Friday, April 4, 2014

Cakap Banyak Dan Cakap Besar

Apa bezanya Cakap Banyak dan Cakap Besar ? Apa yang aku tahu..ramai orang tak suka orang yang cakap banyak dan orang yang cakap besar…  ada seorang ustaz berpendapat orang yang cakap banyak ini mempunyai akhak yang buruk ..err..buruk perangai..tak boleh simpan rahsia..dan mudah nak menyakiti perasaan orang lain.. sebab katanya..orang yang cakap banyak ini mulutnya celupar.. pada aku itu pandangan dari sudut dia … pada pandangan aku ramai orang yang bercakap banyak….iaitu orang dalam radio cakap banyak…orang dalam tv cakap banyak..sampai tersasul.. orang berceramah pun cakap banyak..orang politik pun cakap banyak … tak kan la mereka boleh kita gelar celupar …atau buruk akhlak kan ? ….sebab dah memang tugas mereka untuk bercakap banyak dan dalam pandangan aku..orang-orang yang sepatutnya masuk kategori Cakap Banyak ialah orang yang kuat berleter .. pagi petang siang malam berleter …. orang yang suka mencaci..suka mencerca orang lain dan menjaga tepi kain orang lain juga layak dimasukkan dalam kategori Cakap Banyak ..kerana kegemaran nya mencari kelemahan orang lain..kegemaran nya menyebarkan aib orang lain … orang yang suka mengkritik ..memberi komen yang negatif ke atas kerja orang lain juga dalam kategori Cakap Banyak kerana hebat mengkritik…hebat melihat kesalahan orang lain..tetapi tak mampu memikul tanggungjawab apabila diamanahkan…sebab kepandaian nya hanya mengkritik dan memberi komen….dan kalau kita lihat kebelakangan ini..memang ramai yang pandai memberi komen..pandai memberi kritik ..terutamanya dalam krisis yang kita hadapi sekarang.. ..tetapi mereka-mereka ini tak melakukan apa-apa …sekadar bercakap sahaja …

Adakah aku dalam kategori itu ? Orang yang Cakap Banyak nie kadang-kadang mahu orang nampak dia macam orang yang pandai ..nak dapat perhatian …  Bagaimana pula orang yang dikategorikan sebagai Cakap Besar ? Jika mengikut takrifan umum ..orang yang Cakap Besar ini dikatakan orang yang berlagak..orang yang sombong, riak, takbur … dan juga orang yang suka bermegah-megah … dan orang yang suka menunjuk-nunjuk ..tentang kehebatan dirinya walaupun tidak ada kebenaran .. pada pandangan aku orang yang suka Cakap Besar inilah orang yang mempunyai perangai serta akhlak yang buruk … buruk kerana orang Cakap Besar suka menipu orang lain dan dirinya.. kalau dalam politik..kita boleh nampak bagaimana orang yang suka Cakap Besar ini menipu pengundi dan juga penyokongnya…dan kalau dalam organisasi..samada sektor awam atau swasta ..ramai yang Cakap Besar dihadapan pihak pengurusan atasan dan juga rakan-rakan … berlagak dan riak … dan kalau dalam masyarakat umum…. orang yang Cakap Besar mudah diperlihatkan melepak di kedai-kedai kopi..gerai …tak kira waktu ….. Orang yang Cakap Besar juga kadang-kadang digelar TONG KOSONG …kerana biasanya Tong Kosong akan lebih kuat bunyinya berbanding tong yang penuh.. apabila melakukan sesuatu ..dialah yang paling terhebat seantero nusantara ..namun apabila diberi amanah…semuaya hanyalah lakonan semata-mata …kerana dia tidak mempunyai ilmu serta kemahiran untuk mengurus…

Pada pandangan aku..orang Cakap Banyak ke..orang Cakap Besar ke…kedua-duanya memberi impak yang negatif kepada individu..kumpulan dan juga organisasi .. kerana kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu hanya pandai BERCAKAP tetapi kurang dari segi ilmu pengetahuan..kurang dari segi kemahiran. Ilmu dan kemahiran yang sedikit yang ada pada diri mereka..telah mereka olah menjadi sebuah gedung yang besar tetapi kosong di dalam nya ..maka sesiapa yang terpengaruh..termakan dengan kata-kata ..orang dalam kedua-dua kategori ini…nasiblah… aku pinjam kata-kata ini dari sebuah blog albainiyah.blogspot.com iaitu ‘biasanya orang yang banyak bercakap tidak membuat kerja’ sepertimana yang diperkatakan dalam Surah As-saf 2-3 ‘Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan.Amat besar kemurkaan Allah kerana kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan’.  .renung-renungkan..


Orang yang Cakap Banyak dan Cakap Besar dari sudut psikologi merupakan orang yang inginkan perhatian dan juga penakut. .. takut pada bayang-bayang sendiri ….hingga mereka perlu merekacipta sesuatu untuk mengalih perhatian serta pandangan orang lain.. 

2 comments:

  1. Orang yg cakap besar ni selalunya cakap banyak boleh cakap daribpagi samapi malam .dengan kata lain kaki kelentong .Tak mau orang lebih bijak darinya padahal org sebegini agak kurang bijak.

    ReplyDelete
  2. Saya ada kawan seperti ini. Suka cakap besar dan kuat menipu tentang kelebihan dirinya. Cakap mahir buat itu ini, bila suruh buat, diam seribu bahasa.. terserlah kebodohannya di situ.

    ReplyDelete