setelah kuasa terlepas jangan diharap ianya akan dapat digenggam semula.Kalau masih buta..silakan..gadaikan segalanya demi satu perubahan..jangan nanti menangis dengan nada sesal..seperti yang dialami orang-orang di Selangor..di Kelantan, Kedah dan juga Pulau Pinang.Setiap hari mengeluh merintih..tetapi siapakah yang mengundi dan melantik mereka? 

Tuesday, December 11, 2012

Ketua, Pemimpin dan Organisasi

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Kepimpinan atau Leadership ialah aktiviti mengetuai sekumpulan manusia atau sesebuah organisasi dengan keupayaan untuk melakukan perkara-perkara berikut :- 
a) mempunyai visi yang jelas ; b) berkongsi visi dengan orang lain untuk mencapai matlamat ; c) menyediakan maklumat, pengetahuan dan cara untuk mencapai matlamat ; d) menyelaras dan mengimbangi percanggahan kepentingan daripada semua ahli dan pihak yang berkepentingan (sumber rujukan : Business Dictionary.Com). 

Maka dalam konteks ini seorang pemimpin yang memimpin sekumpulan manusia atau sesebuah organisasi itu   berupaya melaksanakan amanah atau tugas yang dipertanggungjawabkan dengan memberi pertimbangan semua hal yang berkaitan dengan ahli-ahli yang dipimpin nya. Apakah tindakan yang dikatakan adil dan saksama ? Menurut Kamus Dewan adil dan saksama bermaksud tidak berat sebelah, tidak berperasangka, bertimbang rasa dan tidak bersikap pilih kasih. Justeru seorang pemimpin atau ketua yang dikatakan adil dan saksama harus mempertimbangkan segala pilihan yang ada sebelum membuat sesuatu keputusan agar tidak dipengaruhi emosi, tidak dipengaruhi unsur-unsur luaran dan tidak sesekali prejudis. Maksud prejudis ialah perasaan atau pendapat yang tidak berasas terhadap sesuatu.

Pun begitu realiti dalam apa jua keputusan, sukar sekali mendapat keputusan yang dikatakan adil dan saksama kerana seringkali ianya dipengaruhi oleh sikap prejudis pemimpin yang membuat keputusan. Contohnya seseorang itu dipindahkan atas alasan tidak menjalankan tugas dengan baik kerana dikatakan mempunyai masalah sikap. Pernah kah pihak pengurusan mengambil tahu apa masalah yang dihadapi oleh pegawai berkenaan? Adakah pegawai tersebut pernah dipanggil untuk menjelaskan kenapa beliau bersikap sedemikian? Apakah tindakan-tindakan yang telah di ambil oleh pengurusan untuk memperbetulkan masalah yang dihadapinya? Pernahkah pegawai tersebut diberi kaunseling? Akhirnya pegawai tersebut dicop sebagai pegawai yang bermasalah dan stigma ini akan kekal di bawa oleh pegawai berkenaan ke mana sahaja..tanpa ada tindakan corrective diambil bagi mengetahui punca pegawai tersebut bermasalah. Inilah yang dikatakan sikap prejudis yang akan mempengaruhi setiap pergerakan serta tindakan pegawai berkenaan.

Sikap prejudis kedua ialah seorang pegawai diLABELkan keras kepala dan pembangkang dalam pejabat kerana bersuara lantang mempersoalkan tindakan-tindakan pengurusan dalam membuat sesuatu keputusan. Tindakan labelling ini oleh sesetengah pihak pengurusan adalah untuk mempengaruhi orang lain dengan harapan pegawai tersebut tidak dinaikkan pangkat atau pun diberi apa-apa penanugerahan atau pengiktirafan. Label seorang pegawai yang suka membangkang akan terus kekal bersama pegawai tersebut hingga menyukarkan dirinya untuk bergaul dengan rakan sejawat yang terpengaruh.Tindakan ini juga akan memberi peluang kepada anak emas atau blue eyed boy pemimpin tersebut untuk naik pangkat walaupun lebih berbelas tahun junior dari pegawai berkenaan.

Satu lagi sikap prejudis yang terburuk ialah prejudis terhadap etnik, kaum dan agama. Ada sesetengah pemimpin dalam organisasi fobia jika ada kaum minoriti menjadi lebih menonjol dan berwibawa berbanding kaumnya. Justeru pemimpin berkenaan akan berusaha mengeluarkan pegawai tersebut supaya tidak menjadi ancaman kepada kedudukan beliau dalam struktur organisasi. 

Kejayaan sesebuah organisasi mencapai matlamat bergantung kepada keupayaan pemimpin untuk menggunakan kepimpinan nya memimpin sekumpulan manusia. Seorang pemimpin yang baik tidak perlu takut kepada kewibawaan seorang dua anak buahnya..malah beliau patut berbangga kerana mampu mendidik dan membimbing mereka menjadi aset dan teras kepada organisasi. Seorang ketua atau pemimpin yang berwibawa akan memberi pertimbangan kepada kebajikan pegawai-pegawainya kerana sekumpulan manusia yang merasa gembira bekerja ana memberi komitmen yang tinggi dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat. Manakala sekumpulan manusia yang tidak gembira, sedih atau marah akan memburukkan situasi organisasi apabila mereka melaksanakan tugas mereka ala kadar dan tidak mahu berusaha daripada apa yang diperlukan.

Seorang pemimpin yang yakin dengan dirinya berani mengambil keputusan yang tidak popular demi kebaikan organisasi tetapi pemimpin yang takut dengan bayang-bayang sendiri akan membuat keputusan yang akan menjaga kedudukan dirinya dalam organisasi. Maka dengan demikian segala keputusan yang diambilnya akan menyusahkan sebahagian besar kumpulan manusia yang dipimpinnya. Dia tahu dirinya tak popular..tetapi bagi dirinya lebih baik mendekatkan diri dengan kuasa di atas (top management) daripada memikirkan tentang kebajikan orang-orang yang dipimpin nya. Tindakan-tindakan nya lebih banyak memberi kesengsaraan dan penderitaan kepada orang lain. 




Friday, December 7, 2012

Kuasa dan Pemimpin

Kuasa seringkali didefinisi sebagai keupayaan untuk mempengaruhi tingkahlaku orang lain tanpa rintangan atau tidak. Autoriti dikaitkan dengan kuasa  yang diterima oleh masyarakat sejagat. Kuasa boleh bersifat jahat atau tidak adil tetapi perlaksanaan kuasa diterima perkara biasa ke atas manusia yang bersifat sosial

Pemimpin adalah seseorang yang mampu mempengaruhi sekumpulan manusia untuk mencapai matlamat atau seseorang yang memegang jawatan atau  berkedudukan tinggi dalam organisasi yang mampu mengawal atau mempengaruhi orang lain.Kalau nak bercerita tentang pemimpin dan juga kepimpinan sememangnya banyak buku rujukan yang boleh digunapakai oleh mana-mana individu yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin samada pemimpin politik, pemimpin persatuan mahu pun pemimpin dalam organisasi.

Dua perkara di atas, iaitu Kuasa dan Pemimpin sukar dipisahkan kerana kedua-duanya berjalan seiring. Seorang pemimpin perlu kuasa untuk berkuasa dan kuasa perlu ada pada seorang pemimpin untuk memimpin sesebuah ogranisasi. Kuasa tiada makna jika tidak ada pemimpin dan menjadi seorang pemimpin tidak bermakna jika tiada kuasa untuk melaksanakan segala dasar dan peraturan-peraturan dalam organisasi. Maka jika ada pemimpin, adalah kuasa. Pun begitu, sebenarnya kuasa memimpin tidak semestinya ada terletak ditangan seorang pemimpin atasan semata-mata kerana seseorang individu yang berkedudukan di tengah-tengah organisasi boleh berkuasa untuk memimpin bagi mencapai matlamat organisasi, menurut buku 360 Degree Leader, tulisan John.C Maxwell.

Keluhan dan rintihan anggota bawahan terhadap kepimpinan organisasi banyak kali didengar dan antara yang sering diperkatakan ialah ketidakperihatinan pemimpin terhadap kebajikan anggota. Ada juga yang mengatakan pemimpin menyalahguna kuasa dan menunjukkan kuasa mereka kepada anggota-anggota yang dianggap tidak sebulu atau tidak geng dengan pemimpin, iaitu tidak sealiran pandangan dan pendapat. Ada juga dikalangan anggota yang seolah-olah dipinggirkan kerana berpandangan ultra serta sering memberi pandangan yang dianggap mencabar kewibawaan kepimpinan organisasi. 



Jika benarlah perkara sebegini masih berlaku dalam sesebuah organisasi maka tidak layak bagi pemimpin itu terus memimpin organisasi tersebut kerana lambat laun segala tindakan-tindakan yang dilakukan nya akan membawa kepada kemerosotan prestasi organisasi secara keseluruhan. Pegawai dan staff lambat laun akan menolak untuk melakukan kerja dengan lebih baik dan dalam diam akan berusaha mensabotajkan segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. Ini boleh berlaku kerana seorang pemimpin memerlukan sekumpulan manusia untuk dipimpin dan sekumpulan manusia inilah yang akan melaksanakan segala arahan dan tugas bagi mencapai matlamat organisasi. Pemimpin tidak boleh menggunakan kuasa veto atau kuasa ugutan kerana secara prinsipnya seorang pemimpin adalah role model, seorang pembimbing, seorang penasihat, seorang pendidik yang akan membentuk serta mengawal hala tuju organisasi. 

