Monday, October 19, 2015

Pilihanraya Negeri Sarawak#TheAdenanWay

OooHaaa!!... You..You !! adalah satu trademark untuk CM Sarawak, Tok Nan yang kadang-kadang disusuli dengan gelak kecil beliau … bagi orang yang baru mengenali beliau ..mungkin kelakuan nya nampak sinis ..namun itulah cara beliau memperkatakan sesuatu … ikhlas danria hatinya .d. ramai juga yang rasa tercabar dengan sikap kesederhanaan beliau … dan ada juga yang ‘mengopi’ cara beliau berkomunikasi dengan masyarakat. Banyak kali Tok Nan di lihat minum sambal makan mee kolok di gerai-gerai biasa … satu tabiat yang jauh lari dari sangkaan awal masyarakat umum yang selalunya melihat YB atau orang kenamaan lebih selesa di minum dan makan di restoran ternama … tapi bukan Tok Nan … dan selalu juga masyarakat melihat Tok Nan membeli belah mencari ikan dan sayuran di kedai tepi jalan sendiri bersama isterinya … juga satu kelainan bagi kebanyakkan masyarakat kerana sebelum ini amat jarang sekali ahli YB yang sudah ada kedudukan untuk membeli belah di kedai biasa … tapi itulah Tok Nan yang baru sahaja memerintah negeri Sarawak … mengukuhkan pandangan masayarakat bahawa beliau tidak pernah lupa asal usulnya.. walaupun sudah bergelar YAB Ketua Menteri Sarawak … beginilah sikap pemimpin yang diinginkan oleh rakyat … bukan hanya bergegar pentas dengan lontaran hujah 1Malaysia..tetapi perlakuan dan tindakan jauh sekali menepati prinsip dan juga matlamat 1Malaysia … apatah lagi ‘peoples friendly’

Seperkara lagi yang menjadikan Tok Nan semakin popular ialah keberanian dan kebjikasanaan beliau untuk memperbaharui beberapa dasar yang dilihat tidak lagi relevan untuk diaplikasikan di negeri Sarawak. Dalam dua entri sebelum ini aku sudah memperkatakan sebahagian daripadanya dan kali ini ingin berkongsi lagi apa yang telah Tok Nan lakukan untuk negeri Sarawak. Ramai yang mengakui bahawa sistem pendidikan negara sering berubah-uabh hingga kan .. pelajar sekolah menjadi mangsa kepada eskperimen yang dilakukan .. sekejap ada PPSMI sekejap tak ada … yang untung siapa sebenarnya. Ramai juga mengeluh kenapa ramai graduan Malaysia tidak mahir berbahasa Inggeris … tapi nak salahkan siapa sebenarnya? Tok Nan dengan beraninya  menuntut agar Bahasa Inggeris menjadi Bahasa pengantar untuk bukan sekolah kebangsaan dan Sarawak terus menggunaka Bahasa Inggeris sebagai Bahasa persuratan bersama dengan Bahasa Malaysia. Negeri Sarawak juga memohon autonomi dalam bidang pendidikan sebagai langkah untuk memastikan system pendidikan di negeri Sarawak tidak berubah-ubah mengikut trend dan perubahan Menteri yang menjaga pendidikan. Memang diakui Dasar Pendidikan sudah ada ..tetapi setiap kali menteri berubah..beberapa perkara akan turut berubah.. seperti air yang ada pasang dan surutnya ..dan ini tidak memberi manafaat kepada pelajar yang menjadi pengguna … dan secara keseluruhan mengakibatkan banyak kerugian dipihak kerajaan … perubahan sebuah logo boleh mengakibatkan perbelanjaan jutaan ringgit..walaupun perubahan itu nampak tersangat kecil…

Selama ini ramai nampak golongan pendatang asing semakin ramai di Sarawak … terutamanya orang-orang Indonesia .. namun tak ramai yang tahu bahawa orang-orang Suluk dari Filipina rupanya sudah bertapak di Sarawak juga. Tok Nan amat marah bila Jabatan Imigresen gagal menangani masalah 700 orang Bajau dan 400 orang Suluk yang sudah tinggal dan membina rumah di Miri Sarawak, walaupun banyak aduan di kemukakan.. malah kata Tok Nan ‘ada mulut bisu, ada telinga pekak, ada mata buta’ menyimpulkan kegagalan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang yang ada. Tok Nan telah mengisytihar ‘perang’ terhadap pati di Sarawak dan semasa beliau merasmi Hari Perhutanan Antarabangsa peringkat negeri Sarawak, beliau berkata ‘mereka perlu ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal mereka sebelum mereka menimbulkan masalah besar yang sukar diselesaikan di kemudian hari’ . Pun begitu beliau mahu pati yang ditahan dilayan dengan baik sesuai dengan layanan yang sepatutnya diberi kepada manusia.

