Tuesday, March 18, 2014

Oh Tolonglah .. Please..

Sesungguhnya seluruh rakyat Malaysia dalam kesedihan .. mengenang nasib pesawat MH 370 yang hingga ke hari ini tidak dapat ditemukan .. walau secanggih mana peralatan ..walau sehebat mana teknologi yang digunakan… saban hari hanya teori dan andaian dikemukakan .. Aku tak tahu tahap manakah  kegelisahan serta kerunsingan kaum keluarga yang setia menanti denga penuh harapan..tetapi aku tahu bagaimana perasaan aku setiap kali aku mendengar berita dari radio dan televisyen .. bunyian musik yang penuh syahdu..rantaian doa yang menyentuh kalbu..dan puisi-puisi yang mendayu – dayu .. semuanya hanya untuk keselamatan dan kesejahteraan serta kepulangan pesawat MH 370 ..yang hilang sejak Sabtu lalu..

Semakin lama insiden ini semakin banyak pulak teori ..menyedihkan tetapi rasa mualku dan rasa bosanku bukan kerana berita yang ku tunggu tetapi kerana sikap dan cara publisiti yang berlaku dikalangan stesen radio dan televisyen yang sering berlumba-lumba untuk menjadikan bahan berita itu sebagai ‘mileage’ populariti .. pada pandangan aku … apa guna nya pihak stesen TV dan Radio menembual atau mewawancara kononya pakar-pakar dari segi teknikal yang hanya membuat andaian dan mengemukakan teori .. apa faedahnya stesen TV dan Radio mendapat pandangan bekas-bekas juruterbang, pramugari dan pramugara …hanya untuk mengetahui SOP kerja yang dilakukan mereka …yang juga mengemukakan andaian dan pandangan semata-mata … ada juga stesen Radio yang gila…mendapat pandangan dan berkongsi kesedihan dengan para pendengar … Ya Allah ..hentikanlah .. rakyat Malaysia secara amnya ingin mendengar berita mutkahir ..dimana MH370 ..dah jumpa ke belum … itu sahaja … bukan nak mendengar bebelan..andaian..pandangan..pendapat dan juga teori-teori bagaimana MH370 hilang dari pandangan seluruh dunia .. it SUCKS! bila mendengar ngomelan-ngomelan the so called pakar yang dibawa ke stesen TV untuk memberi pandangan dan juga andaian serta kemungkinan-kemungkinan..

Cukuplah sekadar setiap kali ..kita titipkan doa ..tanpa perlu wartawan-wartawan media terkejar-kejar kaum kerabat keluarga untuk mendapat insight mereka..untuk mendapat bagaimana kehidupan penumpang MH370 sebelum ini….perlukah semua itu? Perlukah setiap stesen TV dan radio mendapat keluh resah kaum keluarga yang menunggu ? Perlukah wartawan-wartawan membuat terjahan semata-mata untuk menjadi stesen TV dan Radio No.1? Pada pandangan aku..semua itu tidak perlu.. kerana rakyat seluruh dunia hanya ingin nak tahu dimana MG370 itu!. Maaf bukan aku nak mengutuk stesen-stesen TV dan Radio yang seolah-olah sudah hilang focus kepada isu utama dalam insiden ini … kerana setiapkali ada siding akhbar.. sang Menteri TERPAKSA menegaskan begini ‘our main priority and objective is to find the plane MH370’ …dengan harapan semua media yang berada disitu ..memahami fokus sebenar yang dilakukan oleh 25 buah negara yang sedang bertungkus lumus mencari MH370 disetiap sudut  lautan dan daratan yang maha luas..

Sebenarnya setiap kali aku memasang radio .. dan juga TV… aku terasa mual dan memang menyampah sungguh bila ada sahaja pendengar-pendengar atau ‘pakar-pakar’ mengemukakan pandangan..andaian serta teori mereka ..yang pada aku harus dibiarkan untuk dilaksanakan oleh pasukan mencari dan menyelamat …tak perlu seluruh rakyat nak menokok tambah itu dan ini.. aku juga berpandangan sudah tiba masanya sidang media hanya untuk memberitahu sahajadan tiada lagi Q & A atau pun soal jawab.. kerana setiap kali soal jawab pasti ada sahaja soalan provokatif atau andaian yang tidak disahkan dikemukakan oleh wartawan-wartawan luar dan juga juga dalaman .. dan kadangkala soalan-soalan yang berulang-ulang … hingga jenuh menteri dan pasukan untuk menjawab nya … just have a straight forward press conference without Q & A.. 

Harapan dan doa seluruh rakyat Malaysia ialah semoga MH370 ditemui ..walau apa pun andaian dan teori-teori … dan harapan aku …mungkin juga sebilangan rakyat Malaysia…ialah agar stesen-stesen TV dan Radio ..menghentikan sessi-sessi temubual..wawancara …terjahan pandangan serta pendapat ‘pakar-pakar‘, kaum keluarga serta rakyat biasa .. cukup sekadar mereka terus berdoa dan berdoa tanpa henti ..agar MH 370 segera di temui..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiim ..
Jika di laut ..TIMBULKANLAH..
Jika di udara .. TURUNKANLAH..
Jika di darat .. ZAHIRKANLAH ..

Amiin ..Ya Rabbil Alamiiin..

No comments:

Post a Comment