Monday, December 14, 2015

#PRN Sarawak : Musim Menabur Janji

Ooohaa… Tok Denan kata pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan samada pada April atau Mei 2016 … satu berita yang amat mengembirakan buat orang-orang yang bermimpi untuk menjadi calon YB .. tak kira geng-geng BN atau geng-geng Pakatan Rakyat. Bagi YB-YB ADUN yang nama sudah diumumkan oleh Tok Denan … boleh tersenyum girang dan meneruskan tugas serta tanggungjawab mereka dengan hati lapang .. tidur pun nyenyak … bagi yang masih menunggu … hati sentiasa berdebar-debar samada masih kekal sebagai ahli YB atau tidak … rasanya makan pun tak lalu … manakala bagi yang bercita-cita untuk dicalonkan pastinya sedang berusaha untuk menonjolkan diri.. mendekatkan diri dengan rakyat setempat … kalau dulu sibuk di kota..mengurus kerja atau berniaga..kini lebih banyak masa untuk bersembang bergurau senda menjenguk rumah-rumah rakan taulan atau menghulur bantuan .. emmm … begitulah scenario di Sarawak pada masa ini .. kerana di sana sini orang bercakap pasal nak jadi YB..nak jadi calon.. atau bercakap mengenai pilihan raya negeri akan datang.

Bagi aku apa yang amat menarik ialah .. musim ini musim menabur janji .. tak kira BN atau Pakatan Rakyat .. kedua-duanya berusaha untuk meyakinkan pengundi mereka mampu melaksana dan menunaikan janji-janji. Betul ke? Cuba periksa balik manifesto pilihan raya negeri ke-10 lalu … tak kira yang menang atau yang kalah .. sudah tertunaikan janji-janji yang ditaburkan kepada pengundi ?? BN mengatakan mereka telah mengotakan janji ... tetapi berapa peratus sudah janji-janji itu ditunaikan ... ? aku tak kata mereka tak buat ... tetapi rasanya kawasan bandar lebih banyak dapat kemudahan berbanding kawasan pedalaman .. walaupun 90 peratus kawasan bandar di kuasai oleh DAP atau pun PKR ..sedangkan 90 peratus kawasan luar bandar dikuasai oleh BN. Sejauh mana bekalan air bersih atau bekalan elektrik 24 jam dinikmati oleh pengundi-pengundi yang tak putus harapan mengundi BN ... ataupun sebaik mana jalan raya menghubungkan kawasan mereka ... adakah ianya seburuk Jalan Marudi –Miri atau pun Kapit yang sehingga kini masih ’terpisah’ dari tanah besar ... ?? Bukan mengungkit .. Cuma mengingatkan ... agar tidak lagi menggunakan retorik dalam kempen-kempen akan datang. Sejujurnya ... ramai pengundi semakin resah dan gelisah ... apatah lagi pengundi muda yang semakin cerdik menilai ... bukan mereka tidak setia atau tidak bersyukur ... tetapi perlu dinatakan dengan pembuktian ... bagi kawasan-kawasan yang sudah menerima pelbagai pembangunan ..hasil usaha gigih wakil rakyat mereka ..tahniah .. YB ADUN pasti menang bergaya ... tapi bagi kawasan yang janji tinggal janji ... seperti pembinaan sebuah stadium bertaraf dunia... pasti sukar untuk menawan hati pengundi lagi ...

Sama juga dengan kawasan-kawasan yang dikuasai oleh PKR dan DAP ... mereka tahu mereka tidak mampu menyediakan segalanya kerana mereka tidak ada kuasa dan tidak ada dana ... tetapi mereka berjanji untuk mengubah pemikiran rakyat melalui dialog, perjumpaan dan pemberian projek dalam skala kecil ... dan DAP memang bekerja keras untuk menawan hati pengundi muda dengan mengemukakan golongan profesional sebagai calon mereka. Agenda mereka mudah..iaitu ubah dan tukarkan kerajaan ... beri mereka peluang untuk memerintah .. sepertimana di Selangor dan Pulau Pinang ... justeru kepimpinan BN Negeri jangan pandang rendah ... walaupun Tok Denan popular ... faktor Tok Denan saja tidak mampu memberi impak kepada kekuatan SUPP yang ditentang oleh UPP ... begitu juga kekuatan SPDP yang banyak bergantung kepada Tiong King Sing..yang pasti dilawan hebat oleh TERAS ... PRS pula masih mempunyai ’aura’ PBDS tetapi kepimpinan Dayak hari ini sudah jauh berbeza ... ini bukan era Leo Moggie ... ramai kaum Dayak yang terpelajar dan berpendidikan tinggi ... apatah lagi PRS pasti akan ditentang oleh SWP yang diterajui oleh Larry Sng pemimpin muda yang berjiwa besar ... kaya dan sentiasa membantu pengundi di kawasan nya walaupun tidak lagi berjawatan sebagai YB.

PBB pasti mengenggam erat 40 kawasan ditandingi .. bersandarkan populariti Tok Denan dan juga karisma beberapa pemimpin veteran yang tidak pernah mengecewakan pengundi kawasan mereka ... pun begitu PBB perlu juga tidak boleh leka dan perlu bertransformasi dengan mengketengahkan pemimpin muda, profesional dan berwibawa. Ramai golongan profesional dikalangan ahli PBB ... tak kira lelaki atau wanita ... tetapi harus diingat .. jangan sesekali berjanji jika tidak mampu ditepati ... kerana ianya bukan sahaja menjejaskan kredibiliti serta prestasi bakal-bakal YB malah juga parti ... perlu berhati-hati kerana hari ini ... era digital..era internet yang mudah merakam segalanya ... banyak contoh menteri dan YB yang terlepas cakap ... boleh jadi viral ... akhirnya memakan diri ...


Ahhaaaa!! ... jangan tabur janji sesuka hati ... 

Thursday, December 10, 2015

PRN Sarawak : Ada ADUN nak bersara ?#TheAdenanWay

CM Adenan dah nyatakan pilihan raya negeri Sarawak berkemungkinan besar diadakan pada bulan April atau Mei 2016, menurut laporan Borneo Post. Beliau mengatakan demikian semasa perjumpaan dengan semua Setiausaha Politik semalam. Baru-baru ini Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menegaskan akan menampilkan 10 muka baru dalam pilihan raya akan datang. Calon muka baru ini akan bertanding di kerusi DUN yang diwujudkan selepas persempadanan semula diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini selain mengantikan ADUN PBB yang telah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding atau lebih tepat tidak mempertahankan kerusi yang dimenangi pada trahun 2011. Kepada ADUN yang telah bersedia untuk bersara dan melepaskan jawatan mereka , TAHNIAH kerana sentiasa berfikiran terbuka dan mampu memberi ruang kepada orang lain untuk menjadi wakil rakyat. Alhamdulillah masih ada ahli-ahli Yang Berhormat bersedia melepaskan ‘gelaran Yang Berhormat’ kerana kecintaan serta memberi keutamaan terhadap parti dan juga negeri berbanding kepentingan peribadi. Keputusan ahli-ahli Yang Berhormat sebegini harus dihormati dan disegani kerana TIDAK RAMAI yang mampu melepaskan jawatan mereka.. tidak ramai yang mahu melepaskan kuasa mereka .. tidak ramai yang mahu kehilangan status dan juga segala kemudahan yang mereka terima sebagai Ahli Yang Berhormat setelah sekian lama duduk dipersada yang menjadi rebutan ramai. Kita patut tabik dan segani pemimpin seperti ini.

Ketika ini ramai yang sudah melobi dan mula mendekatkan diri dengan pucuk pimpinan parti malah sanggup menaja itu dan ini dengan harapan dipilih sebagai calon untuk pilihan raya akan datang. Dah ramai mula menonjol diri di khalayak ramai.. menghadiri majlis keramaian orang kampong dengan harapan nama menjadi sebutan orang tempatan. Musim ini musim melobi di Sarawak .. ahli parti, ahli perniagaan dan bermacam-macam jenis orang yang merasakan diri mereka ‘layak’ sebagai calon, khususnya di kawasan-kawasan DUN yang baru. Di laman media sosial seperti facebook.. ramai yang dah tonjolkan diri … kesibukan disana sini.. tersenyum lebar apabila digelar bakal YB … ya .. BAKAL YB … sepertimana aku kata tadi.. aku tabik ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan hasrat untuk berundur seperti ADUN Tamin, Joseph Mauh yang terus terang mengatakan akan mengundur diri untuk memberi peluang orang lain pula merasa menjadi YB atau wakil rakyat… tapi berapa ramai dikalangan YB yang ‘gentleman’ seperti itu … baru nak disebut akan diganti .. pasti sudah mengamok disana sini … seolah-olah jawatan YB itu akan kekal hingga ke mati .. dan ada pula jika boleh..dipindah ke anak bini..seolah-olah.. jawatan YB itu satu tradisi.. satu dinasti … dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain yang lebih layak lagi!! … bagi YB yang telah banyak berbakti..membawa perubahan, pembangunan serta kemajuan di kawasan.. walaupun sudah berpuluh tahun sebagai wakil rakyat … kita harus bersyukur kerana ada YB yang kuat bekerja ..membantu masyarakat dengan seadanya … turun kawasan bila terluang waktu .. YB begini kita sanjungi .. tetapi andai ada YB yang hanya datang setahun sekali, tabor janji sana sini tak pernah tepati.. dah jadi YB berpenggal-penggal … lima enam kali .. tapi kawasan tetap macam dulu lagi .. rasanya elok la mengundur diri … bagi ruang orang lain mengganti .. berundur secara terhormat ..pasti jasa-jasa akan dikenangi … walaupun sedikit sekali …