Teringat satu ketika dulu, seorang Ketua Jabatan pernah memberitahu saya 'I am the boss so i have every right to do what i want in this office and you remember it as long as you are working under me' dan betapa saya ingat hingga ke hari ini sebagai satu peringatan kepada diri supaya tidak bertindak sedemikian sekiranya saya ditakdirkan memimpin sebuah organisasi satu hari nanti. Mungkin perkara ini masih di amalkan di organisasi berkenaan kerana maklumat yang diterima daripada rakan-rakan, segala tindakan yang dilakukan tidak mencerminkan pengurusan dan pentadbiran yang bersifat perihatin kepada kebajikan anggota. Saya sering tertanya-tanya apakah mereka lupa satu hari nanti mereka akan berpencen dan jawatan yang mereka sandang pada hari ini tidak akan dibawa bersama. Apakah mereka lupa bahawa apabila sudah berpencen nanti mereka juga seperti orang lain..menjadi orang awam yang tidak mempunyai jawatan dan pengaruh lagi? 

Saya juga teringat bagaimana seorang Ketua Jabatan tidak dilayan oleh bekas anggota organisasi apabila beliau melawat organisasi tersebut di Sarawak satu ketika dulu kerana anggota-anggota masih lagi terkenang bagaimana tindak tanduk beliau semasa beliau berkuasa. Semua anggota keluar dari pejabat apabila melihat beliau melangkah masuk kerana tidak mahu melayan beliau. Kesian. Sampai sekarang beliau tidak lagi berani menjenguk pejabat tersebut. Semuanya gara-gara sikap ketegasan yang keterlaluan dan sikap pilih bulu apabila melakukan beberapa tindakan seperti soal transfer dan kebajikan. Saya pernah bertanya kepada beliau semasa beliau masih menjawat jawatan Pengarah, kenapa seorang pegawai lelaki itu tidak boleh menangguh transfer beliau manakala seorang staff wanita boleh pulak menangguh untuk transfer walaupun staff tersebut masih bujang, walhal pegawai lelaki tadi ada urusan keluarga untuk diselesaikan? Jawapan beliau cukup klasik. 'Aku yang berkuasa dan aku yang menentukan boleh atau tidak boleh seseorang itu menangguhkan urusan transfer..ikut suka aku dan you have no business dalam perkara ini'. Baguskan jawapan itu..dan ini berlaku 15 tahun lalu. 

Sifat kepimpinan yang baik, berdasarkan apa yang saya baca dan berdasarkan apa yang saya di ajar dalam kursus-kursus ialah pemimpin perlu mempunyai kemahiran mendengar selain kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran untuk memotivasikan warga kerja organisasi mencapai matlamat prestasi yang tinggi. Tidak dinafikan seorang pemimpin perlu tegas dalam setiap keputusan, tetapi biarlah ketegasan itu bertempat. Saya hormati orang yang tegas dan berhemah tetapi amat membenci pemimpin yang suka serkap jarang dan membuat keputusan membuta tuli. Apa yang berlaku di sebuah organisasi di Sarawak ialah seringkali keputusan dibuat berdasarkan emosi dan cakap-cakap orang sekeliling hingga pemimpin kabur dengan masalah sebenar yang dihadapi oleh anggota. Berilah peluang anggota menjelaskan perkara sebenar sebelum tindakan dilakukan. Jangan kerana nak tunjuk kuasa,  anggota di aniaya hingga menjejaskan kualiti hidup mereka. Harus diingat bahawa jika kualiti hidup anggota terjejas, prestasi kerja juga terjejas. Apabila emosi warga kerja terganggu kerana tekanan hidup, segala kerja-kerja di jabatan juga terganggu. Ingatlah tidak selamanya kita menjadi seorang Ketua Jabatan dan tidak selamanya kita berkuasa. Sedarlah bahawa jawatan yang kita pegang itu satu amanah yang dipertanggungjawabkan untuk kita laksanakan dengan adil dan saksama. Hidup ini umpama roda..jika hari ini kita melakukan sesuatu yang buruk ke atas orang lain..satu hari nanti orang akan melakukan perkara yang sama, samada terhadap kita atau pun kepada anak cucu kita.






Tuesday, December 4, 2012

Gajet Dalam Kehidupan Masyarakat Moden

'Life's a cinch with gadgets' tulisan Fazleena Aziz dan 'Gadgets may be useful but know when to put them away' oleh Vijenthin Nair dalam TheStar, 1 Disember 2012 menceritakan betapa gajet-gajet moden ini mengubah kehidupan masyarakat. 

'for me, a day without my Blackberry would be horrible experience because my whole world has somehow been compressed into the smartphone' kata Fazleena Aziz manakala Vijenthin Nair pula mengatakan 'many people have become very attached to their mobiles smartphone that being just a couple of metres apart makes them uncomfortable' menjelaskan betapa gajet-gajet moden bukan lagi satu barang kemewahan (luxury items) tetapi sebaliknya satu keperluan asas dalam kehidupan masyarakat moden yang hidup dalam dunia yang pantas.

Gajet seperti Blackberry, Apple iPad, Samsung Tab, Samsung Galaxy smartphone dan bermacam-macam lagi jenama yang mampu dimiliki oleh masyarakat menyebabkan kehidupan keluarga semakin sunyi. Bayangkan sebuah keluarga di bandaraya, yang mempunyai seorang ayah dan seorang ibu yang bekerja dengan empat orang anak yang sudah dewasa duduk di meja makan, masing-masing mempunyai gajet pintar di letakkan di atas meja makan. Apa akan berlaku? Masing-masing sibuk dengan gajet masing-masing..nak update status di facebook, ada yang twitting, tengok emel atau sedang tunggu message. Makan masih semeja tetapi komunikasi antara keluarga..sudah hilang..maka hubungan keluarga hanya duduk semeja..bukan lagi berbincang tentang apa yang berlaku pada hari tersebut..dan sebab itulah hubungan kekeluargaan dikalangan masyarakat bandar semakin kronik. Berbanding sebelum wujudnya gajet-gajet pintar ini..suasana makan malam lebih meriah dengan gelak ketawa dan gurau senda antara ibu bapa dan anak-anak. 

Sama juga hubungan antara kawan-kawan hari ini yang banyak tertumpu kepada updating status. Gelak ketawa dan gurau senda hanya berlaku pada minit awal pertemuan hingga 20 minit..dan selepas itu senyap kerana masing-masing melayan gajet-gajet pintar ini. Malah semakin ramai yang suka duduk bersendirian melayan kawan-kawan alam maya (virtual friends) melalui friendster, facebook dan apa jua laman media sosial yang semakin berkembang. Micheal Moore dari Bournemouth, UK menulis dalam blog TED Conversation 'they have allowed us to get stuck in routines and take our work home with us after already working all day. Perhaps being too connected is hindering our lives rather than making them easier, and what about happiness?' memperkukuhkan pandangan saya bahawa gajet-gajet pintar ini telah mengambilalih sebahagian besar kehidupan kita.

Takrifan kawan ialah seseorang yang dikenali, suka dan percaya tetapi bolehkah friends di facebook dianggap kawan sedangkan kita sendiri belum pernah berjumpa? Adakah istilah friends di facebook sebagai kenalan atau kawan? Pada pandangan saya istilah yang paling sesuai ialah acquaintances atau kenalan kerana ada dikalangan mereka ini langsung tidak dikenali..hanya pada nama (itu pun kalau tak guna nama samaran) dan ada yang tak ada gambar (kalau ada gambar orang lain atau gambar lain). Boleh kah kita percaya sepenuhnya pada acquaintances ini?. Semua terpulang kepada individu masing-masing namun yang jelas gajet-gajet pintar ini telah menghubungi kita dengan ribuan acquaintances ini melalui laman media sosial yang terdapat di alam maya.

Sememangnya di akui gajet-gajet pintar ini telah memudahkan kehidupan kita seperti kata Fazleena, they allow us to stay update and make life easier namun the wide usage of smartphones has also caused a decline in the quality of human interaction, the use of body language and facial expression, kata Vijenthin Nair.Kalau kita amati juga bahasa-bahasa yang kita gunakan seharian sudah mula berubah kerana banyak dipenuhi dengan slanga dan short form. Daripada penggunaan dalam message..bahasa-bahasa slanga dan short form seperti you= u, are= r , where = whr, how=hw, (whr r u?, hw r u?). Semuanya mempengaruhi cara penulisan bagi sesetengah individu yang banyak bermesej dan mempengaruhi cara kita hari ini dalam mengekspresikan perasaan. 

Urusan perbankan juga sudah boleh menggunakan gajet-gajet pintar ini dan mengurangkan fungsi manusia di institusi perbankan. Memang ianya memudahkan walaupun banyak risiko terutamanya urusan boleh di intercept oleh kumpulan penjenayah siber yang sentiasa mengambil peluang kepada kelalaian manusia itu sendiri. Malah urusan seperti mendapat maklumat mengenai saman, memperbaharui cukai jalan dan sebagainya menjadikan manusia lebih bergantung kepada gajet-gajet pintar ini. Akhirnya manusia semakin malas kerana semuanya berada dihujung jari. 





Thursday, November 29, 2012

Peribahasa Melayu Dalam Dunia Moden

'Kalau kail panjang sejengkal, laut dalam jangan diduga' ..merupakan antara bidalan, simpulan, peribahasa atau pun pepatah Melayu lama yang masih lagi digunapakai dalam kehidupan masyarakat Melayu.Maksud peribahasa di atas tadi ialah jika pengetahuan hanya sedikit sahaja jangan lah hendak melawan orang-orang yang banyak pengetahuannya. Sejujurnya peribahasa ini tidak lagi relevan kerana tidak semua orang yang banyak pengetahuan itu betul kerana dari segi ilmu pengetahuan setiap diri kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Peribahasa ini sesuai untuk orang zaman dahulu disebabkan ilmu persilatan yang tinggi sememangnya sukar untuk ditewaskan oleh seseorang yang baru sahaja tamat ilmu persilatan. 

