Monday, March 31, 2014

Penyakit DENGGI dan Penyakit DENGKI ..

Penyakit DENGGI semakin serius di negara kita dengan kes mencatatkan kes kematian yang lebih tinggi tahun ini berbanding tahun lepas. Menurut pihak Kementerian Kesihatan terdapat peningkatan sebanyak 269 peratus atau 6894 kes berbanding 2559 kes pada tempoh masa yang sama tahun lalu. Menurut Wikipedia, Demam DENGGI merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis DENGGI yang paling berat iaitu Demam Hemoragik DENGGI(DHF) dan Sindrom Kejutan DENGGI (DSS). Dalam pada itu, DENGGI dan DENGGI berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus) …

Penyakit DENGKI pula menurut pandangan seorang rakan, DENGKI ialah membenci nikmat Tuhan yang dianugerahkan kepada orang lain dengan keinginan agar nikmat orang lain itu terhapus.DENGKI merupakan akhlak yang buruk dan merupakan penyakit jiwa yang sangat membahayakan kesihatan manusia. DENGKI boleh dikaitkan dengan kesihatan kerana DENGKI adalah sumber kepada penyakit jiwa dan mental. Orang yang sentiasa hidup berDENGKI sebenarnya hidup dengan penuh penderitaan batin sepanjang hayatnya. Berbeza dengan penyakit DENGGI, penyakit DENGKI disebabkan beberapa faktor. Pertama ialah virus yang dinamakan CEMBURU iaitu cemburu kepada nikmat atau kurnia yang diperolehi oleh orang lain lebih besar atau lebih baik daripada dirinya. Hatinya akan merasa sakit hingga menimbulkan benci yang sungguh mendalam dan seperti penyakit DENGGI berdarah, boleh membunuhkan karier orang yang dibencinya dengan pelbagai cara..selain boleh meyebabkan kesihatan dirinya terganggu.. Kedua ialah virus KETAKSUBAN diri atau terlalu memikirkan dirinya hebat hingga tiada orang lain boleh mengatasi kehebatanya. Orang yang dijangkiti virus KETAKSUBAN DIRI ini amat takut jika rakan sejawatnya mendapat pujian daripada orang lain atau pun ketuanya…dan dia akan meracau..meroyan jika didapati rakan sejawatnya dinaikkan pangkat melebihi dirinya…. virus ini juga boleh menyebabkan kesihatan dirinya terganggu..terutama mental nya…dan jika tidak diubati ..boleh menyebabkan orang yang dijangkiti virus ini Gila..Sewel .. Panas Baran…dan paling ditakuti dia akan menjadi Psycho!.

Ketiga penyakit DENGKI juga disebabkan oleh virus KESOMBONGAN diri. Virus KESEOMBONGAN diri ini bleh menyebabkan seseorang individu sukar bergaul dengan orang lain dan lebih suka memberi arahan atau bahasa kasarnya memerintah orang lain..menghambakan orang lain …dan virus ini juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi BODOH SOMBONG dan sukar mendengar pendapat serta pandangan orang lain. Apabila virus KESOMBONGAN diri berada dalam seseorang indvidu, dia akan merasakan orang lain mempunyai mertabat lebih rendah dari nya..ataupun mempunyai nilai-nilai diri yang tidak setaraf dengan nya… dan ada orang yang melebihi dirinya..dia akan menjadi gusar..gundah gulana ..dan tidak tenteram hidupnya … virus ini juga sangat merbahaya kepada kesihatan orang yang dijangkiti kerana boleh menyebabkan orang itu sentiasa sakit hati...tidak mudah senyum…dan paling parah boleh menyebabkan dirinya darah tinggi!..sebab terlalu memikirkan bagaimana nak mengatasi kelebihan orang lain!!..jika tak pun dia akan menghidapi asma!!  Keempat, virus KEDEKUT  atau BAKHIL juga merupakan salah satu daripada penyebab penyakit DENGKI, iaitu dengan kata lain..jika dia tidak mendapat kenaikan pangkat..orang lain pun tak boleh mendapat kenaikan pangkat..falsafah dirinya ialah rela berputih tulang daripada berputih mata…andai ada peluang-peluang kenaikan pangkat dan sebagainya..dia akan memastikan dirinya adalah orang pertama mendapat nya..jika tidak..dia juga akan memastikan tiada seorang pun yang akan memperolehi peluang tersebut…dia tidak akan merelakan kenikmatan itu dipunyai oleh orang lain, kecuali hanya untuk dirinya …virus ini juga amat bahaya..kerana boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit jantung!! ..sebab terlalu berusaha untuk menjatuhkan orang lain!


Kelima penyakit DENGKI juga boleh berlaku akibat virus TAKUT pada bayang-bayang sendiri ..atau TAKUT PERSAINGAN! Kerunsingan dan kemurungan merupakan penyakit yang akan berlaku kepada sesiapa yang dijangkiti virus ini..kerana dia khuatir orang lain akan mengatasi dirinya atau orang lain akan melakukan apa yang akan dia lakukan kepda orang lain! Sesiapa yang dijangkiti virus ini mempunyai peluang besar untuk menghuni wad pesakit mental atau wad sakit jiwa!..dia akan berusaha memburukkan nama baik orang lain yang menjadi persaingan nya..atau pun dia akan berusaha menutupi segala kebaikan dan kelebihan orang itu daripada diketahui oleh pihak atasan..dan penyakit ini berlaku di semua peringkat dalam organisasi …dan sangat bahaya kepada organisasi kerana ia boleh menyebabkan ketidakstabilan serta suasana kerja yang tidak harmoni dan tidak kondusif!. Andainya ia berlaku di sektor swasta ia boleh menyebabkan kerugian kepada syarikat!. Jika dia berada pada kedudukan yang tinggi dalam organisasi..dia akan berusaha memastikan saingan nya tidak mampu bangkit atau tidak dinaikkan pangkat!!. ..dan Keenam..penyakit DENGKI boleh disebabkan oleh virus PERMUSUHAN lampau..dan ini boleh disifatkan setaraf dengan penyakit DENGGI Berdarah kerana ianya mampu menyebabkan karier seseorang itu musnah atau tidak berkembang sama sekali. Dendam dan kebencian melampau adalah simtom penyakit DENGKI yang amat parah ….dan seseorang yang dijangkiti virus ini cenderung menabur fitnah yang melampau terhadap orang yang dibenci nya!!.Mudah untuk melihat simtom orang yang berpenyakit DENGKI, iaitu a) sukar untuk melihat orang lain berjaya, maju, berhasil atau bahagia; b) cenderung untuk mencari kesalahan orang lain atau menyusahkan orang lain; c) gembira melihat orang lain dalam kesusahan atau bersukaria di atas penderitaan orang lain ; d) tidak pernah bersyukur / kurang bersyukur dengan nikmat yang ada ; dan e) begitu cenderung atau mudah memburuk atau mengaibkan orang lain…


Secara konklusifnya..penyakit DENGGI boleh menyebabkan maut kepada manusia yang tidak menjaga kebersihan persekitaran kehidupan nya..manakala penyakit DENGKI juga boleh menyebabkan kerosakan kepada manusia jika dia tidak menjaga kebersihan hati dan jiwa nya.

Friday, March 28, 2014

SINDROM PhD

PhD menurut kamus bermaksud Doctor of Philosophy dalam pelbagai bidang pengajian kecuali dalam bidang perubatan dan kadangkala teologi. PhD merupakan anugerah tertinggi dalam akademik. Pun begitu apa yang aku nak kongsikan disini ialah maksud PhD di kalangan masyarakat yang boleh aku kategorikan kepada tiga, iaitu satu, PhD juga boleh bermaksud Pass Habis Degree atau Pass Habis Darjah, kedua, PhD juga bermaksud Permanent Head Damage dan yang ketiga PhD juga membawa makna Perasaan Hasad Dengki. Aku nak kongsi sedikit sindrom PhD yang wujud dalam masyarakat kita sepertimana yang telah aku kategorikan dan ini merupakan satu pandangan hasil observation dan tiada berkaitan dengan yang hidup atau sudah meninggal dunia. Kalau yang terasa tu ..errr..maafkanlah ..he he he …bukan lah nak mengutuk atau menghina..sekadar satu perkongsian ...

Kategori pertama, iaitu Pass Habis Degree atau Pass Habis Darjah adalah golongan bijak pandai yang sentiasa memberi komen, mengkritik, menjatuhkan hukum dan membuat analisa terhadap kerja-kerja orang lain atau usaha-usaha orang lain dengan hanya melihat atau mendengar tanpa mempunyai cadangan atau mengetahui perkara yang sebenar. Golongan ini biasanya boleh menjadi juri, hakim, pengulas dan penganalisa yang tidak bertauliah yang boleh dilihat di kedai kopi, gerai makanan, café, restoran dan paling banyak di pejabat-pejabat kerajaan dan juga swasta. Kumpulan PhD ini biasanya berkumpul dua hingga empat orang jer…dan kita boleh dengar pandangan dan perbincangan mereka ..terutama selepas sesuatu program realiti di TV atau selepas sesuatu peristiwa atau tragedi.. Golongan PhD ini juga jika di pejabat..merupakan orang yang paling hebat dan paling pandai dikalangan orang yang pandai memberi pendapat dan pandangan…hanya selepas mesyuarat habis ..atau selepas seseorang membuat pembentangan… tapi heh heh..bila diminta beri cadangan ..habuk pun tarak …piiiraaaah!!. Jika ada pertandingan apapun…golongan ini lebih hebat dari hakim atau juri dalam memberi komen dan kritikan …iaitu selepas pertandingan itu selesai!!.. tapi tak berani sertai pertandingan… he he he… kan?