Masa ini semua parti politik .dalam BN cuba tonjol siapa yang layak dapat kawasan baru dan ada parti pecahan yang merasakan diri mereka masih BN lagi ..walaupun secara hakiki atau secara rasmi mereka bukan ahli BN .. yang jelas TERAS dan UPP .. mempunyai YB-YB ADUN yang menang atas tiket SPDP dan juga SUPP. Apakah nasib mereka nanti samada mereka akan terus dicalonkan atas tiket BN atau atas tiket TERAS dan UPP kerana jelasnya tiga parti komponen, iaitu PRS, SPDP dan SUPP tidak sama sekali membenarkan mereka mengambil kawasan yang telah mereka menangi dulu atas kapasiti calon BN. Pasti CM Adenan ada magis atau trick untuk pasti semua pihak happy happy .. dan win-win situation demi negeri Sarawak .. tetapi sejauhmana SUPP dan SPDP untuk berkompromi sukar dibayangkan kerana pada padangan aku .. ADUN-ADUN yang keluar parti telah ‘mengkhianati’ janji dan perjuangan mereka kerana menuntut kuasa dan kepentingan peribadi. Maaf itu la pandangan aku … kerana mereka tidak berbeza dengan Mat Sabu yang keluar PAS dan menubuhkan Amanah .. atau geng-geng yang menubuhkan PKR ..semuanya hanya kerana kuasa ..dan kepentingan diri .

Apa pun aku bukan orang politik dan aku melihat perpecahan dalam parti komponen hanya akan terus melemahkan komponen BN dan memperkukuhkan pihak yang menentang. Jika benar berjuang di atas kehendak rakyat dan memberi kepentingan kepada negeri , kenapa perlu berpecah … meskipun berbeza pandangan. Ingat kata-kata Sun Tzu “an angry man can later become happy, a resentful man become pleased, but a kingdom once destroyed can never be restored nor the dead be brought back to life”. Apabila komponen lemah, mudahla orang lain untuk mengambil kesempatan dan kemenangan. Jika benar-benar memberi kepentingan kepada parti dan negeri, turun la.. bersara la dengan cara terhormat … jangan sampai di ‘bersarakan’ oleh rakyat yang muak dengan pelbagai janji yang tidak ditepati … dan sekali lagi aku salute..aku tabik kepada semua ahli YB yang telah menyatakan hasrat untuk berundur … semoga mereka ini terus disegani dan diberi kesihatan yang baik agar dapat terus menyumbang dalam komuniti..

Tuesday, December 8, 2015

Bahasa Inggeris VS Bahasa Malaysia #TheAdenanWay

Baru-baru ini kecoh beberapa orang pejuang Bahasa Melayu dengan pengumuman CM Adenan bahawa Sarawak akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi selain Bahasa Malaysia. Ramai dikalangan pejuang Bahasa Melayu mengecam tindakan CM Adenan tu dan menyifatkan tindakan nya sebagai memusnahkan usaha-usaha untuk mempertahankan bahasa itu di tanah air sendiri. Ada pula yang mengatakan tindakan CM Adenan itu menjatuhkan martabat Bahasa Melayu. Malah Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim mengatakan langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Sarawak itu sebagai menimbulkan bibit-bibit perpecahan dalam kalangan masyarakat(Malaysiakini, 23 Nov.2015). Mempertahankan tindakan CM Adenan, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah berkata Bahasa Malaysia akan tetap menjadi Bahasa kebangsaan di Sarawak manakala Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua. Menurutnya Sarawak tidak pernah mengatakan tidak akan menggunakan Bahasa Malaysia, malah katanya penekananan dwibahasa di Sarawak adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia agar penggunaan kedua-dua bahasa diberi penekanan yang sama (BP Online, 26 Nov.2015).

Ramai juga netizen yang bersetuju dengan langkah yang diambil oleh CM Adenan kerana selama ini pun di Sarawak sebahagian besar penduduk nya berkomunikasi dengan dwibahasa. Aku pelik kenapa ramai yang begitu ‘resah’ dan kalut bila kerajaan negeri Sarawak mengambil langkah tersebut sedangkan di beberapa kementerian persekutuan Bahasa pengantar atau komunikasi dikalangan warga mereka ialah Bahasa Inggeris! Malah dalam mesyuarat tertentu memang diadakan dalam Bahasa Inggeris atau dwibahasa. Malas la aku nak sebut kementerian mana kan… tapi lihat la pada domain atau alamat laman web atau emel mereka. Kalau Kementerian Pendidikan .. mereka gunkana singkatan moe, iaitu ministry of education , Kementerian Pendidikan Tinggi pula mohe, iaitu ministry of higher education dan beberapa kementeria lain. Justeru aku rasa amat hairan bagaimana sesetengah pejuang Bahasa melayu tak tegur kementerian-kementerian ini atau beberapa jabatan yang masih menggunakan Bahasa inggeris untuk alamat emel merekan atau mereka sendiri tak sedar??? …

Aku bukan la nak mengagungkan Bahasa Inggeris … tetapi hakikatnya pada hari ini semakin ramai dikalangan graduan dari institusi pengajian tinggi awam …memang lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris.. malah banyak sangat kesalahan grammar dalam penulisan selain sumbang mambang apabila bercakap dalam Bahasa Inggeris. Ini berlaku kerana ada pensyarah atau guru yang tak mahir dalam Bahasa inggeris di beri tanggungjawab mengajar Bahasa Inggeris di institut, kolej maupun di sekolah menengah. Aku pernah melihat sendiri bagaimana salah seorang anak aku mendapat gred A daripada pensyarah sebuah politeknik sedangkan bila aku periksa Bahasa Inggeris yang digunakan banyak grammatical mistakes. Samada pensyarah berkenaan tidak memeriksa dengan teliti ataupun pensyarah berkenaan memang tidak tahu berbahasa inggeris .. itulah pandangan aku.. sungguh kasihan kerana impak kepada penilaian tersebut ialah pelajar langsung tidak boleh berbahasa inggeris dengan baik …

Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah pada pandangan aku juga merupakan salah satu faktor kenapa ramai graduan kurang konfiden diri apabila bersoal jawab dalam temuduga pekerjaan. Perasaan rendah diri boleh menjadikan seseorang itu kurang keyakinan diri … dan kurang keyakinan diri menyebabkan semakin ramai graduan tidak mampu menarik minat majikan agar mengambil mereka sebagai pekerja meskipun mereka mempunyai CGPA yang hebat. Kadang-kadang aku nak tergelak juga mendengar beberapa 'so-called' pegawai atasan yang hebat bercakap dalam bahasa inggeris yang tunggang terbalik..diction yang salah.. grammar apatah lagi ... dan aku tabik juga beberapa ketua jabatan yang cukup mahir menguasai bahasa inggeris ... dan menggunakan nya dalam mesyuarat-mesyuarat di peringkat tertinggi..  aku sendiri pun kekadang tersasul juga ... maklum laa.. lama dah tak guna bahasa inggeris samada dalam pertuturan harian atau pun dalam penulisan... bukan nak mengagungkan bahasa itu tetapi bahasa inggeris merupakan bahasa pengantar yang aku gunakan sejak dari Darjah Satu ... dan aku teringat guru ku.. Cikgu Inggu .. yang akan menghukum mana-mana anak murid nya yang menggunakan bahasa lain selain bahasa inggeris dalam pertuturan harian semasa di sekolah... memang dia amat serius ..tetapi dialah yang mendidik aku sehingga kami mahir menguasai bahasa tersebut..


Apa pun pandangan orang terhadap tindakan CM Adenan pada pandangan aku, langkah yang diambil nya sangat baik dan memberi manafaat kepada seluruh anak Sarawak. Sarawak yang mempunyai puluhan etnik yang berbeza bahasa pertuturan sejak dulu lagi memang sudah mengamalkan dwibahasa, iaitu samada menggunakan bahasa inggeris atau bahasa melayu untuk berkomunikasi. Salute CM Adenan kerna berani mencetuskan perubahan yang mungkin tidak disenangi oleh sebahagian pemimpin persekutuan.  We are all behind you CM Adenan!

