Thursday, May 12, 2016

TEAM ADENAN MENANG, PENYOKONG PEMBANGKANG MEROYAN

‘idiots’, ‘stupid’, ‘sohai sarawakians’, ‘brain damaged’ ‘masih pakai cawat’ antara kata-kata nista dan cacian yang dilemparkan kepada orang Sarawak oleh penyokong-penyokong tegar pembangkang. Tidak cukup dengan itu ada yang menyumpah negeri Sarawak akan terus mundur kerana memilih dan mengundi BN untuk terus menerajui pentadbiran negeri Bumi Kenyalang. Itu kata-kata yang dilemparkan oleh orang luar negeri Sarawak .. dan ada juga anak negeri Sarawak sendiri yang marah dengan sikap sebahagian besar orang Sarawak yang masih berpaut kepada BN untuk membangunkan negeri ini.Tidak dinafikan kemenangan 72 kerusi DUN merupakan satu tamparan hebat kepada pembangkang yang telah meramalkan bahawa BN akan kehilangan 24 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam PR Negeri 2016. Calon DAP, Abdul Aziz Isa,  yang tewas di N13 Batu Kitang dalam temubual dengan Sarawak Live sebelum ini mengatakan Barisan Nasional(BN) Sarawak dijangka bakal hilang sebanyak 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang. Keyakinan Abdul Aziz ialah bahawa faktor Adenan akan menyebabkan undi popular BN menurun sebanyak 50 peratus. Ternyata ramalan Abdul Aziz jauh meleset kerana faktor CM Adenan lah yang mengubah pendirian orang Cina untuk kembali menyokong BN dan memungkinkan kemenangan yang besar kepada BN. Pembangkang terutamanya DAP kehilangan lima kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina iaitu N14 Batu Kawah, N45 Repok, N46 Meradong, N52 Dudong dan N73 Piasau selain gagal menawan kawasan yang majoriti pengundi bumiputera. PKR pula hanya mampu mengekalkan tiga kerusi, iaitu N.11 Batu Lintang, N39 Krian dan N81 Ba Kelalan. Mungkin sebab itu lah penyokong pembangkang meroyan teruk di laman media sosial dengan pelbagai hinaan dan cacian dilemparkan kepada penduduk negeri Sarawak.

Kekalahan pembangkang yang agak teruk kali ini dikatakan berpunca daripada perpecahan pakatan itu sendiri (itu satu kebenaran) kerana DAP dan PKR berebut sesama sendiri, termasuk PAS dan juga Amanah. Ketiadaan kesepakatan serta perebutan kawasan dlihat oleh pengundi sebagai satu tanda yang tidak baik untuk penubuhan sebuah kerajaan yang stabil. Kedua, pembangkang juga menyifatkan kempen agresif BN yang berpaksi kepada imej CM Adenan, populariti CM dengan 53 prinsip dan tindakan nya yang dilihat lebih bersifat ‘people-centric’ bukan berasaskan teori dan gembar gembur semata-mata .. iaitu CM yang walk the talk . Ketiga pembangkang juga menyelarkan taktik BN yang berjanji dengan pelbagai imbuhan di semua kawasan dengan melaksanakan segera janji-janji itu untuk meyakinkan pengundi-penguni. Ini tidak mampu dilakukan oleh DAP, PKR, PAS serta Amanah apatah lagi calon BEBAS. BN juga dituduh menggunakan politik wang oleh pembangkang dan menyifatkan ianya merupakan juga salah satu punca mereka kalah di kawasan-kawasan yang mereka tandingi.

Pun begitu begitu, jika benarlah dapatan-dapatan ini menjadi punca kekalahan mereka, kenapa mereka boleh menang di 10 kawasan DUN dimana lapan daripada kawasan tersebut merupakan bandar dan dua lagi adalah kawasan luar bandar. Ba Kelalan misalnya merupakan kawasan DUN pendalaman yang amat-amat memerlukan pembangunan  infrastruktur, tetapi pengundi di Ba Kelalan lebih rela memilih Baru Bian sebagai wakil rakyat mereka walaupun mereka tahu Baru Bian tidak akan mampu membangunkan sekolah baru untuk mereka atau membina jalan raya untuk mereka apatah lagi untuk menyediakan bekalan elektrik dan bekalan air yang lebih baik. Begitu juga pengundi di N39 Krian yang memilih Ali Biju untuk menjadi wakil rakyat mereka. Sebenarnya kekalahan pembangkang kali ini ialah kegagalan pembangkang untuk menyelami isu yang lebih penting dan dekat di hati rakyat Sarawak. DAP dan PKR begitu angkuh mengangkat isu nasional seperti GST, 1MDB dan mengaitkan DS Najib Razak sedangkan berkali-kali CM Adenan mengatakan ‘this election is not about Najib Razak, this is about the state of Sarawak and Sarawakians’.

Cacian dan hinaan yang dilemparkan oleh penyokong tegar pembangkang dari Semenanjung kepada rakyat Sarawak memperlihatkan betapa mereka memperkecilkan kewibawaan negeri ini untuk membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh elemen luar. Kenyataan Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri (seorang yang sangat saya hormati) juga mengukuhkan pandangan bahawa Sarawak hanya sebuah negeri yang diperintah dalam Malaysia, bukan sebuah wilayah berautonomi yang membentuk gabungan Persekutuan Malaysia dalam tahun 1963. Malah Tun Mahathir mengatakan kekuatan negeri Sarawak akan memperkuatkan lagi tuntutan-tuntutan autonomi dan beberapa tuntutan lain sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963. Sumpah seranah orang-orang Semenanjung (bukan semua), terutamanya penyokong pembangkang juga membuktikan tahap pemikiran politik mereka yang masih lagi naïve dan dikuasai oleh emosi walaupun mereka mengakui mereka lebih matang dalam politik daripada orang-orang Sarawak. Kenaifan mereka ialah tidak mahu mengakui kelemahan dan kekalahan mereka adalah disebabkan oleh ketaksuban dan sikap suka memandang rendah keupayaan orang lain seperti mana dalam ceramah-ceramah mereka semasa berkempen. Mereka menggelarkan lawan mereka sebagai ‘syaitan’ ‘bodoh’ di tempat-tempat awam dan begitu gemar untuk menggunakan sentimen kaum dan agama. Mereka terlalu memuji diri, ‘self-praise’ mengatakan mereka lebih baik daripada kepimpinan BN sedangkan di negeri-negeri yang mereka memerintah seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan banyak kelemahan-kelemahan dan salah laku mereka di dedahkan namun mereka tidak pernah mengakui nya.

DAP dan PKR khasnya sering melihat diri mereka sebagai ‘alternatif lebih baik’ kepada kerajaan BN namun apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang tidaklah seindah yang mereka gambarkan kepada pengundi-pengundi. Jika bercakap pasal kronisme, DAP dan PKR adalah raja kepada segala kronisme dan nepotisme .. contohnya Lim Kit Siang dari tahun 1974 sehingga sekarang masih lagi Pengerusi DAP berbanding BN yang sudah bertukar kepimpinan nya banyak kali. Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang dan isterinya Betty Chew adalah seorang YB ADUN..yang tidak berlaku di negeri Sarawak dan juga dalam BN. PKR juga apa bezanya..boleh dikatakan parti anak beranak..daripada bapa, emak dan anak menjadi ADUN dan Ahli Parlimen .. justeru siapa sebenarnya lebih baik??


Fikirlah sendiri …dan nilai lah yang mana kaca dan yang mana intan.. maka pilihan orang Sarawak adalah tepat ..  Oooh haaa .. U..U sukati ktk orang lah sia