Wednesday, January 22, 2014

Merakyatkan Perkhidmatan Awam ? How ?

Aku terpegun dan termenung seketika bila mendengar ucapan Tan Sri Dr.Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara ..bila dia menyebut Merakyatkan Perkhidmatan Awam..dalam kepala aku timbul banyak ??????? ....dan tiba-tiba keluar perkataan 'How can it be done?' Tema ucapan Tan Sri KSN ialah 'Meneruskan momentum transformasi, merakyatkan perkhidmatan awam'. Tan Sri KSN menyeru semua penjawat awam untuk menyokong dan mendokong pelaksanaan Dasar Transformasi Negara supaya negara boleh menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila Tan Sri KSN mengatakan "apabila transformasi yang dilakukan berupaya meninkatkan daya saing negara, menjanakan kadar pertumbuhan yang positif, kerajaan akan dapat mempertimbangkan insentif-insentif dan kemudahan-kemudahan lain untuk kebajikan penjawat awam" . Aku amat berharap perkara ini benar-benar berlaku dan tidak hanya tertumpu kepada satu skim perkhidmatan tertentu sahaja..manakala skim-skim perkhidmatan lain hanya mendengar dan melihat..perlu ada keadilan dalam memastikan setiap skim perkhidmatan diberi perhatian yang sama rata.

Perkara kedua yang menarik pendengaran aku ialah 'penjawat awam perlu taat setia kepada raja, negara dan kerajaan' . Apa yang aku tahu sejak dahulu lagi perkara ini dibangkitkan..malah terdapat dalam pekeliling perkhidmatan. Walau bagaimana pun ada segelintir daripada penjawat awam 'boleh terlepas daripada tindakan' walaupun secara terang terangan melakukan penghinaan, mencemuh kerajaan, mengutuk dan pemerintah sedia ada..tapi duit gaji terima.. . Tingkahlaku segelintir ini menjadi ikutan dan akhirnya budaya tidak akur dan tidak mematuhi mentaati kerajaan seoalh-olah menjadi satu trend kerana kurangnya pemantauan serta pengawasan. Tan Sri KSN juga menyentuh mengenai memperkasakan tadbir urus dan integriti perkhidmatan awam dimana menurutnya integriti merupakan asas kepada tadbir urus kerajaan yang baik. Bila sebut pasal integriti kita selalu terpikir pasal rasuah...tetapi pada pandangan aku integriti merangkumi keseluruhan sikap dan tingkah laku seorang penjawat awam.

Datang lewat, tidak akur arahan dan tidak mematuhi peraturan pentadbiran juga terangkum dalam integriti. Sikap kurang ajar, biadap, tidak sopan dengan pelanggan juga merupakan integriti seorang penjawat awam...maka dalam memperkasakan tadbir urus dan integriti perkhidmatan awam harus melibatkan bukan sahaja golongan sokongan / pelaksana tetapi juga pihak pengurusan tertinggi yang kadangkala tak reti nak appreciate usaha pegawai bawahan...asyik-asyik nak salahkan pegawai bawahan...buat pegawai bawahan macam kuli..itupun integriti tau... memberi ucapan terima kasih tidak susah dan tidak memudaratkan..begitu juga memberikan senyuman kepada orang-orang bawahan yang kerdil ..tidak merugikan...tak perlu tunjuk muka serius dan garang.kerana anda BOSS...kerana esok lusa...anda pastinya akan PENCEN jua...... integriti juga melibatkan bagaimana kita menegur kesalahan staff bawahan kita...tak perlu tunjuk KUASA dengan memarahi anak buah dihadapan orang ramai atau dalam mesyuarat....samada kesalahan itu kecil atau besar...gunalah bilik besar yang disediakan oleh kerajaan kepada anda sebagai KETUA ..untuk memarahi atau menegur kesalahan staf yang kerdil ...pegawai bawahan...kerana kesopanan dan budi bahasa juga mencerminkan integriti dan peribadi seseorang BOSS....kami orang bawahan sedia berkhidmat bakti...dan aku amat berharap Tan Sri KSN membuat teguran sebegini kepada ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua perkhidmatan...dalam mesyuarat pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.....

Aku tersangatlah suka dengan 11 langkah perbelanjaan berhemat untuk sektor perkhidmatan awam yang kebanyakkan nya melibatkan golongan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam dan langsung tidak menyentuh golongan pelaksana. Satu langkah yang baik bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan khususnya dan perkhidmatan awam amnya. Langkah sementara ini perlu dilakukan semasa negara sedang mengalam krisis ekonomi. Apapun aku agak keliru dengan gesaanperanan penjawat awam untuk menangkis dakyah-dakyah palsu dan persepsi negatif pihak tidak bertanggungjawab walaupun aku sedar memang peranan penjawat awam untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan. Mengenai penggunaan media sosial sebagai wadah mendekati rakyat sememangnya perlu disokong oleh semua penjawat awam namun ada sebahagian kementerian tidak membenarkan media sosial di buka semasa waktu pejabat malah ada pengurusan tertinggi tidak mahu menggunakan media sosial. Ini lah dilemma golongan pelaksana kerana terpaksa berhadapan dengan dua situasi yang bertentangan. Bagaimana nak mengaplikasikan arahan Tan Sri KSN sedangkan ada pengurusan tertinggi mengharamkan laman media sosial seperti facebook, twitter dan youtube di gunakan masa waktu pejabat! Pada pandangan aku, kekangan ini merupakan salah satu birokrasi di beberapa agensi dan kementerian yang begitu phobia dan takut untuk menerima kritikan, aduan dan teguran oleh masyarakat siber mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi atau kementerian mereka. 