Monday, October 19, 2015

Pilihanraya Negeri Sarawak#TheAdenanWay

OooHaaa!!... You..You !! adalah satu trademark untuk CM Sarawak, Tok Nan yang kadang-kadang disusuli dengan gelak kecil beliau … bagi orang yang baru mengenali beliau ..mungkin kelakuan nya nampak sinis ..namun itulah cara beliau memperkatakan sesuatu … ikhlas danria hatinya .d. ramai juga yang rasa tercabar dengan sikap kesederhanaan beliau … dan ada juga yang ‘mengopi’ cara beliau berkomunikasi dengan masyarakat. Banyak kali Tok Nan di lihat minum sambal makan mee kolok di gerai-gerai biasa … satu tabiat yang jauh lari dari sangkaan awal masyarakat umum yang selalunya melihat YB atau orang kenamaan lebih selesa di minum dan makan di restoran ternama … tapi bukan Tok Nan … dan selalu juga masyarakat melihat Tok Nan membeli belah mencari ikan dan sayuran di kedai tepi jalan sendiri bersama isterinya … juga satu kelainan bagi kebanyakkan masyarakat kerana sebelum ini amat jarang sekali ahli YB yang sudah ada kedudukan untuk membeli belah di kedai biasa … tapi itulah Tok Nan yang baru sahaja memerintah negeri Sarawak … mengukuhkan pandangan masayarakat bahawa beliau tidak pernah lupa asal usulnya.. walaupun sudah bergelar YAB Ketua Menteri Sarawak … beginilah sikap pemimpin yang diinginkan oleh rakyat … bukan hanya bergegar pentas dengan lontaran hujah 1Malaysia..tetapi perlakuan dan tindakan jauh sekali menepati prinsip dan juga matlamat 1Malaysia … apatah lagi ‘peoples friendly’

Seperkara lagi yang menjadikan Tok Nan semakin popular ialah keberanian dan kebjikasanaan beliau untuk memperbaharui beberapa dasar yang dilihat tidak lagi relevan untuk diaplikasikan di negeri Sarawak. Dalam dua entri sebelum ini aku sudah memperkatakan sebahagian daripadanya dan kali ini ingin berkongsi lagi apa yang telah Tok Nan lakukan untuk negeri Sarawak. Ramai yang mengakui bahawa sistem pendidikan negara sering berubah-uabh hingga kan .. pelajar sekolah menjadi mangsa kepada eskperimen yang dilakukan .. sekejap ada PPSMI sekejap tak ada … yang untung siapa sebenarnya. Ramai juga mengeluh kenapa ramai graduan Malaysia tidak mahir berbahasa Inggeris … tapi nak salahkan siapa sebenarnya? Tok Nan dengan beraninya  menuntut agar Bahasa Inggeris menjadi Bahasa pengantar untuk bukan sekolah kebangsaan dan Sarawak terus menggunaka Bahasa Inggeris sebagai Bahasa persuratan bersama dengan Bahasa Malaysia. Negeri Sarawak juga memohon autonomi dalam bidang pendidikan sebagai langkah untuk memastikan system pendidikan di negeri Sarawak tidak berubah-ubah mengikut trend dan perubahan Menteri yang menjaga pendidikan. Memang diakui Dasar Pendidikan sudah ada ..tetapi setiap kali menteri berubah..beberapa perkara akan turut berubah.. seperti air yang ada pasang dan surutnya ..dan ini tidak memberi manafaat kepada pelajar yang menjadi pengguna … dan secara keseluruhan mengakibatkan banyak kerugian dipihak kerajaan … perubahan sebuah logo boleh mengakibatkan perbelanjaan jutaan ringgit..walaupun perubahan itu nampak tersangat kecil…

Selama ini ramai nampak golongan pendatang asing semakin ramai di Sarawak … terutamanya orang-orang Indonesia .. namun tak ramai yang tahu bahawa orang-orang Suluk dari Filipina rupanya sudah bertapak di Sarawak juga. Tok Nan amat marah bila Jabatan Imigresen gagal menangani masalah 700 orang Bajau dan 400 orang Suluk yang sudah tinggal dan membina rumah di Miri Sarawak, walaupun banyak aduan di kemukakan.. malah kata Tok Nan ‘ada mulut bisu, ada telinga pekak, ada mata buta’ menyimpulkan kegagalan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang yang ada. Tok Nan telah mengisytihar ‘perang’ terhadap pati di Sarawak dan semasa beliau merasmi Hari Perhutanan Antarabangsa peringkat negeri Sarawak, beliau berkata ‘mereka perlu ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal mereka sebelum mereka menimbulkan masalah besar yang sukar diselesaikan di kemudian hari’ . Pun begitu beliau mahu pati yang ditahan dilayan dengan baik sesuai dengan layanan yang sepatutnya diberi kepada manusia.

Tok Nan juga dilihat rakyat lebih berani menyuarakan hasrat rakyat Sarawak kepada kerajaan persekutuan lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan polisi yang melibatkan rakyat. Tok Nan mengingatkan kerajaan persekutuan agar mengambilkira bumiputera Sarawak yang bukan nya semua Melayu atau semuanya beragama Islam dalam membentuk dasar negara. Tok Nan juga bertegas untuk mendapatkan kerajaan autonomi bagi negeri Sarawak. ‘Kita minta kerajaan persekutuan mengiktiraf autonomi negero Sarawak dan kita sedang berbincang supaya kuasa yang ada pada kerajaan pusat diserah balik kepada negeri Sarawak’, katanya ketika berucap dalam Majlis Permimpin Bersama Rakyat pada 4 Jun, 2015 lalu (BP Online, 5 Jun 2015). Tok Nan memberitahu hak autonomi itu perlu diberi semula kepada kerajaan negeri bagi memastikan bidang kuasa tertentu dapat diputuskan tanpa melibatkan kerajaan persekutuan.

Oooohaaa!! … banyak agi perkara yang bagus..yang hebat udah dipolah oleh Tok Nan sejak menjadi Ketua Menteri Sarawak. Keberanian menyuarakan pandangan dan permohonan secara terbuka kepada kerajaan pusat dilihat sebagai positif oleh rakyat Sarawak. Apa lagi yang kita mahu ? Kita mahu Tok Nan terus memimpin negeri Sarawak sebagai Ketua Menteri, mudah-mudahan negeri Sarawak terus maju di bawah kepimpinan nya. Bukan nak membodek atau nak mengampu ..ya lah hakikat yang harus kita akui... jarang kita nanggar (melihat) pemimpin berani bersuara bertentangan dengan kepimpinan pusat. .... kerna ada yang takut sik (tak) dapat terus berkuasa atau sik dicalon agik kelak ...  kita berharap pengundi-pengundi di Sarawak melihat keupayaan Tok Nan tuk bukan sekadar gimik .. atau cobaan ... tapi yang benar-benar berlaku ... yang benar-benar dipolah untuk kepentingan rakyat Sarawak...

Ya aja.. jako aku ari tuk ... esok lusa .. lain gik cerita kerana tuk jak yang dapat nak tulis tentang kepimpinan CM Sarawak .. Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem .. mudah-mudahan belio terus sihat untuk memimpin negeri kita..

Saturday, October 17, 2015

BN Sarawak #theAdenanWay

Ramai yang kata BN Sarawak mampu memenangi pilihanraya negeri yang akan datang berdasarkan populariti CM Sarawak, Tok Nan yang disifatkan memahami kehendak rakyat Sarawak dengan mengemukakan pelbagai dasar baharu yang dekat di hati rakyat. Sebelum ini aku juga menulis mengenai beberapa dasar baharu CM Sarawak yang dikatakan sempoi dan bersahaja ini .. dan antara dasar baharu beliau yang amat disenangi rakyat ialah penghapusan bayaran tol di dua buah jambatan, iaitu jambatan Lanang dan juga Baram. Meskipun pada pandangan umum, ianya tidak signifikan namun di mata rakyat biasa, terutamanya yang menggunakan kedua-dua jambatan tersebut setiap hari, ianya amak bermakna kepada mereka.Kutipan tol di jambatan Lanang dihentikan pada 24 Mei, 2015 (Sinar Harian, 24 Mei 2015). Selain itu, CM Sarawak juga telah mengurangkan tambang perkhidmatan feri di sungai-sungai di negeri Sarawak kepada RM1.00 sahaja berbanding sebelum ini yang boleh mencecah puluhan ringgit bagi sebuah kenderaan. Lebih mengembirakan rakyat Sarawak ialah usaha Tok Nan menurunkan tariff elektrik. Tariff elektrik bagi pengguna domestik Sarawak diturunkan hingga 47 peratus bermula 1 Januari 2015 (BH Online, 19 November 2014). Menurut Tok Nan, secara keseluruhannya hamper 50 peratus pengguna elektrik Sarawak Energy Berhad(SEB) akan menikmati penurunan tariff antara 20 peratus hingga lebih 40 peratus (BH Online, 19 November 2014).

Kekecohan mengenai GST di seluruh negara mencetuskan pelbagai komen negatif terhadap pimpinan DS Najib Razak, namun Tok Nan telah mengambil tindakan mengurangkan bebanan rakyat dengan mengumumkan kerajaan negeri akan membantu membayar GST bagi perkhidmatan majlis perbandaran dan kerajaan. Ini bermakna rakyat Sarawak tidak perlu membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan majlis perbandaran dan kerajaan (BP, 25 Mei 2015). Perkara yang amat-amat mengembirakan rakyat Sarawak ialah usaha Tok Nan untuk mendapatkan tambahan royalti minyak untuk negeri Sarawak. Isu royalti minyak ini telah digunakan oleh pihak pembangkang untuk mempengaruhi pengundi namun sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab Tok Nan dengan berani menyuarakan tuntutan royalty minyak yang lebih tinggi daripada kerajaan pusat meskipun beliau pasti ada risikonya. Walaupun setakat ini tiada kata putus daripada kerajaan persekutuan mengenai isu berkenaan namun ada tanda-tanda positif hasil tuntutan tersebut dimana Petronas telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM90 juta untuk melaksanakan tanggungjawab sosial (CSR) di Sarawak dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini (BH Online, 1 Julai 2015). Sumbangan itu disalurkan untuk pelaksanaan beberapa inisiatif termasuk memperkasa pendidikan, pembangunan komuniti serta pemulihan alam sekitar di negeri Sarawak. Selain Petronas juga akan membina sebuah sekolah teknikal di Sarawak dan syarikat dari negeri Sarawak akan diberikan kontrak petronas yang dianggarkan berjumlah RM2.1 bilion setahun.