Peribahasa biar putih tulang jangan putih mata pula bermaksud lebih baik mati daripada tidak mendapat apa-apa yang diidam. Apakah peribahasa ini yang membakar semangat juang parti keadilan rakyat dan Anwar Ibrahim? Jika kita analisa secara rambang parti keadilan rakyat bermati-matian mempertahankan pemimpin agung mereka walaupun pelbagai kontroversi menimpa..dan begitu juga Anwar Ibrahim yang tidak putus berjuang untuk mencapai matlamat dirinya menjadi Perdana Menteri Malaysia..sehingga sanggup memohon bantuan negara luar campurtangan dalam urusan negara. Setelah mencapai matlamat adakah berlaku satu kemungkinan menang sorak kampung tergadai yang membawa maksud walau pun menang dan memerintah kuasa pemerintahan berada ditangan pihak lain, iaitu menjadi puppet atau boneka kepada kuasa yang lebih besar. Kesesuaian peribahasa ini dalam dunia moden sukar dipisahkan kerana semakin maju kehidupan manusia, semakin banyak perkara yang tidak masuk akal dilakukan oleh manusia.

'Kuman diseberang laut nampak, gajah didepan mata tak nampak' membawa pengertian kesalahan orang lain  biar pun kecil nampak, tetapi kesalahan diri sendiri walau sebesar gajah tidak disedari amat relevan dikaitkan dengan sikap sesetengah pemimpin samada pemimpin politik, pemimpin persatuan ataupun pemimpin organisasi samada kerajaan maupun swasta yang begitu gemar mencari kesalahan orang bawahan walaupun sekecil mana tetapi tidak menyedari atau sengaja tidak memperdulikan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri yang lebih serius dan lebih besar. Jika diamati secara rambang ramai pengikut atau pun orang bawahan sebenarnya tidak menghormati pemimpin-pemimpin sebegini tetapi terpaksa memberi hormat kerana kuasa serta kedudukan mereka. Nak tahu mereka hormat secara paksa atau tidak lihat reaksi mereka semasa pemimpin tersebut dipindahkan, ditukar ataupun berpencen. Jika ramai yang tidak hadir semasa majlis perpisahan bermakna pemimpin tersebut tidak dihormati secara sukarela mungkin kerana bersikap seperti peribahasa yang diperkatakan. Hormat sebenarnya tidak boleh dipaksa atau diminta kerana hormat akan datang kepada seseorang itu jika dia menghormati orang lain. 

Bagaikan kacang lupakan kulit selalunya dikaitan dengan sikap seseorang yang mudah melupakan asal usul mereka ataupun sikap seseorang yang melupakan budi orang lain terhadap dirinya. Peribahasa ini juga dikaitkan dengan cerita Si Tanggang yang  malu mengakui ibunya yang miskin apabila sudah menjadi kaya raya. Dalam masyarakat moden banyak manusia bagaikan kacang lupakan kulit apabila sudah merasa senang, hidup mewah dan selesa.Antara contoh terbaik ialah kakitangan perkhidmatan awam yang seolah-olah lupa diri kenapa mereka mencari pekerjaan dan siapa memberikan mereka kerja untuk menyara hidup diri mereka dan juga keluarga mereka. Ada sebahagian daripada penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan yang memberi mereka gaji dan kehidupan. Malah mereka sanggup dipergunakan oleh orang-orang yang berkepentingan dalam politik untuk memburuk-buruk kerajaan. Ramai juga apabila sudah bekerja lama berani mengugut dan melawan arahan pentadbiran..sedangkan satu ketika dulu semasa memohon kerja berjanji akan menurut arahan dan perintah serta menandatangani Aku Janji. Perkara ini berlaku bukan hanya kepada penjawat awam yang berpangkat rendah malah berlaku dikalangan pegawai dalam kategori Pengurusan dan Profesional juga.

Selalunya orang yang bercakap banyak tetapi tidak melakukan apa-apa kerja atau tiada ilmu pengetahuan dalam pejabat, kita umpamakan sebagai Tong Kosong disebabkan tong kosong memang bunyi kuat jika dipukul berbanding tong yang berisi. Samalah juga dengan peribahasa 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia lagi lebih' dikaitkan dengan orang yang sering memburukkan orang lain, mengeji atau menuduh orang lain bermacam-macam walhal sebenarnya diri nya sendiri  lagi teruk atau buruk perangai. Kedua-dua peribahasa ini pun boleh dikaitkan dengan penjawat awam dalam mana-mana organisasi. Banyak spesis penjawat awam dalam kedua-dua kategori ini yang hanya pandai mengampu dan membodek bos tetapi tidak boleh melaksanakan tugas.

Pengaruh, pangkat atau kedudukan seseorang tidak akan tercalar atau tercemar walaupun menjalankan tugas-tugas yang lebih rendah daripada tanggungjawabnya bolehkah kita samakan dengan peribahasa ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya? Sesungguhnya ramai dikalangan pegawai kerajaan berpangkat sederhana tinggi merasa malu untuk mengangkat meja dan kerusi kerana beranggapan ianya tugas budak pejabat ataupun anggota sokongan. Jika ada event biasanya mereka menjadi pemerhati atau mandor tanpa menghulur bantuan kepada anggota sokongan mengatur meja dan kerusi. Cuba anda perhatikan dalam apa jua majlis..pasti yang bermandi peluh ialah anggota bawahan namun pernahkah mereka ini diberi penghargaan atau terima kasih oleh pihak atasan?

Akhir sekali..peribahasa intan disangka kaca membawa erti seseorang yang benar-benar berkemampuan melaksanakan tugas dianggap tidak berguna dan berjasa kepada organisasi. Penilaian sebegini sering berlaku kerana seseorang itu tidak pandai mengampu atau membodek sehingga segala kerja dan usahanya tidak diiktiraf oleh ketua dan organisasi. Namun apabila individu itu dikeluarkan daripada organisasi barulah nampak bahawasanya intan yang disangka kaca adalah permata sebenar sedangkan individu yang disangkakan intan selama ini hanya sebentuk kaca yang berkilau kilau.

Tuesday, November 27, 2012

Budaya Fitnah : Satu Trend Di Malaysia

Slander (fitnah) menurut definisi wikipedia ialah 'making false and damaging statement about someone'  atau pun satu pembohongan tanpa ada kebenaran. Antara tujuan fitnah ialah untuk menjatuhkan maruah diri atau reputasi seseorang. Ini senjata utama kepada mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan.

Budaya memfitnah seolah-olah  menjadi satu norma dalam masyarakat Malaysia...sebati dalam kehidupan..Malah dengan kemajuan teknologi terkini fitnah seperti perkara biasa. Tiap saat ada sahaja fitnah dilemparkan dalam dunia siber..melalui laman media sosial seperti facebook, blog, twitter dan juga youtube tanpa ada perasaan bersalah (the feeling of guilt) oleh penulis atau si perekacipta fitnah. Apabila fitnah tersebut dibiarkan tidak dijawab..maka si perekaciptanya akan mengukuhkan taburan fitnah itu..dengan berbagai dokumen yang diketahui palsu supaya ianya terus mempengaruhi minda pembaca untuk menerima fitnah tersebut sebagai perkara yang benar. 

Peperangan dunia siber mencetuskan trend fitnah memfitnah dan amat sukar bagi penguatkuasa undang-undang untuk mengambil tindakan yang segera..kerana kadang-kadang pelakunya sukar dikenalpasti dengan adanya pelbagai perisian yang mampu menutupi jejak pelaku dari dikesan oleh pihak berkuasa. Ianya ditambah dengan pelbagai birokrasi undang-undang siber yang rumit hingga banyak pelaku bebas melakukan pelbagai fitnah dan juga provokasi. 

Soalnya bukan siapa memulakan budaya memfitnah tetapi kenapa perlu untuk menabur fitnah dalam perebutan kuasa politik? Seandainya orang-orang pakatan rakyat yang memulakan budaya fitnah melalui dunia siber..kenapa perlu orang-orang barisan nasional nak turut bermain rentak yang sama? Kenapa barisan nasional perlu menari mengikut rentak yang dimainkan oleh pakatan rakyat? Jika begitu apa bezanya moral pakatan rakyat dengan moral barisan nasional? Istilah 'two can play the same game' tidak boleh diaplikasikan dalam peperangan minda kerana ianya boleh mencetuskan kekeliruan rakyat..siapa sebenarnya yang bercakap benar? 

Penyalahgunaan media sosial seperti facebook, twitter, blog dan juga youtube oleh askar-askar siber kedua-dua pihak sama seperti penyalahgunaan dadah oleh penagih dadah ..iaitu walaupun sering diberi amaran dan ada tindakan-tindakan yang diambil..penyalahgunaan tetap akan berlaku..walau apa tindakan sekali pun. Justeru bagaimana harus kita membendung berlakunya sebaran dan taburan fitnah yang berleluasa di dunia siber yag luas? Antara pendekatan yang perlu ialah setiap pemilik wi-fi, broadband serta telefon pintar yang berpengkalan di Malaysia harus mendaftar di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia agar pemiliknya dapat dipantau dan diselaraskan. Mungkin bunyinya agak draconian tindakan tersebut namun ia dijangka boleh mengurangkan fitnah-fitnah yang merosakkan reputasi seseorang individu.