Kategori kedua, Permanent Head Damage adalah golongan manusia PhD yang sentiasa melihat kerja orang lain tidak betul dan tidak menerima apa jua cadangan orang lain. Golongan ini biasanya golongan bijak pandai, terlalu pandai hingga merosakkan urat saraf dalam kepala mereka hingga mereka tidak mampu lagi menerima apa pun kritikan, apa pun pandangan, apa pun pendapat orang lain. Malah segala usaha orang lain di pandang serong dan sentiasa mempunyai prasangka yang buruk. Golongan ini juga sentiasa sinis dalam memberi komen, berpandangan negatif dan paling buruk golongan ini akan berusaha untuk memastikan kepentingan dirinya didahulukan daripada kepentingan organisasi. Golongan PhD ini akan pijak sesiapa saja..sanggup khianati kawan sendiri demi mencapai cita-cita serta kedudukan dalam organisasi … Jika dirinya sudah ada kedudukan dalam organisasi..dia akan sedaya upaya memastikan orang lain tidak akan dinaikkan pangkat melebihi dirinya .. selain itu orang yang ada sindrom Permanent Head Damage ini akan meletakkan orang-orang yang dia rasa boleh dipercayai nya disekelilingnya untuk mempertahankan kedudukan nya..dan mana-mana pegawai yang diangap ancaman kepada karier atau kedudukan nya akan di singkirkan jauh ..atau mana-mana pegawai yang tidak sependapat dengan nya akan dipindahkan ..

Sindrom PhD yang ketiga, yakni Perasaan Hasad Dengki ada dimana-mana dalam masyarakat ..di kampong, di taman perumahan pejabat dan organisasi..golongan ini adalah golongan yang paling destruktif  kepada kehidupan bermasyarakat dan juga berkeluarga. Orang-orang yang mempunyai sindrom ini mempunyai tahap keDENGKIan yang amat tinggi..hingga apa sahaja yang tidak berkenaan di hatinya akan menyebabkan dirinya menjadi dengki. Jika di kampong atau taman perumahan, PhD boleh wujud kerana jiran sebelah tukar kereta baru, tukar sofa baru, tukar langsir baru atau membeli set TV yang baru. Pastinya mulut akan menjuih menjaja cerita ke sana sini kononya jiran nya dapat duit haram ler..dan sebagainya.. hingga boleh bermewah-mewah begitu … kalau di pejabat pula..andainya rakan naik pangkat atau dapat anugerah kecemerlangan..pasti disebar berita kawan tu kuat bodek laa..kuat ampu la..kuat kipas laa…walhal diri sendiri yang sebenarnya kuat membodek, mengipas atau mengampu… kalau tak pun dituduh kawan tu anak emas  bos laa… atau blue-eyed boy bos laa.. jika seseorang itu mampu melaksanakan sesuatu amanah tugas pun menjadi satu keDENGKIan kepada orang yang mempunyai PhD yang tinggi..dan biasanya dia akan berusaha untuk mendapatkan tempat orang itu agar dirinya mendapat sanjungan sepertimana rakan yang di dengkinya. Bagi orang yang ada sindrom ini, sanjungan dan pujian harus hanya diberikan kepada dirinya seorang sahaja…dan jika rakan nya menjadi sanjungan dan pujian, rakanya akan menjadi seorang musuh kerana sudah mengugat kedudukan nya dalam organisasi.. jika rakan nya mempunyai reputasi yang lebih baik dalam organisasi..dia akan sedaya upaya memburuk kan rakan nya di hadapan orang lain agar rakanya dilihat mempunyai perangai buruk dan jahat oleh orang lain…


Sindrom PhD ini adalah dalam setiap diri kita namun ianya terpulang kepada diri kita untuk membuat penilaian dan memastikan ianya tidak menjadi satu penyakit yang boleh menyebabkan diri kita dibenci dan diboikot oleh rakan-rakan kita kerana sikap kita yang keterlaluan. Tidak salah untuk merasa irihati dan dengki ..kerana ianya boleh menjadi perangsang untuk kita memajukan diri..dan bukanya untuk memusnahkan karier atau kehidupan orang lain. Tak perlu takut kepada bayangan diri sendiri …tak perlu takut kepada persaingan..jika kita benar-benar hebat …. 

Thursday, March 27, 2014

Nilai Kemanusiaan VS Nilai Kebinatangan

Insiden kehilangan pesawat MAS MH370 membuktikan tingginya nilai-nilai kemanusiaan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan juga membuktikan adanya dikalangan 28 juta rakyat Malaysia ini yang tidak mempunyai perasaan …. perasaan dan hati mereka sudah sekeras batu.. atau pun mereka tidak ada nilai-nilai seorang manusia kerana yang tinggal dalam diri mereka hanya nilai-nilai haiwan atau syaitan yang bertopengkan manusia. Aku berpendapat sedemikian kerana ada di antara kata-kata nista dan cacian di lemparkan kepada penumpang dan juga krew MH370 ..seperti tiada belas kasihan dengan nasib yang menimpa mereka dan juga tiada simpati untuk keluarga yang menyayangi mereka. Kata-kata seperti pergi mampos..dan padan muka menunjukkan si penulis atau penutur kata-kata itu sudah hilang kewarasannya sebagai seorang manusia …..dan pada aku orang sebegini hanya layak dilayan sebagai seekor binatang buas yang berkeliaran di hutan Afrika ..

Andailah peristiwa itu berlaku kepada keluarga-keluarga, rakan taulan orang yang gemar melontar dan melempar kata-kata nista ..kata-kata yang menghina … apakah perasaan mereka? ADakah mereka akan gelak ketawa seperti sekarang ini dan melihat insiden itu sebagai satu lelucon atau bahan jenaka ? Atau mereka terus meracau-racau …seperti orang yang hilang akal atau bertindak bodoh dengan menyalahkan orang lain di atas tragedi tersebut sepertimana yang dilakukan oleh warga China … Cubalah bayangkan diri anda berada dalam situasi keluarga mangsa …yang menunggu penuh setia…resah gelisah trauma dan gundah gulana ..menunggu dan menunggu… mungkin juga mereka seperti anjing gila..yang akan menyalak tak henti-henti …

Lebih dahsyat lagi ialah kata-kata fitnah dan tuduhan serta teori yang langsung tidak masuk akal yang dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin yang menguruskan insiden. Sebanyak 26 negara menghulur bantuan dengan penuh rela … tetapi ada segelintir daripada kita ini yang hanya duduk memerhati di hadapan TV..bukan sahaja tidak menyumbang apa-apa bantuan …malah pandai-pandai pula membuat pelbagai tohmahan dan teori sendiri. Lebih parah ..bukan sahaja fitnah dilontarkan malah sanggup pula menghasut orang luar supaya mencerca dan mencaci segala usaha yang dilakukan orang lain… hinggakan sanggup melihat negara sendiri dihina..dilemparkan pelbagai tuduhan liar …. kerana semata-mata demi kuasa politik yang diidam-idamkan … kerana sikap rasis yang keterlaluan … kerana hanya melihat dirinya betul ..walaupun diri masih belum pasti suci seperti yang dibayangkan … golongan seperti ini sebenarnya sudah hilang segala nilai diri mereka kerana terlalu fokus untuk berkuasa…hingga menidakkan usaha orang lain..dan tidak peka kepada nasib sebenar mangsa … dan juga keluarga mereka … dahlah tidak membantu wang ringgit, tenaga maupun idea…pandai-pandai pula mengkritik orang lain… menghasut pulak tuu…

Aku tabik hormat kepada pemimpin-pemimpin yang mengurus insiden MH370 bukan kerana mereka Menteri atau pun orang yang berkuasa..tetapi aku melihat ketabahan mereka, ketenangan mereka dan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri mereka. Walau pun dihina, dicerca, difitnah dan dilontar dengan pelbagai soalan..mereka tetap tenang..mereka tetap tabah walaupun dalam hati nurani mereka tiada siapa yang tahu betapa gusarnya perasaan mereka. Mereka juga manusia..yang tahu erti kesedihan..yang tahu erti kesengsaraan…apabila tak mampu lagi menahan emosi ..diluahkan dengan linangan air mata … mereka tak pernah marah apabila ditanya soalan peribadi …mereka tidak melenting apabila dituduh menyimpan maklumat dan mereka tidak bertindak balas apabila dihina dimaki dan dicerca… dan mereka tak mengatakan ‘You Ulang I Saman’ setiap kali ada soalan yang bersifat terlalu peribadi …. bukan aku memuji kerana mereka orang yang berkuasa tinggi tetapi aku melihat kewibawaan seorang pemimpin yang perlu kita hormati ….