Perkara yang paling membuka mata seluruh negara ialah keberanian Tok Nan ‘taking the bull by its’ horn’ dalam menangani masalah pembalakan haram. Keseriusan Tok Nan dibuktikan dengan menutup lebih 30 kilang papan yang mempunyai balak haram di seluruh negeri  serta membatalkan serta tidak memperbarharui lesen pembalakan. Tok Nan mengulangi pendirian nya tegas pihaknya terhadap pelanggaran sebarang syarat pemberian lesen pembalakan oleh pemegang lesen, kontraktor dan sub kontraktor dan tindakan tegas akan diambil termasuklah pembatalan lesen itu (Utusan Online, 21 Januari 2015). Bagi meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan negeri, Tok Nan mengambil langkah berani dengan mengajak 26 orang ADUN BN Sarawak dan 30 orang Setiausaha politik  menandatangani ikrar integriti. “SPRM menyambut baik dan gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh kerajaan negeri Sarawak” kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (Utusan Online, 8 April 2015). Tok Nan percaya ikrar integriti itu membuktikan kepada rakyat bahawa wakil rakyat BN Sarawak ikhlas berkhidmat.

Isu penggunaan kalimah Allah di semenanjung telah mencetuskan provokasi dan ketidaksenangan golongan bukan Islam sehingga wujud ketegangan dalam hubungan antara kaum. Pun begitu, perkara ini tidak menjadi satu isu di Sarawak dan rakyat Sarawak yang sudah biasa hidup dalam keadaan harmoni selama ini tidak tergugat dengan provokasi yang dicetuskan oleh pelampau agama di Semenanjung. Bagi mengukuhkan keyakinan golongan bukan Islam di Sarawak, Tok Nan mengambil langkah berani dengan menentang arus pandangan rakan-rakan BN di kerajaan persekutuan dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian. “Kita sebagai umat Kristian di negeri ini tidak perlu bimbang akan penggunaan kalimah Allah kerana ia adalah dibenarkan di gereja-gereja malah ia turut disokong oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sendiri” kata ADUN Opar, YB Ranum Mina (BP, 5 Jun 2015). Malah dalam kes ini kerajaan Sarawak dengan berani telah menghalang beberapa pemimpin parti politik dan agama samada dari BN atau dari pembangkang yang bersikap pelampau agama dan bangsa menjejak kaki ke negeri Sarawak.

Aku pasti apa yang dilakukan oleh YB CM Sarawak setakat ini, amat-amat disenangi oleh sebahagian besar penduduk Sarawak dan populariti beliau dikalangan masyarakat Cina juga semakin meningkat. Ini diakui sendiri oleh beberapa pemimpin pembangkang negeri Sarawak dan ini amat meresahkan mereka terutamanya DAP dan PKR. Banyak lagi usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Tok Nan untuk rakyat Sarawak sejak beliau memerintah negeri Sarawak. Beliau hanya memohon kepada pengundi-pengundi untuk memberi kepercayaan lima tahun lagi kepada beliau untuk menerajui negeri Sarawak agar dapat meningkatkan lagi pembangunan negeri. Dalam tempoh yang singkat Tok Nan telah memberi satu pengharapan yang amat tinggi kepada rakyat agar pembangunan negeri Sarawak setara dengan pembangunan di semenanjung Malaysia. Sama-samalah kita menyokong usaha beliau ini. ..


Ya ajak dolok dapat aku menulis tentang usaha CM Sarawak … kelak nulis agik.. kerna banyak agik yang perlu diperjelas supaya orang negeri Sarawak tau ..apa ya nok udah dipolah Tok Nan .. dalam masa setaun dua tuk … 

Tuesday, October 13, 2015

PRN SARAWAK : #theadenanway

Semalam diberitakan YAB Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem telah membuat 38 dasar baharu yang memberi kebaikan kepada rakyat dan negeri sejak beliau mengambilalih tampuk kuasa sebagai Ketua Menteri (Borneo Post, 12 Oktober). Menurut Tok Nan dasar pertama yang beliau beri tumpuan adalah penggunaan perkataan ‘lain-lain’ yang terdapat dalam boring-borang rasmi kerajaan bagi merujuk kepada masyarakat bumiputera di Sarawak.  Beliau mahukan perkataan ‘lain-lain’ itu dibatalkan penggunaan nya kerana setiap bangsa di Malaysia ini adalah sama rata dan tidak hanya tertumpu kepada tiga bangsa utama sahaja iaitu Melayu, Cina dan India. Semua bangsa telah menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara ini, malah dalam kes kaum Dayak, merekalah yang banyak berjasa mempertahankan negara daripada pencerobohan komunis suatu ketika dulu. Pada aku tindakan ini sepatutnya sudah lama disedari oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi dalam kempen Gagasan 1Malaysia. Laungan 1Malaysia bergema disetiap pelusuk tanahair tetapi dalam borang rasmi kerajaan masih terdapat perkataan ‘lain-lain’ apabila merujuk bumiputera Sarawak dan juga Sabah .. maka ianya tidak selari dengan kehendak dan aspirasi kerajaan untuk memberi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.#theadenanway menjanjikan bahawa semua kaum adalah sama .. walaupun terdapat lebih 30 etnik di negeri Sarawak..samada mereka dalam jumlah yang besar maupun dalam jumlah yang paling kecil.

Setiap kaum ada maruah dan egonya sendiri kerana setiap kaum mempunyai cara hidup, budaya serta pegangan kepercayaan nya sendiri. Perbezaan ini tidak semestinya menjadi satu kelainan kepada kaum lain malah dalam Gagasan 1Malaysia, kelainan ini seharusnya diterima oleh kaum-kaum lain . Inilah keunikan yang terdapat di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya. Keunikan budaya yang pelbagai, cara hidup yang berbeza tidak menghalang anak-anak Sarawak untuk bercampur gaul dengan harmoni dalam masyarakat. Malahan perbezaan agama tidak menghalang mereka untuk duduk makan semeja, satu kepercayaan antara kaum yang berbilang etnik yang jadi amalan sejak dahulu lagi. Jika kelainan ini dapat diterima sebaiknya, maka negeri akan dapat terus begerak kehadapan, melangkah maju mengecapi pembangunan yang lestari. Justeru tindakan Tok Nan menghalang pelampau keagamaan dan juga pelampau kaum yang tidak henti-henti menimbulkan provokasi agama dan kaum dari menjejak kaki ke bumi Sarawak sangat-sangat dipersetujui oleh seluruh rakyat negeri Sarawak. Tiada tempat di bumi Kenyalang kepada pelampau individu maupun NGO yang tidak peka dengan sensitiviti kaum dan juga agama di negeri Sarawak, samada mereka di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang.

Keduanya Tok Nan juga tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak yang menggelar kaum Cina sebagai pendatang kerana generasi kaum Cina yang ada di bumi kenyalang hari ini ialah generasi yang lahir di negeri Sarawak bukan lahir di Negara Cina. Menurutnya, nenek moyang generasi Cina hari ini memang pendatang tetapi generasi Cina yang ada di Sarawak merupakan generasi keempat atau kelima yang lahir di Malaysia dan mereka tidak layak digelar sebagai pendatang (BP, 23 Oktober, 2014). Malaysia dan negeri Sarawak cukup besar untuk semua orang dan tidak perlulah kaum Cina di negara ini digelar pendatang, katanya merujuk kepada beberapa individu dan NGO yang tidak henti-henti menyelar kaum Cina sebagai pendatang. Isu ini sebenarnya tidak lagi timbul kerana kaum Cina sudah berada di Sarawak lebih dari 100 tahun yang lalu. Siapa pendatang, siapa tuan tidak lagi relevan kerana kaum Cina juga menyumbang kepada pembangunan negara dan negeri melalui aktiviti ekonomi yang mereka jalankan. Kaum Cina sering dilabel sebagai pendatang kerana mereka tidak melupakan asal usul mereka dan kadangkala pergi melawat ke Tanah Besar Negara China untuk menjenguk saudara mara yang masih ada di Negara China. ‘Kamu pegi ke Negara China untuk bercuti dan melawat kaum keluarga di sana tetapi selepas itu akan balik semula ke negeri Sarawak’ kata Tok Nan (BP, 23 Oktober 2014).