Tok Nan juga dilihat rakyat lebih berani menyuarakan hasrat rakyat Sarawak kepada kerajaan persekutuan lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan polisi yang melibatkan rakyat. Tok Nan mengingatkan kerajaan persekutuan agar mengambilkira bumiputera Sarawak yang bukan nya semua Melayu atau semuanya beragama Islam dalam membentuk dasar negara. Tok Nan juga bertegas untuk mendapatkan kerajaan autonomi bagi negeri Sarawak. ‘Kita minta kerajaan persekutuan mengiktiraf autonomi negero Sarawak dan kita sedang berbincang supaya kuasa yang ada pada kerajaan pusat diserah balik kepada negeri Sarawak’, katanya ketika berucap dalam Majlis Permimpin Bersama Rakyat pada 4 Jun, 2015 lalu (BP Online, 5 Jun 2015). Tok Nan memberitahu hak autonomi itu perlu diberi semula kepada kerajaan negeri bagi memastikan bidang kuasa tertentu dapat diputuskan tanpa melibatkan kerajaan persekutuan.

Oooohaaa!! … banyak agi perkara yang bagus..yang hebat udah dipolah oleh Tok Nan sejak menjadi Ketua Menteri Sarawak. Keberanian menyuarakan pandangan dan permohonan secara terbuka kepada kerajaan pusat dilihat sebagai positif oleh rakyat Sarawak. Apa lagi yang kita mahu ? Kita mahu Tok Nan terus memimpin negeri Sarawak sebagai Ketua Menteri, mudah-mudahan negeri Sarawak terus maju di bawah kepimpinan nya. Bukan nak membodek atau nak mengampu ..ya lah hakikat yang harus kita akui... jarang kita nanggar (melihat) pemimpin berani bersuara bertentangan dengan kepimpinan pusat. .... kerna ada yang takut sik (tak) dapat terus berkuasa atau sik dicalon agik kelak ...  kita berharap pengundi-pengundi di Sarawak melihat keupayaan Tok Nan tuk bukan sekadar gimik .. atau cobaan ... tapi yang benar-benar berlaku ... yang benar-benar dipolah untuk kepentingan rakyat Sarawak...

Ya aja.. jako aku ari tuk ... esok lusa .. lain gik cerita kerana tuk jak yang dapat nak tulis tentang kepimpinan CM Sarawak .. Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem .. mudah-mudahan belio terus sihat untuk memimpin negeri kita..

Saturday, October 17, 2015

BN Sarawak #theAdenanWay

Ramai yang kata BN Sarawak mampu memenangi pilihanraya negeri yang akan datang berdasarkan populariti CM Sarawak, Tok Nan yang disifatkan memahami kehendak rakyat Sarawak dengan mengemukakan pelbagai dasar baharu yang dekat di hati rakyat. Sebelum ini aku juga menulis mengenai beberapa dasar baharu CM Sarawak yang dikatakan sempoi dan bersahaja ini .. dan antara dasar baharu beliau yang amat disenangi rakyat ialah penghapusan bayaran tol di dua buah jambatan, iaitu jambatan Lanang dan juga Baram. Meskipun pada pandangan umum, ianya tidak signifikan namun di mata rakyat biasa, terutamanya yang menggunakan kedua-dua jambatan tersebut setiap hari, ianya amak bermakna kepada mereka.Kutipan tol di jambatan Lanang dihentikan pada 24 Mei, 2015 (Sinar Harian, 24 Mei 2015). Selain itu, CM Sarawak juga telah mengurangkan tambang perkhidmatan feri di sungai-sungai di negeri Sarawak kepada RM1.00 sahaja berbanding sebelum ini yang boleh mencecah puluhan ringgit bagi sebuah kenderaan. Lebih mengembirakan rakyat Sarawak ialah usaha Tok Nan menurunkan tariff elektrik. Tariff elektrik bagi pengguna domestik Sarawak diturunkan hingga 47 peratus bermula 1 Januari 2015 (BH Online, 19 November 2014). Menurut Tok Nan, secara keseluruhannya hamper 50 peratus pengguna elektrik Sarawak Energy Berhad(SEB) akan menikmati penurunan tariff antara 20 peratus hingga lebih 40 peratus (BH Online, 19 November 2014).