Nilai-nilai kemanusiaan diterapkan oleh semua fahaman agama dan pastinya TIDAK ada  satu agama pun didunia ini mengatakan jiwa dan nyawa manusia itu tidak berharga. Seharusnya kita sentiasa menghargai jiwa manusia tak kira apapun situasi yang kita hadapi. Manusia telah diberikan akal untuk berfikir dan hati untuk merasai nurani ..berbanding binatang yang hanya ada hati tetapi tidak ada akal untuk berfikir. Golongan manusia yang tidak menghargai jiwa dan nyawa orang lain ialah spesis Neanderthal , satu spesis manusia yang sudah pupus yang pernah wujud dizaman batu dahulu kala. Spesis ini tiada perasaan hanya akal yang berfokus untuk kelangsungan kehidupan mereka sahaja. Nilai kehidupan mereka hampir sama dengan nilai-nilai seekor binatang yang buas.


Pada pandangan aku..itulah persepsi dan tanggapan aku terhadap segelintir manusia dalam kelompok 28 juta manusia di bumi Malaysia ini yang melihat insiden MH370 sebagai satu lelucon, satu jenaka dan juga bahan untuk lontaran fitnah..dan situasi untuk dicaci dan dihina … walau pun sebenarnya aku marah …namun aku begitu sedih terhadap mereka-mereka ini kerana apakah akan terjadi kepada mereka suatu hari nanti jika perkara yang sama menimpa keluarga mereka..sahabat mereka..sepupu..suku sakat mereka..? Adakah mereka masih mampu ketawa ..membuat lawak jenaka..atau adakah mereka juga memohon simpati dan empati daripada masyarakat dan pemimpin yang mereka sangat benci? 

Wednesday, March 26, 2014

Pegawai Besar VS Pegawai Kecil

Jika sebelum ini aku menulis tentang perbandingan antara Pegawai Tinggi dan Pegawai Rendah kali ini aku nak menulis pula mengenai Pegawai Besar dan Pegawai Kecil tapi bukan berkaitan dengan perbezaan perks and benefit …tetapi mengenai sikap dan perangai. Apa yang aku tulis ini pun merupakan observation dan juga pandangan beberapa rakan yang pernah mengalami nya. Perkara seumpama ini bukan sahaja berlaku dalam organisasi sektor awam tetapi juga di sektor swasta. Ada sebahagian daripada penjawat awam dan pekerja swasta merasakan diri mereka mempunyai autoriti yang begitu besar sehingga mereka tidak mampu memandang atau bergaul dengan orang bawahan. Ada penjawat awam yang berpangkat besar tidak mahu bergaul atau makan minum bersama orang bawahan kerana ingin menjaga status dan prestij mereka. Malah ada yang merasakan orang bawahan adalah low class (pinjam kata P.Ramlee) kerana mereka pegawai besar dan tidak layak bersembang, makan minum dengan kerani, drebar dan sebagainya. Golongan pegawai besar seperti ini boleh kita lihat sentiasa berpakaian kemas dan bertali leher …sepanjang masa…even waktu nak sembahyang pun pakai tali leher..mungkin takut Tuhan tak tahu dia pegawai besar!. Satu lagi sikap pegawai besar ini ialah dia suka nak komen tentang pakaian orang lain…seolah-olah apa yang dipakai oleh orang lain itu tidak mempunyai standard atau tidak bermutu pada mata dia.. malah penggunaan kenderaan pun menjadi satu isu kepada pegawai besar kerana bagi dirinya pangkat besarnya harus setaraf dengan apa yang dia pakai… kadang-kadang pegawai besar ini baru gred 41 jer..tetapi lagak lebih beb!!...kalau di swasta mungkin hanya bertaraf penyelia kanan jer..tetapi berlebih-lebih malah berlagak macam Pengurus pulak..he he

Satu lagi perangai atau sikap pegawai besar nie..atau pegawai berlagak besar ini ialah suka bercakap besar .. serba serbi dia tahu ..suka meremeh usaha orang lain .. dalam satu organisasi atau syarikat..dialah paling hebat, paling pandai dan paling tahu segalanya..mengalahkan ketua pejabat atau pengurus syarikat. Mudah jer nak tahu pegawai besar atau berlagak besar nie..perhatikan cara dia bercakap dengan staf-staf lain yang lebih rendah pangkat daripadanya ..atau semasa dia bersembang di café.. kalau dalam mesyuarat pendapat dia sahaja yang betul..pendapat orang lain semua salah … tetapi bila di suruh buat kerja …hmmm habuk pun tarak..hampeeh!! ..silap-silap tugasan atau kerja yang dipertanggungjawabkan kepada nya mungkin di sub-contract kepada pegawai bawahan atau kawan lain…atau lebih parah dia menggunakan konsetan (consultant) supaya kerja dia nampak hebat dan bagus!.Apa yang pegawai besar atau pegawai berlagak besar boleh buat ialah bercakap besar … dan kebanyakkan masa pegawai besar buat ialah bercakap, bercakap dan bercakap … komen dan mengkritik …

Antara sikap pegawai besar atau orang berlagak pegawai besar ialah apabila ditegur atau diberi salam..malah kalau kita senyum dengan dia pun..dia tidak akan respond..sebaliknya dia akan memerhatikan kita dari atas hingga bawah..seolah-olah kita sudah membuat satu dosa besar kepada dirinya. Dia seolah-olah membuat analisa ke atas diri kita … terutamanya semasa berada di dalam lif!. Cukup sukar untuk melihat pegawai besar ini senyum apatah lagi nak memberi senyum dengan orang lain …begitu sukar satu senyuman mereka… Entah kenapa pegawai besar ini sukar sangat nak senyum…mungkin dalam pandangan mereka apabila mereka senyum..hilanglah status mereka sebagai pegawai besar…jika mereka senyum…mereka takut orang akan lebih mesra dan cuba ambik kesempatan ke atas pangkat besar yang mereka sandang..atau jika mereka senyum..orang akan hilang takut dan hilang hormat kepada mereka!. Pada padangan aku..aku lebih menghormati orang yang memberi  respon ..apabila diberi salam..atau diberi senyuman..kerana untuk mendapat hormat orang lain, kita perlu menghormati orang lain terlebih dahulu. Perasaan takut kepada pegawai besar bukan tanda hormat … pegawai besar atau pegawai berlagak besar ini terlupa bahawa pangkat yang besar yang mereka sandang pada ketika ini hanyalah sementara sahaja…cukup tempoh umor 60 tahun..pastinya mereka akan bersara juga ..dan pada ketika itulah … orang akan mula lupa dan tidak memperdulikan mereka lagi… jika mereka dulunya bersikap baik..mudah senyum..mudah bergaul dengan orang tanpa mengira pangkat, darjat …mereka akan tetap dihormati dan disanjung tinggi..tetapi jika berlagak..sombong dan ego…dan tidak menghormati orang lain..sewaktu berkuasa.. walau mereka terjatuh di tepi parit pun..orang tak akan peduli …atau ingin mengambil tahu..

Pegawai besar atau orang berlagak menjadi pegawai besar ini juga lupa..satu hari nanti mereka juga akan mati ..akan ke alam barzagh …dan ketika itu juga hanya kain putih yang menyelimuti badan…bukan pakaian berjenama yang dibanggakan. Pangkat mereka juga tidak akan dibawa bersama…malah yang mengangkat jenazah juga bukan pegawai-pegawai besar seperti dirinya …tetapi orang-orang kampong atau orang-orang se taman perumahan yang lebih rendah tarafnya …dan kenderaan yang membawa mereka juga hanya sebuah van jenazah…bukan Mercedes, BMW, Audi, Volkswagen, Toyota atau Kia ….(para ini aku pinjam sedutan dari seorang Ustaz) … maka tinggalkan kesombongan, lepaskan keegoan dan hilangkan kebongkakan ..sewaktu kita berkuasa..sewaktu kita berpangkat besar..sewaktu kita seorang pegawai … lihatlah orang-orang sekeliling kita..orang bawahan kita … hidupkanlah nilai-nilai kemanusiaan…nilai-nilai simpati dan empati ..kerana kita tidak pasti..kita tidak tahu…ianya akan berlaku kepada keturunan kita..anak-anak dan cucu-cucu kita …


Hidup ini satu putaran.. seperti kata P.Ramlee dalam cerita Tiga Abdul .. ‘Tak apalah Sidek Sigaraga..hari ini hari engkau ..esok hari aku pula’

Friday, March 21, 2014

Pegawai Tinggi VS Pegawai Rendah

Aku pernah mendengar keluhan seseorang seperti ini  ‘kenapalah sebahagian penjawat awam apabila bersara dari kerajaan akan menyertai parti pembangkang..apa yang mereka tak puashati?’  Ketika itu aku hanya mampu tersenyum dan tidak mampu untuk memberi jawapan atau membuat sebarang komen. Ya dari sudut logik akal memang aku sendiri pun hairan kenapa kebanyakan nya berlaku begitu dan apa lagi yang mereka tak puashati dengan kerajaan. Sepanjang perkhidmatan mereka sebagai penjawat awam, mereka menikmati pelbagai kemudahan yang tidak dinikmati oleh pekerja sektor swasta. Malah bekerja sebagai penjawat awam juga dijamin tidak akan dibuang kerja walau seteruk mana ekonomi negara, jika dibandingkan dengan pekerja sektor swasta yang boleh di berhentikan kerja pada bila-bila masa apabila syarikat tidak memperolehi keuntungan atau mengalami kerugian yang serius. Pun begitu setelah beberapa lama aku membuat pemerhatian, aku mula melihat banyak perbezaan dalam sektor awam, yakni sistem kasta yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar yang terselindung oleh peraturan-peraturan.