Akhir sekali aku cukup tertarik..dengan konsep Perkhidmatan Awam Sebagai Perkhidmatan Rakyat..hemmm baru aku tahu begini rupanya nak 'merakyatkan perkhidmatan awam' . Tan Sri KSN menggariskan enam (6) prinsip utama bagi memastikan perkhidmatan awam yang unggul. Pertama perlu ada KETERBUKAAN yang bermaksud mengamalkan minda yang terbuka dan sentiasa mudah didekati oleh pelanggan yang memerlukan kita. Pandangan aku ialah minda terbuka juga bermaksud boleh menerima kritikan dan teguran..dan mengakui kesalahan yang dilakukan..bukanya terus melenting atau marah-marah bila pandangan dan pendapat tidak diterima oleh orang lain selain suka menuding jari kepada orang lain jika ada kesalahan dilakukan..blame game syndrome...dan ini harus dihapuskan dalam perkhidmatan awam kerana inilah yang paling banyak berlaku dalam perkhidmatan awam!. Kedua TURUN PADANG iaitu sentiasa memasang telinga dan membuka mata seluas-luasnya untuk mendengar dan melihat keperluan dan ekspektasi pelanggan. Sebenarnya konsep turun padang  ini sudah dilaksanakan zaman dahulu kala oleh Jabatan Penerangan dengan aktiviti sivik...tetapi akhirnya terpaksa di kurangkan kerana kekurangan 'pulus' dan dikatakan sudah outdated serta ketinggalan zaman walhal inilah wadah dan forum masyarakat luar bandar dan masyarakat pendalaman memberikan pandangan, keperluan dan ekspektasi terhadap kerajaan. Juga dikatakan aktiviti 'dinosaur' oleh pengamal komunikasi strategik moden...sedangkan melalui aktiviti sebeginilah sebenarnya kerajaan mampu mengetahui denyut nadi kehendak serta keperluan rakyat!. Konsep MUSYAWARAH juga sudah lama diamalkan iaitu mendekatkan diri dengan rakyat melalui peoples engagement forum seperti Lawatan Rumah ke Rumah satu ketika dulu..yang tidak lagi diamalkan..kerana bajet yang semakin terhad. Penerangan dan penjelasan dasar-dasar kerajaan dalam kelompok kecil berjaya meyakinkan rakyat terhadap keupayaan kerajaan. Ini juga dikatakan aktiviti dinosaur oleh pengamal komunikasi strategik moden.

Prinsip keempat, INSANIAH yang menggesa penjawat awam untuk menyeimbangkan rohani dan kesihatan jasmani dalam cara bekerja sangatlah dialu-alukan..dan berharap Tan Sri KSN mengeluarkan pekeliling supaya tidak ada mesyuarat yang berlarutan hingga pukul 10 malam atau perlu bekerja hingga pukul 10 malam. Inilah senario kehidupan penjawat awam masakini..yang tiada ruang untuk melakukan kesihatan jasmani kerana memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Hari Sabtu dan Ahad pula perlu dipenuhi dengan mengurus acara-acara rasmi untuk agensi atau kementerian kerana kebiasaanya aktiviti Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha..dilaksanakan pada hujung minggu. Maka yang melaksanakan semuanya supaya berjalan lancar adalah penjawat awam...kalau tersilap ..buruk padahnya kepada pegawai yang mengurus event tersebut...bilakah masa untuk melakukan senaman ? Nak beli mesin ..di rumah ramai yang tak mampu...amat lah berharap ianya diberi perhatian sewajarnya.... KEKITAAN prinsip yang kelima bermaksud meraikan perbezaan sumber dan mengukuhkan persamaan. Sepatutnya tidak ada beza antara skim perkhidmatan kerana kesemua kita adalah penjawat awam namun secara realitinya...ada skim yang diberi perhatian dan ada skim pula seolah-olah statik dan tiada kemajuan kerjaya.Perkara ini sudah lama berlaku dan harus diperbetulkan terutamanya dalam merealisasikan transformasi perkhidmatan awam. Last but not least ..prinsip KERJASAMA AWAM, SWASTA & NGO bermakna memperkasakan lagi perkongsian sumber dengan mengadakan kolaborasi dengan mereka dan sentiasa mencapai permuafakatan. Prinsip ini lebih tertumpu kepada bagaimana menguruskan sumber yang ada untuk memberi impak yang positif kepada masyarakat.

Apa yang aku dapat fahami merakyatkan perkhidmatan awam ialah seharusnya penjawat awam itu sendiri perlu merasakan dirinya sebagai rakyat jelata untuk merasai dan memahami apa yang diperlukan oleh rakyat...jangan terlalu bersikap 'pu-gawai' hingga terlupa penjawat itu juga merupakan seorang rakyat apabila memerlukan perkhidmatan daripada sektor perkhidmatan lain....






No comments:

Post a Comment