Wednesday, March 5, 2014

Opis Politik : Satu Masalah Yang Sukar Ditangani ...

Hari ini aku menulis tentang satu penyakit berjangkit yang kerap berlaku di dalam pejabat. Aku juga beberapa kali pernah menulis mengenai penyakit ini dalam entri bertajuk ‘Politik Dalam Pejabat’ pada 12 November 2012 dan juga entri bertajuk ‘Kawan Makan Kawan’ pada 25 September 2013 serta entri bertajuk ‘Musang Berbulu Ayam’ pada 4 November 2013 lalu. Naluri ku tergerak untuk menulis lagi mengenai fenomena ini yang sukar dihapuskan selepas berchatting dengan seorang rakan yang tiba-tiba menyebut mengenai Opis Politik..walau macam mana sekalipun transformasi yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.. kerana semuanya adalah bergantung kepada sikap pekerja / penjawat awam.. Jabatan Perkhidmatan Awam perlu mencari kaedah untuk melakukan transformasi SIKAP penjawat awam  bermula di peringkat paling atas sekali..yakni pengurusan tertinggi ...hinggalah ke akar umbinya..iaitu pekerja rendah awam.. kerana penyakit berjangkit inilah yang menjadikan sebahagian  perkhidmatan awam seolah-olah hidup segan mati tak mahu..dan hasilnya perkhidmatan yang lembap..lemah dan tidak bersemangat..

Workplace politics or office politics or organisation politics is the use of power within an organization for the pursuit of agendas and self-interest without regard to their effect on the organization's efforts to achieve its goals, menurut definisi Wikipedia. Jika diterjemahkan maksudnya ialah politik pejabat atau politik tempat kerja ialah penggunaan kuasa didalam organisasi untuk mencapai agenda tertentu atau kepentingan diri tanpa memikirkan kesan atau impak ke atas usaha organisasi. Politik tempat kerja atau mudah di sebut Office Politics berbeza dengan gossip di tempat kerja atau office gossip namun kedua-duanya berkaitan. Office gossip selalunya bersifat rahsia terbuka..open secrets manakala Office politics bersifat manipulatif bagi mencapai satu-satu matlamat  oleh individu atau kumpulan yang berkuasa dan kedua-duanya boleh menjejaskan hubungan kerjasama antara pekerja dan menerbitkan suasana kerja yang tidak tenteram. Seseorang yang gemar mengamalkan opis politik selalunya akan bersekongkol atau bersekutu dengan rakan-rakan sekerja mereka walaupun dia mempunyai agenda peribadi atau kepentingan diri bagi mengukuhkan kedudukan dirinya dalam organisasi tanpa disyaki oleh rakan-rakan sekerja.

Dalam konteks opis politik, ianya juga mampu membunuh kerjaya seseorang kerana kadangkala penindasan dilakukan oleh seseorang yang manipulatif melalui kuasa tertentu bagi memberi tekanan kerja hingga individu yang diberi tekanan tadi berputus asa dan akhirnya melepaskan jawatan nya. Perkara sebegini kerap berlaku di sektor swasta dimana kedudukan (position) dan hirarki kuasa amat penting bagi memperolehi imbuhan yang lebih besar walaupun secara teorinya bukan imbuhan yang menjadi idaman tetapi memperolehi kuasa adalah agenda utama. Dalam sektor awam pula individu yang menginginkan pangkat dan kuasa biasanya mendekatkan (align) diri mereka dengan orang-orang yang berkuasa dan berusaha untuk mendapatkan kepercayaan mereka sehingga mereka mampu menggunakan kuasa orang itu untuk memberi tekanan atau penindasan ke atas individu yang mereka ingin singkirkan. Pun begitu ada juga yang mempengaruhi orang berkuasa untuk membuat rekomendasi agar mereka dinaikkan pangkat walaupun dari segi kelayakan dan merit dirinya tidak layak berbanding rakan-rakan lain yang mempunyai prestasi kerja yang lebih berkualiti.