Pegawai tinggi dalam pengertian penulisan aku ini bukan bermaksud pegawai yang mempunyai ketinggian fizikal tetapi pegawai yang berpangkat tinggi atau berkedudukan tinggi dalam organisasi, tak kira di peringkat jabatan mau pun kementerian dan begitu juga dengan maksud pegawai rendah, iaitu pegawai bawahan dan juga staf sokongan. Perbezaan yang amat ketara antara dua status kedudukan ini ialah dari segi faedah atau pun benefit, selain autoriti atau kuasa yang diberi setaraf dengan jawatan yang mereka sandang. Tidak dinafikan bahawa kumpulan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) ke atas mempunyai banyak kemudahan dan faedah setaraf dengan peranan serta tanggungjawab mereka dalam organisasi berbanding gred-gred 54 ke bawah. Malah kumpulan JUSA ke atas ini tiada noktah dalam karier mereka walaupun selepas tamat perkhidmatan mereka kerana mereka-mereka ini biasanya akan diberi pula peluang bekerja di sektor lain dengan pendapatan yang agak lumayan. Inilah yang menjadi kemusykilan penjawat awam lain, seolah-olah peluang-peluang tersebut hanya terbuka kepada kumpulan tertentu dalam sektor awam dan mungkin inilah salah satu punca timbulnya ketidakpuasan hati sebahagian daripada penjawat awam.

Kedua ialah trend kerajaan memanjang tempoh perkhidmatan seseorang dalam satu-satu jawatan walaupun tempoh perkhidmatan nya sudah tamat. Biasanya individu tersebut akan ditawarkan perkhidmatan kontrak sehingga satu tempoh yang kadangkala mengambil masa hingga lapan tahun atau lebih. Apabila ini berlaku maka peluang kenaikan pangkat bagi orang lain akan terbantut malah ada yang tamat perkhidmatan atau pencen terlebih dahulu daripada orang yang sepatutnya sudah berpencen. Mungkin ini juga salah satu punca atau sebab timbulnya ketidakpuasan hati sebahagian penjawat awam. Pengumuman penjimatan sektor awam oleh PM disambut baik oleh sebahagian besar penjawat awam namun jika dilihat daripada cadangan tersebut ianya banyak melibatkan kumpulan pengurusan tertinggi dalam sektor awam, iaitu dengan kata lain kumpulan JUSA ke atas. Apa yang tidak dilihat ialah perks dan benefits kumpulan ini banyak memberi kelebihan kepada mereka terutamanya dari segi mendapat tempat tinggal apabila mereka dipindahkan daripada satu negeri ke negeri lain. Kumpulan ini, termasuk gred 54 tidak perlu risau tentang tempat tinggal kerana tempat tinggal mereka sudah disediakan berbanding kumpulan sokongan gred 17 hingga kumpulan Pengurusan dan Professional gred 52. Gred yang di bawah lagi la tak payah cerita. Oleh sebab itulah ramai dikalangan gred 17, hatta gred 48 sekalipun agak liat untuk dipindahkan kerana masalah untuk mendapat tempat tinggal yang sesuai. Contohnya di Putrajaya, masih ramai penjawat awam Gred 17 hingga 48 agak sukar mendapat kemudahan rumah kerajaan atau kuarters berbanding gred 52 ke atas!. Dengan gaji yang ada, kumpulan-kumpulan ini terpaksa mencari rumah sewa dengan caj antara RM500.00 hingga RM700.00 sebulan di kawasan yang agak jauh daripada tempat kerja dan sekali lagi akan berbelanja untuk minyak kenderaan, tol dan juga tambang bas sekolah untuk anak-anak mereka. Jika nak dekat dengan tempat kerja mereka terpaksa menyewa rumah dengan harga RM800.00 hingga RM1000.00 sebulan!. Kumpulan yang mempunyai gaji lebih tinggi, mendapat kemudahan yang disediakan tanpa perlu berfikir masalah pengangkutan (kerana mereka disediakan pemandu dan kereta kerajaan), sewa rumah dan sebagainya. Perkara ini juga berlaku di negeri-negeri dan ia juga mungkin merupakan salah satu punca ketidak puasan hati penjawat awam yang dizahirkan apabila mereka sudah bersara daripada perkhidmatan awam.

Penyediaan kemudahan juga mengikut pangkat dan kedudukan dalam kementerian dan jabatan, terutamanya kemudahan letak kereta. Pegawai yang berpangkat gred 52 ke atas akan mendapat petak letak kereta khas manakala yang lain terpaksa meletak kereta mereka dimana sahaja tempat yang ada. Jika mengambil contoh di Putrajaya, ada kementerian dan jabatan mengambil inisiatif meluaskan kawasan supaya staf sokongan atau kumpulan yang tidak diberi petak letak kereta boleh meletak kereta mereka secara percuma namun ada juga penjawat awam yang berpangkat rendah terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk bayar tempat letak kereta! Bayangkan seorang kerani gred 17 terpaksa membayar lebih kurang RM100.00 hingga RM250.00 sebulan (mengambil kira caj RM10.00 sehari untuk tempoh masa bekerja 25 hari sebulan) berbanding kumpulan yang bergaji lebih besar tetapi mendapat kemudahan letak kereta secara percuma!. Jika kerani ini letak kereta di kawasan yang tidak dibenarkan ada kemungkinan kereta beliau akan disita atau disaman oleh pihak yang berkuasa. Tidak bolehkah pihak kerajaan memberi kemudahan yang sama kepada semua penjawat awam kerana mereka juga memberi perkhidmatan kepada masyarakat seperti mana pegawai tinggi kerajaan. Perkara ini juga berlaku di negeri-negeri yang mengalami masalah tempat letak kereta di tempat mereka bekerja. Ini juga merupakan salah satu punca ketidakpuasan hati penjawat awam yang tidak disedari menjadi api dalam sekam dalam diri seorang penjawat awam.


Banyak lagi perkara yang boleh diperkatakan, namun apa yang saya perkatakan merupakan beberapa perkara hasil pemerhatian yang boleh diubah melalui peraturan-peraturan oleh pihak yang berkuasa seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dalam proses transformasi perkhidmatan awam. Transformasi perkhidmatan awam harus melibatkan juga beberapa perks dan benefits bukan sahaja perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan kerana jika masih ramai kumpulan penjawat awam tidak berpuashati, sedikit sebanyak ianya mampu menjejaskan transformasi perkhidmatan yang diinginkan. Environment kerja serta kondisi kerja di kementerian serta jabatan yang banyak memberi faedah dan manafaat kepada pegawai dan staf nya akan memberi impak kepada prestasi kerja penjawat awam di kementerian dan jabatan. Memang benar ada banyak juga kebaikan yang diperolehi sebagai penjawat awam namun isu-isu yang dianggap kecil ini, walau sebesar zarah ..boleh mengubah pandangan seseorang kerana padanya dia juga memberi perkhidmatan kepada kerajaan dan mereka merasakan mereka juga layak diberi perhatian. 

Wednesday, March 19, 2014

PANDAI, MEMANDAI-MANDAI DAN TERPANDAI..

Hari ini memang aku dah tak ada idea nak tulis tentang apa…kalau nak tulis tentang MH 370 ..apa lagi yang aku nak perkatakan…kerana sehingga kini kecanggihan teknologi yang di bawa oleh tentera Amerika Syarikat pun tak mampu nak cari lokasi pesawat … nak cerita tentang pilihan raya kecil Kajang dan juga Balingian pun ..aku malas sebab aku tak berada di kedua-dua lokasi…lagipun biarlah hal politik ini untuk orang-orang yang mahir berpolitik untuk berpolitik ..he he he.. tiba-tiba aku teringat satu emel dari seseorang yang seringkali memberi maklumbalas  bila aku hantar emel tak kira apa..pasti ada komen dan kritikan nya … tinggi juga pangkatnya …biasa la kan ..orang yang tinggi pangkat nie..selalu ada idea-idea yang lebih baik dan bila ada orang yang rendah pangkatnya memberi idea..pasti idea itu dilihat macam tak boleh di pakai atau tidak berguna pada organisasi …

Maka ..timbul pula idea nak menulis pasal orang yang pandai..memandai-mandai dan terpandai. Maksud pandai mengikut kamus ialah orang bijaksana..cerdik..panjang akal, mahir..walau pun dalam bahasa Melayu kuno, pandai bermaksud tukang yang mahir ..seperti pandai emas = tukang emas , pandai tilik=tukang tilik dan sebagainya. Perkataan memandai-mandai pula adalah dari suku kata pandai yang bermaksud orang yang membuat sesuka hati mengikut tafsiran sendiri..manakala kata terpandai bermaksud orang yang paling bijak, paling cerdik dan paling mahir ..dikalangan orang-orang yang bijak pandai. Berbalik kepada apa yang aku kata awal tadi, iaitu apabila idea-idea datang dari orang-orang bawahan dalam organisasi, selalunya orang yang berpangkat tinggi atau orang yang merasakan pangkatnya tinggi akan sering memperlekehkan idea-idea itu kerana merasakan idea-idea mereka lebih baik …disebabkan mereka mempunyai pendidikan yang lebih tinggi dan berpangkat lebih tinggi .. jadi apa pun idea orang bawahan…biasanya dalam organisasi akan masuk ke dalam bakul sampah pada golongan yang menganggap diri nya terpandai!.