Wednesday, November 21, 2012

Orang Islam Lemah

Awas!!..the Joker is here in Asia!!..beliau sedang bercengkerama dan berdrama di hadapan pemimpin ASEAN dengan senyuman nya..."United States President, Barack Obama, in Cambodia for the Asean Summit, has promised a solutin to the worsening Gaza crisis, according to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak" ..NST, 21 November 2012. Amat sukar nak percaya kata-kata tersebut kerana semasa pertemuan dengan pemimpin Kemboja..Obama dengan tegas menyatakan sokongan nya kepada rejim Zionis dan mengatakan "the Israelis government have every right to defend its people from the Hamas raid" . Siapa yang menyerang ? Amat jelas rejim zionis yang menyerang dan yang bertahan dan menjadi mangsa ialah penduduk Gaza. Inilah pemimpin agung Amerika Syarikat yang dikatakan Islam friendly? Amat melucukan apabila memikirkan sejak Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat..tiga kerajaan negara Islam tumbang..dalam peristiwa digelar..the Arab Spring Uprising. 
Pernahkah mana-mana Presiden Amerika Syarikat sebelum ini menyokong negara Islam? Samada Presiden Amerika Syarikat daripada Republican atau Democrat..matlamat dan dasar mereka tetap sama..iaitu untuk menawan dan menjajah negara lain dengan apa cara pun..dan menjadi polis dunia!!. Mereka kecam negara Islam yang tidak mengiktiraf rejim Israel dan menganggap agama Islam sebagai punca keganasan!. Iran dianggap musuh kerana Iran berupaya mengancam keselamatan Israel..malah jika Malaysia mempunyai keupayaan menghancurkan Israel..berkemungkinan besar..Amerika Syarikat akan memusuhi Malaysia sepertimana tindakan-tindakan yang dilakukan mereka ke atas negara Iran!.

Strategi Obama menjadi apabila mampu melemahkan negara Islam dan memecahbelahkan mereka dengan tumbang nya pemimpin Mesir, Hosni Mubarak dan juga Muammar Gaddafi dari Libya. Kini usaha Amerika Syarikat ialah untuk menjatuhkan kepimpinan Assad di Syria kerana negara Syria juga ancaman kepada rejim Zionis. Negara-negara  Arab yang lain..seperti Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu, Qatar dan Kuwait  yang kaya raya tidak akan memberi bantuan ketenteraan kepada pejuang Hamas di Gaza kerana bimbang segala harta mereka di Amerika Syarikat akan dibekukan. Pemimpin-pemimpin Arab sudah dikaburi dengan kemewahan hingga mereka hanya mampu bermesyuarat..kemudian menghantar resolusi..supaya kekejaman Zionis dihentikan!.Tidak dinafikan mereka akan menyuarakan ketidakpuasan hati..dan menghantar bantuan makanan...kerana itu sahaja kemampuan mereka!.

Lemahnya orang-orang Islam kerana sikap orang Islam sendiri yang suka berpuak-puak dan berpecah belah kerana perbezaan ideologi. Tak perlu tengok keluar negara..nampak di dalam negara betapa sesama orang Islam sanggup mendoakan kemusnahan orang pemimpin Islam lain..sanggup memfitnah..serta menuduh orang Islam lain tidak seIslam kumpulan mereka hanya kerana perbezaan ideologi politik. Ketamakan orang Islam untuk berkuasa menyebabkan mereka menjadi buta...untuk berbaik-baik sesama orang Islam. Sebab itulah orang-orang Islam begitu mudah diperbodohkan..begitu mudah dibuli..begitu mudah diperhambakan oleh kaum lain. Peliknya orang Islam Malaysia nie..sanggup pertahankan orang bukan Islam..yang mengutuk dan menghina agama sendiri..demi kuasa..hingga terlupa bahawa maruah dirinya sudah dipijak pijak dan ditertawakan oleh sekutunya nya sendiri..

Palestin tidak akan bebas..tidak akan aman dan tidak akan menjadi sebuah negara berdaulat seandainya Liga Arab sendiri tidak mempunyai kuasa..tidak berpengaruh dan masih takut serta tunduk kepada kuasa Amerika Syarikat!. Orang-orang palestin akan terus menderita beratus tahun lagi..selagi negara-negara Arab tidak mampu bersatu dan tidak mampu menentang kerakusan rejim zionis! Sama juga kita di Malaysia..bahawa Melayu tidak mampu bersatu selagi pemimpin mereka masih rakus dan tamak untuk berkuasa. Orang Islam di Malaysia akan terus dikelirukan oleh perjuangan golongan yang sanggup menggadaikan maruah agama sendiri..demi kekuasaan yang diimpikan... 

Maka Awas! Awas!..jangan salahkan orang asing jika Malaysia suatu hari nanti ..kembali dijajah secara fizikal kerana ketika ini pun kita masih dijajah dari segi budaya..cara kehidupan dan juga ekonomi..

Sunday, November 18, 2012

Zionis Vs Islam ..Melayu lwn Melayu

Kesian..memang kesian..bumi Palestin sekali lagi dimandikan dengan darah...warga Palestin di Gaza terus menjadi mangsa kerakusan rejim zionis..yang disokong oleh Presiden Amerika Syarikat! Bumi Palestin..akan terus dimandikan dengan darah warga Palestin...selagi tiada satu kuasa di dunia berani bertindak terhadap kekejaman rejim zionis! Nak harapkan Liga Arab? Tak payah la..Amerika Syarikat sergah sikit jer..pemimpin liga Arab akan kecut! Kalau liga Arab ada keberanian..mungkin rejim Zionis tak la berani sangat dari dulu...sebenarnya..Liga Arab boleh berhentikan ekspot minyak ke Amerika dan negara-negara Eropah..yang menyokong Israel...tapi kerna takut tidak ada duit..pak arab semua kecut pelir nak lawan Israel....semua pemimpin Arab tu bergantung sepenuhnya kepada Amerika Syarikat!!..

Itula senario dan nasib orang-orang Palestin..yang hanya mampu melawan rejim zionis dengan membaling batu..lepas tu minta kesian kat dunia luar...yang hanya mampu membuat demonstrasi dan juga bercakap di Pertubungan Bangsa Bersatu..yang juga di kawal oleh Amerika Syarikat!...namun nasib orang Melayu Malaysia lagi la malang! Malang kerana orang Melayu Malaysia yang beragama Islam..mendoakan kehancuran orang Melayu Islam lain..semata-mata kerana nak kuasa politik!. Itu senario di Malaysia yang jauh aman damai dari bumi Palestin! Kerana politik...kerana kuasa...orang Melayu Islam..sembahyang hajat..mendoakan kehancuran satu lagi kumpulan orang Melayu Islam...hebatnya politik orang Malaysia!!

Kalau la..orang Melayu Islam Malaysia...bersatu..sembahyang hajat...mendoakan kehancuran rejim Zionis...alangkah hebatnya orang Malaysia! Malaysia mengetuai sembahyang hajat..orang Islam seluruh dunia..mendoakan kemusnahan Israel..alangkah hebatnya Malaysia!..tapi sayang seribu kali sayang...pemimpin politik di Malaysia tidak melihat isu Palestin sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia pemain antarabangsa yang hebat! Yang kita mampu buat..menghantar surat bantahan..atau buat demonstrasi aman atau paling koman pun..hantar bantuan makanan kepada penduduk Gaza....yang bukan hanya inginkan makanan tetapi keamanan!

Melayu lawan Melayu di Malaysia..yang untungnya sapa? Apabila Melayu PKR dan Melayu PAS bersatu..atas platform politik...untuk menumbangkan Melayu BN..maka bertepuk tanganlah orang-orang bukan Melayu..dan juga bangsa asing yang ingin melihat Malaysia..tersungkur..dan menjadi hamba. Itulah yang terjadi kepada Mesir, Tunisia dan Libya..apabila orang Arab begitu mudah terpengaruh dengan 'change'..atau revolusi...malahan dunia Arab yang dilimpahi dengan kekayaan dari hasil bumi...tidak mampu menentang akau mengekang kekejaman sebuah kerajaan kecil seperi Israel! Malaysia juga akan menjadi seperti beberapa negara Arab...macam lembu dicucuk hidungnya oleh kuasa besar..kerana Melayu sudah tidak lagi bersatu...

Melayu hari ini sudah terbahagi kepada tiga puak..errr..maaf empat puak!! setiap puak nak perjuangkan kepentingan masing-masing..dengan ideologi masing-masing...dan juga agenda masing-masing! Perpecahan orang Melayu..mungkin akhirnya...menidakkan kata-kata Dato Laksamana Hang Tuah ' tidak Melayu hilang di dunia' ...kerana pastinya Melayu akan hilang pengaruh dan kuasa politiknya apabila Melayu tidak bersatu..Melayu akan hilang identitinya..Melayu akan hilang maruahnya...

Melayu akan menjadi hamba di bumi sendiri...


Monday, November 12, 2012

Politik Dalam Pejabat

Ramai bercakap pasal politik...terutamanya bila nak dekat pilihan raya umum..tapi ramai kakitangan awam dan juga swasta sentiasa berpolitik...politik dalam pejabat...office politics tak pernah ada noktahnya..selagi ada perasaan iri hati, perasaan hasad dengki..perasaan cemburu...

Ramai orang menjadi mangsa kepada office politics nie..orang-orang yang tidak berdosa..orang-orang yang komited bekerja dan tidak tahu erti nak nak mengampu..!! Kaki mengampu di pejabat..banyak sebenarnya..yang terdiri dari golongan manusia yang merasakan diri mereka tahu segala-galanya...pandai buat itu dan pandai buat ini...tetapi hanya secara teori...cakap-cakap sahaja...untuk menunjuk-nunjuk...tetapi bila tanggungjawab dan tugas sudah diserahkan...satu apa pun tak mampu dilaksanakan. Golongan inilah yang paling kuat mengampu bos..paling kuat berhasad dengki dan paling kuat cemburu bila tengok orang lain berjaya. Golongan inilah yang akan berusaha..untuk menyebarkan pelbagai fitnah..memburukkan orang lain..supaya mereka nampak baik di mata bos!! Golongan ini kalau tengok orang naik pangkat...mula nak mencemuh tuduh orang itu mengampu lah..dan sebagainya..tapi bila dia naik pangkat..dengan megah mengatakan itulah hasil usaha dan kebijaksanaan dirinya... golongan ini hanya berani bercakap di belakang..kalau berdepan...manusia lidah bercabang ini akan bercakap lebih manis daripada gula...kerana dalam diri mereka ada perasaan takut yang amat sangat..untuk berhadapan dengan kenyataan.

