Thursday, January 30, 2014

RAKYAT SELANGOR MEMANG BERUNTUNG DAN BERTUAH

Pertama sekali..tahniah untuk rakyat Kajang khususnya dan negeri Selangor amnya …kerana pastinya tidak lama lagi mereka akan dipimpin oleh seorang manusia ‘anuGerah Tuhan’ … yang dikatakan pemimpin bertaraf dunia ….. Dahlah negeri Selangor ada kawasan nama Bukit Beruntung … memang sah orang-orang Selangor mendapat keuntungan dua kali ganda..dengan adanya pemimpin yang bersifat maksum..bersih …tiada tolok banding kesucianya..tidak mengamalkan rasuah dan sangat berbudi pekerti mulia… gajinya sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor pun hanya RM1.00 sahaja…mana ada pemimpin di dunia ini yang sanggup menerima gaji sekecil itu … mana? mana? mana? ..cuba cari di seluruh pelusuk dunia..pemimpin yang sanggup terima gaji sebanyak itu…. Itu lah buktinya betapa mulianya pemimpin yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor..dan memimpin negeri Selangor ke tahap kemajuan yang amat sukar kita bayangkan nanti…mungkin kemajuan negeri Selangor akan setaraf  New York, Tokyo ataupun Paris dalam tempoh setahun beliau memerintah ..

Aku rasa teramat cemburu kerana aku pasti rakyat Selangor akan menikmati harga petrol yang lebih murah berbanding Putrajaya ..kerana aku masih ingat kata-katanya ‘hari ini kita menang dan memerintah negara, esok harga minyak akan turun’! dan aku menjangka itu akan berlaku di negeri Selangor… dan aku menjadi semakin cemburu bila aku terkenang slogan-slogan digunakan oleh konco-konconya iaitu ‘BN = Barang Naik, PR=Price Reduce” sebabnya harga barangan di negeri Selangor akan lebih murah daripada negeri-negeri lain di Malaysia, terutamanya yang diperintah oleh Barisan Nasional!. Kalau orang tanya aku..kenapa harga tak turun juga di Selangor..sedangkan yang memerintah Selangor orang PKR …? Mudah jer nak jawabnya..Menteri Besar Selangor… tu bukan boss kepada PKR… boss PKR ialah calon baru di DUN Kajang… sebagai boss dia boleh buat apa sahaja..termasuk mengarahkan YB ADUN – YB ADUN PKR untuk letak jawatan ke ..undur diri ke.. boleh jer.. malah dia boleh arah Menteri Besar Selangor tu turun tahkta..sebab dia nak jadi Menteri Besar Selangor … sebabnya ? Dia ialah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang berkuasa atas parti tersebut dan tidak ada siapa boleh halang dia berbuat demikian. Ingat tu..jawatan dia ialah Ketua Umum ..bukan Presiden .. sebab pangkat Ketua Umum lebih tinggi dari Presiden parti.


Tapi itu bukan kah itu bersifat diktator ka ? Eh ..sapa kata dia diktator ? itu namanya demokasi! Demo + Kasi = Demokasi …dalam istilah perjuangan parti tersebut. Demokrasi lain tau ..demokrasi ialah apabila ketua di pilih melalui undi oleh wakil-wakil cabang … Demokasi ialah apabila dia dipilih dan dilantik oleh Presiden yang kebetulanya bini dia…dan disokong oleh anak dia. Itu Demokasi .. jadi jangan tuduh dia macam diktator Idi Amin, Muammar Gaddafi atau Saddam Hussein kerana dia selayaknya setaraf dengan Nelson Mandela ….pemimpin yang diidam-idamkan oleh bangsa Arab… Cuma nya dia nie kurang cerdik sikit sebab dia tak memikirkan kesusahan rakyat.. dia hanya memikirkan kepentingan dirinya sahaja … dia tak pikir berapa juta ringgit akan habis untuk belanja urus pilihan raya kecil … nak sediakan poster ..nak bayar gaji orang berkempen … nak sewa kenderaan… nak sediakan makan minum petugas … itu belum kira janji-janji lagiii…. Justeru kalau BN nak berjimat cermat.. tak payah laa nak ikut bertanding di DUN Kajang tu …buang masa…buang duit dan tenaga sahaja … bukan mengalah sebelum berperang … tetapi sanggup kah BN lawan manusia yang digelar ‘anuGerah Tuhan’ yang bertaraf dunia…yang disanjung dijunjung bagai menatang minyak yang penuh oleh orang-orang Selangor tu? Tak payah laa BN buang masa tabor segala janji dengan kaum Cina Kajang semata-mata nak dapat undi mereka … buat rugi sahaja…..akhirnya tewas juga macam di PRK Kedah ..PRK Sibu … sebab BN bila berjanji kena tunaikan…mereka tak pa..sebab manifesto bukan janji bagi mereka … 

Wednesday, January 29, 2014

HAH ? KENA ROGOL LAGI ?

Takkan lah hari-hari cerita rogol sahaja!. Buka TV dengar berita rogol!. Dengar Radio dengar berita rogol! Buka suratkhabar terpampang cerita rogol!!...apa la nak jadi dengan negara kita nie ? Kemaruk seks sangat ke orang-orang Malaysia nie!! Geram! Memang aku cukup geram!! Sepatutnya pesalah rogol nie diberi hukuman ‘castration’ ...supaya dia tak boleh rogol sesiapa lagi..bila keluar nanti! .. setakat kena penjara dan kena rotan tu..tak tahu lah sejauhmana manusia berhati binatang nie insaf!!..emm..eh? Aku meroyan nie kenapa? Dia orang kata sistem demokrasi berparlimen negara kita yang kena rogol..bukan orang kena rogol!!.. si ADUN Kajang dah letak jawatannya sebagai ahli Yang Berhormat ..semata-mata nak beri peluang bosnya..bang Non...bertanding sebagai ADUN dan seterusnya melayakkan bang Non jadi Menteri Besar Selangor ..ganti Menteri Besar sedia ada... entah apa masalah MB Selangor sekarang..hingga nak kena ganti... tak boleh ke orang PAS jadi Menteri Besar Selangor..atau orang DAP ...kan sama dalam satu kem? Tak layak ke YB-YB PAS dan DAP?

Mudah benar mereka nie permainkan sistem demokrasi negara kan? Bila rasa nak tukar pemimpin..boleh letak jawatan dan buat pilihanraya kecil. Ini rasanya kali ketiga mereka buat macam nie. Dulu kak Jijah letak jawatan juga nak beri peluang bang Non bertanding di Permatang Pauh..supaya bang Non boleh jadi Ketua Pembangkang dan sekaligus Perdana Menteri ,,kalau kem mereka menang...lepas tu DUN Penanti..sebab nak tukar Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Elok benar perangai dia orang nie...boleh main-main tukar-tukar ADUN ikut kesesuaian diri mereka..kalau rasa tak suka ..boss boleh arah YB letak jawatan dan tukar orang lain ganti jadi YB walaupun tak cukup penggal...macam tukar kereta jer.... inilah permainan politik sekumpulan manusia yang begitu yakin mereka akan menang dengan selesa walaupun diberi tentangan oleh puak yang tidak bersetuju dengan mereka.

Aku amat terkilan dengan cara puak-puak politik nie mengambil kesempatan ke atas sistem demokrasi negara serta kebebasan yang diberikan. Memang benar kata rakan-rakan bahawa sistem demokrasi kita begitu longgar hingga sesiapa sahaja boleh melanggar atau dengan istilah baru ‘merogol’ dan mencabul hak demokrasi. Aku membayangkan senario ini lebih buruk jika mereka menjadi pemerintah negara dan mereka boleh menukar ganti Ahli Parlimen dan Ahli DUN sesuka hati mereka tanpa mengira kesan atau impak yang akan berlaku ke atas rakyat jelata. Pertama negara akan kerugian jutaan ringgit semata-mata nak mengurus pilihan raya kecil .. sedangkan jutaan ringgit itu boleh dibelanjakan untuk memperbaiki dan menaik taraf pelbagai kemudahan atau menyediakan kemudahan kepada rakyat ... kedua ..fokus pembangunan  kerajaan akan terganggu kerana asyik berkempen untuk menang dalam pilihanraya sedangkan seketika ini setiap ADUN harus memberi tumpuan dan fokus membantu menyelesaikan masalah rakyat, bukannya nak berpolitik sepanjang masa dalam tempoh lima tahun!! ..ketiga...menganggu kehidupan harian rakyat yang sudah dibebani dengan pelbagai masalah .. sedangkan rakyat amat memerlukan bantuan daripada ahli YB yang telah mereka pilih...

Jelas sekali dalam mengejar cita-cita seorang pemimpin, mereka sanggup berkorban dan mengorbankan kepercayaan pengundi-pengundi yang melantik mereka sebagai ahli Yang Berhormat. Jelas juga demi mencapai cita-cita seorang manusia sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengorbankan orang-orangnya sendiri dan merogol serta mencabul demokrasi negara sesuka hatinya. Semakin jelas halatuju perjuangan mereka bukan berjuang untuk rakyat, bukan berjuang mempertahankan hak rakyat, bukan berjuang untuk kepentingan rakyat walaupun di hujung parti mereka ada perkataan RAKYAT ... yang langsung tiada Keadilan untuk Rakyat... kerana telah MENODAI kepercayaan rakyat!!....


Inilah realiti politik negara yang tiada kesudahanya..siang malam berpolitik... makan tidur berpolitik...walaupun PRU 13 sudah lama berlalu...namun masih ada puak-puak yang tidak memberi fokus kepada apa yang mereka perkatakan semasa mereka berkempen siang dan malam untuk memenangi hati pengundi ...

Tuesday, January 28, 2014

CERITA KEDAI KOPI ~ EH ? HARGA BARANG DAH TURUN KE?

Alhamdulillah..kalau benar lah apa yang aku dengar dari kawan-kawan yang tak habis-habis melepak kedai mamak…he he ..harga barang keperluan harian sudah mula turun hasil pemantauan berterusan pihak-pihak yang bertanggungjawab ..termasuklah lawatan PM sendiri ke beberapa lokasi . Memang pemerintah nampak benar-benar serius menangani kenaikan harga barang keperluan harian...yang semakin membebankan rakyat.. dan kita berharap pemerintah terus-terusan perangi peniaga-peniaga,peruncit-peruncit yang gemar membuat untung besar... sebenarnya ada peniaga-peniaga, peruncit-peruncit yang menjualkan harga barangan mengikut harga yang ditetapkan.... tetapi ada dikalangan rakan mereka yang menjual barangan dengan harga tinggi untuk mendapat untung besar ...dan tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa ..hingga.mempengaruhi yang lain untuk melakukan perkara yang sama walaupu mereka sedar ianya satu kesalahan...

Tak boleh salahkan mereka sepenuhnya kerana berniaga perlu mendapat untung ... maka ianya kembali kepada peranan pelanggan atau pengguna..tetapi tak boleh nak salahkan pelanggan atau pengguna kerana mereka tak mendapat maklumat yang tepat... maka tanggungjawab dibebankan kepada penguatkuasa ..tetapi tak boleh salahkan mereka juga..sebab mereka kekurangan kakitangan... jadilah ianya cerita ‘bangau oh bangau’ .... akhirnya rakyat menyalahkan pemerintah ..kerana pemerintah yang berkuasa..pemerintah yang boleh mengubah keadaan... maka apa yang pemerintah perlu buat pada masa ini?

Tahniah dan syabas kepada KPDNKK yang mengambil langkah segera dengan menambah bilangan penguatkuasa (pemantau harga barangan) di setiap negeri. Walau pun ianya hanya langkah sementara sekurang-kurangnya ia menunjukkan keseriusan pemerintah memerangi peniaga-peniaga yang degil. Apa pun KPDNKK perlu menggerakkan aktifkan Majlis Pengguna di setiap negeri dan daerah ..kerana mereka sudah lama diwujudkan... inilah masa mereka benar-benar menyumbang dengan menjadi mata dan telinga pemerintah bagi memastikan tiada peniaga atau peruncit yang memanipulasikan harga barangan keperluan harian .. dan KPDNKK juga harus mengambil langkah seperti MOA (syabas dan tahniah) yang mengeluarkan harga sebenar barangan setiap minggu untuk dipamerkan kepada masyarakat agar masyarakat tahu dan mendapat maklumat yang tepat. Maklumat mengenai barangan yang dipamerkan samada di dalam akhbar atau di premis-premis perniagaan boleh menjadikan pengguna itu sendiri sebagai mata dan telinga kerajaan..kerana dengan sendirinya mereka akan melapor atau membuat aduan sekiranya ada peniaga yang memanipulasikan harga barangan..

Pengguna di Malaysia mudah panik dan mudah terpengaruh dengan pelbagai spekulasi apabila berkaitan dengan harga barangan..ditambah dengan sebaran malumat-maklumat yang mudah dan tak sah di laman sosial..menjadikan mereka cepat melatah..lantas menyalahkan pemerintah.. maka perlunya penyebaran meluas dan terkini mengenai harga barangan yang ditetapkan oleh pemerintah di setiap negeri bagi menangani spekulasi-spekulasi jahat pihak-pihak tertentu untuk memburukkan imej kerajaan... selain itu mengurangkan kenyataan-kenyataan yang dianggap ‘tidak matang’ daripada pemimpin-pemimpin yang diberikan kuasa..
Kalau nak kata harga barang mahal di Malaysia ..aku pun kadangkala terpikir betul ke nie? ..atau orang Malaysia nie sebahagian besarnya memang kaya raya... aku kata macam tu sebab bila aku ke megamall atau shopping mall..atau ke Jalan TAR ...masya Allah..ramainya manusia membeli belah!!..keluar dari TESCO ..GIANT,  AEON BIG (dulu CARREFOUR) atau AEON (dulu JAYA JUSCO)..penuh trolley dengan pelbagai barang keperluan!! ...di jalan TAR ...kiri dan kanan menjinjit beg plastik yang besar ..penuh dengan kain... ... ALAMANDA Putrajaya sentiasa penuh dengan pelanggan.... restoran makanan segera seperti McDonald, KFC, Marry Brown, Kenny Rogers Roasters .... Subway dan Burger King...sukar nak cari tempat duduk...  nampak macam tak lah sengkek sangat orang Malaysia nie kan ? Tapi bila dengar harga barang naik sikit jer..tak pasal-pasal mengamuk dan marah-marahkan kerajaan...aku rasa pelik...laaa...


Bila harga rokok naik...harga arak naik..tak la pulak golongan ini bising-bisingkan...emmmm..mungkin banyak rokok dan arak murah di luar sana kot..he he ... apapun aku amat berharap pemerintah memerangi kenaikan harga barang ini berterusan...tidak terhenti semasa perayaan sahaja....usaha yang berterusan membenteras peniaga yang memanipulasi harga barangan akan dapat memastikan harga barang lebih terkawal ... buat lah lawatan mengejut  atau spot check ke lokasi-lokasi yang dikunjungi orang ramai ... favourite spot....supaya rakyat dan peniaga tahu.. the government mean business!! ...bukan satu publcity stunt atau celebration monitoring atau political gimmick sahaja... tak payah umum...jenguk jer..pasti ramai yang mengelabah..

Monday, January 27, 2014

BILA LEMBU MENJADI IBU SUSUAN ?

Tinggal enam (6) tahun lagi untuk negara ini mencapai visi sebagai negara maju…tetapi nampaknya negara akan hanya maju secara fizikal sahaja dan bukan secara menyeluruh ..iaitu mentaliti dan sikap warganegaranya … aku berkata sedemikian rupa kerana saban hari..semakin banyak kes-kes dan isu yang berkaitan perkauman ditimbulkan … seolah-olah perpaduan di negara ini seperti ‘retak menanti belah’ … setiap isu yang berkaitan kaum menjadi hangat..dipanaskan lagi bila diperisa dengan secubit politik..dan terus dikipas-kipas dalam hampir semua saluran media…termasuk media aliran perdana… isu kaum seterusnya dikaitkan dengan isu keagamaan…yang tidak  nampak  lagi penghujungnya…

Bila sebut pasal sekolah…aku teringat zaman aku masih bersekolah rendah dulu dalam era 60an dimana kebanyakkan guru ku adalah kaum Cina (waktu itu tak ramai guru dari kalangan orang Melayu) … tapi tak pernah berlaku kepada kami anak bumiputera perkara-perkara yang berlaku seperti hari ini … guru-guru aku semua nya garang dan tegas… biasalah kalau kena rotan di tangan atau kaki kerana tidak membuat kerja-kerja rumah… kalau kita beritahu dengan ayah atau emak …bukan nya kita mendapat simpati…malah tak pasal-pasal boleh kena rotan lagi..atau kena ikat di pokok..sebab malas ..dan tak menghormati arahan guru. Begitulah hormatnya ibu bapa kepada guru satu ketika dulu..dan guru zaman itu tidak mendera atau menghina murid-muridnya seperti segelintir guru di zaman serba moden sekarang.

Apakah yang berlaku hari ini kerana sistem yang pendidikan sedia ada atau pun kehidupan rakyat sudah lebih baik berbanding tahun 60an dan 70an ? Aku tak nafikan kehidupan 90 peratus rakyat Malaysia sekarang lebih baik berbanding era 60an, 70an maupun 90an!. Tengoklah kecanggihan teknologi hari ini…berita boleh sampai kepada khlayak dalam masa sesaat perkara tersebut berlaku !! … akibat pembangunan mampan yang dirancang oleh kerajaan kehidupan masyarakat Malaysia sudah berubah 360 darjah! Tiada lagi golongan yang buta huruf di bumi Malaysia … malah akibat kemajuan ekonomi yang baik lebih ramai orang asing datang ke Malaysia untuk bekerja kerana rezeki di Malaysia lebih baik berbanding negara asal mereka seperti Indonesia, India, Nepal, Bangladesh, Mynmar, Vietnam, Pakistan maupun China!!...kalau ekonomi negara kita masih dalam era 60an ..apakah mereka sangup datang ke Malaysia?

Cuma dalam pandangan aku…akibat kemajuan yang begitu pesat…semakin ramai wanita Malaysia hari ini tidak lagi menyusukan anak sendiri..semuanya bergantung kepada lembu sebagai ibu susuan..antara sebab yang aku ketahui (hasil pembacaan) dan juga diberitahu oleh teman-teman serta rakan…ialah..wanita yang bekerjaya nak jaga bodi..jaga imej..jaga penampilan diri…benar atau tidak sememangnya susu lembu di pasaran negara teramat laku.. bermacam-macam jenama ada..dari mula mengandung hinggalah anak itu membesar… dari segi pandangan aku yang bukan bersifat analisis saintifik ini…kalau lebih banyak susu lembu, yakni binatang ..dalam badan kanak-kanak yang dalam proses membesar.. adakah ianya punca semakin banyak berlaku kes-kes ‘kebinatangan’ daripada ‘kemanusiaan’ ?..aku kata begini di atas beberapa fakta ..iaitu begitu mudah orang buang anak yang baru dilahirkan didalam tandas, ditepi jalan, di kawasan sampah dan juga ke dalam sungai … sedangkan binatang pun tak buat begitu terhadap anak mereka kan?.. tidak menghormati orang tua… tiada sikap toleransi terhadap orang lain..macam binatang juga..yang akan berebut makanan tanpa memperdulikan hak yang lain….. membuat tindakan bodoh..tanpa menggunakan akal yang diberi Tuhan… itulah yang membezakan manusia dengan binatang… akal… maka kalau guna akal..taklah berlaku kes-kes seperti melarang orang pakai tudung… hukum murid dgn makan rumput …atau bakar kitab Injil dan pijak muka orang… bakar Jalur Gemilang…. atau buat provokasi agama .. semuanya berpandukan kepada akal fikiran yang rasional… bukan tindakan mengikut emosi seperti seekor binatang .. kalau nak tau camana sikap dan perangai binatang..selalu-selalu lah tengok NatGeo Wild ..atau Animal Planet di Astro (bukan nak promo) tapi untuk pengetahuan kita bersama supaya tidak bertindak sesuka hati kita … kerana manusia diikat dengan peraturan kehidupan berlandaskan prinsip-prinsip yang telah ditentukan..


Jadi kalau nak menyalahkan orang yang bertindak melulu …tak boleh juga…sebab manusia sendiri yang mahukan lembu menjadi ibu susuan kepada anak mereka… maka terpaksa lah kita terima apa jua yang berlaku … dengan harapan kita di Malaysia ini tidak terus-terusan bertindak seperti lembu ..ke arah mencapai Wawasan 2020… iaitu negara maju dengan acuan kita sendiri..

Saturday, January 25, 2014

RM15 BILLION UNTUK JAMBATAN INDONESIA – MALAYSIA? PERLUKAH?

Aku terkejut..terkedu seolah terkena hentak dengan sesuatu benda yang berat di atas kepala ku..bila aku terbaca caption sebuah akhbar “Kementerian Kerja Raya sedia kaji projek bernilai RM15 billion hubungkan Kukup di Johor dengan Pulau Karimun di Riau”.. Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Shirlin berkata ‘projek yang bakal memberi impak ekonomi yang besar kepada kedua-dua negara itu perlu dibincangkan diperingkat cabinet sebelum dapat dilaksanakan’ sedikit sebanyak mengurangkan keresahan serta kegelisahan aku terhadap cadangan tersebut. Rasanya ramai dikalangan rakyat Negara ini tidak akan bersetuju dengan cadangan tersebut terutamanya rakyat dari Sabah dan Sarawak yang merasakan RM15 billion itu mampu mengubah rupa bentuk jalanraya di kedua-dua negeri.. dan berharap kedua-kedua Menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya lebih bersifat empati dan memahami keadaan berdasarkan kedua-dua mereka berasal dari Sarawak dan Sabah.

Beberapa pandangan pengguna laman sosial tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana lebih baik RM15 billion itu dbelanjakan untuk menaiktaraf keadaan infrastruktur luar Bandar serta pendalaman yang amat-amat diharapkan oleh rakyat yang telah memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan semasa untuk memerintah. Mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua negara tidak salah..kerana kedua-kedua negara perlu saling bekerjasama untuk membangunkan sosio ekonomi dan sosio politik serantau tetapi dalam keadaan semasa..yakni dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis ekonomi dengan kenaikan harga barang yang membebankan rakyat..rasanya lebih baik kerajaan melupakan seketika hasrat tersebut. Seandainya kerajaan atau cabinet bersetuju dengan cadangan tersebut aku menjangkakan perasaan benci rakyat terhadap pemerintah akan meningkat terutamanya bila memikirkan RM15 billion itu boleh digunakan untuk menangani kenaikan harga barang untuk rakyat negara ini.

Masa belum sesuai untuk Malaysia membuat kajian dan melaksanakan pembinaan terowong tersebut walaupun idea nya adalah baik bagi memperluaskan ekonomi negara. Juga harus diingat tanpa jambatan terowong tersebut pun pihak penguatkuasa keselamatan negara menghadapi kesukaran membendung kedatang pendatang asing tanpa izin..apatah lagi dengan adanya jambatan terowong tersebut. Tidak dinafikan pembinaan jambatan terowong itu akan membuka peluang pekerjaan yang banyak tetapi adakah ianya akan memberi pekerjaan kepada warga negara ini atau lebih mengutamakan warganegara asing yang boleh diupah dengan kadar gaji yang lebih murah? Seterusnya harus dipikirkan juga apakah keperluan jambatan terowong tersebut begitu mendesak keperluanya bagi membina imej luar negara berbanding keperluan dalam negara seperti menangani kenaikan harga barang, meningkatkan infrastruktur jalan raya di Sabah, Sarawak dan kawasan luar bandar serta pendalaman negara, pertambahan penyediaan bekalan air bersih untuk kawasan luar bandar, peningkatan taraf bangunan sekolah rendah dan menengah di kawasan-kawasan pendalaman?

Fikir-fikirkan lah wahai ahli kabinet kerajaan Malaysia dan khususnya YB Menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya. RM15 billion itu lebih bermakna dan lebih memberi impak yang lebih besar kepada negara serta rakyatnya dan juga prestasi pemerintah berbanding impak yang diinginkan seandainya jambatan terowong itu dapat dilaksanakan. RM15 billion itu akan memberi undi yang lebih banyak kepada kerajaan semasa dan meningkatkan kepercayaan rakyat. RM15 billion itu akan dapat dinikmati oleh sebahagian besar rakyat Malaysia jika dimanafaat untuk pembangunan dalam negara. Keuntungan dari segi ekonomi kepada negara memang ada jika jambatan terowong dilaksanakan tetapi keuntungan lebih besar dapat diperolehi oleh pemerintah jika RM15 billion itu digunakan untuk pembangunan dalam negara.


It is not wrong to enhance our international image by embarking on such a mega project but it would be wise for the government of the day to use that RM15 billion to the benefits of its peoples as professed in the 1Malaysia slogan ‘Peoples First, Performance Now’ .

Friday, January 24, 2014

BILA HARGA KERETA NAK TURUN ?

Semasa aku tengah emel kawan tiba-tiba aku dapat mesej  ‘Hello bro ... bila harga kereta nak turun ?’... aku pun jawab ‘hello bro...mana aku tau..aku bukan Menteri..aku bukan ada kuasa apa-apa pun..aku pun pengguna macam engko jugak’.. tanya aku buat apa? Aku merungut walau pun dalam hati aku memang teringin nak tahu jugak.. ye la kan..manalah tau..harga kereta lebih murah..boleh guna kereta berjenama sikit..ceh!! .. ada hati nak pakai kereta berjenama ... apalah salahnya pakai kereta buatan Malaysia.. Proton ka..Perodua ka ..kan??..

Aku terpikir sendiri...orang sibuk pasal nak harga barang keperluan harian turun..ada juga segelintir manusia nie sibuk ..marah..merungut pasal harga kereta yang tidak turun-turun! Pada aku laa...kereta murah ke..kereta mahal ka...sama jer...dua-duanya berfungsi untuk mengangkut manusia ke satu destinasi... contohnya dari Putrajaya ke Bandaraya Kuala Lumpur ataupun dari Kuching ke Serian.. engko pakai Mercedes ka..BMW ka..Proton Saga ka atau Perodua Alza...pastinya sampai ke destinasi yang dituju... memang la kalau pakai Mercedes, BMW, Honda lebih selesa dan nampak lebih bergaya... tapi bak kata pepatah orang dolu-dolu .. ‘ukur la baju dibadan sendiri’ ... jangan amalkan budaya hidup ‘biar papa asal bergaya’ ...nanti hidup merana... kan?? ...

Biar la yang ‘berada’..yang banyak duit..yang duit tak habis guna.. pakai kereta mewah..kereta berjenama.. yang hidup sederhana pakailah kereta yang sederhana... yang kurang tu..apa la salahnya guna Perodua Viva..MyVi...atau yang setaraf dengannya... tak perlu kita nak melalak dan mendesak kerajaan turunkan harga kereta...sebab jangka hayat ‘kehebatan’ dan keunggulan kereta ialah antara lima (5) hingga 10 tahun jer...lepas tu...setiap tahun model baharu keluar...dengan teknologi yang lebih canggih..lebih sofistikated...tak terkejar kita... lagipun kalau harga kereta seperti Mercedes..BMW, Audi, Volkswagen, Honda tu murah..mampu ke golongan-golongan yang berpendapatan antara RM3000.00 – RM6000.00 menanggung kos penggunaan petrol, servis, alat ganti..tayar ...insuran dan cukai jalan? Dengan kata lain..maintenance...kenderaan mewah tu teramatlah tinggi... bukanlah aku nak perlekeh kemampuan orang..sebab bila dah pakai nanti..jangan pula kerajaan yang disalahkan kerana tak turunkan harga petrol..harga alat ganti..cukai jalan dan juga insurans!!.. sendiri mau pakai..sendiri perlu tanggung laa...apa mau salah orang lain kan ?? ...

Kenapa kita tak bangga menggunakan Proton dan Perodua ? Kita tengok orang Jepun dan orang Korea, Jerman dan juga Itali. Mereka cukup bangga dengan kereta keluaran mereka.. ye la..memang kereta keluaran mereka itu berkualiti tinggi...world standard ... tapi mereka dah keluarkan kereta ratusan tahun awal daripada negara kita!!.. Proton dan Perodua baru nak bertapak di peringkat dunia..maka kita patut sokong usaha kerajaan...dengan lebih mengutamakan kereta buatan Malaysia...dengan harapan pengeluar kedua-dua jenama Malaysia ini akan meningkatkan keupayaan teknikal dan teknologi supaya setara dengan kereta-kereta import dari Jepun, Korea, Jerman atau Itali...

Maka..sebagai usaha menyokong industri pembuatan kereta Malaysia kerajaan juga perlu berusaha memastikan harga Proton dan Perodua lebih murah daripada kereta impot..tanpa mengorbankan keselesaan, keunggulan dan kecanggihan teknologi... bak kata orang yang bijak pandai ‘murah tidak semestinya tidak berkualiti, mahal tidak semestinya berkualiti tinggi’. Andainya kereta buatan Malaysia lebih murah...lebih ramai rakyat Malaysia akan menggunakan kereta buatan Malaysia...dan ekonomi domestik negara akan terus berkembang kerana tiada pengaliran keluar duit kita.. Biar la Toyota, Nissan, Honda, Volkswagen, Audi, BMW dan Mercedes kekal dengan harga mereka...dan jika ingin bersaing...mereka kena turunkan harga laa.....itu dari sudut pandangan aku yang bukan pakar ekonomi.. a simple analogi.. the higher volume of our cars sold domestically will spur our domestic economy thus will creates more opportunities for after sales services industries (aku petik dari sebuah buku ekonomi..yang aku lupa nama) ... apa yang aku lihat sekarang ini harga Proton dan Perodua macam nak bersaing dengan Toyota dan Nissan..yang pada pandangan aku yang kurang cerdik ini...tidak akan membantu industri kereta kita...

Nak cerita pasal N.A.P (National Automotive Policy) atau Dasar Automotif Negara nie bukanlah bidang aku..tetapi apa yang aku tahu dasar atau polisi ini boleh di perolehi di laman sesawang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau MITI iaitu www.miti.gov.my . Bagi aku tak perlu kita melalak, menyalak atau berdemonstrasi andai sekalipun penurunan harga kereta 20-30 peratus itu berlaku dalam tahun 2017  kerana seperti kata seorang rakan...beli kereta yang mahal dan cantik mana sekalipun bukan boleh beri kekenyangan atau bukan boleh beri keselesaan untuk tidor...ia hanya satu keperluan untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain..yang mempunyai banyak alternatif. Buat lah penilaian dan analisa sendiri ..ke atas kemampuan diri kita..samada kita mampu atau tidak menggunakan kereta yang berjenama... dok seronok drive Mercedes, BMW, Audi atau Honda..tapi poket asyik kosong..kosong sahaja..buat apa...

Be smart and think smartly.. in making a right choice in your life....

Thursday, January 23, 2014

Barang Naik.....Barang Turun

Semakin hangat pentas politik Malaysia yang didominasi pelbagai isu berkaitan kehidupan rakyat 30 juta ..... paling ketara isu Kangkong yang didendangkan oleh pelbagai pihak yang tidak berpuashati dengan cara pemerintah menangani kenaikan harga makanan.... dan menambahkan naik darah rakyat lagi ialah tweet seorang ahli kabinet kerajaan Malaysia seolah-olah tidak berpuashati dengan kemarahan rakyat yang mempersoalkan kewajaran kenaikan harga barang keperluan .... jangan ditambah bara yang sedang marak..nanti merebak menjadi api..sukar untuk dipadam...malah boleh menjadi barah yang menyakitkan...rakyat marah ada asasnya...rakyat suarakan kemarahan kerana sayangkan pemerintah...dan rakyat nak tahu apa tindakan pemerintah menangani kekalutan ini......

Rakyat tahu ........ yang menaikkan harga barang ialah towkay-towkay .. penjual.. peruncit ... peniaga yang ingin mendapat untung akibat kenaikan harga petrol... rakyat juga tahu kenaikan harga petrol penyebab segalanya ... a chain reaction .. sebab barang perlu pengangkutan..pengangkutan guna petrol..dan petrol pulak dah naik harga... apa yang rakyat nak tahu ialah apakah langkah-langkah kerajaan untuk membantu rakyat mengurangkan bebanan kenaikan harga barang ? Takkan nak bagi amaran memanjang! Asyik-asyik warning ....... amaran ... kepada peniaga..peruncit..towkay...ambiklah tindakan on the spot.. jangan tunggu nak masuk TV tunjuk ambik tindakan..... tambahkan penguatkuasa...... lantik penguatkuasa...kalau tak cukup..bukan kah ada SPA..JPA...kenapa takut nak beri pekerjaan kepada anak-anak Malaysia ?? .... jika perlu ramaikan lagi penguatkuasa..supaya impak penguatkuasaan itu dapat dilihat bukan bermusim... 

....rakyat tahu kerajaan beri BR1M untuk golongan berpendapatan isi rumah RM3000.00 ke bawah...rakyat sedar kerajaan hulurkan BB1M untuk semua pelajar dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi..tanpa mengira kaum, agama dan juga fahaman politik mereka.. rakyat bersyukur kerajaan wujudkan KR1M ..yang menyediakan harga barang yang lebih murah...yang dikunjungi juga oleh yang sering mengutuk dan menghina kerajaan... rakyat gembira kerajaan wujudkan Menu Rakyat 1Malaysia ... banyak lagi pemberian pemerintah untuk keperluan rakyat 30 juta ini... tapi persoalannya... rakyat nak tahu apakah langkah-langkah pemimpin kerajaan yang bijak pandai ... menguruskan dan menangani bebanan kenaikan harga barang keperluan....

Buat la kawalan harga sepanjang masa..bukan hanya di musim perayaan... asyik-asyik musim Hari Raya Puasa..Tahun Baru Cina..Krismas....sebab itulah peniaga-peniaga begitu mudah memanipulasikan harga barangan...begitu mudah menaikkan harga barang... bila musim perayaan....harga yang ditawarkan ada yang lebih mahal pada hari-hari biasa.... lebih kurang macam musim sales..jualan murah..murah ke? Inilah denyut nadi rakyat... sebenarnya rakyat ingin melihat penguatkuasaan kenaikan harga barang yang lebih kerap dan menyeluruh...bukan bermusim dan bersifat ‘ad-hoc’ ... atau hanya kosmetik semata-mata... rakyat ingin melihat pemerintah benar-benar serius ..bukan bila rakyat bising baru nak ambik tindakan... kehadiran yang kerap penguatkuasa di kedai-kedai..pasar-pasar borong sebenarnya membuktikan keseriusan pemerintah..bukan hanya tunjuk dalam TV apa yang mereka buat....atau bermegah dengan kejayaan menangkap barang tiruan..... sepertimana kehadiran pihak polis di kawasan orang ramai..boleh mencegah jenayah berleluasa..kehadiran penguatkuasa juga boleh mengurangkan manipulasi kenaikan harga barang...

Kekerapan pemberitahuan harga barang semasa di kawasan-kawasan pasar basah juga membantu rakyat mengetahui harga sebenar barangan...dan secara tidak langsung mereka akan membantu penguatkuasa dengan melapor mana-mana peniaga yang menjual barangan melebihi harga yang dinyatakan... maka adalah kewajipan pihak yang bertanggungjawab untuk memaklumkan dengan rakyat apa cara pun..melalui saluran mana supaya rakyat mengetahui harga sebenar barangan yang dijual mengikut kawalan pemerintah...


Maka nya pak menteri-pak menteri yang terlibat jangan cepat marah..jangan cepat melenting...duduk dan bermusyawarah ..turun padang...dan rasai denyut nadi rakyat yang inginkan tindakan ... walk your talk ... be action oriented ...jangan lebih menyalak dan melalak ... kerana ianya tidak bermakna kepada generasi baru rakyat Malaysia..... 

Ganyang PATI Ganyang !!

Bila aku tengok berita mengenai tindakan keras pihak berkuasa menangani masalah PATI di negara ini …aku berharap operasi seperti itu bukan bersifat ONE-OFF atau dilakukan apabila timbul masalah mengenai pendatang asing tanpa izin. Bak kata perpatah ‘jangan bila dah terhantuk barulah lah nak mengadah’ …seperti mana yang berlaku terhadap pembunuhan seorang pegawai bank dulu…baru lah pihak penguatkuasa nak bertindak terhadap pengawal keselamatan yang kebanyakkan nya adalah dikalangan warga asing. Seharusnya operasi yang berkaitan dengan keselamatan rakyat tidak bersifat ‘sekali sekala’..’ad-hoc’ atau bermusim. Ianya perlu dilakukan secara berterusan…dan tidak mengikut musim...iaitu musim pilihan raya...sambutan Hari Raya..Tahun Baru Cina....

Rasanya aku dah menulis tentang warga asing yang berlambak di negara kita ini banyak kali... kerana aku merasakan kebanjiran mereka di negara kita agak keterlaluan hinggakan Pasar Seni itu boleh digelar Pasar Bangla!!...Chow Kit pula didominasi oleh warga Indonesia manakala kawasan Bukit Bintang dipenuhi warga Filipina...Pasar Borong Selangor didominasi oleh warga Mynmar..dan Vietnam!!!...dan Nilai 3...bandaraya Pakistan....yang kontrol pasaran karpet.....kedai-kedai mamak pula sudah dikuasai sepenuhnya oleh warga India.....dan kaum Melayu yang sibuk dengan politik dan pertelegahan mengenai isu agama...hanya menjadi pemerhati..pembeli dan tinggal nama..kononnya sudah menjadi tuan...ye la asyik sebut pasal ketuanan Melayu..hingga terlupa segala yang ada di sekeliling Tuan Melayu sudah kena sapu oleh bangsa lain...so Melayu sudah tinggal apa lagiii?

Di kawasan KLCC..selain orang Eropah...ianya dipenuhi oleh pekerja asing Indonesia, Filipina dan Bangladesh di musim hujung minggu...seolah Malaysia ini memang dikunjungi oleh banyak pelancong asing..walhal boleh dikatakan 80 peratus pengunjung KLCC adalah pekerja asing Malaysia... dari segi ekonomi sememangnya nampak tersangat baik....sahih ka mereka ? Ada tak pihak penguatkuasa membuat ‘spot check’ sekali sekala di kawasan tersebut? .... Adakalanya cemburu juga melihat kehadiran mereka yang begitu mudah untuk mendapat lesen berniaga..walau di tepi jalan...di sekitar kawasan perumahan...di kawasan perindustrian..sedangkan rakyat Malaysia...perlu melalui pelbagai halangan untuk mendirikan gerai makanan..atau hanya sebuah meja kecil menjual kacang kuda dan air minuman. Itu pun kalau tak disaman oleh pihak berkuasa...atau dihalau...dan dirampas barang dagangan mereka. Itulah dilemma Melayu kini.....dahlah terpaksa bersaing dengan kaum bukan bumiputera ..tetapi sekarang perlu bersaing dengan warga asing...yang Glokal....dilemma tuan Melayu yang masih bingung mengenalpasti identiti sendiri...

Pihak berkuasa Malaysia perlu bertindak lebih tegas...walupun ianya pasti dilihat sebagai kejam..dan tidak berhati perut...kita perlu ingat...adakah negara lain mempunyai perasaan simpati ke atas rakyat kita di negara mereka? Kita dikatakan tidak menghormati hak asasi manusia...dalam tindakan dan perlakuan kita menangkap PATI... apakah kerajaan asing seperti Sweden mempraktikkan hak asasi manusia apabila memenjarakan warga Malaysia tanpa bicara atas kesalahan memukul anak mereka sendiri kerana hendak mendidik mereka? Maka tidak perlu pihak berkuasa tunduk kepada tuntutan NGO yang hanya bersuara apabila kepentingan mereka di cabar..tetapi terkunci mulut bila rakyat sendiri di aniaya di negara orang!


Setiap negara yang berdaulat dan merdeka berharap melaksanakan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen...dan Malaysia berhak menentukan seperti negara lain juga...siapa berhak tinggal atau keluar masuk ke negara ini!!..

Wednesday, January 22, 2014

Merakyatkan Perkhidmatan Awam ? How ?

Aku terpegun dan termenung seketika bila mendengar ucapan Tan Sri Dr.Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara ..bila dia menyebut Merakyatkan Perkhidmatan Awam..dalam kepala aku timbul banyak ??????? ....dan tiba-tiba keluar perkataan 'How can it be done?' Tema ucapan Tan Sri KSN ialah 'Meneruskan momentum transformasi, merakyatkan perkhidmatan awam'. Tan Sri KSN menyeru semua penjawat awam untuk menyokong dan mendokong pelaksanaan Dasar Transformasi Negara supaya negara boleh menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila Tan Sri KSN mengatakan "apabila transformasi yang dilakukan berupaya meninkatkan daya saing negara, menjanakan kadar pertumbuhan yang positif, kerajaan akan dapat mempertimbangkan insentif-insentif dan kemudahan-kemudahan lain untuk kebajikan penjawat awam" . Aku amat berharap perkara ini benar-benar berlaku dan tidak hanya tertumpu kepada satu skim perkhidmatan tertentu sahaja..manakala skim-skim perkhidmatan lain hanya mendengar dan melihat..perlu ada keadilan dalam memastikan setiap skim perkhidmatan diberi perhatian yang sama rata.

Perkara kedua yang menarik pendengaran aku ialah 'penjawat awam perlu taat setia kepada raja, negara dan kerajaan' . Apa yang aku tahu sejak dahulu lagi perkara ini dibangkitkan..malah terdapat dalam pekeliling perkhidmatan. Walau bagaimana pun ada segelintir daripada penjawat awam 'boleh terlepas daripada tindakan' walaupun secara terang terangan melakukan penghinaan, mencemuh kerajaan, mengutuk dan pemerintah sedia ada..tapi duit gaji terima.. . Tingkahlaku segelintir ini menjadi ikutan dan akhirnya budaya tidak akur dan tidak mematuhi mentaati kerajaan seoalh-olah menjadi satu trend kerana kurangnya pemantauan serta pengawasan. Tan Sri KSN juga menyentuh mengenai memperkasakan tadbir urus dan integriti perkhidmatan awam dimana menurutnya integriti merupakan asas kepada tadbir urus kerajaan yang baik. Bila sebut pasal integriti kita selalu terpikir pasal rasuah...tetapi pada pandangan aku integriti merangkumi keseluruhan sikap dan tingkah laku seorang penjawat awam.

Datang lewat, tidak akur arahan dan tidak mematuhi peraturan pentadbiran juga terangkum dalam integriti. Sikap kurang ajar, biadap, tidak sopan dengan pelanggan juga merupakan integriti seorang penjawat awam...maka dalam memperkasakan tadbir urus dan integriti perkhidmatan awam harus melibatkan bukan sahaja golongan sokongan / pelaksana tetapi juga pihak pengurusan tertinggi yang kadangkala tak reti nak appreciate usaha pegawai bawahan...asyik-asyik nak salahkan pegawai bawahan...buat pegawai bawahan macam kuli..itupun integriti tau... memberi ucapan terima kasih tidak susah dan tidak memudaratkan..begitu juga memberikan senyuman kepada orang-orang bawahan yang kerdil ..tidak merugikan...tak perlu tunjuk muka serius dan garang.kerana anda BOSS...kerana esok lusa...anda pastinya akan PENCEN jua...... integriti juga melibatkan bagaimana kita menegur kesalahan staff bawahan kita...tak perlu tunjuk KUASA dengan memarahi anak buah dihadapan orang ramai atau dalam mesyuarat....samada kesalahan itu kecil atau besar...gunalah bilik besar yang disediakan oleh kerajaan kepada anda sebagai KETUA ..untuk memarahi atau menegur kesalahan staf yang kerdil ...pegawai bawahan...kerana kesopanan dan budi bahasa juga mencerminkan integriti dan peribadi seseorang BOSS....kami orang bawahan sedia berkhidmat bakti...dan aku amat berharap Tan Sri KSN membuat teguran sebegini kepada ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua perkhidmatan...dalam mesyuarat pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.....

Aku tersangatlah suka dengan 11 langkah perbelanjaan berhemat untuk sektor perkhidmatan awam yang kebanyakkan nya melibatkan golongan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam dan langsung tidak menyentuh golongan pelaksana. Satu langkah yang baik bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan khususnya dan perkhidmatan awam amnya. Langkah sementara ini perlu dilakukan semasa negara sedang mengalam krisis ekonomi. Apapun aku agak keliru dengan gesaanperanan penjawat awam untuk menangkis dakyah-dakyah palsu dan persepsi negatif pihak tidak bertanggungjawab walaupun aku sedar memang peranan penjawat awam untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan. Mengenai penggunaan media sosial sebagai wadah mendekati rakyat sememangnya perlu disokong oleh semua penjawat awam namun ada sebahagian kementerian tidak membenarkan media sosial di buka semasa waktu pejabat malah ada pengurusan tertinggi tidak mahu menggunakan media sosial. Ini lah dilemma golongan pelaksana kerana terpaksa berhadapan dengan dua situasi yang bertentangan. Bagaimana nak mengaplikasikan arahan Tan Sri KSN sedangkan ada pengurusan tertinggi mengharamkan laman media sosial seperti facebook, twitter dan youtube di gunakan masa waktu pejabat! Pada pandangan aku, kekangan ini merupakan salah satu birokrasi di beberapa agensi dan kementerian yang begitu phobia dan takut untuk menerima kritikan, aduan dan teguran oleh masyarakat siber mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi atau kementerian mereka. 


Akhir sekali aku cukup tertarik..dengan konsep Perkhidmatan Awam Sebagai Perkhidmatan Rakyat..hemmm baru aku tahu begini rupanya nak 'merakyatkan perkhidmatan awam' . Tan Sri KSN menggariskan enam (6) prinsip utama bagi memastikan perkhidmatan awam yang unggul. Pertama perlu ada KETERBUKAAN yang bermaksud mengamalkan minda yang terbuka dan sentiasa mudah didekati oleh pelanggan yang memerlukan kita. Pandangan aku ialah minda terbuka juga bermaksud boleh menerima kritikan dan teguran..dan mengakui kesalahan yang dilakukan..bukanya terus melenting atau marah-marah bila pandangan dan pendapat tidak diterima oleh orang lain selain suka menuding jari kepada orang lain jika ada kesalahan dilakukan..blame game syndrome...dan ini harus dihapuskan dalam perkhidmatan awam kerana inilah yang paling banyak berlaku dalam perkhidmatan awam!. Kedua TURUN PADANG iaitu sentiasa memasang telinga dan membuka mata seluas-luasnya untuk mendengar dan melihat keperluan dan ekspektasi pelanggan. Sebenarnya konsep turun padang  ini sudah dilaksanakan zaman dahulu kala oleh Jabatan Penerangan dengan aktiviti sivik...tetapi akhirnya terpaksa di kurangkan kerana kekurangan 'pulus' dan dikatakan sudah outdated serta ketinggalan zaman walhal inilah wadah dan forum masyarakat luar bandar dan masyarakat pendalaman memberikan pandangan, keperluan dan ekspektasi terhadap kerajaan. Juga dikatakan aktiviti 'dinosaur' oleh pengamal komunikasi strategik moden...sedangkan melalui aktiviti sebeginilah sebenarnya kerajaan mampu mengetahui denyut nadi kehendak serta keperluan rakyat!. Konsep MUSYAWARAH juga sudah lama diamalkan iaitu mendekatkan diri dengan rakyat melalui peoples engagement forum seperti Lawatan Rumah ke Rumah satu ketika dulu..yang tidak lagi diamalkan..kerana bajet yang semakin terhad. Penerangan dan penjelasan dasar-dasar kerajaan dalam kelompok kecil berjaya meyakinkan rakyat terhadap keupayaan kerajaan. Ini juga dikatakan aktiviti dinosaur oleh pengamal komunikasi strategik moden.

Prinsip keempat, INSANIAH yang menggesa penjawat awam untuk menyeimbangkan rohani dan kesihatan jasmani dalam cara bekerja sangatlah dialu-alukan..dan berharap Tan Sri KSN mengeluarkan pekeliling supaya tidak ada mesyuarat yang berlarutan hingga pukul 10 malam atau perlu bekerja hingga pukul 10 malam. Inilah senario kehidupan penjawat awam masakini..yang tiada ruang untuk melakukan kesihatan jasmani kerana memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Hari Sabtu dan Ahad pula perlu dipenuhi dengan mengurus acara-acara rasmi untuk agensi atau kementerian kerana kebiasaanya aktiviti Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha..dilaksanakan pada hujung minggu. Maka yang melaksanakan semuanya supaya berjalan lancar adalah penjawat awam...kalau tersilap ..buruk padahnya kepada pegawai yang mengurus event tersebut...bilakah masa untuk melakukan senaman ? Nak beli mesin ..di rumah ramai yang tak mampu...amat lah berharap ianya diberi perhatian sewajarnya.... KEKITAAN prinsip yang kelima bermaksud meraikan perbezaan sumber dan mengukuhkan persamaan. Sepatutnya tidak ada beza antara skim perkhidmatan kerana kesemua kita adalah penjawat awam namun secara realitinya...ada skim yang diberi perhatian dan ada skim pula seolah-olah statik dan tiada kemajuan kerjaya.Perkara ini sudah lama berlaku dan harus diperbetulkan terutamanya dalam merealisasikan transformasi perkhidmatan awam. Last but not least ..prinsip KERJASAMA AWAM, SWASTA & NGO bermakna memperkasakan lagi perkongsian sumber dengan mengadakan kolaborasi dengan mereka dan sentiasa mencapai permuafakatan. Prinsip ini lebih tertumpu kepada bagaimana menguruskan sumber yang ada untuk memberi impak yang positif kepada masyarakat.

Apa yang aku dapat fahami merakyatkan perkhidmatan awam ialah seharusnya penjawat awam itu sendiri perlu merasakan dirinya sebagai rakyat jelata untuk merasai dan memahami apa yang diperlukan oleh rakyat...jangan terlalu bersikap 'pu-gawai' hingga terlupa penjawat itu juga merupakan seorang rakyat apabila memerlukan perkhidmatan daripada sektor perkhidmatan lain....






Monday, January 20, 2014

STOP! HENTIKAN!

Aduuuuh!!! Bilakah isu hangat nie nak berhenti dan menjadi pencetus kerosakan hubungan antara kaum di negara kita ? Sampai bila kita nak bercakap tentang hak penggunaan kalimah Allah ini ? Adakah sampai rakyat kita dah berpecah belah..saling berperasangka..dan saling berbunuhan barulah kita nak berhenti ? atau ..sampai kerajaan ini diktukarkan?? Bukan nak menyanggah kenyataan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong...kerana aku tahu itu durhaka namanya tetapi...hentikanlah setakat itu..dan tidak perlu diperheboh-hebohkan lagi..dalam mana-mana pun saluran media......sepertimana kita mohon orang lain untuk mempunyai sensitiviti terhadap agama kita...kita sebagai orang Islam harus juga mempunyai sensitiviti terhadap agama orang lain!!.....it takes two to tango!

Jangan la menganggap semua yang kita buat itu betul...dan apa yang orang bukan seagama kita buat itu salah!!...cuba lihat ke dalam diri kita...betul ke kita? maksum ke kita? Apakah kita menjaga solat kita? Apakah kita menjaga maruah anak isteri kita? Apakah kita menjaga kesucian agama kita? Apakah kita mentaati segala perintah agama kita? Jangan kita terlalu seronok mencari dan melihat keburukan orang lain..hingga terserlah keburukan kita sendiri tanpa kita sedari? Kita begitu seronok membuat demonstrasi ..jika ada orang dikatakan menghina agama kita ..tetapi kita marah bila ada orang berdemonstrasi ..kerana tindakan kita itu...betul ke tindakan kita? Adil ke kita? Kita marah ..dan desak penguatkuasa undang-undang untuk ambik tindakan ke atas sesiapa sahaja yang menghina agama kita..tetapi kita sewenang-wenangnya menceroboh dan menghina agama orang lain..tanpa diambil tindakan undang-undang pun..dengan alasan kita mempertahankan kesucian agama kita!! Apakah mereka tidak boleh mempertahankan kesucian agama mereka? Salahkah mereka mempertahankan agama yang mereka anuti? ..dari sudut perlembagaan mereka tidak salah kerana Rukun Negara menegaskan 'Kepercayaan Kepada Tuhan' dan dinyatakan 'Agama Islam adalah Ugama Rasmi Persekutuan dan agama-agama lain bebas dianuti dan diamalkan' ...betulkan?

..Maaf ..kalau ada yang mengatakan aku tidak mempertahankan agama ku....tapi dalam pandangan aku.. aku hanya mempertahankan keharmonian, kesepaduan dan kerjasama yang sudah 56 tahun terjalin antara kaum dan kepercayaan beragama di negara kita ini supaya tidak hancur..tidak musnah kerana sikap dan pandangan kita yang sudah mula berbeza-beza sejak Malaysia ditubuhkan!!. ..aku sayang agama ku..aku tetap teguh dengan pendirian ku..aku masih lagi waras..aku masih lagi seorang Muslim...yang masih mampu mengucap dua kalimah syahadah....tetapi bagiku..agamaku mengajar aku untuk lebih bersikap tolerans ..menerima dan tidak menghina agama orang lain..... aku tidak mahu melihat negara ini kucar kacir sepertimana yang berlaku di negara Thailand...dimana orang Islam dan bukan Islam saling berbunuhan...atau pun seperti di Myanmar..dimana orang Islam dibunuh..dibakar dan diusir ...meskipun di Malaysia kita mengatakan orang Islam yang paling ramai..majoriti...tetapi orang Islam Malaysia masih tidak bersatu di bawah satu payung....kerana fahaman politik mereka telah memisahkan orang Islam kepada tiga puak.... tidak mustahil..apa yang berlaku di Thailand dan Mynmar...boleh berlaku di negara ini!!! 

Kalau kita tidak menghentikan polemik isu ini dengan baik..pastinya kekecohan..kerunsingan dan berbagai lagi kekacauan..akan terus mendominasi kehidupan masyarakat Malaysia ....walaupun pada tahun 2020. Kita akan maju namun perasaan kesatuan, sense of belonging itu mungkin semakin berkurangan kerana generasi baru akan terus dihimpit dengan isu keagamaan yang tiada kesudahan nya. Seandainya pemerintah semasa tidak mengambil iktibar ke atas apa yang berlaku di negara-negara jiran...tidak mustahil pemerintah semasa tidak akan mampu mempertahankan kuasanya sehingga tahun 2020...kerana semakin ramai warganegara yang bukan beragama Islam merasa mereka di 'anaktiri' kan ...dan pastinya ia telah mencetus kebencian ..terhadap pemerintah...dan kebencian itu akan diterjemahkan dalam bentuk undi sokongan yang memihak kepada bukan parti pemerintah.... maka saranan aku kepada semua pihak yang masih ingin menjadi pemerintah dan berkuasa...tolonglah hentikan segala isu yang berkaitan keagamaan....stop all publicity on religious issues... 

Aku bukan orang agama..aku juga bukan orang politik...cuma aku seorang pemerhati...memerhati disekeliling ku dan merasakan apa yang dirasakan oleh kebanyakkan rakyat.....ada yang sudah muak..ada yang sudah mula benci...membaca dan mendengar..isu berkaitan agama....samada di TV1, TV3 atau pun Astro.....ditambah dengan isu kenaikan harga barang....nampaknya populariti pemerintah semasa semakin merudum......seelok-eloknya pemerintah ..menggunakan kuasa yang ada untuk terus memperkukuhkan akidah orang Islam...meningkatkan syariah..dakwah..dan perkukuhkan iman...tak perlu cari kesalahan orang lain.... kerana .... "tiga jari menunjukkan kesalahan diri kita berbanding satu jari yang menunjukkan kesalahan orang lain".. ...maka perbaikilah diri sendiri terlebih dahulu....

Wednesday, January 15, 2014

PERCUMA ~ Its Free .. Kangkung ke ?

Pasti semua orang pernah mengalami atau melihat iklan di pasaraya ... 'Beli Satu Percuma Satu' ..Value Buy..terutamanya di musim-musim perayaan Hari Raya.. Christmas dan pastinya sambutan Tahun Baru Cina...dalam kita bising-bising kondem pemerintah tentang kenaikan harga barang....ramai pulak yang mengunjungi pasaraya ...... megamall ... kompleks membeli belah ... berebut-rebut semata-mata nak membeli barangan yang kononnya..lebih murah... atau tertarik dengan tawaran percuma ~ its free...  ditambah dengan YES ~ Year End Sales ... sebagai umpan untuk menarik lebih ramai pelancng ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014... kebelakangan ini semakin banyak iklan-iklan barangan dan perkhidmatan yang menggunakan tagline ~ its free ...no other charges ...

Bukan nak kondem..saja nak menulis tentang perkara ini ..ye la..dalam kemelut masyarakat menghadapi harga barang yang semakin menaik...timbul pula isu  sayur kangkung yang dikatakan sudah turun harga ... ramai pulak yang dengan sinis menjawab ..'alaaa...kangkung tu dalam parit pun banyak..percuma pulak tu..' ..ada pulak yang kata 'tak kan la hari-hari nak makan kangkung jer...' itulah sedikit reaksi masyarakat bila PM sebut pasal kangkung ..banyak lagi..tapi aku nak menulis mengenai its free ~percuma 

Antara syarikat yang sering menyebut its free ialah syarikat penerbangan Air Asia!!.. free seats available now! tagline yang biasa kita nampak dalam semua iklan promosi Air Asia..hingga meleleh air liur kita nak beli tiket ke Korea, Vietnam, China, Australia dan Eropah!!..Berebut-rebut log in ke website!! ...sanggup bersengkang mata hingga subuh..semata-mata nak dapatkan tiket penerbangan its free! padahal tak free pun..masih ada bayaran atau caj yang dikenakan oleh syarikat tersebut! Salah ke? Tak salah syarikat..salah kita yang mudah benor terpengaruh! Sama juga dengan iklan sebuah syarikat telekomunikasi...U Mobile yang terbaru ... dialog yang kita dengar 'banyak masa nampak'....ye ..banyak masa ..ianya percuma' ...

Banyak lagi ler..yang guna tagline its free..walaupun ada caj yang dikenakan ..saya ambik dua contoh jer.. ..ada ker benda atau perkhidmatan yang free ~ percuma dalam dunia nie ? ....selain mohon doa dengan Allah..itu free..sebab tak ada caj bayaran.... kalau nak buang air pun dicaj antara 20 sen - 50 sen sekarang nie...ada ke benda yang free ?..di KLCC ada level yang caj RM2.00 untuk menggunakan tandas nya..... free wi-fi? ..free ke ? Rasanya tak free sebab kena duduk kedai mamak ..makan roti canai...bayar air minuman ... kalau di hotel..wi-fi pun kena caj!!...

Free sms?? ...ini satu lagi cara nak tarik minat golongan muda yang kuat ber 'sms' .. banyak juga yang terkena promosi free sms nie..hingga tak sedar yang mereka di caj sampai beratus ringgit...perkhidmatan-perkhidmatan telco...yang kadang-kadang kita tak minta pun.... contohnya sila taip 'ON' untuk &**$#* ke no 3277**...dan taip 'STOP' untuk berhentikan perkhidmatan. Sampai ke sudah tak STOP servisnya...walau dah berpuluh kali taip STOP...dan kita kena call telco pulak untuk maklum..... please call toll free number 03 *88** ***754... yang langsung tak fee pun!!...lepas tu kena tunggu hingga setengah jam..sebab semua customer service officer  dia busy...dengarlah bermacam macam ringtone...musik... toll free number ? ha ha ha...terkena kita kan ?

Maka berhati-hatilah bila melihat its free iklan ...kerna setiap its free itu ada catch dia atau lebih mudah nak kata telunjuk lurus kelingking berkait. Mudahnya kita terpengaruh dengan perkataan percuma..free...dan tidak sedar kita dimanipulasikan..sepertimana kita begitu mudah dimanipulasikan dengan kenyataan ...free education for all.....kerana kalau nak semua free..semua percuma.....camana bisnes nak untung ? Kangkung yang free cuma ada di dalam parit jer..itupun kalau parit itu tidak dicemari dengan sampah sarap..najis dan sebagainya..... maka kalau nak dapat kangkung yang berkualiti..samada kita tanam sendiri atau kena beli laa d pasar borong ..atau pasar tani... seperti kata sebuah iklan 'yang murah tak semestinya berkualiti dan yang berkualiti tak semestinya mahal' ...maka kalau kita hargai apa yang kita ada..dibandingkan dengan negara jiran sekeliling kita....kita akan nampak nikmat nya... kalau tidak terpaksa lah kita menerima hakikat bahawa hidup mesti diteruskan dengan apa cara sekalipun... kalau tak suka..kita boleh ubah pada musim pilihan raya...dan tak perlu nak berguling-guling membuat demonstrasi sepertimana negara jiran..yang boleh melumpuhkan ekonomi negara yang mampu menyebabkan kesengsaraan yang lebih hebat kepada kita semua ... 

Nak free ? Nak percuma ? sama-sama kita memohon doa dengan Allah S.W.T supaya negara kita terus dirahmati dan dijauhi daripada dibebani dengan pelbagai isu yang merosakkan perpaduan dan keharmonian rakyat..... kerana berdoa itu free for all ...



Tuesday, January 7, 2014

AgamaKu AgamaMu

Pastinya isu kalimah Allah tidak ada noktahnya kerana kedua-dua pihak sama-sama tidak mahu berundur dan bertolak ansur dan masing-masing ingin menegak pendapat serta pandangan masing-masing. Bila menyentuh bab-bab agama yang aku jangka memang sensitif ...aku agak risau ...sebabnya ia boleh mencetuskan perpecahan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, budaya dan kepercayaan. Nak bercakap mengenai agama..sememangnya aku tidak layak kerana aku bukan ustaz atau ulama..namun aku tahu agama ialah kepercayaan yang membolehkan manusia untuk hidup berlandaskan nilai-nilai murni ... dan sebagai orang Islam kalimah 'La Illaha illallah Muhammadarasullallah' adalah pegangan hidupku sejak aku dilahirkan. Sejak kecil aku diajar bahawa berlaku jahat kepada sesiapa pun adalah salah dan berdosa..aku juga diajar untuk sentiasa menghormati manusia lain walau apa pun pegangan serta kepercayaan dalam hidupnya..aku juga diajar supaya sentiasa bersangka baik dan tidak memandang serong kepada mana-mana anutan agama orang lain...dan aku juga percaya setiap individu di bumi Malaysia ini telah diajar dan dididik perkara yang sama walaupun mempunyai kepercayaan dan anutan agama yang berbeza...kerana aku tahu tidak ada satu agama di dunia ini yang mengajak pengikutnya untuk berlaku jahat seperti merompak, merogol, membunuh, menyamun, memfitnah, berbohong apatah lagi mengajak umatnya membenci agama orang lain!!.

Mana peginya Konsep 1Malaysia yang dikemukakan oleh PM yang antara lain menekan 'sikap penerimaan dikalangan rakyat berbilang kaum, dimana sesuatu kaum menerima keunikan kaum lain seadanya agar dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara' . Macamana nak menjadi negara maju sedangkan kita masih belum mampu untuk mempunyai sikap penerimaan yang diinginkan oleh Perdana Menteri ..dan sebenarnya kita masih belum mampu untuk menghayati Konsep1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri. Setelah 56 tahun wujud sebagai sebuah negara..kita masih lagi mempunyai perasaan yang berbeza dan masih lagi berperasangka terhadap satu sama lain ..

Aku merasa sedih melihat suasana yang semakin tegang antara penganut agama Islam dan Kristian disebabkan ada segelintir manusia yang memanipulasi agama sebagai alat untuk kepentingan politik dan memenuhi ego mereka. Tidak kah kita merasa malu apabila kita mendabik dada di dunia luar bahawa kita adalah sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan kebebasan untuk semua agama sedangkan secara realitinya kita masih sangsi dan prasangka buruk terhadap segala tindak tanduk masing-masing dalam hal keagamaan. Sepatutnya dalam usia 56 tahun kita sudah dianggap cukup dewasa dan matang dan isu-isu keagamaan seharusnya tidak lagi wujud sebaliknya kita masing-masing memperkukuhkan institusi keagamaan masing-masing. 

Sepatutnya institusi agama Islam fokus dan tingkatkan aktiviti memperkukuhkan syariat-syariat islam dikalangan orang Islam..memperbanyak kelas-kelas agama untuk anak-anak di masjid, surau atau dimana-mana dewan yang ada di kampung, di kawasan perumahan, dibandar dan juga ditempat kerja ...memperhebatkan dakwah dan ceramah ... memperkasakan kelas-kelas mengaji dari peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat orang-orang dewasa / tua ... duit zakat ada..duit baitulmal ada...gunakanlah duit/dana tersebut untuk memperkukuhkan lagi kefahaman Islam ..dikalangan orang Islam ...guna duit zakat / baitulmal untuk memperkemas dan meningkat bantuan kepada golongan asnaf dan orang-orang Islam yang memerlukan ....meningkatkan kesedaran ...selain meningkatkan penguatkuasaan ke atas kedai-kedai arak dan judi dikalangan orang islam....meningkatkan pencegahan maksiat dikalangan remaja / dewasa orang Islam ... semua ini adalah lebih baik dan lebih memberi impak yang berkesan serta memperkukuhkan integriti orang Islam ...daripada ..mencari kesalahan dan kesilapan orang bukan Islam ...!! Jangan guna duit zakat dan duit Baitulmal untuk cari kekayaan dan membina empayar perniagaan dan kekayaan peribadi!!! Gunakan dana tersebut untuk kebaikan dan mengangkat martabat orang Islam!!

Biarlah mereka dengan agama mereka asalkan mereka tidak mencampuri urusan orang Islam..asalkan tidak menganggu kehidupan orang Islam..asalkan tidak berusaha mempengaruh orang Islam...tidak perlu orang Islam nak menyibuk dan menggangu kehidupan dan cara mereka menguruskan agama mereka!! Aku tidak menyebelahi sesiapa namun aku heran...semakin Malaysia menuju ke arah 'kemajuan' semakin sempit pemikiran sebahagian rakyatnya! Semakin bijak rakyat Malaysia dengan adanya berpuluh-puluh universiti...semakin semak jiwa segelintirnya! Sepatutnya apabila semakin bijak..semakin waras dan matang pertimbangan....bukan nya bertindak sesedap rasa mengikut emosi!! Apatah lagi bila ada 'manusia' yang menganggap diri mereka pejuang dan penegak kebenaran agama makin hiruk pikuk dan kecoh suasana ... ditambah perasa sana sini oleh orang yang tiba-tiba menjadi ustaz segera dan ulama segera ..lalu haru biru perpaduan bangsa yang selama ini boleh hidup harmoni tanpa ada rasa sangsi dan prasangka....

Perdana Menteri berkata setiap masalah boleh diselesai dengan baik dengan mengadakan perbincangan ..namun pada pandangan aku ...kepala-kepala penguatkuasa seluruh negara perlu diperbetulkan terlebih dahulu supaya tidak bertindak sesuka hati mengikut definisi masing-masing. Cuba terapkan semula otak-otak mereka kepada prinsip pertama Rukun Negara yang berteraskan Perlembagaan..agar mereka benar-benar faham ..dan doktrinkan semula mereka kepada Konsep 1Malaysia ..agar mereka dapat melihat dengan jelas kesan ke atas tindakan mereka....




Monday, January 6, 2014

Naik Lagi..Terus Naik...Nanti Kena Turunkan

Naik ..dan naikkan lagi harga barangan dan juga perkhidmatan...pastinya akan meNAIKkan darah rakyat jelata ...hingga satu ketika mereka membuat keputusan untuk meNURUNkan orang-orang yang berkuasa menjadi pemerintah...ya..silakan..teruskan naik lagi... teruskan...seperti kata Menteri KPDNKK 'kami tak terima aduan..tandanya rakyat menyokong kenaikan harga barang' ...nak tergelak aku dengar statement seorang Menteri...mungkin dia not in touch with reality komen kebanyakkan facebookers ..mungkin juga... apa pun aku bukan tak sokong kerajaan...bukan aku tak paham....aku nie pun seorang penjawat awam yang makan gaji dengan kerajaan...tetapi aku juga rakyat biasa yang terpaksa menghadapi segala kenaikan ini ... suka ka aku? Pastinya aku tak suka!! Pastinya aku tak sokong!! 

Aku guna kereta pegi balik keja walaupun harga petrol naik...itu aku boleh terima kerana kerajaan perlu kurangkan subsidi ...tariff elektrik naik...harga gula naik...tambang bas sekolah naik...tambang LRT naik ...aku boleh terima lagi sebab semuanya berpunca daripada harga petrol naik ...a chain reaction .. memang poket ku semakin menipis kerana terpaksa berbelanja untuk semua itu..kerana semua itu keperluan yang perlu untuk aku dan keluarga aku menjalani kehidupan...nilai ringgit kita semakin mengecut...aku paham... tetapi ... aku tak paham dan tak boleh terima ...ialah kenapa perlu Astro naik ? Kenapa yuran pendaftaran di UiTM naik ? Apa sebab dan apa puncanya ? Perkhidmatan apa yang terpaksa dinaikkan oleh pemilik Astro dan juga pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM)??

Sungguh aku tak paham!! Ini yang UiTM maklumkan kepada semua pelajar Semester 2 dan ke atas "Bayaran Pendaftaran Sebanyak RM730/semester berikutan KENAIKAN KADAR KOS PERKHIDMATAN YANG DITETAPKAN OLEH UiTM (dari RM300 ke RM500). Harap Maklum.**Bayaran Penuh Wajib Pada Hari Pendaftaran" . Aku tak nafikan peranan UiTM dalam mendidik anak bangsa..memberi peluang kaum Melayu dan Bumiputera untuk mendpat pendidikan tertinggi..hingga ke peringkat doktor falsafah...aku tak nafikan sumbangan UiTM dalam mempersiapkan kaum Melayu dan Bumiputera dari segi keperluan akademik di negara ini ... tapi apa KADAR KOS PERKHIDMATAN yang terpaksa diNAIKkan? Betul anak-anak Melayu dan Bumiputera mendapat pinjaman PTPTN....namun adalah pinjaman PTPTN akan diNAIKkan selaras dengan kenaikan Yuran Pendaftaran ? 

Ingatlah anak-anak Melayu dan Bumiputera yang berada di semester 2 dan ke atas TIDAK DIBENAR tinggal dalam kampus dan terpaksa menyewa rumah diluar dimana mereka terpaksa membayar harga sewa rumah tiga kali ganda daripada hostel dalam kampus!! Cukup ka duit PTPTN untuk tampung kehidupan mereka? Bagi anak-anak orang yang mempunyai ibu bapa yang bekerja ....mungkin masih mampu sedikit sebanyak menanmpung keperluan anak-anak mereka..tapi bagaimana dengan anak-anak orang yang tidak bekerja yang bergantung kepada hasil laut, hasil tani atau bergantung sepenuhnya kepada PTPTN? Adakah pihak pengurusan UiTM berpikiran sejauh itu ? 

Jika semua keperluan dinaikkan ... walau gaji penjawat awam dinaikkan tiga kali ganda...walau BR1M diberidua kali setahun...tidak akan mampu memberi keselesaan kehidupan kepada rakyat biasa. Rakyat memerlukan kenderaan untuk pegi kerja samada kereta, motosikal atau pengangkutan awam. Rakyat perlu makan dan menggunakan elektrik serta air. Rakyat juga memerlukan hiburan...dan seandainya keperluan-keperluan rakyat terus dinaikkan...jangan salahkan rakyat jika mereka nanti NAIK DARAH dan MENURUNkan kerajaan sedia ada .. rakyat mempunyai hak untuk  bersuara dan bertindak kerana rakyat yang memilih pemerintah hari ini ..dan suatu ketika nanti rakyat juga boleh meNURUNkan pemerintah yang sedia ada...

Janji Ditepati Slogan yang jauh tersasar ... dan ditambah dengan kekalutan isu agama ...akan terus mengguriskan perasaan rakyat yang sebelum ini sudah terluka angkara sikap-sikap pemimpin pemerintah dan NGOs yang ultra...keteguhan pemerintah kerajaan hari ini bukan bersandarkan sokongan Melayu Islam 100 peratus tetapi juga didokong dan disokong oleh kaum dan etnik bukan Islam ..... maka slogan 1Malaysia hanya akan tinggal slogan.. jika tiada penghayatan sebenar pemimpin politik dan NGOs terhadap penerimaan isu agama..slogan 1Malaysia tidak lagi relevan jika prinsip penerimaan dan toleransi tidak diamalkan oleh segelintir ultras keagamaan..

Justeru berhati-hatilah semasa berbicara pasal agama kerana ....terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa padahnya ... semakin ramai terguris perasaan..semakin sedikit undi untuk kerajaan..


Friday, January 3, 2014

A Malaysian Dream ~ Perspektif Orang Luar

Teringat aku lagu ABBA "I have a dream" bila aku memikirkan apa yang aku impikan sebagai seorang warganegara Malaysia. Dalam pada itu aku teringat juga sebuah filem An American Dream yang memaparkan negara Amerika Syarikat sebagai tempat untuk mencari kekayaan, kebebasan dan kejayaan.. justeru ..aku terpikir apakah impian-impian pekerja-pekerja asing dan pendatang-pendatang tanpa izin ke negara ini sebagai A Malaysian Dream ? Mungkin apa yang aku kata ini agak pelik bagi orang Malaysia..namun itulah hakikat yang dilihat oleh orang luar terhadap Malaysia..yakni peluang keemasan..peluang mendapat kekayaan..peluang mendapat kejayaan dan kebebasan yang mereka tidak perolehi di negara asal mereka ...bagi orang Malaysia sendiri ...mereka tidak melihat peluang-peluang ini kerana mereka tidak merasakan kepayahan, kesusahan dan keperitan hidup seperti yang dialami oleh orang-orang Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Indonesia, Palestin,  Mynmar ,Vietnam dan Filipina

Malaysia adalah lubuk emas bagi sesiapa sahaja yang rajin berusaha ... orang-orang Pakistan kini memonopoli penjualan karpet..hampir 90 peratus kedai menjual karpet di Nilai di kuasai oleh mereka..orang India menguasai kedai makanan ...dengan 100 peratus pekerjanya dari negara India...orang Bangladesh dan Indonesia sudah mula menguasai gerai-gerai makanan ....orang Mynmar menguasai penjualan ikan di Pasar borong Selangor...orang Vietnam dah mula buka restoran dan orang Cina terus menguasai ekonomi negara dengan pelbagai usaha ..... manakala kebanyakkan orang-orang Melayu hanya menjadi pelanggan dan juga peserta demonstrasi dan rusuhan memenuhi tuntutan aspirasi politik kepartian...berlagak seperti hero yang berjuang menentang kezaliman (kononya) ... amat menyedihkan... 

Ya...negara ini adalah lubuk emas sejak berkurun lamanya... pelayar-pelayar Portugis, Belanda dan Inggeris datang ke Tanah Melayu, Sabah & Sarawak untuk mencari emas, kekayaan dan juga menyebarkan agama mereka ... the 3Gs ~ Gold, Glory and Gospel ..mereka kaut segala kekayaan itu dan bawa balik ke negara asal mereka ..namun mereka tinggalkan kepercayaan mereka dikalangan masyarakat tempatan..beratus tahun kemudian ...Tanah Melayu, Sabah & Sarawak (yang kini menjadi negara Malaysia) masih lagi menjadi lubuk emas kepada orang-orang asing....dan orang-orang tempatan masih lagi berdiri di pinggiran...memerhati dan merungut ... dan buta ..kabur terhadap segala peluang yang terhidang di depan mata mereka .. peluang-peluang yang ada seolah-olah halimunan yang tidak kelihatan ..walaupun semakin ramai orang Bangladesh, Indonesia, Filipina, Vietnam serta Mynmar merebut peluang mereka....lihat lah disekeliling kita...betapa golongan ini begitu ceria..begitu gembira mendapat setiap ringgit upah yang diterima dan bersyukur walau pun mungkin gaji mereka tidak mencecah ribuan ringgit ..walaupun harga barangan keperluan semakin kelangit ... bagi mereka Malaysia ini adalah syurga kemewahan ... yang perlu dituai dan dikaut kekayaan ... 

Malaysia umpama impian  ... kerana disinilah mereka mampu menikmati kebebasan ...yang sebenarnya ... bebas mencari rezeki tanpa sekatan tanpa halangan .... bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan mereka ... bebas mencari kejayaan .... walaupun mereka bukan dikalangan bangsawan ... 

Pun begitu ... ada segelintir warga Malaysia hanya melihat negara ini penuh dengan kebencian, dengki, khianat dan tidak henti-henti cuba untuk merosakkan hubungan antara kaum ...semata-mata ingin mencapai matlamat politik mereka tanpa mereka sedari...jika Malaysia ini sudah longlai ..jika Malaysia ini tiada lagi kekuatan .. apakah mereka mampu menawan sedangkan ada kuasa besar di luar yang sedang menunggu saat dan ketika..untuk merobek dan menguasai negara ... ingat Mesir masih belum aman damai walaupun Hosni Mubarak sudah berjaya digulingkan ... Iraq masih lagi dibelenggu peperangan walaupun riwayat Saddam Hussein sudah ditamatkan .... dan Libya masih lagi diambang perpecahan walaupun Muammar Gaddafi sudah dikebumikan ...