Dalam pada itu satu golongan lagi, iaitu golongan yang memandai-mandai memang teramai dalam organisasi kerana merasakan diri mereka terpandai dalam melakukan sesuatu walaupun seringkali melakukan kesilapan. Akibat kurangnya ilmu malu dalam diri mereka, mereka tidak akan mengaku kegagalan berpunca daripada mereka malah akan sentiasa menuding jari pada pihak lain..dan golongan memandai-mandai ini selalunya akan membawa kerosakan kepada organisasi. Golongan ini juga selalu bersikap bodoh sombong dan tidak akan menerima nasihat orang lain atau belajar daripada kesilapan lalu yang telah mereka lakukan.  Lagipun golongan yang memandai-mandai ini bijak memanipulasikan suasana dan situasi dan mudah mempengaruhi golongan yang terpandai.
Bila aku recall balik maklumbalas dan komen-komen yang aku terima daripada emel pegawai berkenaan aku cuma dapat membuat dua andaian, iaitu dia nie memang betul-betul pandai atau pun mempunyai otak yang tidak seimbang … he he he..itulah kesimpulan aku selepas aku membuat kajian ringkas kepada sikap dan sifat pegawai tinggi itu melalui temubual dengan orang-orang yang pernah bekerja dengan nya …

Maka kalau kita pandai, bijak, cerdik dan mahir sekalipun, gunakanlah kepandaian, kebijaksanaan, kecerdikan dan kemahiran itu kepada perkara yang positif dan berguna untuk organisasi serta masyarakat..dan bukan untuk mengkritik, menghentam serta memperlekeh kerja orang lain tanpa batasan.. seolah-olah dia sahaja yang betul.. kerana jika tak tahu tujuan dan objektif kerja orang lain..lebih baik duduk diam daripada memandai-mandai..

Tuesday, March 18, 2014

Oh Tolonglah .. Please..

Sesungguhnya seluruh rakyat Malaysia dalam kesedihan .. mengenang nasib pesawat MH 370 yang hingga ke hari ini tidak dapat ditemukan .. walau secanggih mana peralatan ..walau sehebat mana teknologi yang digunakan… saban hari hanya teori dan andaian dikemukakan .. Aku tak tahu tahap manakah  kegelisahan serta kerunsingan kaum keluarga yang setia menanti denga penuh harapan..tetapi aku tahu bagaimana perasaan aku setiap kali aku mendengar berita dari radio dan televisyen .. bunyian musik yang penuh syahdu..rantaian doa yang menyentuh kalbu..dan puisi-puisi yang mendayu – dayu .. semuanya hanya untuk keselamatan dan kesejahteraan serta kepulangan pesawat MH 370 ..yang hilang sejak Sabtu lalu..

Semakin lama insiden ini semakin banyak pulak teori ..menyedihkan tetapi rasa mualku dan rasa bosanku bukan kerana berita yang ku tunggu tetapi kerana sikap dan cara publisiti yang berlaku dikalangan stesen radio dan televisyen yang sering berlumba-lumba untuk menjadikan bahan berita itu sebagai ‘mileage’ populariti .. pada pandangan aku … apa guna nya pihak stesen TV dan Radio menembual atau mewawancara kononya pakar-pakar dari segi teknikal yang hanya membuat andaian dan mengemukakan teori .. apa faedahnya stesen TV dan Radio mendapat pandangan bekas-bekas juruterbang, pramugari dan pramugara …hanya untuk mengetahui SOP kerja yang dilakukan mereka …yang juga mengemukakan andaian dan pandangan semata-mata … ada juga stesen Radio yang gila…mendapat pandangan dan berkongsi kesedihan dengan para pendengar … Ya Allah ..hentikanlah .. rakyat Malaysia secara amnya ingin mendengar berita mutkahir ..dimana MH370 ..dah jumpa ke belum … itu sahaja … bukan nak mendengar bebelan..andaian..pandangan..pendapat dan juga teori-teori bagaimana MH370 hilang dari pandangan seluruh dunia .. it SUCKS! bila mendengar ngomelan-ngomelan the so called pakar yang dibawa ke stesen TV untuk memberi pandangan dan juga andaian serta kemungkinan-kemungkinan..

Cukuplah sekadar setiap kali ..kita titipkan doa ..tanpa perlu wartawan-wartawan media terkejar-kejar kaum kerabat keluarga untuk mendapat insight mereka..untuk mendapat bagaimana kehidupan penumpang MH370 sebelum ini….perlukah semua itu? Perlukah setiap stesen TV dan radio mendapat keluh resah kaum keluarga yang menunggu ? Perlukah wartawan-wartawan membuat terjahan semata-mata untuk menjadi stesen TV dan Radio No.1? Pada pandangan aku..semua itu tidak perlu.. kerana rakyat seluruh dunia hanya ingin nak tahu dimana MG370 itu!. Maaf bukan aku nak mengutuk stesen-stesen TV dan Radio yang seolah-olah sudah hilang focus kepada isu utama dalam insiden ini … kerana setiapkali ada siding akhbar.. sang Menteri TERPAKSA menegaskan begini ‘our main priority and objective is to find the plane MH370’ …dengan harapan semua media yang berada disitu ..memahami fokus sebenar yang dilakukan oleh 25 buah negara yang sedang bertungkus lumus mencari MH370 disetiap sudut  lautan dan daratan yang maha luas..

Sebenarnya setiap kali aku memasang radio .. dan juga TV… aku terasa mual dan memang menyampah sungguh bila ada sahaja pendengar-pendengar atau ‘pakar-pakar’ mengemukakan pandangan..andaian serta teori mereka ..yang pada aku harus dibiarkan untuk dilaksanakan oleh pasukan mencari dan menyelamat …tak perlu seluruh rakyat nak menokok tambah itu dan ini.. aku juga berpandangan sudah tiba masanya sidang media hanya untuk memberitahu sahajadan tiada lagi Q & A atau pun soal jawab.. kerana setiap kali soal jawab pasti ada sahaja soalan provokatif atau andaian yang tidak disahkan dikemukakan oleh wartawan-wartawan luar dan juga juga dalaman .. dan kadangkala soalan-soalan yang berulang-ulang … hingga jenuh menteri dan pasukan untuk menjawab nya … just have a straight forward press conference without Q & A.. 

Harapan dan doa seluruh rakyat Malaysia ialah semoga MH370 ditemui ..walau apa pun andaian dan teori-teori … dan harapan aku …mungkin juga sebilangan rakyat Malaysia…ialah agar stesen-stesen TV dan Radio ..menghentikan sessi-sessi temubual..wawancara …terjahan pandangan serta pendapat ‘pakar-pakar‘, kaum keluarga serta rakyat biasa .. cukup sekadar mereka terus berdoa dan berdoa tanpa henti ..agar MH 370 segera di temui..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiim ..
Jika di laut ..TIMBULKANLAH..
Jika di udara .. TURUNKANLAH..
Jika di darat .. ZAHIRKANLAH ..

Amiin ..Ya Rabbil Alamiiin..

Wednesday, March 12, 2014

Kewarasan Mental VS Ketaksuban Politik

Gila..tak berakal dan tidak ada hati perut..atau tiada perasaan… begitulah pandangan aku terhadap segelintir individu yang menyerupai manusia atau beberapa ekor binatang yang menyerupai manusia ..yang mengeluarkan kenyataan..yang menghina..yang mencerca dan paling burok ..paling teruk..menuduh pihak lain menyebabkan kehilangan pesawat MH 370 …dengan alasan untuk menutup isu yang berkaitan dengan pemimpin mereka… apa teori dan alasan mereka hingga sanggup menyamakan apa yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 1991 … dan menganggap insiden kehilangan pesawat MH 370 sebagai satu konspirasi politik … dan menuduh orang lain sanggup mengorbankan ratusan nyawa manusia sebagai galang ganti pengukuhan kedudukan politik! Subhanallah.. begitulah pandangan golongan yang aku kata binatang yang menyerupai manusia..kerana tiada sedikit pun perasaan simpati terhadap mangsa yang hilang atau pun perasaan empati kepada kaum keluarga dan sanak saudara mereka..yang menunggu penuh harapan..

Adakah mungkin akal mereka sudah dicuci dengan klorox hingga mereka tidak mampu berpikir dengan waras lagi ? atau hati mereka sudah begitu hitam..hingga hilang segala perasaan kemanusiaan dalam diri mereka … ketaksuban politik mereka sudah sampai ke tahap dimana setiap apa yang berlaku di sekeliling mereka..di politikkan..setiap apa yang berlaku ke atas diri mereka dan penyokong mereka adalah konspirasi dan salah orang lain.. dan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan mereka adalah politik semata-mata … Wallahualam … jika ahli politik yang ketaksuban ..dengan ideologi perjuangan mereka..dan melihat diri mereka adalah pilihan terbaik… aku masih lagi mampu menerima dan memahami … tetapi ..bila ada golongan pelajar yang belajar di universiti awam..belajar pun pinjam PTPTN… asyik mengutuk..mencerca … apakah kes mereka? Sedarkah diri mereka itu masih banyak yang perlu dipelajari dalam kehidupan mereka…sedarkah mereka peranan mereka sebagai pelajar dan tanggungjawab mereka kepada penat jerih ibu bapa yang bertungkus lumus bekerja mencari duit supaya mereka dapat belajar di peringkat yang tertinggi..dan sedarkah mereka aspirasi serta ekspektasi ibu bapa terhadap mereka? Aku tidak paham bagaimana golongan-golongan ini mampu melihat kesengsaraan..penderitaan dan kepedihan yang dialami dan dirasai oleh jutaan manusia itu sebagai satu lelucon..bahan jenaka ..dan bahan fitnah yang melampau ..