Antara teknik-teknik  opis politik yang paling mudah kita nampak di organisasi awam ataupun swasta ialah teknik pertama..iaitu teknik paling popular..dan mudah.. mengipas atau membodek , teknik membodek boss boleh dilakukan dalam berbagai cara...iaitu pertama, sentiasa bersetuju (tidak membantah) dengan apa jua cadangan yang dikemukakan oleh boss walaupun cadangan itu memberi impak negatif kepada organisasi.. kedua sentiasa mendampingi boss..walau kemana sahaja ... malah sanggup menyediakan apa sahaja walaupun ianya bukan skop kerja dirinya. Ketiga,Orang kaki bodek..kaki kipas ini akan mempertahankan apa sahaja yang dilakukan oleh boss..walau pun dia sendiri tahu apa yang dilakukan itu salah dari segi etika dan kadangkala melanggar peraturan pejabat. Keempat, sanggup berbelanja..iaitu membelanja boss makan.... asshole kissers ..

Teknik kedua ialah menabur fitnah atau menyebarkan khabar angin terhadap individu yang dianggap mengancam kedudukan dirinya dalam pejabat. Antara fitnah atau khabar angin paling popular dalam pejabat ialah tidak amanah atau makan duit atau lebih mudah bahasa nya..rasuah..selain fitnah mengenai skandal dalam pejabat..Biasanya ini dilakukan agar boss atau pengurusan tertinggi hilang kepercayaan kepada individu terbabit, terutamanya dalam soal mengurus kewangan atau perolehan selain tentang moral dan integriti. Apabila individu tersebut digugurkan dari kedudukan nya atau dipindahkan ke tempat lain..orang yang menabur fitnah akan mendapat kedudukan tersebut dan mudah bagi dirinya untuk memperolehi apa yang dihajatinya sebelum ini.

Teknik ketiga ialah ‘getting credit for other peoples efforts..yakni mengakui kerja orang lain sebagai kerja dirinya atau bahasa kiasan nya lembu punya susu..sapi punya nama.Teknik ini mudah dilakukan jika seseorang itu bersifat manipulatif dan mempunyai kedudukan tertentu dalam organisasi ...antara nya mengarahkan orang bawahan untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan sendiri oleh dirinya......ini adalah antara politik dalam pejabat yang banyak memberi tekanan kepada pekerja bahawan..usaha bertungkus lumus mereka kadangkala tidak dihargai oleh pihak atasan...walaupun kebanyakkan kerja-kerja yang dilakukan mencapai matlamat dan objektif organisasi...yang mendapat nama boss / penyelia mereka...yang langsung tidak menyebut nama mereka apabila memberi penghargaan... sebab itu lah kadangkala konsep kerja berpasukan gagal apabila ada jenis manusia bermain politik dipejabat untuk menaikkan nama diri nya..dan kepentingan dirinya sahaja..sepatutnya kita mengamalkan giving credit where credit is due.. iaitu sentiasa menghargai usaha orang lain walaupun usahanya sekecil zarah sekalipun..

Teknik keempat ialah seseorang yang manipulatif menggunakan politik pejabat biasanya sedaya upaya akan cuba to put down hasil kerja orang lain atau dengan kata lain cuba meremehkan kerja yang dilakukan oleh orang lain..terutamanya dalam mesyuarat pengurusan. Dia akan cuba menonjolkan bahawa apa yang dilakukan nya lebih baik dan seandainya dia  diberi peluang untuk menguruskan projek tersebut ..beliau pasti lebih berjaya menghasilkan yang terbaik untuk organisasi.. antara tanda-tanda nya ialah dengan mengemukakan pelbagai soalan yang langsung tidak berkaitan ..untuk memberi tekanan selain cuba memperlihatkan kebodohan orang lain... perhatikan bagaimana reaksinya apabila ada yang memuji hasil kerja orang lain...pasti akan nampak reaksinya yang amat negatif dengan komen-komen yang negatif dan provokatif...dan ianya menjad lebih teruk jika komen dan pandangan negatif ini disokong oleh pengerusi atau pengurusan tertinggi!!..