Kekecohan mengenai GST di seluruh negara mencetuskan pelbagai komen negatif terhadap pimpinan DS Najib Razak, namun Tok Nan telah mengambil tindakan mengurangkan bebanan rakyat dengan mengumumkan kerajaan negeri akan membantu membayar GST bagi perkhidmatan majlis perbandaran dan kerajaan. Ini bermakna rakyat Sarawak tidak perlu membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan majlis perbandaran dan kerajaan (BP, 25 Mei 2015). Perkara yang amat-amat mengembirakan rakyat Sarawak ialah usaha Tok Nan untuk mendapatkan tambahan royalti minyak untuk negeri Sarawak. Isu royalti minyak ini telah digunakan oleh pihak pembangkang untuk mempengaruhi pengundi namun sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab Tok Nan dengan berani menyuarakan tuntutan royalty minyak yang lebih tinggi daripada kerajaan pusat meskipun beliau pasti ada risikonya. Walaupun setakat ini tiada kata putus daripada kerajaan persekutuan mengenai isu berkenaan namun ada tanda-tanda positif hasil tuntutan tersebut dimana Petronas telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM90 juta untuk melaksanakan tanggungjawab sosial (CSR) di Sarawak dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini (BH Online, 1 Julai 2015). Sumbangan itu disalurkan untuk pelaksanaan beberapa inisiatif termasuk memperkasa pendidikan, pembangunan komuniti serta pemulihan alam sekitar di negeri Sarawak. Selain Petronas juga akan membina sebuah sekolah teknikal di Sarawak dan syarikat dari negeri Sarawak akan diberikan kontrak petronas yang dianggarkan berjumlah RM2.1 bilion setahun.

Perkara yang paling membuka mata seluruh negara ialah keberanian Tok Nan ‘taking the bull by its’ horn’ dalam menangani masalah pembalakan haram. Keseriusan Tok Nan dibuktikan dengan menutup lebih 30 kilang papan yang mempunyai balak haram di seluruh negeri  serta membatalkan serta tidak memperbarharui lesen pembalakan. Tok Nan mengulangi pendirian nya tegas pihaknya terhadap pelanggaran sebarang syarat pemberian lesen pembalakan oleh pemegang lesen, kontraktor dan sub kontraktor dan tindakan tegas akan diambil termasuklah pembatalan lesen itu (Utusan Online, 21 Januari 2015). Bagi meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan negeri, Tok Nan mengambil langkah berani dengan mengajak 26 orang ADUN BN Sarawak dan 30 orang Setiausaha politik  menandatangani ikrar integriti. “SPRM menyambut baik dan gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh kerajaan negeri Sarawak” kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (Utusan Online, 8 April 2015). Tok Nan percaya ikrar integriti itu membuktikan kepada rakyat bahawa wakil rakyat BN Sarawak ikhlas berkhidmat.

Isu penggunaan kalimah Allah di semenanjung telah mencetuskan provokasi dan ketidaksenangan golongan bukan Islam sehingga wujud ketegangan dalam hubungan antara kaum. Pun begitu, perkara ini tidak menjadi satu isu di Sarawak dan rakyat Sarawak yang sudah biasa hidup dalam keadaan harmoni selama ini tidak tergugat dengan provokasi yang dicetuskan oleh pelampau agama di Semenanjung. Bagi mengukuhkan keyakinan golongan bukan Islam di Sarawak, Tok Nan mengambil langkah berani dengan menentang arus pandangan rakan-rakan BN di kerajaan persekutuan dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian. “Kita sebagai umat Kristian di negeri ini tidak perlu bimbang akan penggunaan kalimah Allah kerana ia adalah dibenarkan di gereja-gereja malah ia turut disokong oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sendiri” kata ADUN Opar, YB Ranum Mina (BP, 5 Jun 2015). Malah dalam kes ini kerajaan Sarawak dengan berani telah menghalang beberapa pemimpin parti politik dan agama samada dari BN atau dari pembangkang yang bersikap pelampau agama dan bangsa menjejak kaki ke negeri Sarawak.