Ketidakwarasan mental sebahagian warganegara Malaysia ini membuktikan betapa kita masih belum matang..dan belum bersedia untuk menjadi negara maju yang komprehensif.. Komander armada tentera laut Amerika Syarikat ..sebuah negara yang terkuat dan paling berpengaruh di dunia memuji usaha gigih dan professional Malaysia ..namun.. ada pemimpin-pemimpin politik kita pula yang memperkecil dan mentertawakan usaha kita sendiri .. malang sekali … akibat ketaksuban dan minda yang sudah dikaburi dengan pelbagai perkara negatif…. aliran negatif ini menular kepada penyokong-penyokong mereka yang sudah menjadi buta hati dan mata…hingga mereka hanya mampu melihat segala kebaikan berlaku di pihak mereka dan melihat keburukan sahaja di pihak lain… keadilan hanya berlaku jika ianya memihak mereka..dan jika tidak itu adalah konspirasi politik semata-mata!! … inilah ideologi dan fahaman politik di Malaysia …yang lebih melihat politik sebagai satu kehidupan dan bukanya satu alat untuk menguruskan kehidupan …

Parahnya generasi akan datang apabila golongan pelajar..golongan yang dianggap intelektual..golongan pelapis pemimpin masa depan ..golongan harapan juga mengalami ketidakwarasan mental apabila tidak mampu membuat penilaian dan analisa dengan jelas. Ada yang sudah dikaburi dengan hasutan fitnah..ditimbuni dengan segala sumpah seranah dan diisi dengan ilmu pengetahuan yang salah .. sehingga mereka abaikan tanggungan mereka terhadap ibu bapa yang menaruh harapan kejayaan yang gemilang pada anak yang disayang … mereka sanggup berbudi menggadai diri berjuang menjadi tunjang kepada perjuangan yang belum pasti.. perjuangan mengangkat martabat individu yang bercita-cita tinggi … tetapi kemana hala tuju mereka apabila semuanya tidak menjadi ? Apakah usaha mereka dihargai ? Apakah penat lelah mereka dibela nanti?. Apakah jaminan kehidupan masa depan mereka nanti?  Pada pandangan aku..tidak salah untuk menyokong mana-mana parti politik berdasarkan ideologi dan pandangan masing-masing ..kerana itu hak demokrasi mereka… tapi jangan sampai pendidikan terabai… keutamaan terpesong dan hasrat serta impian ibu bapa berkecai …

Dalam situasi krisis yang sedang kita hadapi …sepatutnya ada kewarasan mental yang jitu..ada perasaan kemanusiaan yang satu ..ada rasa simpati dan empati yang padu ..kerana kita tidak tahu..hari ini hari mereka dan keluarga mereka..entah esok lusa dan hari-hari berikutnya..ianya berlaku pada keluarga..sanak saudara kita pula… jangan la sesedap mulut kita mengata..mencerca.. jangan begitu mudah mentertawa dan mempersenda …jangan begitu mudah menghina … walau pun dalam diri ada dendam…dalam hati ada kebencian …

Ingatlah..hidup kita ini ada putaran ..ada kitaran nya..


#Berdoalah untuk MH370.

Tuesday, March 11, 2014

Harapan Ku ~ My Hope














Hari demi hari..
Aku menanti khabar mu
Siang malam.. sudah tiada beza bagiku
Air mata ku tidak berhenti mengalir ..
Setiap kali mendengar nama mu..
MH 370 .. dimana ..dimana ..di mana?

Seluruh dunia mencari mu..
Amerika Filipina Vietnam Thailand China dan Indonesia
Kini Australia dan New Zealand pula…
Malaysia..negaramu menjadi tumpuan dunia
Kasihanilah kami Ya Allah ..
Kasihanilah kami Ya Allah ..
Kasihanilah kami Ya Allah ..

Berilah petunjuk ..
Agar segala keresahan dapat dirungkai
Agar segala keraguan dapat diselesai
Agar segala kesengsaraan dapat diusai..
Dan penderitaan  ini …

Ya Allah..janganlah dipanjangkan lagi..
Kami redha dengan apa yang Engkau uji..
Kami terima apa yang Engkau beri ..
Ya Allah, Ya Tuhan kami Yang Esa..
Tunjukkanlah ..dimana MH 370 itu berada …

Pedih derita dirasai bersama .. walau pun
Di antara kami bukan keluarga..bukan saudara mara
Dan bukan siapa-siapa .. tapi .. kami
Tetap hiba..bersama berduka merasai derita
Keluarga saudara mara penumpang dan krewnya..

Harapan ku..Ya Allah
Kembalikan mereka..selamatkanlah mereka..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..

Hanya Engkau Yang Lebih Mengetahui …

Monday, March 10, 2014

MH 370 : Kembalikan lah...

KEPULANGANMU
(Khas untuk anak kapal & penumpang MH370)

Kata-kata hanya sebaris ayat
Yang bisa dilafazkan cepat
Telaga airmata kian kontang
Menunggu kamu pulang

Debaran rasa menunggu berita
Bacaan kalam mahupun tv media
Kehilanganmu penuh misteri
Dunia prihatin terus memerhati

Jika di laut timbulkanlah
Jika di langit turunkanlah
Jika di darat tunjukkanlah
Kepulanganmu MH370 kami pasrah..

nukilan pena: Anak Sarawak

Hari ini aku tak mampu nak menulis isu lain…selain mengenang apakah nasib krew dan penumpang penerbangan MH 370 yang sehingga kini masih diselubungi misteri . Aku tak berani nak membuat andaian..aku hanya mampu memanjat doa..agar mereka selamat dikembalikan.. air mata ku sukar nak ku tahan setiap kali aku mendengar berita di TV atau membaca komen teman dan rakan di laman media sosial.. aku sebak dan sayu setiap kali membaca titipan doa rakan-rakan facebook ku...sesungguhnya aku tak mampu menahan sebak ku.. walau  tiada seorang pun dikalangan mereka itu ada hubungan darah dengan aku...aku tetap tangisi kehilangan mereka..walau  tiada seorang pun yang ku kenali ... jika itulah perasaan ku... bagaimana pula tanggungan beban yang dipikul keluarga mereka ... ayah, ibu, adik beradik serta saudara mara .. bak kata perumpamaan..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul ..dan

Hati ku lebih sebak dan sayu mengenangkan ada lagi jenis manusia yang berhati haiwan..mempunyai naluri kebinatangan .. mengambil kesempatan membuat fitnah dan tuduhan .. mencaci, mencerca dan menghina ..tanpa sekelumit pun terdetik apa perasaan keluarga mangsa yang resah gelisah menanti berita .. manusiakah mereka ini atau hanya sekadar jelmaan sekumpulan haiwan ? Tidak terpikir kah di dalam otak kosong mereka itu… jika ianya berlaku ke atas keluarga mereka..bagaimana reaksi mereka membaca komen-komen yang nista ? … apakah mereka-mereka yang tiada rasa perikemanusiaan ini mampu melihat keluarga mereka terkorban ..tanpa belas kasihan..jika citarasa politik mereka tercapai..atau kebencian mereka terbalas dendam kesumat yang sudah lama terpendam... 


Wahai penulis Anak Sarawak..aku mohon pinjam jua puisi mu..aku mohon berkongsi madah mu.. untuk aku titipkan doa ..bersama teman-teman dan rakan-rakan ku di alam maya .. 

Sunday, March 9, 2014

DOA BUAT MH 370

“Ya Allah, Ya Tuhan kami selamatkanlah krew dan penumpang penerbangan MH370. Ya Allah..permudahkanlah usaha-usaha pihak-pihak mencari dan menyelamat agar mereka dapat segera menemui kapal terbang MH 370 …Amiiin” ..hanya itu sahaja aku mampu lakukan untuk mereka.. dan kepada keluarga mereka ..aku hanya mampu memohon mereka terus bersabar, bertawakal dan terus berdoa.. Mata ku dikaburi genangan air mata…hati terasa sebak setiap kali mendengar berita di TV…rasa gelisah… walaupun aku tiada hubungan dengan sesiapa pun dalam penerbangan MH 370. Namun aku ada hubungan sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang manusia … yang mudah tersentuh hati dengan apa yang sedang berlaku ..iaitu kehilangan pesawat milik Malaysia Airines MH370 yang membawa 227 penumpang dengan 12 anak kapalnya.Air mata ku tetap mengalir…. mengenangkan nasib mereka..