Ketiga, kerajaan negeri Sarawak mengambil langkah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai kelayakan untuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam negeri dan university awam negeri, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Tan Sri Adenan Satem telah memberi kelulusan kepada perkara tersebut yang dikatakan setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Senator Datuk Dr.Sim Kui Hian (BP, 21 September 2015). Selain itu Tok Nan juga bersetuju agar Yayasan Sarawak menyediakan biassiswa atau pinjaman pendidikan kepada pemegang UEC. Senator Datuk Sim juga menyatakan beberapa institusi pengajian tinggi swasta seperti Swinburne University, Curtin University serta Kolej Teknologi Sarawak juga mengiktiraf UEC selain university luar Negara seperti Victoria University di Melbourne, Australia dan National University, Singapura. Kelulusan daripada YAB Ketua Menteri Sarawak amat bermakna kepada kaum Cina kerana ianya membuka lembaran baru dan laluan kepada kelulusan yang lebih luas lagi terutamanya di peringkat kerajaan persekutuan. Menurut Pengerusi Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Persendirian Cina Bersatu Sarawak, Datuk Vincent Lau, jika kerajaan persekutuan memberi mengiktiraf UEC, ianya akan menguntungkan Negara secara keseluruhanya dan bukan hanya pelajar sekolah Cina sahaja.


Pada aku ketiga-tiga langkah yang telah diambil oleh Tok Nan selaku Ketua Menteri Sarawak membuktikan sesuatu dasar itu boleh diubah oleh pemerintah dan ianya tidak kaku dan beku kerana peraturan serta undang-undang dunia ini dibentuk oleh manusia. Perubahan boleh dilakukan seiring zaman kerana semua kaum mempunyai jasa terhadap pembangunan negara, justeru melabelkan sesuatu kaum sebagai ‘lain-lain’ atau pun pendatang tidak lagi wajar dalam konteks negara yang sudah merdeka melebihi 50 tahun. Sama juga memberi pengiktirafan kepada pendidikan yang berbeza tidak merugikan negara atau negeri malah mungkin ianya boleh menjadi ‘compliment’ kepada sistem pendidikan yang ada di negara ini. Lihat di negeri Sarawak di mana semakin ramai anak-anak Melayu dan bumiputera belajar di sekolah aliran Cina kerana terbukti kaedah mengajar ilmu matematik mereka lebih baik daripada kaedah yang ada disekolah kebangsaan. Syabas Tok Nan, semoga ianya memberi harapan baru kepada pelajar-pelajar aliran Cina di negeri Sarawak. Inilah usaha seorang pemimpin yang mampu melihat keperluan dan kehendak masyarakatnya, meskipun kaum Cina masih belum percaya sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya usaha Tok Nan pasti mampu meraih sedikit kepercayaan dan keyakin pengundi Cina terhadap Barisan Nasional Sarawak.

Nya aja jako aku masa tuk you you .. kelak bejako agi..

Monday, October 12, 2015

PRN SARAWAK : RAMAI YB KEKAL SEBAGAI CALON

CM Sarawak, Tok Nan telah mengumumkan beberapa nama YB yang akan terus dikekalkan sebagai calon BN dalam pilihan raya negeri akan datang. Alasan Tok Nan amat mudah iaitu mereka telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan.. dan pada aku ianya satu pengiktirafan oleh CM Sarawak kepada YB-YB yang sentiasa memberi perhatian kepada kehendak dan keperluan rakyat di kawasan. Pun begitu bagaimana pula dengan YB-YB yang hanya aktif bila musim pilihan raya dah hamper tiba? Adakah mereka juga akan dikekalkan atau akan diganti dengan calon yang lebih baik ? Tidak mustahil ada juga YB yang hanya turun padang apabila musim pilihan raya dah dekat .. setaun agi .. baruk la nak turun nanggar kawasan .. yang sebelum tuk ..susah benar orang kampong atau pengundi kawasan nak nanggar muka .. satu perkara biasa .. dan sik mustahil juak ada YB yang benar-benar berkerja keras..turun padang dan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat..dan YB-YB macam ini patut dikekalkan .. Tok Nan ada juga menyebut.. tiada ahli Parlimen akan dicalonkan sebagai calon BN … adakah Pengerusi TERAS, Dato Sri William Mawan akan digugurkan sebagi calon di kawasan Meluan dan diganti dengan orang baru ? Jika ya..calon parti manakah yang akan diberi tiket untuk bertanding di atas kapasiti BN Sarawak ? TERAS atau SPDP ? Kedua-duanya sama-sama mengatakan mereka parti BN dan yang sah ialah SPDP sedangkan TERAS .. apakah statusnya dalam BN?

Satu polemik yang bakal menjadi PELUANG kepada calon-calon dari parti lain seperti SWP (Sarawak Workers Party) , DAP maupun PKR. Itu pun sekiranya ketiga-tiga parti itu tidak bergabung sebagai sebuah pakatan yang pada dasarnya akan mencabar BN di negeri Sarawak nanti. Jika apa yang diperkatakan oleh Tok Nan itu diambil kira..maka kesemua YB yang sedia ada akan dikekalkan tanpa mengira mereka adalah dari TERAS maupun UPP yang merupakan parti serpihan SPDP dan juga SUPP. Persoalan nya sejauh mana SUPP dan SPDP akan berkompromi dengan situasi ini kerana hampir kesemua calon yang sedia ada merupakan bekas ahli kepada kedua-dua parti berkenaan. Apakah PRN Sarawak yang ke 11 ini nanti menyaksikan pertandingan terbuka di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh UPP, TERAS, SPDP dan juga SUPP. Jika itu berlaku, sejauhmana peluang mereka untuk mengekalkan kawasan untuk kepentingan BN sedangkan mereka akan berdepan satu pakatan yang juga tidak kurang hebat, iaitu pakatan antara PKR, DAP dan juga SWP(jika mereka ingin menumbangkan calon-calon BN nanti ). Berdasarkan satu kajian oleh University Malaya (31 mac, 2011) terdapat 310 ribu atau 33 peratus pengundi di Sarawak ialah pengundi muda dan bilangan nya mungkin meningkat dalam tahun 2015. Apakah pengundi muda di Sarawak akan terus menyokong BN atau pun akan beralih arah kepada pihak pembangkang berdasarkan pelbagai isu yang sering melanda BN pada ketika ini. Adakah faktor Adenan Satem, CM Sarawak yang dikatakan ‘sempoi’ .. ‘walk the talk’ yang mentadbir Sarawak dengan cara ‘Adenan Way’ menjadi kekuatan BN untuk mempengaruhi pengundi muda memilih BN dalam PRN akan datang.


Do it Adenan Way merupakan slogan atau hastag yang popular yang boleh menjadi war cry untuk BN Sarawak kerana banyak perkara-perkara positif yang telah dilakukan oleh Tan Sri Adenan untuk Sarawak sejak beliau memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri daripada Pehin Sri Taib Mahmud. Ada juga yang mengatakan sebahagian kaum Cina mula kembali memberi kepercayaan kepada BN dan ini amat membimbangkan DAP yang seakan-akan mula hilang pengaruh dikalangan orang-orang Cina. Ada juga sebilangan kecil YB DAP memuji cara Adenan Satem menangani masalah negeri Sarawak terutamanya berkaitan dengan pembangunan luar bandar. Sejauh mana Do It Adenan Way mampu drums up the excitement of the peoples and gain their support hanya dalam pilihanraya akan membuktikan nya. Apa pun seketika ini dan di masa ini rakyat semakin yakin dan percaya Adenan Satem akan memacu negeri Sarawak kearah lebih banyak kejayaan. Hubungan baik dan keakraban yang ditunjukkan oleh kerajaan pusat juga boleh menjadi factor penentu untuk kejayaan yang lebih besar untuk negeri Sarawak. 

Wednesday, September 9, 2015

MALAYSIAKU #SEHATISEJIWA#ANAKANAKMALAYSIA

Lama juga aku tak menulis entri dalam blog aku ini .. bukan lah kerana kesibukan kerja tapi terasa kemalasan untuk menulis dengan pelbagai isu yang sering berlegar di ruang media, samada media cetak, elektronik dan juga media sosial. Hari-hari perkara yang sama dibangkitkan oleh media sehingga membangkitkan ‘kemuakan’ kepada pembaca seolah-olah isu itu sedang ditanam ke dalam minda masyarakat. Sebuah stesen TV hamper setiap malam membuat ‘pendedahan’ yang dulunya dikatakan ‘tidak benar’ oleh seseorang yang sudah ditahan pihak berkuasa. Teori ‘pengulingan kerajaan’ dimainkan, dikipas dan diapikan seolah-olah negara ini sedang ‘chaos’ atau terlalu bercelaru sehinggakan memerlukan media arus perdana untuk merungkaikan segala-galanya. Apakah peranan media sebenarnya ? Adakah untuk menjadi ‘investigator’ atau sebagai ‘whistleblower’ atau penyebaran maklumat atau ‘pendedahan teori’? Atau semata-mata membuat spekulasi bagi melemparkan satu tuduhan yang belum pasti ? Aku juga hairan bagaimana ahli politik yang kita pilih untuk memastikan kehidupan kita lebih sejahtera, makmur dan maju, terus berpolitik, berpolitik dan berpolitik sedangkan isu yang perlu mereka tangani pada ketika ini ialah bagaimana memastikan rakyat tidak dibebani dengan harga barang keperluan harian yang semakin meningkat. Aku baca ada menteri mengatakan akan memastikan harga barang harian diturunkan .. sudah diturunkan belum ? Tapi seminggu sekali aku ke pasar borong, harga nya semakin naik..

