Tuesday, November 27, 2012

Budaya Fitnah : Satu Trend Di Malaysia

Slander (fitnah) menurut definisi wikipedia ialah 'making false and damaging statement about someone'  atau pun satu pembohongan tanpa ada kebenaran. Antara tujuan fitnah ialah untuk menjatuhkan maruah diri atau reputasi seseorang. Ini senjata utama kepada mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan.

Budaya memfitnah seolah-olah  menjadi satu norma dalam masyarakat Malaysia...sebati dalam kehidupan..Malah dengan kemajuan teknologi terkini fitnah seperti perkara biasa. Tiap saat ada sahaja fitnah dilemparkan dalam dunia siber..melalui laman media sosial seperti facebook, blog, twitter dan juga youtube tanpa ada perasaan bersalah (the feeling of guilt) oleh penulis atau si perekacipta fitnah. Apabila fitnah tersebut dibiarkan tidak dijawab..maka si perekaciptanya akan mengukuhkan taburan fitnah itu..dengan berbagai dokumen yang diketahui palsu supaya ianya terus mempengaruhi minda pembaca untuk menerima fitnah tersebut sebagai perkara yang benar. 

Peperangan dunia siber mencetuskan trend fitnah memfitnah dan amat sukar bagi penguatkuasa undang-undang untuk mengambil tindakan yang segera..kerana kadang-kadang pelakunya sukar dikenalpasti dengan adanya pelbagai perisian yang mampu menutupi jejak pelaku dari dikesan oleh pihak berkuasa. Ianya ditambah dengan pelbagai birokrasi undang-undang siber yang rumit hingga banyak pelaku bebas melakukan pelbagai fitnah dan juga provokasi. 

Soalnya bukan siapa memulakan budaya memfitnah tetapi kenapa perlu untuk menabur fitnah dalam perebutan kuasa politik? Seandainya orang-orang pakatan rakyat yang memulakan budaya fitnah melalui dunia siber..kenapa perlu orang-orang barisan nasional nak turut bermain rentak yang sama? Kenapa barisan nasional perlu menari mengikut rentak yang dimainkan oleh pakatan rakyat? Jika begitu apa bezanya moral pakatan rakyat dengan moral barisan nasional? Istilah 'two can play the same game' tidak boleh diaplikasikan dalam peperangan minda kerana ianya boleh mencetuskan kekeliruan rakyat..siapa sebenarnya yang bercakap benar? 

Penyalahgunaan media sosial seperti facebook, twitter, blog dan juga youtube oleh askar-askar siber kedua-dua pihak sama seperti penyalahgunaan dadah oleh penagih dadah ..iaitu walaupun sering diberi amaran dan ada tindakan-tindakan yang diambil..penyalahgunaan tetap akan berlaku..walau apa tindakan sekali pun. Justeru bagaimana harus kita membendung berlakunya sebaran dan taburan fitnah yang berleluasa di dunia siber yag luas? Antara pendekatan yang perlu ialah setiap pemilik wi-fi, broadband serta telefon pintar yang berpengkalan di Malaysia harus mendaftar di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia agar pemiliknya dapat dipantau dan diselaraskan. Mungkin bunyinya agak draconian tindakan tersebut namun ia dijangka boleh mengurangkan fitnah-fitnah yang merosakkan reputasi seseorang individu.






No comments:

Post a Comment