Monday, November 5, 2012

Debat Orang, Debat Kita

Bila tengok Obama dan Romney berdebat memang hebat cara mereka menyampaikan mesej kepada masyarakat. Walau pun ada sindiran tetapi tidaklah sehebat ahli politik kita di Malaysia. Bukan nak memuji tetapi memang jelas, kita masih belum matang dalam politik seperti Obama dan Romney. Isu-isu yang di perbincangkan berkisar kepada keperluan rakyat dan mencerna visi pemimpin yang akan memimpin sebuah negara yang besar dan merdeka..tetapi apabila pemimpin politik kita berdebat, ianya disulami dengan emosi, dikaitkan dengan hal-hal peribadi..dan mengungkitkan hal-hal yang sensitif...

Teringat bagaimana YB Ahmad Shabery Cheek, yang menjadi Menteri Penerangan ketika itu berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim..tiada apa pun isu yang berkaitan keperluan rakyat, bagaimana pakatan rakyat atau pun barisan nasional akan menangani masalah kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang jika salah satu kumpulan mampu menerajui kerajaan. Begitu juga debat antara Lim Guang Eng dan Chua Soi Lek...ianya lebih tertumpu kepada agenda parti dan agenda peribadi...jadi layakkan ahli-ahli politik kita untuk berdebat?

Apa yang aku perhatikan setiap kali berdebat pasti akan timbul isu-isu peribadi pendebat dikemukakan..seolah-olah itulah isu yang paling utama yang perlu diketahui oleh publik. Kebanyakkan ahli-ahli politik yang menjadi calon dalam lingkungan umor 40 tahun ke atas...mempunyai pendidikan yang baik...luas pengalaman tetapi langsung tiada menununjukkan kematangan bukan sahaja sebagai ahli politik, tetapi juga sebagai seorang individu. Perhatikan bagaimana mereka menyampaikan mesej di atas platform ceramah..jika tiada unsur-unsur lelucon atau hal-hal peribadi lawan..memang tidak sah...memang tidak akan ada tepukan atau laungan...betul kan? tak kiralah..pemimpin barisan nasional mau pun pakatan rakyat. ..sama sahaja gaya penyampaian mereka...

Aku pun hairan..bagaimana masyarakat begitu seronok mendengar lelucon daripada pemimpin politik...segala cerita dalam kelambu lawan..dibentang di atas platform ceramah..menjadi gelak tawa dan tepukan pendengar...tak mampukah pemimpin-pemimpin politik untuk menjelaskan bagaimana mereka boleh bagaimana nak membantu orang-orang miskin dan daif...yang seolah-olah terpinggir jika tiada pendedahan oleh media-media elektronik...atau bagaimana nak memaju dan membangunkan belia yang semakin terdesak kerana masalah pengangguran akibat tiada peluang pekerjaan...atau bagaimana nak menyelesaikan masalah kawasan-kawasan yang tiada bekalan air bersih..atau jalan raya yang berturap..dan banyak lagi isu-isu yang maha penting ..

Namun...pastinya tiada gelak tawa atau tepukan gemuruh kalau pemimpin bercakap tentang usaha-usaha yang akan dijalankan jika mereka menang...sebab adakalanya..apa yang diperkatakan tidak dilaksanakan..he he he...itulah yang kebanyakkan pemimpin politik takuti...sebab janji perlu ditepati..tetapi takkanlah nak sajikan masyarakat dengan cerita-cerita dalam kelambu sahaja....sekali sekala beritahulah kepada masyarakat kenapa pengundi perlu mengundi barisan nasional atau pakatan rakyat? Memang la Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selalu mengatakan kenapa Barisan Nasional perlu dipilih semula...bagaimana dengan pemimpin barisan nasional lain? Takkan nak angguk atau menjadi posmen sahaja? Begitu juga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim..selalu menyebut akan buat itu akan buat ini bila memerintah nanti...walaupun retorik...sebab masa dia berkuasa dulu dia tak buat itu tak buat ini yang dia sebut sekarang...dia dapat pengaruhi perasaan orang-orang yang kecewa dengan beberapa pemimpin politik barisan nasional.

Maka kalau Najib dengan Anwar berdebat sekalipun..tiada apa faedah atau manafaat dapat diperolehi oleh masyarakat secara keseluruhan kecuali lenguh bertepuk tangan dan serak suara...melaungkan slogan..kerana politik kita masih tidak matang..masyarakat kita masih belum bersedia untuk mendengar hujah-hujah intelektual...visi dan misi pemimpin sesebuah kumpulan jika mampu menerajui pemerintahan..sebab pemerintah lama nak pertahankan maruah bangsa dan agama..yang baru pulak nak ubah segala-galanya...walaupun terpaksa menggadai maruah bangsa sendiri...


No comments:

Post a Comment

Post a Comment