Aku pasti apa yang dilakukan oleh YB CM Sarawak setakat ini, amat-amat disenangi oleh sebahagian besar penduduk Sarawak dan populariti beliau dikalangan masyarakat Cina juga semakin meningkat. Ini diakui sendiri oleh beberapa pemimpin pembangkang negeri Sarawak dan ini amat meresahkan mereka terutamanya DAP dan PKR. Banyak lagi usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Tok Nan untuk rakyat Sarawak sejak beliau memerintah negeri Sarawak. Beliau hanya memohon kepada pengundi-pengundi untuk memberi kepercayaan lima tahun lagi kepada beliau untuk menerajui negeri Sarawak agar dapat meningkatkan lagi pembangunan negeri. Dalam tempoh yang singkat Tok Nan telah memberi satu pengharapan yang amat tinggi kepada rakyat agar pembangunan negeri Sarawak setara dengan pembangunan di semenanjung Malaysia. Sama-samalah kita menyokong usaha beliau ini. ..


Ya ajak dolok dapat aku menulis tentang usaha CM Sarawak … kelak nulis agik.. kerna banyak agik yang perlu diperjelas supaya orang negeri Sarawak tau ..apa ya nok udah dipolah Tok Nan .. dalam masa setaun dua tuk … 

Tuesday, October 13, 2015

PRN SARAWAK : #theadenanway

Semalam diberitakan YAB Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem telah membuat 38 dasar baharu yang memberi kebaikan kepada rakyat dan negeri sejak beliau mengambilalih tampuk kuasa sebagai Ketua Menteri (Borneo Post, 12 Oktober). Menurut Tok Nan dasar pertama yang beliau beri tumpuan adalah penggunaan perkataan ‘lain-lain’ yang terdapat dalam boring-borang rasmi kerajaan bagi merujuk kepada masyarakat bumiputera di Sarawak.  Beliau mahukan perkataan ‘lain-lain’ itu dibatalkan penggunaan nya kerana setiap bangsa di Malaysia ini adalah sama rata dan tidak hanya tertumpu kepada tiga bangsa utama sahaja iaitu Melayu, Cina dan India. Semua bangsa telah menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara ini, malah dalam kes kaum Dayak, merekalah yang banyak berjasa mempertahankan negara daripada pencerobohan komunis suatu ketika dulu. Pada aku tindakan ini sepatutnya sudah lama disedari oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi dalam kempen Gagasan 1Malaysia. Laungan 1Malaysia bergema disetiap pelusuk tanahair tetapi dalam borang rasmi kerajaan masih terdapat perkataan ‘lain-lain’ apabila merujuk bumiputera Sarawak dan juga Sabah .. maka ianya tidak selari dengan kehendak dan aspirasi kerajaan untuk memberi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.#theadenanway menjanjikan bahawa semua kaum adalah sama .. walaupun terdapat lebih 30 etnik di negeri Sarawak..samada mereka dalam jumlah yang besar maupun dalam jumlah yang paling kecil.

Setiap kaum ada maruah dan egonya sendiri kerana setiap kaum mempunyai cara hidup, budaya serta pegangan kepercayaan nya sendiri. Perbezaan ini tidak semestinya menjadi satu kelainan kepada kaum lain malah dalam Gagasan 1Malaysia, kelainan ini seharusnya diterima oleh kaum-kaum lain . Inilah keunikan yang terdapat di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya. Keunikan budaya yang pelbagai, cara hidup yang berbeza tidak menghalang anak-anak Sarawak untuk bercampur gaul dengan harmoni dalam masyarakat. Malahan perbezaan agama tidak menghalang mereka untuk duduk makan semeja, satu kepercayaan antara kaum yang berbilang etnik yang jadi amalan sejak dahulu lagi. Jika kelainan ini dapat diterima sebaiknya, maka negeri akan dapat terus begerak kehadapan, melangkah maju mengecapi pembangunan yang lestari. Justeru tindakan Tok Nan menghalang pelampau keagamaan dan juga pelampau kaum yang tidak henti-henti menimbulkan provokasi agama dan kaum dari menjejak kaki ke bumi Sarawak sangat-sangat dipersetujui oleh seluruh rakyat negeri Sarawak. Tiada tempat di bumi Kenyalang kepada pelampau individu maupun NGO yang tidak peka dengan sensitiviti kaum dan juga agama di negeri Sarawak, samada mereka di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang.