Isu kedua GST. Pada aku tiada masalah kerajaan melaksanakan GST tapi jangan la dikenakan kepada rakyat. Peliknya GST dikenakan oleh semua penjual kepada rakyat samada peniaga itu berdaftar atau tidak dengan pihak berkuasa. Malah ada kedai yang kenakan ’double’ kepada pelanggan , GST pun kena, cukai perkhidmatan 5 peratus pun kena. Inilah yang menjadikan rakyat marah dan keliru. Ada juga yang berpendapat kenapa GST dikenakan 6 peratus, kenapa tidak 2 atau 3 peratus ? Peniaga tepi jalan pun dah naikkan harga, kononya GST.. he he he .. aku tak salahkan mereka mengambil peluang .. kerana sejujurnya adakah pemantauan yang ketat dilaksanakan ? Jika ada kenapa begitu bebas, pekedai, warung dan juga kiosk mengenakan GST kepada pelanggan walaupun mereka tidak berdaftar? Apakah pihak berkuasa menunggu pelanggan untuk membuat aduan? Jika itu modus operandinya, apa kaedah pelanggan nak buat aduan dengan segera dan diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa? Melalui ’mobile apps’ ka atau melalui saluran emel, telefon atau mengadu terus melalui saluran konvensional? Semua ini tidak diperjelaskan oleh pihak yang bertanggungjawab semasa mereka melaksanakan GST. Bukan nak mengkritik cuma ingin mencadangkan agar pihak berkuasa menyediakan satu saluran yang ’user-friendly’ kepada pelanggan atau pengguna untuk membuat aduan segera secara ad-hoc tanpa perlu melalui pelbagai peringkat, contohnya ’mobile apps’ yang mudah diakses oleh pengguna atau pelanggan. Ianya mungkin mahal dalam istilah pihak bertanggungjawab tetapi efektif untuk memastikan tiada penipuan atau kesempatan diambil terhadap pelanggan oleh peniaga, peruncit, pekedai atau penjual dengan alasan GST. Ianya juga boleh menyelamatkan maruah kerajaan, membersihkan imej kerajaan serta mengurangkan persepsi buruk terhadap kerajaan yang dikatakan membebankan rakyat. Jika maklumat yang tidak sahih boleh disebarkan dengan cepat kerana kecanggihan teknologi hari ini, maka kelebihan kecanggihan teknologi boleh digunakan untuk memudahkan rakyat membuat aduan, akses kepada kerajaan yang sepatutnya terkandungkan dalam MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM. Kenapa takut berbelanja untuk menyediakan satu perkhidmatan mudah, ringkas yang boleh membaik pulih persepsi rakyat terhadap kerajaan.

Isu ketiga berkaitan dengan patriotisme. Macam-macam teori dan aktiviti diadakan bagi meningkatkan patriotisme rakyat terhadap negara, kempen, adverts, lagu ..entah apa lagi tapi pernah kah kita membuat kajian yang menyeluruh? Adakah kurangnya orang mengibarkan Jalur Gemilang di premis, di kenderaan satu indikator bahawa rakyat negara ini semakin kurang nilai patriotisme nya terhadap negara? Jika jawapan nya YA, apakah solution nya? Jabatan Penerangan Malaysia, contohnya sudah berusaha dengan penuh komitmen mengadakan kempen Jalur Gemilang sejak 15 tahun yang lalu .. dengan pelbagai aktiviti termasuk Kembara Merdeka Jalur Gemilang sebagai aktiviti kemuncaknya .. namun sehingga hari ini, semakin kurang rakyat mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan mereka ? Begitu juga di premis-premis persendirian, rumah dan juga syarikat swasta.. hinggalah sebuah pihak berkuasa tempatan terpaksa memberi amaran kepada pemilik premis / kedai agar mengibarkan Jalur Gemilang jika ingin lesen perniagaan mereka di perbaharui.. hingga ke tahap itu .. dan itulah persoalan aku. Aku bertanya dengan rakan-rakan, apakah ianya salah sistem pembelajaran kita atau salah pandangan kita ? Di sekolah ada pendidikan sejarah dan sivik, malah dalam setiap perhimpunan ada lagu Negaraku dan juga ikrar Rukun Negara .. dimana silap kita ? Atau perlukan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang untuk memastikan setiap rakyat di negara ini mengibarkan Jalur Gemilang di premis kediaman, premis perniagaan dan juga kenderaan, iaitu enforced patriotisme supaya ianya menjadi satu budaya dalam masyarakat Malaysia. Pun begitu pada aku, semuanya adalah kerana sikap kita yang suka bersikap sambil lewa terhadap kebebasan dan keamanan yang kita nikmati hari ini. Kita bercakaran dan bertelagah sesama sendiri, yang mana betul dan yang mana salah, yakni Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.. sejarah membuktikan Malaysia TIDAK PERNAH dijajah kerana Persekutuan Malaysia lahir pada 16 September 1963. Tetapi kita lupa bahawa negeri-negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak pernah di jajah dan kita dibebaskan dari penjajah oleh pejuang-pejuang bangsa yang mengorbankan diri mereka, mengorbankan harta benda mereka demi mencapai kebebasan dan keamanan. Apa salahnya kita menyambut kemerdekaan itu sebagai satu kesyukuran nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Esa melalui pejuang-pejuang kita dan kita RAIKAN bersama kelahiran sebuah negara yang bernama MALAYSIA .. menjadikan kita satu keluarga, satu bangsa walaupun dari pelbagai etnik, walau mengamalkan pelbagai budaya hidup, pelbagai kepercayaan dan anutan ...


Aku nak petik kata-kata dari Ustaz Kazim Elias dalam satu ceramah  negara yang aman akan memberi rezeki kepada rakyatnya, negara yang aman akan menjadi negara yang maju.

Wednesday, July 1, 2015

#SehatiSejiwa .. Malaysia Tanah Airku..

Aku sangat suka dengan tema Hari Kebangsaan 2015 #SehatiSejiwa kerana ia merupakan satu usaha untuk menyatupadukan rakyat yang sudah mula berpecah belah akibat fahaman politik yang keterlaluan serta sikap ekstrimisme yang semakin menjadi-jadi. Berdasarkan tema #SehatiSejiwa ianya ‘cerminan ruh kesepaduan, kesefahaman dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia Negara yang tercinta’. #SehatiSejiwa juga garapan untuk ‘setiap lapisan masyarakat Malaysia akan terus menyatupadu kita tanpa mengira garis sempadan nautika lautan, susur galur keturunan, kepercayaan, adat resam dan negeri kelahiran’. Jika aku amati benar-benar dua pernyataan itu.. hati aku berbunga-bunga penuh dengan kebanggaan … syukur Alhamdulillah kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia .. pun begitu aku masih rasa terkilan ..kerana masih wujud manusia yang hidup dalam tempurung..dikelilingi hutan dara … hingga tak sedar negeri Sarawak dan Sabah itu juga sudah membangun .. seiring dengan tanah Malaya .. walaupun tidak se gah … masih ada lagi yang tidak henti-henti menghina, mencerca kehidupan anak peribumi Sarawak dan Sabah .. menghina negeri ..adat dan resam budaya yang diamalkan .. rasanya aku dah buat laporan polis banyak kali jugak .. tapi … aku nie hanya orang kecil..orang jalanan … nie ada daknya nak ambik peduli …. (mana ada orang nak ambil tindakan).. aku pun tak tau nak kata apa kepada jenis golongan manusia yang suka membuat onar dan kekecohan sebegini .. adakah mereka benar-benar tidak tahu disebabkan kedunguan ..kebebalan dan kebodohan mereka .. atau mereka sengaja ingin membuat provokasi terhadap anak-anak peribumi Sabah dan Sarawak ?? .. apapun.. bagi aku mereka hanya parasit yang kecil bilangan nya berbanding jutaan manusia yang lebih bertamadun …

Pada aku #SehatiSejiwa diperlukan dalam negara ini kerana semakin ramai yang bersikap terlalu taksub dan ekstrim hinggakan setiap inci pergerakan dan perbuatan dikaitkan dengan keagamaan .. malah ada yang cukup bahlul dan paloi (bahasa Sarawak untuk bodoh) mengaitkan senaman ringan sebagai usaha untuk mengkristianisasikan pelajar-pelajar Islam!! Begitu ekstrim dan pendeknya akal manusia ini sehingga sebuah Salib di gereja dikatakan boleh menganggu gugat akidah anak-anak mereka ..hanya dengan melihatnya!! Aku setiap hari melihat Salib dalam perjalanan ku berulang alik dari sekolah dari Darjah Satu … dan kemudian mengajar sebagai guru sementara dalam sebuah gereja (kerana kekurangan tempat di sekolah berkenaan) selama setahun .. dan memasuki gereja bersama rakan-rakan Kristian … tidak sekelumit pun perasaan ku terganggu .. atau timbul keinginan untuk menukarkan agama ku !! .. kerana aku pasti sudah tercatit dalam Rukun Negara yang setiap hari dilafazkan dari Darjah 1 hingga tamat pengajian..hingga ke hari ini … diucapkan Belief In God ..Kepercayaan Kepada Tuhan yang secara mudahnya mengatakan Ugama Islam Ugama Rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan di negara ini . Kenapa kita perlu takut pada agama atau kepercayaan orang lain? Rapuhnya pegangan kepercayaan seseorang itu jika iman dan akidahnya boleh goyah hanya semata-mata melihat salib .. atau melihat sebuah gereja dalam kawasan mereka… sikap ekstrimisme inilah yang sepatutnya dibendung ..oleh pihak yang bertanggungjawab.. agar tidak wujud kumpulan ekstrimis yang sengaja ingin memporak perandakan masyarakat kita … sikap pelampau yang sentiasa melihat ancaman dari agama lain .. sedangkan yang melemahkan akidah dan memporak perandakan iman mereka ialah kelemahan mereka sendiri .. sepertimana sebahagian daripada masyarakat kita yang sering menyalahkan cara wanita berpakaian menjadi penyumbang kepada jenayah rogol … bukan kah satu pandangan atau persepsi yang ekstrim… walhal jenayah rogol berlaku kerana seseorang itu gagal mengawal atau menahan nafsu serakah mereka .. sehinggakan bayi berumur 3 tahun pun boleh nampak seksi dan menghairahkan .. dan menjadi mangsa kebuasan nafsu mereka …