Kaki mengumpat, kaki mengeji nie...biasanya suka tengok orang lain susah..dan menyusahkan orang lain...kerana kebanyakkan kerja mereka  orang lain yang buat..mereka hanya pandai berlagak sahaja. Bila orang dah buat..boleh komen plak tu!...lagi satu golongan ini suka benar mencari kesalahan orang lain..untuk di highlight depan bos..supaya bos nampak salah orang lain...dan tak nampak keslahan yang mereka buat..cuba perhati dalam mesyuarat..pasti ada sorang kaki komen kerja orang lain...bila bab dia..orang komen.dia mengamuk..mempertahankan habis-habisan...

Orang kaki mengampu...nie satuja aku tabik..tak reti nak malu...atau memang sudah dilahirkan tidak ada perasaan malu dalam diri mereka. Kalau buat salah pun..mereka buat muka lima sen jer..buat bodo..atau pun memang mereka nie bodo..atau tak tahu bahasa!. yang paling tak best office politics nie..bila bos pun sama terlibat..dua kali lima...suka buat keputusan melulu..tak nak pikir panjang..terus marahkan orang lain..tanpa usul periksa. Kadang-kadang keputusan dibuat berat sebelah..bila orang nak buat penjelasan..disuruh tutup mulut...hemmmm..dan senario beginilah yang banyak berlaku di pejabat..tak kira pejabat awam atau swasta! Maka kalau ada bos macam nie..golongan kaki mengampu akan berkuasa dan berleluasa..sebab golongan ini memang bijak dan pandai memanipulasikan keadaan serta situasi semasa..

Orang yang kuat berpolitik dalam pejabat..biasanya nak memperkukuhkan kedudukan mereka supaya mudah naik pangkat..disukai oleh bos...walau pun bos tahu dia tak tahu buat kerja..tetapi kerana dia pandai bodek...boleh cari yang 'mengembirakan' hati bos...no problem..sebab kerja dia orang lain boleh buat.. Orang naik pangkat..dia pun naik juga..sebab...rahsia bos dia dah pegang....he he he...kalau dia tak suka pada seseorang..contohnya seseorang itu satu ancaman kepada kerjaya nya..dia akan buat sesuatu supaya orang itu dipindahkan...lepas tu tunjuk muka simpati...inilah permainan dalam office politics. Persoalan nya sejauhmana kedudukan orang yang suka membuat kacau kepada orang lain boleh kekal? Apabila sudah tiada tempat untuk mengampu lagi...baru lah nampak ..kelemahan-kelemahan golongan kaki office politics..dan kaki mengampu nie.

Kalau nak naik pangkat..naik lah..tiada orang menghalang..tetapi jangan pijak kepala orang lain. Kalau nak berbaik dengan bos...berbaik lah..belanja lah bos..tapi jangan sesekali memburukkan orang lain..jangan sesekali mengatakan perihal orang lain...dan jangan sesekali aniaya orang lain demi nak menjaga kepentingan diri sendiri dalam jabatan!.

Malaysia Semakin Membangun dan Maju?

Tun Dr. Mahathir mengimpikan Wawasan 2020 akan menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020    dan kini hanya tinggal lapan tahun lagi..ke arah itu..walaupun sebenarnya ..Malaysia sudah begitu maju..

Mungkin ramai tak percaya bila aku kata Malaysia sudah begitu maju...sebab ramai tahu masih banyak lagi kawasan yang tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap seperti..kemudahan air bersih, bekalan elektrik 24 jam dan juga jalan raya..sebenarnya aku nak kata kita sudah maju dari segi sikap kita..dan cara hidup masyarakat kita yang sudah jauh berubah..

Malaysia sudah membangun dan maju dari segi sikap biadap dan kurang ajar ..terutamanya kepada ibu bapa dan juga guru..sebab itu lah semakin banyak rumah kebajikan orang-orang tua dibina..kerana semakin ramai ibu bapa ditinggalkan anak-anak di rumah orang-orang tua dalam abad ini. Itu ibu bapa yang dianggap bertuah kerana di hantar anak-anak ke rumah orang tua...bagaimana pula ibu bapa yang ditinggalkan begitu sahaja tanpa dipedulikan oleh anak? Malah ada kes ibu bapa ditinggalkan di tepi jalan..sahaja. Nak salahkan siapa? Anak-anak? Sebenarnya anak-anak tidak bersalah kerana anak-anak mencontohi tauladan yang diajar oleh ibu bapa itu sendiri. Semasa mereka masih kecil, ibu bapa menghantar mereka ke rumah asuhan atau ke rumah penjaga kanak-kanak..atau mengupah amah untuk menjaga mereka..semua makan minum, pakai..diuruskan oleh penjaga rumah asuhan atau amah. Itulah kehidupan mereka seharian, rutin hidup yang mereka jalani sehingga mereka mampu berdikari. Alasan ibu bapa..mereka mencari nafkah..mencari rezeki..terpaksa bekerja kuat untuk kehidupan yang selesa..dan tiada masa untuk menjaga makan minum, pakai..serta membesarkan mereka.. tidak dinafikan mereka beri kasih sayang sepenuhnya..apa sahaja anak mereka minta..semua dapat...jadi..bila anak-anak dah besar dan ada kerja dan keluarga sendiri...mereka pun tak ada masa nak jaga mak bapak mereka..mereka pun nak cari rezeki..kerja kuat..untuk hidup selesa dan senang...dan mereka cukup sayang dengan mak bapak mereka sebab itu mereka (mak bapak) dihantar ke rumah orang-orang tua agar dapat dijaga dengan baik dari segi pakaian dan juga makan minum. Adil kan?

Kurang ajar dan biadap kepada guru? Sudah menjadi norma dalam kehidupan masyarakat hari ini. Dalam tahun 60an..jika seorang murid dirotan oleh gurunya kerana tidak membuat kerja rumah...emak bapak akan tambah lagi hukuman bila sampai di rumah...tapi dunia hari ini..sungguh berbeza...jika perkara itu berlaku hari ini..guru tersebut mungkin disaman oleh mak bapak murid berkenaan atau pasti mendapat balasan daripada murid berkenaan..kenapa semua ini berlaku? Murid sekolah atau pelajar..biadap dan kurang ajar kerana maka bapak sendiri yang terlalu manjakan anak-anak mereka...hinggakan orang lain nak mendidik pun payah. Betul kan?

Budaya sopan santun dah dianggap kolot pada zaman ini!. Tengok la dalam kampung-kampung Melayu..mana-mana ada anak-anak, remaja atau belia yang nak minta izin..membongkok..masa nak lalu di hadapan orang yang lebih tua! Kalau buat macam tu..harus kena gelak..kerana kita sudah membangun dan maju..hingga tak terlarat nak mendidik atau mengajar anak erti kesopanan ..erti kesantunan.atau cara menghormati orang yang lebih tua..terutamanya dalam majlis keraian...kita dah majukan? Sebab itu jugalah tiada segan silu bagi anak-anal lelaki untuk membawa teman wanita nya balik rumah atau anak perempuan membawa teman lelaki balik rumah...kan? sudah menjadi satu trend atau satu budaya hidup...anak-anak membawa girlfren aau boyfren dalam majlis-majlis keluarga..seolah-olah jadi satu kebanggaan pulak kepada ibu bapa zaman ini... kalau ini berlaku pada zaman dulu...aku pasti anak-anak tersebut sudah kena hukum. Salah siapa? Semuanya kerana kita nak maju..kita nak membangun hingga terlupa mendidik anak-anak kita ketertiban dalam masyarakat..konon nya keluarga yang moden..konon nya keluarga yang berpelajaran..konon nya keluarga yang berfikiran terbuka...semua nak buka...kan? Jangan salahkan anak-anak...salahkan diri kita sebagai mak bapak dan juga masyarakat yang sudah lupa untuk menegur!.

Orang Malaysia juga sudah maju...maju dari segi membuat fitnah dan juga membangun dari segi berjaya memecahbelahkan orang Melayu. Dulu nak dengar orang politik Melayu memburuk atau mengaibkan orang Melayu..sukar..tetapi..hari ini tiap hari..pasti ada pemimpin politik Melayu memburuk dan mengaibkan lawan politik mereka..melalui apa sahaja saluran...tidak mustahil orang-orang Melayu..bukan sahaja hilang agama mereka..tetapi juga akan hilang identiti diri mereka...kerana perpecahan dikalangan orang Melayu sudah begitu kronik...maka jangan salahkan bangsa lain jika orang Melayu sekali lagi akan menjadi hamba di bumi sendiri..jangan salahkan orang lain jika Melayu terus dijajah ..dari segi minda dan ekonomi...jangan salahkan bangsa lain..jika Melayu mengemis di bumi sendiri...kerana demi kemajuan..demi pembangunan..Melayu sudah hilang fokus..sudah hilang matlamat semata-mata untuk berkuasa..Melayu UMNO, Melayu PKR dan Melayu PAS sudah tidak mampu duduk semeja membincangkan agenda Melayu...kerana setiap satu mempunyai kepentingan politik masing-masing!. Jadi salah siapa jika Malaysia tergadai ke tangan kuasa asing!





Friday, November 9, 2012

US dah abis pilihanraya..kita bila nak mula?

Obama dah menang pilihan raya Presiden..mengalahkan Mitt Romney. Dalam ucapan nya Romney mengucapkan tahniah kepada Obama kerana berjaya mengekalkan jawatan presiden. Malah beliau mengaku rakyat Amerika membuat keputusan yang tepat dan berharap rakyat akan meneruskan kehidupan masing-masing untuk kejayaan Amerika Syarikat. Itulah kematangan dalam politik yang ditonjolkan oleh orang-orang Amerika Syarikat kepada seluruh dunia yang terpaku beberapa minggu menunggu keputusan pilihan raya presiden yang dikatakan paling sengit dalam sejarah dunia.

