Sunday, February 9, 2014

Sarawak : Bermula Era Baru ?

Dunia politik Malaysia kecoh lagi .. kali ini bukan disebabkan Bang Non yang sedang rancak berkempen di Kajang .. tetapi disebabkan menunggu pengumuman seorang pemimpin politik tersohor tanah air yang telah menerajui pemerintahan negeri selama 33 tahun .. Pehin Sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang di katakan akan mengundur diri sebagai Ketua Menteri Sarawak... desas-desus yang bermula minggu lalu akhirnya menjadi kenyataan apabila Pehin Sri Taib dengan rasminya memberi pengesahan .... dan telah diberi mandat oleh MKT serta Kaukus Perwakilan untuk memilih siapa penggantinya. Sekali lagi ...dunia politik menunggu penuh debar siapa kah pengganti Pehin Sri Taib ... siapakah yang akan menggalas tugas dan tanggungjawab menerajui sebuah negeri yang begitu besar ... dengan sumber yang begitu banyak ... 

Tiba-tiba muncul ramai penganalisa politik ...ramai menjadi tukang ramal .. dan ramai menjadi tok bomoh... di dunia siber..di dunia penyiaran... di dunia percetakan ...dan aku teringat pula cerita P.Ramlee dalam Ali Baba Bujang Lapok .... ungkapan Ibrahim Pendek 'Cuba Teka...Tengok Siapa Yang Kena' bila ramai cuba meneka dikalangan pemimpin PBB yang akan menjadi pilihan hati Pehin Sri Taib menggantikan beliau. Persoalan kedua yang bermain di kebanyakkan kepala ...termasuk puak juak pembangkang ialah 'bila lagi dia nak berundur?' sebab tiada tempoh masa ditetapkan oleh MKT dan Kaukus Perwakilan.. antara nama-nama pemimpin yang "dikatakan layak mengganti Pehin Sri Taib ialah Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Datuk Adenan Satem, Datuk Seri Awang Tengah dan Datuk Abang Johari ... dan dalam pada itu tiba-tiba muncul kembali nama Datuk Affendi Norwawi ... sama-sama kita tunggu dengan penuh debaran .. Siapa Yang Kena!!

Eh..tiba-tiba aku pun nak jadi penganalisa politik ..he he..aku cuma memerhati ...dan memberi pandangan
sebagai seorang rakyat yang inginkan kedamaian, kesejahteraan, perpaduan serta keselamatan ...agar mudah mencari rezeki ... dan kebanyakan rakyat inginkan seorang pemimpin yang boleh menerajui negeri dengan penuh wibawa, tidak mudah dipengaruhi oleh sentimen perkauman, tidak mudah dikaburi oleh nilai ringgit dan kemewahan, seorang pemimpin yang penuh berjiwa rakyat ..sentiasa mendampingi rakyat dikala senang dan susah ... mudah didampingi oleh orang-orang kebanyakkan .... mesra .. dan sentiasa perihatin ... tidak mudah dipengaruhi oleh orang-orang sekeliling...sanggup mendengar kritikan-kritikan....dan sentiasa terbuka minda untuk mendengar cadangan serta pandangan masyarakat ... itulah ciri-ciri kepimpinan yang benar-benar diinginkan oleh rakyat Sarawak ...tanyalah mana-mana kaum dan etnik ...

Bukan lah aku mengatakan kepimpinan Pehin Sri Taib tidak baik dan tidak bagus ..beliau ialah pemimpin yang tegas ...pemimpin yang berwibawa dan mempunyai jiwa yang besar ... namun dalam era teknologi maklumat..era dimana maklumat boleh diperolehi dimana-mana dan pada bila-bila masa.. pendekatan kepimpinan perlu juga berubah ...khususnya untuk mendekati generasi baru yang semakin bijak..semakin berilmu pengetahuan dan kurang menggemari protokol yang begitu tinggi ... Pehin Sri Taib boleh dikatakan in his own league dan tiada tandingan ketokohan nya ... dan pemimpin yang akan mengambil alih tentu sekali sukar untuk mengikuti langkah-langkah yang dilalui nya... pemimpin yang bakal menjadi Ketua menteri Sarawak ...tidak perlu bersikap dan berlagak seperti beliau ...dan perlu mencari satu pendekatan yang lebih digemari rakyat namun tidak perlu mengkrompomi dan mengorbankan perancangan masa depan negeri ...

Siapa pun pilihan Pehin Sri Taib Mahmud ... adalah yang terbaik untuk negeri Sarawak ...sama-sama kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment