Friday, January 3, 2014

A Malaysian Dream ~ Perspektif Orang Luar

Teringat aku lagu ABBA "I have a dream" bila aku memikirkan apa yang aku impikan sebagai seorang warganegara Malaysia. Dalam pada itu aku teringat juga sebuah filem An American Dream yang memaparkan negara Amerika Syarikat sebagai tempat untuk mencari kekayaan, kebebasan dan kejayaan.. justeru ..aku terpikir apakah impian-impian pekerja-pekerja asing dan pendatang-pendatang tanpa izin ke negara ini sebagai A Malaysian Dream ? Mungkin apa yang aku kata ini agak pelik bagi orang Malaysia..namun itulah hakikat yang dilihat oleh orang luar terhadap Malaysia..yakni peluang keemasan..peluang mendapat kekayaan..peluang mendapat kejayaan dan kebebasan yang mereka tidak perolehi di negara asal mereka ...bagi orang Malaysia sendiri ...mereka tidak melihat peluang-peluang ini kerana mereka tidak merasakan kepayahan, kesusahan dan keperitan hidup seperti yang dialami oleh orang-orang Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Indonesia, Palestin,  Mynmar ,Vietnam dan Filipina

Malaysia adalah lubuk emas bagi sesiapa sahaja yang rajin berusaha ... orang-orang Pakistan kini memonopoli penjualan karpet..hampir 90 peratus kedai menjual karpet di Nilai di kuasai oleh mereka..orang India menguasai kedai makanan ...dengan 100 peratus pekerjanya dari negara India...orang Bangladesh dan Indonesia sudah mula menguasai gerai-gerai makanan ....orang Mynmar menguasai penjualan ikan di Pasar borong Selangor...orang Vietnam dah mula buka restoran dan orang Cina terus menguasai ekonomi negara dengan pelbagai usaha ..... manakala kebanyakkan orang-orang Melayu hanya menjadi pelanggan dan juga peserta demonstrasi dan rusuhan memenuhi tuntutan aspirasi politik kepartian...berlagak seperti hero yang berjuang menentang kezaliman (kononya) ... amat menyedihkan... 

Ya...negara ini adalah lubuk emas sejak berkurun lamanya... pelayar-pelayar Portugis, Belanda dan Inggeris datang ke Tanah Melayu, Sabah & Sarawak untuk mencari emas, kekayaan dan juga menyebarkan agama mereka ... the 3Gs ~ Gold, Glory and Gospel ..mereka kaut segala kekayaan itu dan bawa balik ke negara asal mereka ..namun mereka tinggalkan kepercayaan mereka dikalangan masyarakat tempatan..beratus tahun kemudian ...Tanah Melayu, Sabah & Sarawak (yang kini menjadi negara Malaysia) masih lagi menjadi lubuk emas kepada orang-orang asing....dan orang-orang tempatan masih lagi berdiri di pinggiran...memerhati dan merungut ... dan buta ..kabur terhadap segala peluang yang terhidang di depan mata mereka .. peluang-peluang yang ada seolah-olah halimunan yang tidak kelihatan ..walaupun semakin ramai orang Bangladesh, Indonesia, Filipina, Vietnam serta Mynmar merebut peluang mereka....lihat lah disekeliling kita...betapa golongan ini begitu ceria..begitu gembira mendapat setiap ringgit upah yang diterima dan bersyukur walau pun mungkin gaji mereka tidak mencecah ribuan ringgit ..walaupun harga barangan keperluan semakin kelangit ... bagi mereka Malaysia ini adalah syurga kemewahan ... yang perlu dituai dan dikaut kekayaan ... 

Malaysia umpama impian  ... kerana disinilah mereka mampu menikmati kebebasan ...yang sebenarnya ... bebas mencari rezeki tanpa sekatan tanpa halangan .... bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan mereka ... bebas mencari kejayaan .... walaupun mereka bukan dikalangan bangsawan ... 

Pun begitu ... ada segelintir warga Malaysia hanya melihat negara ini penuh dengan kebencian, dengki, khianat dan tidak henti-henti cuba untuk merosakkan hubungan antara kaum ...semata-mata ingin mencapai matlamat politik mereka tanpa mereka sedari...jika Malaysia ini sudah longlai ..jika Malaysia ini tiada lagi kekuatan .. apakah mereka mampu menawan sedangkan ada kuasa besar di luar yang sedang menunggu saat dan ketika..untuk merobek dan menguasai negara ... ingat Mesir masih belum aman damai walaupun Hosni Mubarak sudah berjaya digulingkan ... Iraq masih lagi dibelenggu peperangan walaupun riwayat Saddam Hussein sudah ditamatkan .... dan Libya masih lagi diambang perpecahan walaupun Muammar Gaddafi sudah dikebumikan ... 






No comments:

Post a Comment