Pun begitu aku berasa sedih dan kecewa dengan beberapa kenyataan dan komen beberapa individu yang sudah hilang ciri-ciri dan sifat kemanusiaan mereka..rasa empati dan simpati yang terhakis akibat kebencian mereka..akibat rasa dendam yang dipendam sehingga mereka mampu menjadi inisden itu sebagai bahan jenaka dan juga politik murahan dengan menuduh orang lain sengaja melakukan nya untuk mendapat publisiti murahan atau menutup perkara lain.. betapa rendah nya moral, integriti dan martabat mereka-mereka ini yang langsung tiada rasa belas..langsung tiada perasaan sensitif dan kasihan kepada kaum keluarga penumpang dan krew yang terlibat dalam insiden tersebut ..what type of humans are these peoples ..or are they humans? ..jika pun mereka terlalu membenci..jika pun mereka memang tidak suka dengan pemerintah..sekurang-kurangnya mereka melihat kesedihan keluarga-keluarga yang terlibat .. dan tidak menjadi perkara itu sebagai lawak jenaka murahan mereka … apa yang mereka lakukan merupakan cerminan diri sebenar mereka, sikap dan sifat mereka yang sebenar yang menggelar diri mereka seorang pemimpin..yang menggelar diri mereka penyokong parti politik … mungkin satu hari nanti Tuhan akan tunjukkan kepada mereka ..apa yang dirasai oleh keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden kehilangan MH 370…apabila perkara serupa berlaku kepada keluarga mereka sendiri .. aku tidak mendoakan nya..tetapi what goes around comes around.. dan aku juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menuduh orang lain sengaja melakukan perkara itu untuk mendapat publisiti … Subhanallah ….

Aku ucap tahniah dan syabas kepada pihak-pihak yang mengambil tindakan segera bagi mencari dan menyelamat penumpang dan krew penerbangan MH 370 ..dan ucapan penghargaan kepada negara-negara seperti Singapura, Vietnam, China dan Amerika Syarikat yang menghulurkan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia. Semoga usaha-usaha mereka mampu mempercepatkan lagi penemuan dimana sebenarnya pesawat MAS penerbangan MH 370. Aku kagum dengan beberapa tokoh ternama seperti Lee Hsien Loong, Barrack Obama dan pemimpin dunia lain yang memohon rakyat mereka mendoakan keselamatan krew dan penumpang penerbangan MH 370 ..berbanding beberapa pemimpin negara kita yang lebih mengutamakan politik daripada sifat kemanusiaan mereka. Beberapa pemimpin politik negara kita begitu sukar untuk memisahkan diri mereka atau membezakan apa itu politik dan apa itu kemanusiaan..kerana mengambil kesempatan menghentam dan mengkritik pemerintah apabila berlakunya krisis seumpama ini. Alangkah baik nya jika pemimpin-pemimpin politik mengenepikan fahaman politik mereka dan sama-sama mendoakan keselamatan penumpang dan krew MH 370 ..bukanya mengeluarkan kenyataan yang bersifat sinis..jelik dan keji seperti apa yang kita baca di laman-laman sosial .  Alangkah ruginya negara mempunyai pelajar-pelajar pengajian tinggi yang tidak mempunyai kualiti pemikiran yang matang ..tidak sensitif dan tidak perihatin kepada kesusahan orang lain … alangkah malangnya negara mempunyai segelintir  rakyat yang tidak dapat membeza antara politik dan sifat kemanusiaan… dan alangkah sedihnya parti politik yang mempunyai pemimpin yang tidak memperdulikan nasib rakyat..sebaliknya hanya tahu mempolitikkan semua perkara… walaupun ianya melibatkan nyawa beratus-ratus manusia!!.


Aku berharap dan berdoa..seperti jutaan warganegara Malaysia yang lain agar penumpang dan krew MH 370 selamat .. dan kepada kaum keluarga yang terlibat … untuk terus tabah dan bertawakkal … hanya doa yang mampu kami berikan untuk MH 370…. Aku tidak mampu menahan air mata ku ..dan aku berharap kepada semua untuk BERHENTILAH membuat spekulasi dan juga komen-komen yang tidak berperikemanusiaan…

Friday, March 7, 2014

The Good, The Bad and The Ugly

Eh..tiba-tiba aku teringat tajuk sebuah filem koboi era 60an, The Good, The Bad and The Ugly, yang dibintangi oleh pelakon handalan seperti Clint Eastwood, Lee Van Cleef dan Eli Wallach yang mengisahkan menceritakan tentang persahabatan, ketamakan dan juga permusuhan. Pada zaman itu..memang seronok tengok cerita koboi… Apa pun aku bukan nak bercerita tentang cerita itu tetapi aku nak kaitkan tajuk itu dengan apa yang berlaku dengan isu kalimah Allah yang belum ada kesudahan nya. Semalam berdasarkan laporan media perdana dan juga media sosial..berlaku sedikit ketegangan di Mahkamah Putrajaya apabila beberapa penyokong cuba meredah masuk mahkamah dan hari ini bermacam-macam posting boleh di baca di laman media sosial. Dalam pada itu..aku teringat pula kata Pehin Sri Taib Mahmud, mantan Ketua Menteri Sarawak iaitu "Bagi kami (masyarakat Sarawak) tidak menjadi isu. Kami telah hidup dengan berbeza kaum dan agama sejak berdekad lamanya malah sebelum Malaysia terbentuk," Katanya lagi "Kaum Iban, Melayu dan Cina telah menunjukkan rasa hormat mereka terhadap agama dan budaya lain sebelum pembentukan Malaysia lagi. Apabila Malaysia dibentuk, kami mengekalkan semangat ini,"

Apa yang  Ugly (keburukan) mengenai isu tersebut ialah, ianya telah mencetuskan perpecahan, syak wasangka antara penganut agama lain di Malaysia. Penganut Sikh, Hindu dan Buddha juga mula menyuarakan kebimbangan apabila ultras agama semakin provokatif, abusif dan agresif samada dalam kenyataan mereka dan juga perlakuan. Insiden-insiden membaling bom molotof ke dalam gereja satu petanda bahawa wujud kumpulan pelampau yang ingin mencetuskan huru hara ..sekiranya perkara itu tidak ditangani dengan betul. Bibit-bibit tidak puashati mula dirasai ..melalui komen..pendapat rakan-rakan yang agak tersentuh dengan kenyataan-kenyataan berbaur rasis oleh segelintir NGOs yang memperjuangkan isu tersebut. Pada pendapat aku..aku tidak menyalahkan mereka jika mereka merasa dikhianati, dihina dan juga dicerca ..kerana sentiment keagamaan seharusnya tidak berbangkit selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1957 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Perkara jahat atau The Bad berkenaan isu tersebut ialah apabila golongan cendiakawan dan Menteri masing-masing menyuarakan pandangan mereka menjadikan isu tersebut semakin hangat dan memerlukan campurtangan agar ianya tidak terus merebak. Ada ulama yang mempertahankan isu tersebut da nada pula yang mengatakan sebaliknya. Ada Menteri yang dengan garang dan tegas sekali menyalahkan pihak lain…hingga ada rakan dalam kabinet pun terasa .. pada pandangan aku sebagai cendiakawan..ulama dan juga pemimpin ..perlulah mempunyai pandangan yang bersifat ‘pendamai’ bukan menyemarakkan lagi kemarahan pihak lain. Semuanya nak tunjuk terer..dan dilihat sebagai seorang pejuang hingga ada yang terlepas cakap pun…. dan membuktikan walaupun selepas perjanjian ‘kongsi kuasa’ antara Melayu, Cina dan India yang merelisasikan pembebasan Tanah Melayu daripada Penjajahan British..selepas 56 tahun..masih lagi wujud ‘ketidakpercayaan’ apabila ianya berkaitan dengan hal-hal keagamaan. Maka ..istilah it leave a bad taste in my mouth setiap kali melafaz ikrar Rukun Negara “KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN” ...sama juga apabila bercakap mengenai konsep 1MALAYSIA ... kerana kedua-duanya mengajak kita untuk sentiasa menerima dan bersikap toleransi kepada agama-agama lain..walaupun agama Islam itu adalah agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia .. bagaimana kita nak meyakinkan generasi muda....anak-anak yang masih dalam pra sekolah, tadika dan sekolah rendah.. tentang patriotisme dan menghayati konsep-konsep kenegaraan..sedangkan golongan dewasa..dan pemimpin masih lagi tidak ada kompromi dan konsensus mengenai isu agama!

Apa pun kebaikan  atau  Good part isu ini ialah  masih ramai lagi orang-orang Malaysia yang waras ..orang-orang Islam dan orang-orang Kristian yang bersifat liberal.. terutamanya di Sabah dan juga Sarawak. Malah keharmonian yang sedia terjalin sebelum tertubuhnya Persekutuan Malaysia menjadi resipi perpaduan yang jitu antara pelbagai kaum di kedua-dua buah negeri. Syukur masih ada pemimpin NGOs yang berpandangan terbuka dengan mengadakan perhimpunan damai bagi mengeratkan silaturrahim antara orang Islam dan bukan Islam yang membuktikan masih banyak warganegara Malaysia yang inginkan keharmonian, kedamaian dan kesejahteraan.. Orang-orang Islam yang dilabel liberal oleh Ibrahim Ali..adalah golongan yang kuat iman..teguh prinsip serta akidah dan tidak mudah digoda kerana mereka sanggup bersikap toleransi dan menerima orang lain yang mempunyai anutan agama yang berbeza. Orang Islam yang liberal tidak akan mempergunakan agama sebagai platform untuk mengukuhkan kedudukan dalam komuniti... Orang Islam yang liberal tidak mempergunakan agama sebagai bukti mereka pejuang Islam.. cukup mereka menghayati dan mengamalkan semua rukun Islam seperti yang dituntut oleh agama..berbakti kepada agama dan tidak perlu menunjuk-nunjuk ...