Teknik Kelima ialah Khianat...biasanya individu yang bermain opis politik ini gemar menyerang peribadi orang lain..memperkatakan tentang keburukan orang lain..tetapi hanya berani bercakap dibelakang individu yang dikatakan nya..jika di hadapan individu itu..beliau berlagak mesra dan bersikap begitu baik sekali... Teknik khianat ini selalu dilakukan oleh kawan yang akrab (atau nampak macam akrab) kerana hanya dirinya sahaja yang tahu kelemahan serta keburukan kawan nya. Hanya mereka berdua yang berkongsi segalanya. Mereka selalunya mendapat kepercayaan rakan-rakan sekerja untuk menyuarakan pandangan serta pendapat mengenai pengurusan tertinggi organisasi... dan mereka inilah yang akan mengkhianati rakan sekerja nya dengan mengapi-apikan atau menghasut pengurusan tertinggi dengan memperkatakan keburukan mengenai pegawai-pegawai dalam pengurusan tertinggi...walaupun apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan sekerjanya tidaklah seburuk yang dinyatakan nya...

Teknik Keenam ialah Tai-Chi atau mengelak kerja-kerja yang diberikan kepadanya dengan alasan dia mempunyai kerja yang lebih penting dan selalunya akan mencadangkan nama musuhnya..untuk melakukan kerja-kerja tersebut walaupun dia tahu individu tersebut sedang melakukan empat atau lebih tugasan yang perlu diselesaikan dalam tempoh seminggu. Pelbagai alasan akan dikemukakan kepada pihak pengurusan untuk mengelak dirinya melakukan kerja-kerja tersebut, terutamanya jika ianya melibatkan hujung minggu atau melebihi waktu kerja..dan dia tidak mendapat apa-apa imbuhan. Jika kerja-kerja itu mampu memberi imbuhan seperti kedudukan atau kewangan, dialah orang pertama yang akan mengambil tugas tersebut ..

Menurut Wikipedia, matlamat opis politik ini bukan semata-mata untuk mendapatkan kenaikan gaji atau pangkat. Biasanya matlamat utama ialah untuk mencapai kuasa yang lebih selain berusaha untuk memalukan atau menjatuhkan pihak lawan nya kerana orang yang ingin dimalukan atau dijatuhkan maruah serta kedudukanya mungkin merupakan ancaman terbesar bagi dirinya. Orang itu juga mungkin mempunyai maklumat mengenai kelemahannya atau tahu latar belakangnya. Adakalanya politik dalam pejabat berlaku disebabkan persepsi seseorang yang takut dengan bayang-bayang nya sendiri.... takut dia akan menjadi mangsa politik pejabat kerana dia sendiri mengamalkanya..dan dia menganggap semua orang adalah seperti dirinya.. Persepsi bahawa kedudukan dia terancam kerana ada orang lain yang dilihatnya lebih baik dari dirinya dan dia perlu melakukan sesuatu ..supaya kedudukan nya tetap kukuh.

Apa pun isu utama opis politik ialah individu-individu yang memanipulasikan hubungan kerja akan mengambil masa dan sumber demi kepentingan diri mereka dengan mengorbankan pejabat atau organisasi. Apabila berlaku banyaknya opis politik, ianya akan menggangu pengaliran maklumat, maklumat dimanipulasi, diputar belitkan dan di salah tafsirkan bagi mencapai kepentingan jangka pendek seseorang. Inilah bahaya nya opis politik kepada organisasi kerana ianya akan melibatkan pembentukan strategi,halatuju organisasi, pengurusan bajet dan juga pengurusan sumber. Apabila politik pejabat terlalu kuat..maka hubungan kerjasama dalam pejabat akan menjadi rengang, kemesraan menjadi tegang..suasana kerja menjadi tidak tenteram..dan semua ini akan memberi tekanan kerja yang tidak baik kepada pekerja dan juga organisasi.


Maka sebaiknya, jangan mainkan politik pejabat atau office politics...jika nak naik pangkat..gunakanlah kebijaksanaan sendiri..tak perlu pijak orang lain..burukkan orang lain..andai nak bodek boss..bodeklah , kipaslah sekuat mana pun asalkan tidak menganggu orang lain .. ingatlah hukum alam..natures law iaitu life is a circle..what goes around comes around yang bermaksud apabila kita melakukan kejahatan ke atas orang lain, satu hari nanti kejahatan itu akan datang balik kepada kita....jika ianya tidak berlaku ke atas diri kita..ianya mungkin berlaku ke atas anak dan cucu kita...

No comments:

Post a Comment