Keduanya Tok Nan juga tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak yang menggelar kaum Cina sebagai pendatang kerana generasi kaum Cina yang ada di bumi kenyalang hari ini ialah generasi yang lahir di negeri Sarawak bukan lahir di Negara Cina. Menurutnya, nenek moyang generasi Cina hari ini memang pendatang tetapi generasi Cina yang ada di Sarawak merupakan generasi keempat atau kelima yang lahir di Malaysia dan mereka tidak layak digelar sebagai pendatang (BP, 23 Oktober, 2014). Malaysia dan negeri Sarawak cukup besar untuk semua orang dan tidak perlulah kaum Cina di negara ini digelar pendatang, katanya merujuk kepada beberapa individu dan NGO yang tidak henti-henti menyelar kaum Cina sebagai pendatang. Isu ini sebenarnya tidak lagi timbul kerana kaum Cina sudah berada di Sarawak lebih dari 100 tahun yang lalu. Siapa pendatang, siapa tuan tidak lagi relevan kerana kaum Cina juga menyumbang kepada pembangunan negara dan negeri melalui aktiviti ekonomi yang mereka jalankan. Kaum Cina sering dilabel sebagai pendatang kerana mereka tidak melupakan asal usul mereka dan kadangkala pergi melawat ke Tanah Besar Negara China untuk menjenguk saudara mara yang masih ada di Negara China. ‘Kamu pegi ke Negara China untuk bercuti dan melawat kaum keluarga di sana tetapi selepas itu akan balik semula ke negeri Sarawak’ kata Tok Nan (BP, 23 Oktober 2014).

Ketiga, kerajaan negeri Sarawak mengambil langkah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai kelayakan untuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam negeri dan university awam negeri, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Tan Sri Adenan Satem telah memberi kelulusan kepada perkara tersebut yang dikatakan setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Senator Datuk Dr.Sim Kui Hian (BP, 21 September 2015). Selain itu Tok Nan juga bersetuju agar Yayasan Sarawak menyediakan biassiswa atau pinjaman pendidikan kepada pemegang UEC. Senator Datuk Sim juga menyatakan beberapa institusi pengajian tinggi swasta seperti Swinburne University, Curtin University serta Kolej Teknologi Sarawak juga mengiktiraf UEC selain university luar Negara seperti Victoria University di Melbourne, Australia dan National University, Singapura. Kelulusan daripada YAB Ketua Menteri Sarawak amat bermakna kepada kaum Cina kerana ianya membuka lembaran baru dan laluan kepada kelulusan yang lebih luas lagi terutamanya di peringkat kerajaan persekutuan. Menurut Pengerusi Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Persendirian Cina Bersatu Sarawak, Datuk Vincent Lau, jika kerajaan persekutuan memberi mengiktiraf UEC, ianya akan menguntungkan Negara secara keseluruhanya dan bukan hanya pelajar sekolah Cina sahaja.


Pada aku ketiga-tiga langkah yang telah diambil oleh Tok Nan selaku Ketua Menteri Sarawak membuktikan sesuatu dasar itu boleh diubah oleh pemerintah dan ianya tidak kaku dan beku kerana peraturan serta undang-undang dunia ini dibentuk oleh manusia. Perubahan boleh dilakukan seiring zaman kerana semua kaum mempunyai jasa terhadap pembangunan negara, justeru melabelkan sesuatu kaum sebagai ‘lain-lain’ atau pun pendatang tidak lagi wajar dalam konteks negara yang sudah merdeka melebihi 50 tahun. Sama juga memberi pengiktirafan kepada pendidikan yang berbeza tidak merugikan negara atau negeri malah mungkin ianya boleh menjadi ‘compliment’ kepada sistem pendidikan yang ada di negara ini. Lihat di negeri Sarawak di mana semakin ramai anak-anak Melayu dan bumiputera belajar di sekolah aliran Cina kerana terbukti kaedah mengajar ilmu matematik mereka lebih baik daripada kaedah yang ada disekolah kebangsaan. Syabas Tok Nan, semoga ianya memberi harapan baru kepada pelajar-pelajar aliran Cina di negeri Sarawak. Inilah usaha seorang pemimpin yang mampu melihat keperluan dan kehendak masyarakatnya, meskipun kaum Cina masih belum percaya sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya usaha Tok Nan pasti mampu meraih sedikit kepercayaan dan keyakin pengundi Cina terhadap Barisan Nasional Sarawak.

Nya aja jako aku masa tuk you you .. kelak bejako agi..