Di Malaysia cerita-cerita dan desas desus pilihan raya tahun lepas dah bunyi gendang..sampai lah nak habis 2012 nie...berbagai-bagai spekulasi..bermacam-macam tarikh dikemukakan..pilihan raya tak juga berlaku... kehulu kehilir..ahli-ahli politik melobi..berkempen...tonjolkan diri supaya nampak bekerja untuk rakyat..nak tunjuk kat PM..mereka masih relevan...teruk penjawat awam dibelasah oleh ahli-ahli politik ..semata-mata nak mengurus pelbagai program dan majlis..putting up roadshows to show their commitment and to please the public..to indicate their willingness to work for the people.. bukan dikalangan ahli politik kerajaan.sahaja.termasuk juga pembangkang.. pelbagai isu di rencanakan utnuk di putarkan ...pelbagai masalah di kemukakan sebagai bukti penyelasaian..semua perkara menjadi isu politik...termasuk la karenah anak-anak ahli-ahli politik...menjadi bahan-bahan untuk ceramah...

Semua pihak nak tonjolkan mereka yang benar..mereka yang terbaik...dan sebagai ahli politik itulah cara kehidupan mereka untuk terus survive dalam dunia yang penuh onak duri. Terbaru cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk satu calon satu kerusi (one candidate, one seat) ditentang oleh ahli majlis DAP ..kerana ianya akan merugikan mereka. .amat jelas bahawa setiap calon DAP akan mempunyai dua kerusi, iaitu seorang calon DAP boleh menjadi YB Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri...agar dapat gaji lebih besar..kalau setakat jadi ahli DUN atau Parlimen sahaja mana cukup..belanja besar... mungkin ganjaran itulah yang mendorong ahli-ahli DAP berebut-rebut untuk menjadi ahli YB...fuuuhhhh..gaji sampai RM40 ribu ..sapa tak nak kan? 

Tentang kematangan politik tadi..kalau di Malaysia...memang sukar la nak dengar mana-mana parti politik nak ucap tahniah kepada pihak lawan yang menang. Nak cari kesalahan lagi la banyak...contohnya pakatan rakyat tak akan ucap tahniah pada barisan nasional kerana menang dan berjaya bentuk kerajaan..tetapi cari jalan nak tumbangkan kerajaan dengan mengajak ahli-ahli barisan nasional untuk melompat parti supaya mereka boleh tubuh kerajaan. Begitu juga dengan barisan nasional di negeri-negeri yang kalah...modus operandi sama sahaja..

Paling teruk kumpulan pakatan rakyat yang kalah terus menerus berpolitik dan mempolitikkan apa sahaja untuk memburukkan barisan nasional dan pemimpin politik..menanam kebencian dalam hati rakyat kepada kerajaan...dengan harapan untuk menumbangkan kerajaan sepertimana berlaku yang berlaku kepada Mesir, Tunisia dan juga Libya. Lebih memburukkan keadaan ialah penyertaan NGO's untuk merosakkan nama negara di luar negara..dan memberitahu kepada dunia luar tentang keburukan kerajaan Malaysia dengan harapan negara terbabit akan campurtangan untuk menumbangkan pemimpin kerajaan yang dilantik oleh rakyat. Taktik kotor sebegini tidak pernah berlaku di Amerika Syarikat..dalam pilihan raya Presiden mereka..malah kumpulan yang tidak setuju dengan Obama sekalipun tidak akan sanggup menggadaikan maruah dan mengkhianati Amerika Syarikat. 

Lain pula di negara kita...pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin-pemimpin NGO's yang tidak sehaluan dengan kerajaan akan berusaha keras untuk memburukkan nama baik pemimpin negara serta dasar kerajaan..sanggup mengkhianati bangsa dan agama sendiri demi untuk mendapatkan kuasa..mereka sangup melobi negara-negara yang dianggap kuasa dunia..supaya membenci kerajaan pimpinan lawan yang telah dipilih rakyat..alangkah malangnya Malaysia..kerana masih ada ahli politik yang rakus berpolitik hingga sanggup mengorbankan maruah negara sendiri demi kuasa. Pemimpin-pemimpin politik pembangkang sanggup mengajak orang luar campurtangan dasar negara...malah tidak segan silu membawa diplomat asing untuk turut sama berdemontrasi menentang kerajaan yang didaulatkan oleh rakyat. Demi kuasa juga ada pemimpin politik sanggup gadaikan agama sendiri...

Maka kemana hala tuju Malaysia jika ada pemimpin-pemimpin yang tidak henti berpolitik ...senadainya mereka menang nanti..adakah mereka akan memberi tumpuan kepada soal pembangunan negara, pembangunan ekonomi..atau berusaha mencari salah pemimpin terdahulu dengan hasrat untuk membalas dendam kesumat yang terpendam sejak sekian lama? Apakah segala sumber kerajaan nanti dihabiskan untuk mencari keadilan semata-mata demi mencapai matlamat peribadi atau dihabiskan untuk kemajuan negara?


Monday, November 5, 2012

Debat Orang, Debat Kita

Bila tengok Obama dan Romney berdebat memang hebat cara mereka menyampaikan mesej kepada masyarakat. Walau pun ada sindiran tetapi tidaklah sehebat ahli politik kita di Malaysia. Bukan nak memuji tetapi memang jelas, kita masih belum matang dalam politik seperti Obama dan Romney. Isu-isu yang di perbincangkan berkisar kepada keperluan rakyat dan mencerna visi pemimpin yang akan memimpin sebuah negara yang besar dan merdeka..tetapi apabila pemimpin politik kita berdebat, ianya disulami dengan emosi, dikaitkan dengan hal-hal peribadi..dan mengungkitkan hal-hal yang sensitif...

Teringat bagaimana YB Ahmad Shabery Cheek, yang menjadi Menteri Penerangan ketika itu berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim..tiada apa pun isu yang berkaitan keperluan rakyat, bagaimana pakatan rakyat atau pun barisan nasional akan menangani masalah kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang jika salah satu kumpulan mampu menerajui kerajaan. Begitu juga debat antara Lim Guang Eng dan Chua Soi Lek...ianya lebih tertumpu kepada agenda parti dan agenda peribadi...jadi layakkan ahli-ahli politik kita untuk berdebat?

Apa yang aku perhatikan setiap kali berdebat pasti akan timbul isu-isu peribadi pendebat dikemukakan..seolah-olah itulah isu yang paling utama yang perlu diketahui oleh publik. Kebanyakkan ahli-ahli politik yang menjadi calon dalam lingkungan umor 40 tahun ke atas...mempunyai pendidikan yang baik...luas pengalaman tetapi langsung tiada menununjukkan kematangan bukan sahaja sebagai ahli politik, tetapi juga sebagai seorang individu. Perhatikan bagaimana mereka menyampaikan mesej di atas platform ceramah..jika tiada unsur-unsur lelucon atau hal-hal peribadi lawan..memang tidak sah...memang tidak akan ada tepukan atau laungan...betul kan? tak kiralah..pemimpin barisan nasional mau pun pakatan rakyat. ..sama sahaja gaya penyampaian mereka...

Aku pun hairan..bagaimana masyarakat begitu seronok mendengar lelucon daripada pemimpin politik...segala cerita dalam kelambu lawan..dibentang di atas platform ceramah..menjadi gelak tawa dan tepukan pendengar...tak mampukah pemimpin-pemimpin politik untuk menjelaskan bagaimana mereka boleh bagaimana nak membantu orang-orang miskin dan daif...yang seolah-olah terpinggir jika tiada pendedahan oleh media-media elektronik...atau bagaimana nak memaju dan membangunkan belia yang semakin terdesak kerana masalah pengangguran akibat tiada peluang pekerjaan...atau bagaimana nak menyelesaikan masalah kawasan-kawasan yang tiada bekalan air bersih..atau jalan raya yang berturap..dan banyak lagi isu-isu yang maha penting ..

Namun...pastinya tiada gelak tawa atau tepukan gemuruh kalau pemimpin bercakap tentang usaha-usaha yang akan dijalankan jika mereka menang...sebab adakalanya..apa yang diperkatakan tidak dilaksanakan..he he he...itulah yang kebanyakkan pemimpin politik takuti...sebab janji perlu ditepati..tetapi takkanlah nak sajikan masyarakat dengan cerita-cerita dalam kelambu sahaja....sekali sekala beritahulah kepada masyarakat kenapa pengundi perlu mengundi barisan nasional atau pakatan rakyat? Memang la Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selalu mengatakan kenapa Barisan Nasional perlu dipilih semula...bagaimana dengan pemimpin barisan nasional lain? Takkan nak angguk atau menjadi posmen sahaja? Begitu juga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim..selalu menyebut akan buat itu akan buat ini bila memerintah nanti...walaupun retorik...sebab masa dia berkuasa dulu dia tak buat itu tak buat ini yang dia sebut sekarang...dia dapat pengaruhi perasaan orang-orang yang kecewa dengan beberapa pemimpin politik barisan nasional.

Maka kalau Najib dengan Anwar berdebat sekalipun..tiada apa faedah atau manafaat dapat diperolehi oleh masyarakat secara keseluruhan kecuali lenguh bertepuk tangan dan serak suara...melaungkan slogan..kerana politik kita masih tidak matang..masyarakat kita masih belum bersedia untuk mendengar hujah-hujah intelektual...visi dan misi pemimpin sesebuah kumpulan jika mampu menerajui pemerintahan..sebab pemerintah lama nak pertahankan maruah bangsa dan agama..yang baru pulak nak ubah segala-galanya...walaupun terpaksa menggadai maruah bangsa sendiri...