Maka roh kesepaduan #SehatiSejiwa perlu diperkukuhkan …. dengan setiap dari kita menerima dan menghayati apa erti sebenar #SehatiSejiwa .. sepatutnya sudah tidak ada lagi ungkapan seperti ‘selamat datang ke Malaysia’ ..oleh rakan dari tanah semenanjung kepada rakan dari Sarawak atau Sabah .. atau ucapan seperti ‘seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak’oleh penyiar atau mana-mana pihak yang membuah hebahan… setiap warga harus dididik di peringkat awal lagi apa itu Malaysia … dan bagaimana Malaysia itu sebuah negara yang wujud dari gabungan tiga wilayah, yakni Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak .. dan pihak berwajib perlu berusaha untuk menjadi hari sambutan kemerdekaan itu ditetapkan pada hanya satu tarikh sahaja ..iaitu kewujudan Malaysia. Roh kesepaduan ini perlu diterapkan .. bermula diperingkat Tadika lagi … penyatuan perlu bersifat universal agar generasi akan datang lebih terarah kepada pembinaan negara bangsa yang satu .. dan bukan berlandaskan ethnic, budaya atau keagamaan .. kerana sesungguhnya .. masih ramai warga negara ini yang sangat sayangkan Malaysia … Negara ini tidak memerlukan golongan ekstrim dalam apa jua bentuk pun..samada agama, bangsa ataupun politik .. negara ini milik kita semua dan bukan milik satu kaum sahaja.. boleh dikatakan 99 peratus daripada kita lahir disini .. samada Melayu, Cina, India, Melanau, Iban, Kadazan, Murut dan sebagainya …. Tidak perlu lagi diagung-agungkan tempat asal nenek moyang kita dulu.. kerana sebenarnya .. Malaysia inilah satu-satunya negara kita … Malaysia Tanah Airku ..

Wednesday, June 17, 2015

OH PROTON ..MALAYSIAKU

Aku pun tak tau nak mulakan di mana kerana terasa lama benar aku tak menulis.. nak kata sibuk tu tak juga.. tapi ada sesuatu yang tidak begitu menyenangkan hingga timbul kemalasan untuk menulis..mencoret di laman blog aku ini … pun begitu kebelakangan ini negara kita dibanjiri dengan pelbagai isu, dari 1MDB ..hinggalah ke perbalahan antara dua tokoh kepimpinan negara .. dan ditambah sedikit perasa oleh pengomen-pengomen, penjilat-penjilat, pembodek-pembodek … maka pelbagai persepsi, diskripsi dapat kit abaca saban hari .. yang menyokong, yang tak sokong dan juga yang ada pandangan sendiri .. bagi aku mudahnya .. ialah negara kita semakin diancam ambang perpecahan dan juga perubahan peneraju pemerintah .. tetapi paling pedihnya ialah peranan sebuah syarikat media yang amat berpengaruh untuk ‘memusnahkan’ satu industri otomotif negara gara-gara benci dengan kepimpinan dalam industri otomotif tersebut .. sungguh kasihan kerana selepas berpuluh tahun, akhirnya orang Melayu menghancurkan industri yang dibina oleh orang Melayu sendiri .. memang benar apa yang dikata ‘melayu mudah lupa’ dan musuh melayu ialah melayu sendiri..bukan kaum lain.

Keghairahan menyerang Tun Mahathir menyebabkan mereka lupa bahawa nama PROTON terhasil dari perkataan Perusahaan Otomobil Nasional, sebuah industri yang menjadi kebanggaan negara satu ketika dulu … yang membuat kereta Proton SAGA, SATRIA, PERDANA, WAJA, WIRA, PREVE, SUPRIMA, EXORA dan sebagainya .. malah dengan kebijaksanaan kepimpinan PROTON, negara mampu menguasai jenama LOTUS yang amat terkenal di seluruh dunia .. kewujudan PROTON telah memberi peluang untuk golongan sederhana di negara ini memilki sebuah kereta.. untuk kegunaan keluarga .. kerana ramai lagi tak mampu nak beli kereta impot … sedihnya bila ada golongan yang dibantu seperti pemandu teksi dijadikan bahan untuk memburukkan jenama nasional .. sedangkan pemandu teksi ini lupa..buat-buat lupa .. bahawa dengan memandu teksi jenama PROTON inilah mereka menyara hidup isteri dan anak-anak mereka .. tetapi kerana menerima upah sanggup memburukkan jenama PROTON .. lupakah mereka darimana datangnya duit yang mereka perolehi kalau bukan dari hasil tambang teksi jenama PROTON?? … dari mana datangnya duit untuk beli makan minum pakaian dan juga tambung pembelajaran mereka kalau bukan dari teksi jenama PROTON?? … kalau dah buruk sangat PROTON tu ..belilah kereta jenama lain, NISSAN, TOYOTA, HYUNDAI, KIA, MAZDA ..malah kalau dah mampu sangat beli la MERCEDES!!! Tak payah guna PROTON … tengok berapa kos penyelenggaraan nya nanti!!! …

Bukan aku nak membela Tun M atau pun PROTON .. tapi ingat kata orang dulu kala , bila marah tu biar la berpada-pada … jangan sampai satu ketika menjilat balik apa yang diludahkan .. DS Najib dan Tun M tu ..dua-duanya pemimpin yang disayangi ramai .. ada pengikut..ada penyokong masing-masing … bila satu hari nanti mereka berbaik-baik semula.. tak kan pemandu-pemandu teksi tu pulak dijadikan ‘boneka’ untuk kata jenama PROTON tu terbaeeek pulak!! … nak bodek .. nak jilat tu ..biarlah berpadanan jangan sampai merosakkan industri otomobil negara yang telah memberi pekerjaan dan bisnes kepada ratusan ribu anak Malaysia … jika industri itu berkubur … pencacai-pencacai nie tanggung mereka?? Dalam tempoh 30 tahun ..PROTON masih lagi terkapai-kapai nak bersaing dengan jenama terkenal dunia … apatah lagi jika ada pulak orang Melayu sendiri ‘bunuh’ jenama tersebut … terus padam la nanti 
Orang yang merangka strategi untuk membunuh karekter Tun M tu tak terpikir ka … sumbangan-sumbangan Tun M kepada negara ini .. ya aku akui memang benar Tun M serang DS Najib … tapi jika begitu lah caranya … orang semakin ramai membanding sumbangan kedua-dua pemimpin kepada negara … dan jika dikira dari sumbangan fizikal negara ..memang Tun M mendahului … dan ini dilihat oleh golongan muda..Generasi Y yang kagum dengan apa yang sudah dilakukan oleh Tun M untuk negara ini … bagi aku kedua-dua pemimpin ada kekuatan dan kelemahan masing-masing … dan DS Najib ada sumbangan yang kita tidak boleh nilai dari segi fizikal … contohnya BB1M.. iaitu baucer buku 1Malaysia yang sangat-sangat membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk menyediakan apa jua keperluan anak-anak mereka yang masih bersekolah .. yang tak ada di zaman Tun M.. contoh kedua ialah kemudahan pinjaman PTPTN .. yang amat melegakan ramai ibu bapa apabila menghantar anak belajar ke peringkat tertinggi .. Diploma atau pun Ijazah .. semua ini tidak ada di zaman Tun M .. walaupun dari segi pemberian BR1M aku tidak berapa setuju kerana penagagihan duit itu tidak menepati sasaran sebenar dan ada yang memanipulasikan pengagihan tersebut … selain daripada itu .. banyak juga tumpuan diberikan kepada kawasan luar bandar dan pendalaman dimana peruntukkan pembangunan memberi peluang negeri-negeri Sarawak dan Sabah untuk sama-sama membangun secara fizikal dengan negeri-negeri di Semenanjung.. satu onus kepada penduduk-penduduk di kedua-dua negeri tersebut … kelemahan utama di zaman DS Najib ialah … semakin ramai ‘orang dalam’ yang tidak amanah .. dan menyebarluas maklumat kepada orang luar .. tetapi tidak pernah diambil tindakan di bawah OSA.. Akta Rahsia Rasmi … dengan kepantasan internet dan sebarang maklumat di zaman ini.. DS Najib memang Nampak vulnerable berbanding zaman Tun M dimana sesiapa yang melanggar OSA pasti dikenakan tindakan yang berat dan sewajarnya ..ditambah pulak dimasa itu..tiada internet … telefon mudahalih pun masih sebesar bateri kereta …