Monday, October 12, 2015

PRN SARAWAK : RAMAI YB KEKAL SEBAGAI CALON

CM Sarawak, Tok Nan telah mengumumkan beberapa nama YB yang akan terus dikekalkan sebagai calon BN dalam pilihan raya negeri akan datang. Alasan Tok Nan amat mudah iaitu mereka telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan.. dan pada aku ianya satu pengiktirafan oleh CM Sarawak kepada YB-YB yang sentiasa memberi perhatian kepada kehendak dan keperluan rakyat di kawasan. Pun begitu bagaimana pula dengan YB-YB yang hanya aktif bila musim pilihan raya dah hamper tiba? Adakah mereka juga akan dikekalkan atau akan diganti dengan calon yang lebih baik ? Tidak mustahil ada juga YB yang hanya turun padang apabila musim pilihan raya dah dekat .. setaun agi .. baruk la nak turun nanggar kawasan .. yang sebelum tuk ..susah benar orang kampong atau pengundi kawasan nak nanggar muka .. satu perkara biasa .. dan sik mustahil juak ada YB yang benar-benar berkerja keras..turun padang dan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat..dan YB-YB macam ini patut dikekalkan .. Tok Nan ada juga menyebut.. tiada ahli Parlimen akan dicalonkan sebagai calon BN … adakah Pengerusi TERAS, Dato Sri William Mawan akan digugurkan sebagi calon di kawasan Meluan dan diganti dengan orang baru ? Jika ya..calon parti manakah yang akan diberi tiket untuk bertanding di atas kapasiti BN Sarawak ? TERAS atau SPDP ? Kedua-duanya sama-sama mengatakan mereka parti BN dan yang sah ialah SPDP sedangkan TERAS .. apakah statusnya dalam BN?

Satu polemik yang bakal menjadi PELUANG kepada calon-calon dari parti lain seperti SWP (Sarawak Workers Party) , DAP maupun PKR. Itu pun sekiranya ketiga-tiga parti itu tidak bergabung sebagai sebuah pakatan yang pada dasarnya akan mencabar BN di negeri Sarawak nanti. Jika apa yang diperkatakan oleh Tok Nan itu diambil kira..maka kesemua YB yang sedia ada akan dikekalkan tanpa mengira mereka adalah dari TERAS maupun UPP yang merupakan parti serpihan SPDP dan juga SUPP. Persoalan nya sejauh mana SUPP dan SPDP akan berkompromi dengan situasi ini kerana hampir kesemua calon yang sedia ada merupakan bekas ahli kepada kedua-dua parti berkenaan. Apakah PRN Sarawak yang ke 11 ini nanti menyaksikan pertandingan terbuka di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh UPP, TERAS, SPDP dan juga SUPP. Jika itu berlaku, sejauhmana peluang mereka untuk mengekalkan kawasan untuk kepentingan BN sedangkan mereka akan berdepan satu pakatan yang juga tidak kurang hebat, iaitu pakatan antara PKR, DAP dan juga SWP(jika mereka ingin menumbangkan calon-calon BN nanti ). Berdasarkan satu kajian oleh University Malaya (31 mac, 2011) terdapat 310 ribu atau 33 peratus pengundi di Sarawak ialah pengundi muda dan bilangan nya mungkin meningkat dalam tahun 2015. Apakah pengundi muda di Sarawak akan terus menyokong BN atau pun akan beralih arah kepada pihak pembangkang berdasarkan pelbagai isu yang sering melanda BN pada ketika ini. Adakah faktor Adenan Satem, CM Sarawak yang dikatakan ‘sempoi’ .. ‘walk the talk’ yang mentadbir Sarawak dengan cara ‘Adenan Way’ menjadi kekuatan BN untuk mempengaruhi pengundi muda memilih BN dalam PRN akan datang.


Do it Adenan Way merupakan slogan atau hastag yang popular yang boleh menjadi war cry untuk BN Sarawak kerana banyak perkara-perkara positif yang telah dilakukan oleh Tan Sri Adenan untuk Sarawak sejak beliau memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri daripada Pehin Sri Taib Mahmud. Ada juga yang mengatakan sebahagian kaum Cina mula kembali memberi kepercayaan kepada BN dan ini amat membimbangkan DAP yang seakan-akan mula hilang pengaruh dikalangan orang-orang Cina. Ada juga sebilangan kecil YB DAP memuji cara Adenan Satem menangani masalah negeri Sarawak terutamanya berkaitan dengan pembangunan luar bandar. Sejauh mana Do It Adenan Way mampu drums up the excitement of the peoples and gain their support hanya dalam pilihanraya akan membuktikan nya. Apa pun seketika ini dan di masa ini rakyat semakin yakin dan percaya Adenan Satem akan memacu negeri Sarawak kearah lebih banyak kejayaan. Hubungan baik dan keakraban yang ditunjukkan oleh kerajaan pusat juga boleh menjadi factor penentu untuk kejayaan yang lebih besar untuk negeri Sarawak.