The Good (kebaikan) hasil isu ini, ialah bahawa pihak berkuasa seperti JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri harus peka dan sedar adanya..keperluan meningkatkan usaha untuk memperkukuhkan akidah umat Islam..memperkuatkan iman umat islam dengan mengadakan lebih banyak kelas mengaji Al-Quran..di Kementerian dan Jabatan Kerajaan...memperbanyakkan kelas-kelas agama di komuniti-komuniti bandar ... memperbaiki diri orang-orang Muslim agar lebih resilience..lebih jitu..lebih berkeyakinan menghadapi segala dugaan dalam era dunia tanpa sempadan... agar orang Muslim Malaysia  dilihat sebagai penyatu dan pendamai masyarakat berbilang kaum...


Berpikir lah sejenak...merenung dan perhatikan disekeliling kita...  apa yang berlaku di Selatan Thailand..di Mynmar....dan jadikan ianya satu iktibar serta panduan ..agar perkara seumpama itu tidak berlaku di Malaysia ini .... Hargailah kedamaian .. hayati lah kesejahteraan... dan syukurilah keharmonian Malaysia ...

Thursday, March 6, 2014

Nak Derma ke Tidak ?

Baru-baru ini tersiar gambar seseorang yang didakwa seorang Pengetua sebuah rumah amal yang sedang berfoya-foya yang menyebabkan ramai memberi reaksi negatif . Persepsi negatif terhadap rumah amal atau tahfiz sebenarnya sudah lama diperkatakan oleh orang ramai yang sering melihat anak-anak yatim memohon derma di kawasan R & R ..stesen minyak…pusat membeli belah…dan juga tempat orang makan minum… adakala anak-anak ini masih lagi mengutip derma hingga jam 12.00 malam..merayau memohon simpati ..walau pun mereka kelihatan keletihan…namun terpaksa mengagahi juga bergerak dari meja ke meja… atau pun dari kereta ke kereta. Mereka akan tersenyum jika ada yang menghulur seringgit dua..atau membeli barang yang mereka jual. Mereka akan menolak apa jua ajakan untuk makan minum..jika ada orang berkeras tidak mahu menderma tetapi sebaliknya memberi mereka makan… aku pun heran kenapa anak-anak yatim ini masih lagi berkeliaran memungut derma sehingga larut malam… teruk sangat ke keadaan rumah anak-anak yatim atau rumah tahfiz atau rumah amal yang mereka duduki hingga terpaksa meminta derma hingga waktu-waktu yang dianggap tidak sesuai terutamanya diusia mereka… jika kita tidak mahu membeli..mereka akan merayu memohon simpati … benarkah mereka ini merupakan mangsa sindiket ?

Satu lagi senario memohon derma ialah orang-orang buta yang dibawa oleh orang celik.Ini pun kurang menyenangkan kerana pada pandangan aku..tahukah si Buta yang menghukur tangan itu jumlah yang mereka terima ..atau mereka bergantung harap sepenuhnya kepada si Celik yang membawanya? Kenal kah si Buta itu berapa RM1, RM5 atau RM10 yang diterimanya? Boleh dikatakan di setiap tempat makan di Kuala Lumpur dan juga Putrajaya..di Kajang atau di Bangi..pasti ada golongan ini.. bergerak dari satu meja ke satu meja…bayangkan…satu meja menghulur RM1.00..kalau ada 100 meja..mereka boleh dapat RM100.00..itu satu tempat..kalau mereka bermula dari pagi hingga larut malam dan pergi ke empat hingga lima kawasan ? Woooooo…banyak pendapatan mereka dalam datu hari … bukanlah nak mengungkit perihal nak derma..tetapi kenapa mereka ini bebas ke sana kemari ..kadang-kadang orang boleh terjumpa orang yang sama…dalam satu hari di dua lokasi yang berbeza. Adakah mereka juga dikawal oleh sindiket? Adakalanya kita marah juga..sebab baru nak duduk makan dengan keluarga..datanglah puak-puak memohon derma mengelilingi meja..menjadi suasana tidak seronok dan tidak selesa …

Ada lagi satu cara sindiket memerah tenaga manusia untuk mendapatkan duit…iaitu dengan menjual kuih muih… dulu aku dan keluarga selalu membeli rempenyek dari seorang ibu tua..yang sering berjual di Presint 9 Putrajaya…tetai setelah melihat sendiri mereka ini sebenarnya alat kepada sindiket..aku pun tak beli … secara tak sengaja satu hari aku ternampak beberapa kaum wanita yang agak lanjut usia ini di turunkan oleh sebuah van… di satu kawasan.. dan setiap wanita ini membawa dua buah bungkusan besar yang berisi dengan kuih-kuih kering..seperti rempenyek..keropok..maruku …untuk dijual kepada pelanggan yang makan minum di gerai-gerai … aku kasihan melhat wanita-wanita ini diperalatkan oleh orang-orang tertentu untuk mengaut keuntungan… tapi apakan daya..aku bukan seorang penguatkuasa…

Selain itu..di setiap kawasan tumpuan orang ramai pasti ada orang yang menyediakan tabung untuk mohon derma..samada untuk bina masjid..bina rumah tahfiz..atau untuk anak yatim..ibu tunggal dan sebagainya… yang kudung..yang cacat..semua ada menghulur tangan emohon ehsan orang ramai yang lalu lalang .. walau pun hati marah…kita hulurkan juga derma..mungkin tak banyak..seringgit dua…tetapi kalau di sepanjang jalan itu ada berpuluh tabung..berpuluh tangan…tak mampu juga kita nak menderma.. mahu koyak poket..takkan asyik nak derma sampai sendiri taka da duit nak makan minum!!... Kalau di SOGO pasti ada Buskers ..menghiburkan pelanggan…yang keletihan duduk ditangga SOGO…yang baik hati akan menghulur juga..manakala yang lain..tersenyum gembira bertepuk tangan sahaja..memberi sokongan ke atas usaha anak muda yang ingin mencipta nama dalam bidang nyanyian…

Di Malaysia ini banyak cara mendapat duit dengan mudah… seperti ceritera-ceritera di atas.. itupun ramai yang mengatakan Malaysia ini negara yang tidak demokratik…rakyat negara ini ditindas … dan negara ini mempunyai undang-undang ‘dinosaur’… namun apa yang kita lihat secara realitinya … begitu mudah mendapat wang …walaupun hanya dengan menghulur tangan..memohon ehsan derma. Aku bukan nak mengatakan tidak ada penguatkuasaan dilakukan ke atas pengemis, peminta sedekah atau pemohon derma..banyak kali dah..banyak juga yang ditangkap kerana menipu… terutamanya di musim bulan Ramadhan … tetapi negara ini begitu bebas melakukan apa sahaja…sehinggalah mereka tertangkap atau ditangkap..itu pun mereka akan mengulangi aktiviti yang serupa apabila dibebaskan… ada rumah tahfiz yang sah..tetapi berapa banyak? Tidak pun didedahkan atau dihebahkan oleh pihak yang berkuasa!!.. Mungkin kalau hanya mengharapkan Jabatan Kebajikan untuk mengambil tindakan… pada pandangan aku..tidak akan mampu mereka melaksanakan pemantauan sepenuhnya… justeru mana perginya Skuad Sayang … mana perginya Sukarelawan Kebajikan? Mana perginya badan-badan yang ditubuhkan untuk membantu orang-orang yang dalam kedhaifan?  Nak tunggu berita masuk TV atau suratkhabar baru nak tunjuk mereka beramal? Atau membuat pemantauan dan beramal itu menunggu musim juga ke?


Orang Malaysia ini terlalu baik hati hingga sanggup berjihad menghulur bantuan kepada mana-mana negara yang dilanda kesusahan..tetapi dalam negara sendiri masih ramai yang memerlukan bantuan seperti yang dipaparkan dalam program Bersama Mu di TV3 … bila masuk TV barulah nampak ada orang berebut-rebut hulurkan bantuan..bila keluar suratkhabar barulah ramai yang datang menjenguk.. sedangkan berbelas tahun..mereka hidup penuh kedhaifan…hanya mengharap belas ehsan jiran dan orang yang mulia baik hati menghulur makanan … mana perginya JKKK …mana perginya Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat … mana perginya ahli wakil rakyat kawasan yang dipilih…. Mana perginya Pusat Zakat..atau Baitulmal …. semua ini menjadi satu persoalan ? Pada pandangan aku.. program Bersama Mu tidak akan wujud jika diperingkat kampong lagi sudah ada maklumat yang lengkap… iaitu profail penduduk mereka sendiri … yang diperkasa diperingkat mukim dan seterusnya diperingkat daerah…yang akhirnya menjadi profail untuk peringkat negeri … kalau diperingkat kampong pun sudah tidak tahu siapa dikalangan penduduknya yang berada di bawah paras kemiskinan..golongan asnaf atau yang dhaif.. …jangan ditanya lah peringkat mukim, daerah atau negeri . Keduanya ..kurang birokrasi atau red tape … apabila nak membantu golongan yang memerlukan… kerana orang tidak akan merayu memohon bantuan jika mereka tidak berada dalam kesusahan….