Bagi aku… berilah peluang DS Najib bersemuka dengan Tun M secara empat mata seperti kata YB Tuan Khairy Jamaluddin .. tanpa campur tangan pihak ketiga .. biar mereka berbincang ‘one to one’ … mungkin apa yang diinginkan kedua-dua pihak dapat dicapai dengan sebaiknya .. persepsi masyarakat selalu dibentuk oleh cerita-cerita media social yang tidak tahu darimana punca nya .. mungkin juga dipanaskan atau di api-apikan dengan cerita-cerita dari pakar strategi pihak lawan ..yang inginkan perpecahan .. jangan lupa .. Malaya dijajah kerana ‘orang dalam’ bertelagah dan membawa masuk orang luar untuk perbetulkan keadaan..dan akhirnya orang luar yang memerintah.. sama juga dengan Sarawak … dimana James Brooke menjadi Rajah disebabkan pemerintah tidak mampu menangani masalah dalaman hinggakan Sarawak menjadi sebuah negara kepunyaan seorang pelayar Inggeris dan keluarganya … itu cerita lama yang seharusnya menjadi tauladan dan panduan semua … jangan diungkit kenapa Melaka yang hebat boleh runtuh .. jangan ditanya kenapa Singapura menjadi milik orang lain .. dan jangan ditangisi kelak jika Malaysia bukan lagi milik kita ..


#sehatisejiwa #ayuhMalaysiaku.

Thursday, April 23, 2015

GST dan SST .. PENGGUNA ?

Sebelum ini aku pernah menulis pasal GST …. yang aku rasa ramai cukup marah terhadap kerajaan .. apabila ianya dilaksanakan .. walaupun beberapa menteri dan kakitangan awam beriya-iya mengatakan GST tidak akan membebankan rakyat .. setelah hampir sebulan dilaksanakan isu GST masih belum reda .. tiba-tiba ..ada pulak cukai SST dikekalkan yang sebelum ini dikatakan tidak dikenakan kepada pelanggan .. “Kerajaan memutuskan industri perhotelan dan restoran boleh mengenakan caj perkhidmatan seperti amalan sebelum ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad” Bagaimanapun, katanya, hanya premis yang mempunyai perjanjian bersama (CA) dengan pihak kesatuan pekerja atau termaktub dalam kontrak pekerja, boleh mengenakan caj berkenaan. Mereka juga diwajibkan untuk mempamerkan notis makluman bahawa mereka mengenakan caj perkhidmatan di premis masing-masing agar pengguna boleh membuat pilihan, katanya."KPDNKK juga akan keluarkan notis standard untuk diguna pakai oleh premis tetapi buat sementara ini premis boleh pamerkan notis mengikut cara sendiri," katanya dalam sidang media mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di sini hari ini.Menurutnya, perkara itu merupakan antara kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat bersama agensi dan jabatan kerajaan, persatuan hotel dan restoran, kesatuan pekerja serta persatuan pengguna, Isnin lepas.Alias berkata satu peraturan standard mengenai caj perkhidmatan juga sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan kelulusan dan dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat. Katanya satu kajian lanjut juga akan dibuat untuk mencadangkan satu perundangan baharu bagi mengawal selia kutipan caj perkhidmatan pada masa akan datang terutama dari aspek kepenggunaan. Menurutnya, KPDNKK juga tidak menetapkan kadar caj yang boleh dikenakan dan terpulang kepada pihak hotel dan restoran untuk menetapkan kadar caj masing-masing dengan kadar maksimum 10 peratus. "Ketika ini purata caj yang dikenakan di negara ini adalah 10 peratus dan CBP turut dikenakan ke atas caj itu," katanya.Alias berkata mesyuarat itu mengambil maklum bahawa pekerja industri perhotelan dan restoran mengutip caj perkhidmatan bagi menampung gaji asas pekerja yang serendah RM350 walaupun selepas pelaksanaan gaji minimum. (Bernama, 22 April 2015)

Aku jadi semakin keliru kerana sebelum ini ditegaskan bahawa cukai perkhidmatan dalam SST tidak akan dikenakan apabila GST dilaksanakan … itu kenyataan orang-orang yang berkempen GST sebelum GST dilaksanakan.. .. maka kenyataan daripada KPDNKK seolah-olah mematahkan segala hujah kempen-kempen yang di adakan sebelum ini .. ini baru industri perhotelan dan restoran .. apa kata industri lain pulak selepas ini ?? Aku percaya industry lain seperti pengangkutan .. bekalan dan sebagainya akan melihat perkara ini sebagai petunjuk dan cara untuk dapatkan balik caj-caj perkhidmatan … ini dalam aku punya jangkaan laa kan.. maka apa nasib rakyat jelata yang sebahagian besar nya pengguna… pengguna yang kebanyakkan nya tidak bergaji besar … aku tak tau la sejauhmana kesan kepada rakyat marhaen tapi aku pasti .. jika kerajaan asyik melayan jer permintaan tokey-tokey besar ini sepertimana telco-telco hari tu..dan semalam industri perhotelan dan restoran… selepas nie mana pulak industri… yang nak tambahkan lagi caj-caj … ada kemungkinan selepas PRU nanti … ada kerajaan baru memerintah negara ini .. sebab nampak sangat dah rakyat marhaen meluat dan semakin rasa ‘tertipu’ dengan apa yang diperkatakan oleh pihak pemerintah ..sebelum dan selepas GST dilaksanakan .. aku tak la nak kata kerajaan menipu tapi nampak la bagaimana rakyat dikelirukan dengan pelbagai maklumat ..tapi akhirnya bila dilaksana.. ada pula caj lain yang dikatakan sebelum ini tidak akan dikenakan kepada rakyat ..

Memang benar la ‘argument’ orang atasan mengatakan caj ini di hotel dan restoran sahaja .. ada juga yang dengan sinis kata.. kalau dah tau tak banyak duit ..tak perlu la nak duduk di hotel atau makan di restoran .. he he he .. maka rakyat marhaen hanya tumpang tengok jer la ..maksudnya ? Apakah hotel-hotel dan restoran-restoran itu hanya untuk golongan yang berduit dan kaya raya sahaja ? .. kesian kan rakyat marhaen nie.. hihihi .. bukan la nak kata apa..cuma bila nak dapatkan undi nanti tu haa … berduyun-duyun VVIP nie dok jenguk orang kampong … berjabat tangan dengan senyuman dengan penjawat awam .. tak tau la selepas nie ..  mana nak bayar GST 6 peratus  .. nak top up dengan caj perkhidmatan 10 peratus lagi … alahaai ..tak merasa la nak duduk hotel atau makan makanan di restoran-restoran kan … semua sekali kena caj 16 peratus juga ..macam dulu-dulu … tapi dulu-dulu tak heboh pun.. kan … nie dah la heboh satu negara ..roadshow sana..roadshow sini ..kata tak ada caj perkhidmatan laa.. bagai kan … buat macam-macam promosi .. hmmm ..ngabih boreh jer .. he he he.. brapa banyak dah abis untuk buat publisiti kan .. dengan kartun nya..bayar artis nya .. last sekali … balik hasil wal asal … punya la penat kan … berbuih-buih mulut..bergelen air liur orang yang buat kempen..ke hulu ke hilir … gitu jer hasilnya … kan baik tak payah buat apa-apa kempen atau penerangan .. kalau dah tau caj perkhidmatan tu dikekalkan … tak buang masa dan rugi duit kerajaan buat pelbagai promosi dan publisiti ..

Maaf la bukan nak mengutuk .. cuma sebagai rakyat biasa nak tegur juga cara nak promosikan dasar atau program kerajaan tu .. kalau dah tak confirm lagi apa-apa keputusan baik jangan laksanakan .. tunggu ler..sampai semua details tu di selesaikan diperingkat policy maker… sebelum dasar itu di perkenalkan kepada rakyat..supaya tidak ada kekeliruan berlaku macam pelaksanaan GST nie .. dahla kata benda lain..bila dilaksana jadi benda lain la pulak .. ini yang buat rakyat marah .. bukan rakyat marah kerana dasar itu..tapi cara dasar itu diperkenalkan …. Sekarang apa nak jadi ? GST kena bayar 6 peratus ..Caj Perkhidmatan kekal juga 10 peratus … kalau SST dulu 10 % caj perkhidmatan 5 peratus caj kerajaan .. 15 peratus ..maknanya GST lagi mahal ler… walaupun tak semua barang atau perkhidmatan dikenakan ..tapi sapa boleh jamin ianya tidak akan dikenakan ? Apakah industri lain akan berdiam sahaja apabila industri perhotelan dan restoran diberi kelulusan ? Pikir – pikirkan la… kesan nya nati kepada pemerintah jika tiada usaha dilakukan untuk membendung perkara ini terus merebak ke industry lain dan tiada mekanisme pemantauan yang benar-benar berkesan untuk memastikan rakyat tidak terus dibeban dengan pelbagai cukai GST dan SST …

Aku menegur kerana aku sayang negara ini … lets’ get practical,put your foot down and be firm!