Friday, November 2, 2012

Bolasepak Orang, Bolasepak Kita

Andainya begini la ..pemain bolasepak..pasti stadium-stadium diseluruh negara sentiasa penuh setiap minggu....dan dipenuhi oleh kaum lelaki....termasuk la golongan yang berserban dan berkopiah...tapi aku bukan nak cakap hal itu hari ini...aku nak cakap tentang...apa sebenarnya berlaku dengan bolasepak negara kita yang semakin malap..daripada ranking dunia... aku sedih bila ada pegawai bolasepak kita menganggap ranking bolasepak kita yang semakin merundum tidak penting..sedangkan diseluruh dunia..gergasi bolasepak seperti Jerman, Peranchis, Brazil, Sepanyol berebut-rebut nak menduduki takhta no.1 tetapi peliknya pegawai bolasepak kita memandang remeh kedudukan seperti itu.. tahu tak mereka bahawa ranking itulah yang memastikan siapa yang nak bermain dengan negara kita dan juga membuka peluang pemain-pemain kita bermain di liga-liga utama dunia..kelas A..bukan setakat liga di rantau Asia Tenggara sahaja!. Lebih sedih ..apabila jurulatih bolasepak yang berpengalaman pun memandang remeh ranking bolasepak negara.

Minta maaf la cakap..apa kelas bolasepak kita...kalau asyik main dengan pasukan seperti Hong Kong, Bangladesh, Sri Langka ataupun India? Walau kita menang 10-0 sekalipun adakah signifikan nya? Kalau setakat jadi juara Piala AFF Suzuki..10 ke 20 kali ke ..sejauhmana kemajuan bolasepak negara? Dulu kita jaguh Asia..bukan setakat Asia Tenggara sahaja! Sekarang nie kita hanya gagah di peringkat Asia Tenggara..itupun belum pasti mampu mempertahankan gelaran.. Di peringkat Asia..pasukan bolasepak negara kita sudah menjadi pasukan belasahan pasukan seperti Korea Selatan, Jepun, Arab Saudi..yang satu ketika dulu amat gerun nak berlawan dengan Malaysia. Kore Selatan, Jepun dan Arab Saudi sudah menjejaki kaki mereka di pentas Piala Dunia! Pasukan bolasepak kita? Di pentas Asia pun tak tercapai impian!.

Bolasepak kita terlalu bergantung dgn kerajaan..hingga tak mampu berdiri sendiri sebagai sebuah pasukan yang professional. Semua pasukan mengharapkan suntikan dana daripada kerajaan untuk hidup...kalau tidak ada ...maka terkontang kanting la pemain-pemain pasukan..sampai ada yang tak bergaji berbulan-bulan..cara terbaik ialah FAM lepas tangan dan biarkan badan bebas mengendalikan Liga Bolasepak Malaysia...biar FAM menjadi badan yang bertanggungjawab untuk pembangunan bolasepak dan bukan menguruskan liga bolasepak negara...begitu juga dengan kerajaan negeri..dan persatuan bolasepak negeri...biar pasukan itu mengurus tadbir sendiri...jatuh bangun nya pasukan di atas tanggungjawab pemilik pasukan dan team pengurusan...mungkin akan nampak perubahan-perubahan..

Kebergantungan kepada pihak berkuasa menyebabkan banyak pasukan langsung tidak berkembang maju..kecuali pasukan seperti Kelantan dan Terengganu..dan berkemungkinan Johor. Namun ..baru nak berkembang dah kena shoot down oleh FAM yang tidak senang dengan cara pemain-pemain berpindah dari satu negeri ke satu negeri kerana mengejar gaji yang lebih lumayan. Di peringkat dunia sekalipun..pemain-pemain profesional boleh menandatangani kontrak dengan pasukan lain walaupun dia masih ada kontrak berbaki dengan pasukan lamanya..dengan syarat pasukan baru membayar kontrak lama pemain tersebut. Bagi pemain profesional itulah sumber rezeki mereka...siapa yang sanggup membayar gaji lebih tinggi di atas kemahiran mereka..pasukan itulah menjadi pilihan...kerana karier pemain bolasepak tidak lama...tak boleh bermain sehingga umur 60 tahun macam orang perkhidmatan awam!. Contohnya..Michael Owen..tak sampai 40 tahun lagi pun...dah tiada nilai...sekarang nie tidak mampu bermain di tahap yang tertinggi..masih boleh bermain tetapi diperingkat yang lebih rendah...di Malaysia..umur yang masih berupaya nak bermain di tahap tertinggi pun mungkin sehingga 45 tahun..selepas itu memang dah tiada kerja lagi...maka mereka perlu berusaha mendapat gaji yang lumayan untuk menyara hidup mereka selepas bermain bolasepak..

Inilah yang perlu kita faham..dan jangan salahkan pemain-pemain yang berhasrat berhijrah ke pasukan yang mampu membayar gaji di atas skill yang mereka ada..kerana mereka juga ingin hidup selesa..selepas bersara nanti. Senario keprofesionalan Malaysia jauh besanya daripada negara-negara yang mempunai liga bolasepak yang established seperti English Premier League, La Liga, Serie A atau Ligue1. Malah Liga K dan J-League pun sudah jauh mengalahkan tahap keprofesionalan liga bolasepak Malaysia. Langkah M-League membenarkan pemain-pemain luar menyertai liga Malaysia harus dipuji kerana itu merupakan langkah pertama ke arah liga yang lebih profesional..dan berharap pengurusan liga Malaysia akan terus mengorak langkah...membebaskan pasukan-pasukan negeri daripada kerajaan negeri.dan juga membenarkan sebuah badan bebas mengendalikan liga bolasepak profesional negara..

Jika tiada langkah-langkah serta perancangan ke arah liberisasi liga profesional bolasepak negara...bolasepak Malaysia akan terus di takuk lama..dan masih terkenang-kenang zaman Mokhtar Dahari, Ghani Minhat, Arumugam, Santokh Singh, James Wong dan Soh Chin Aun..dan sampai bila kita nak menunggu ...dan melihat pasukan Malaysia bersaing di pentas final Piala Dunia?? Pengurusan bolasepak negara harus berubah...mentaliti orang-orang mengurus bolasepak negara juga perlu berubah...sikap dan pendekatan mereka-mereka yang mengurus bolasepak negara perlu berubah..dan jika boleh..orang-orang lama dalam pengurusan FAM perlu berundur kerana mereka gagal membawa tahap bolasepak Malaysia ke tahap yang lebih baik !


Kena Tipu Lagi?

Apa nie? Jenayah penipuan makin meningkat....siapa kah yang bersalah sebenarnya? Hari tu..seorang wanita kena tipu puluhan ribu ringgit..sanggup meminjam dari bank dan along..kerana cinta...memang kesian..kemudian seorang suami yang penyayang kerugian ratusan ribu ringgit..demi kasih sayang terhadap isterinya yang mengalami masalah...ditipu oleh kakitangan sendiri...kesian...

Begitulah..rona-rona kehidupan...demi kasih sayang..demi cinta sanggup melakukan apa sahaja..tetapi dunia zaman ini penuh dengan penipuan..penipu berleluasa..ditambah dengan kecanggihan dunia teknologi maklumat..penipuan pun semakin canggih..

Ramai wanita..dara atau janda..tua atau muda..lelaki..bujang..duda atau pesara yang menjadi mangsa..adakah mereka ini begitu mudah terpedaya? Apakah yang menarik sangat hingga mereka-mereka ini begitu mudah ditipu dan diperdaya? Adakah kerana paras rupa seseorang? Boleh dikatakan semua lelaki dan wanita begitu terpesona dan terkesima apabila memandang paras rupa yang cantik jelita..hensem...hingga hilang kata-kata..seperti kata seorang wanita yang kena tipu dan disamun beberapa bulan lalu 'saya tertarik dengan paras rupanya yang lawa menyebabkan saya berkenan untuk menjadi kekasih dia' tetapi akhirnya lelaki itu tipu dan samun harta dia...begitu juga kisah seorang pesara yang tergoda dengan paras cantik jelita seorang wanita Indon..hingga sanggup memberikan wanita itu wang persaraan nya..dengan harapan untuk memiliki wanita idaman kalbu..tetapi sayang...wang habis melayang..cinta kasih pun hilang..ketaksuban kepada kecantikan dan kehenseman itu penyebab begitu ramai yang kemaruk cinta menjadi mangsa penipuan..

Adakah ketamakkan..iaitu tergoda dengan jumlah wang ringgit yang banyak juga punca ramai yang begitu mudah tertipu? Ramai dikalangan kita biasa terima emel seperti ini "hello..saya sungguh terpesona apabila melihat profil anda di facebook. saya xxxxxxxxxxx dan ingin berkenalan dan berkawan dengan anda. Ibu saya orang malaysia dan ayah saya orang England. Ayah saya seorang hartawan dan mempunyai banyak simpanan bon dan harta yang bernilai 10 juta pound. Selepas kedua ibu bapa saya meninggal dalam satu kemalangan, saya telah mewariskan semua harta tersebut dan kini saya bercadang untuk pindah ke Malaysia. Saya berharap untuk mendapat bantuan anda mencari saya sebuah rumah  untuk saya menetap di Malaysia. Saya akan terbang ke Malaysia pada xxxxxxxxx (dikepilkan tiket penerbangan). Saya berharap untuk berkongsi dengan anda harta saya dan membuka bisnis di Malaysia. Saya akan memberi anda 10 peratus daripada harta saya jika anda boleh membantu saya mencari rumah dan bisnis yang sesuai untuk pelaburan saya di Malaysia. Saya menunggu jawapan anda". Ini contoh ayat-ayat power yang mencairkan beberapa mangsa..yang akhirnya kerugian ribuan dan puluhan ribu ringgit juga..sebab penyangak ini akan kata dia terkandas di lapangan terbang dan perlu sejumlah wang untuk membebaskan beliau daripada ditahan..kerana membawa terlalu banyak wang dan aset yang tidak di declare...ketamakan untuk mendapat 10 peratus harta itulah yang menjadikan diri kita mangsa penipuan....cuba kita bayangkan..kalau kita ada duit dan harta bernilai berjuta-juta...mahukah kita beri dengan orang lain yang baru kita kenal ..begitu mudah?? Sedangkan nak beri sedekah pun merungut... kan?

Gersang? Kesunyian ? Adakah ini juga punca mengapa ramai wanita dan lelaki kena tipu? Kisah-kisah wanita dan lelaki yang kesunyian..inginkan teman boleh menjadi salah satu punca yang diambil kesempatan oleh penipu..akibat kesunyian..kita mudah dibuai oleh bisikan-bisikan syahdu..lemah gemalai...si penipu yang licik...hingga tergadai rumah...dan wang ringgit...bagai dipukau..ramai yang rebah menyerah..semata-mata mencari ketenangan dan memenuhi kesunyian.

..apa pun puncanya..kenapa kita sering menyalahkan penipu? walhal yang sebenarnya salah ialah mangsa..kerana mangsa yang sebenarnya perlu membuat keputusan..samada untuk menolak atau menerima..jika menolak maknanya..dia terselamat daripada ditipu..dan jika menerima...terimalah akibatnya..



Tuesday, October 30, 2012

Sterotaip Dalam Kehidupan Kita..

'itulah anak kesayangan engkau..perangai ikut perangai engkau'..antara dialog yang selalu kita diperdengarkan dalam drama televisyen..bila seorang ayah dan ibu bertengkar tentang perilaku anak mereka..
Kita juga sering dipaparkan dengan gambaran bahawa anak orang-orang kaya berperangai buruk..dan anak-anak orang miskin berperangai baik..satu stereotaip dalam drama ..kalau ada anak orang miskin berlagak kaya..itu biasa..sepertimana dalam kehidupan harian kita juga..
Kita juga sering diberi gambaran apabila seseorang yang sering dianiaya.....bila berdoa akan dimakbulkan dengan serta merta..seolah-olah...ianya satu trend dalam masyarakat hari ini...juga satu gambaran yang stereotaip berkaitan agama.. kita juga sering diberi gambaran bahawa kehidupan seorang petani itu susah....miskin...hingga tertanam dalam jiwa setiap warga Malaysia...hidup sebagai petani, nelayan atau pun penternak...adalah kehidupan yang miskin..berbanding bekerja di bandaraya..hatta sekalipun hanya sebagai seorang budak pejabat! Inilah stereotaip yang digambarkan dalam drama-drama televisyen yang ditanam dalam jiwa setiap warga Malaysia

'engkao apa tahu? engko budak lagi!..aku nie hidup lebih lama dari engkao! jangan nak memandai-mandai!' juga antara ungkapan biasa didendangkan dalam TV atau kehidupan harian kita bila ada golongan muda beri pandangan dan pendapat...senario sebegini juga berlaku dalam pejabat-pejabat..terutamanya pejabat kerajaan..menyebabkan ramai pegawai-pegawai muda tak berani nak beri pandangan dan idea..walaupun ada idea yang lebih kreatif bagi melaksanakan sesuatu tugas atau program.. bila pegawai-pegawai baru tak beri pendapat atau idea..tuduh tak ada kreativiti..tak ada usaha..ini senario biasa dimana-mana jabatan kerajaan..tak caya?

'malas aku! bukan kerja aku tu! itu kerja dia..kenapa tak bagi kat dia!' juga antara ayat-ayat yang sering diperdengarkan dalam mana-mana jabatan..khususnya dikalangan penjawat-penjawat awam yang baru bila ada bos yang beri tugas..betul kan? tapi bila tak dinaikkan pangkat ..ini pulak ayat-ayat power yang keluar 'tak adil la bos tu...kenapa beri kat dia..dia tu bukan tau kerja pun!' ..sifat cemburu..sifat irihati..hingga ada yang sanggup sabotaj kerja orang lain..menyebabkan orang yang tak berdosa menjadi mangsa...

'alaaa..dia bukan nya pandai sangat kerja..nak menunjuk laa tu!...ni haa..lagi terer buat kerja tu!' sering kita dengar dalam pejabat..terutama dikalangan pegawai-pegawai kategori pengurusan dan profesional...sebabnya cemburu melihat pegawai lain dapat pujian ketua...tapi bila kerja yang sama diserah dan dipertanggungjawabkan kepada nya...haprak..habuk...tak tahu nak buat apa..pastu salahkan orang lain di atas ketidakupayaan dan ketidakpandaian dirinya sendiri!...walhal selama ini sering mengaku depan pegawai sokongan...dia yang paling berpengalaman..paling terer..paling tahu segala-galanya...inilah gejala yang harus diperhati dan dilihat oleh pegawai atasan..supaya jangan terlalu mudah percaya....untuk menaikkan pangkat dan juga memberi tanggungjawab kepada seseorang yang sering mengaku dirinya lebih baik dari orang lain...

..'hey! i am the boss! i boleh buat apa saja!' kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telinga saya walaupun ungkapan itu sudah berlaku 16 tahun lalu..itulah pengalaman yang saya lalui semasa saya berhadapan dengan seorang ketua jabatan...apabila saya mempertikaikan tindakan tidak logik yang diambil...dan perkara sebegini banyak berlaku kepada pegawai bawahan...betul kan?..prestasi tahunan saya di tahap yang rendah..kerana sering memberi pandangan dan pendapat yang berbeza dengan pandangan serta pendapat dia...dalam ertikata lain..saya menjadi sasaran kemarahan dia setiap kali ada perbincangan atau mesyuarat..pernah berlaku kepada anda semua? 

Senario stereotaip paling teruk dalam kehidupan masyarakat kita ialah...'the boss is always right' walaupun banyak perkara yang dia lakukan tidak berlandaskan peraturan ataupun memang tidak sesuai untuk dilaksanakan...kerana stereotaip beginilah menyebabkan banyak orang bawahan lebih suka mendiamkan diri dan mengangguk setuju walaupun dalam hati..menyumpah seranah..tetapi demi nak jaga periuk nasi..terpaksa juga pendamkan perasaan...mungkin ini juga punca kenapa banyak berlaku stress..terutama yang mengganggu kesihatan mental..

Monday, October 8, 2012

Malaysia Negara Pesta dan Karnival

Percaya atau tidak Malaysia memang mempunyai banyak program pesta dan karnival sepanjang tahun..setiap tahun. Hampir setiap bulan pasti ada pesta atau karnival dianjurkan oleh samada jabatan kerajaan, badan berkanun, syarikat, badan bukan kerajaan dan juga komuniiti di seluruh negara. Kalau dihitung panjang sememangnya orang Malaysia suka berpesta dan berkarnival...dan ini tidak termasuk hari-hari perayaan yang disambut oleh pelbagai etnik dan komuniti.  

Banyak pesta, karnival yang memang besar..hebat dan dianjurkan penuh warna warni..melibatkan pelbagai syarikat swasta..agensi kerajaan, badan berkanun dan badan bukan kerajaan yang menelan belanjan jutaan ringgit. Pesta dan karnival sebegini..biasanya disulami dengan kehadiran penyanyi dan pelakon popular tanahair sebagi tarikan pengujung..dan seringkali diadakan dalam tempoh seminggu. Ada pesta yang hanya diadakan sehari semalam..bagi mempromosikan aktiviti sesebuah agensi..dan ada karnival hanya mengkhususkan kepada penjualan ..semuanya ada di Malaysia.

Isu yang nak dibangkitkan ialah .bolehkah rakyat Malaysia menikmati berbagai pesta dan karnival sebegini jika keadaan negara tidak stabil..negara huru hara dikucar kacirkan dengan demonstrasi..dibayangi dengan pengemboman..kematian..? Mahukah syarikat multinasional luar melabur dan menaja aktiviti di negara yang tidak memberi keuntungan kepada mereka (kecuali yang mempunyai niat untuk menghancurkan negara) ? Pernahkah kita mendengar pesta dan karnival diadakan di negara-negara yang menghadapi konflik perkauman..konflik keselamatan?

Mengapa kita perlu menggadaikan semuanya hanya kerana ingin mengubahkan kerajaan? Adakah perlu kita mengajak orang luar untuk campur tangan dalam urusan negara kita? Kenapa kita perlu 'jual' bangsa kita demi merebut kuasa? Demi perebutan kuasa dan pengkhianatan penyebab utama Kesultanan Melayu Melaka 'hilang' dari peta dunia...yang tinggal hanya sejarah...yang diragui oleh sebahagian bijak pandai... kerana perebutan kuasa..Melayu sanggup berpecah belah...sepertimana keadaan sebelum kedatangan British dan Portugis ke Malaya ....masih kah kita ingat bagaimana British berjaya menakluki Tanah Melayu? Bukan dengan kekerasan..hanya dengan permainan 'pecah dan perintah'...

Keseronokan pesta dan karnival....mungkin perlu diselitkan dengan unsur-unsur kenegaraan bagi membuka mata rakyat negara ini..betapa ramai lagi warga negara luar yang inginkan suasana seperti di Malaysia. Tanya orang-orang Palestin...orang Rohingya...Afghansitan..Iraq..atau Mesir. .beri kesedaran agar mereka sedar betapa beruntungnya orang Malaysia...yang boleh makan apa sahaja (hingga membazir)..boleh berjalan kemana sahaja..dan boleh bersuka ria...beri kesedaran agar membenci dan menolak orang-orang yang mengkhinati negara..samada yang membawa orang luar campur tangan urusan negara atau yang menerima dana luar untuk menghuru harakan negara...keutamaaan harus kepada mempertahankan negara dari dijajah semula oleh kuasa asing..seperti mana sebelum 1957.

Ingat..duit dan kekayaan boleh dicari..tetapi kebebasan negara..sekali ia hilang....sukar untuk dikembalikan!.