Wednesday, February 12, 2014

Mencari Kebenaran ?

Seminggu dua nie kebanyakkan berita sukan berfokus kepada insiden bolasepak yang berlaku di Stadium Larkin dan sehingga kini masih belum ada keputusan atau tindakan daripada pihak FAM walaupun Menteri Sukan sudah menyuarakan kebimbangan terhadap kelewatan tindakan FAM. Baru-baru ini pasukan T- Team di arah oleh MB Terengganu untuk bersumpah dengan menjunjung Al-Quran bagi membuktikan kebenaran mereka setelah keputusan perlawanan memihak pasukan JDT dan selepas itu diikuti oleh salah seorang pemain JDT yang dianggap 'khianat' mengangkat sumpah' sebagai bukti beliau juga berkata benar. Dalam pada itu, Timbalan Presiden FAM tidak begitu bersetuju dengan tindakan mengangkat sumpah kerana pada pandangan beliau semua itu tidak perlu dan sepatutnya memberi peluang untuk FAM membuat siasatan terperinci.

Apa yang menarik pandangan aku dalam isu ini ialah kesemua pihak ingin mencari kebenaran. Siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong. Saya tak mengatakan siapa yang bersalah kerana kita tidak boleh menghukum mana-mana pihak selagi siasatan FAM belum selesai..dan kita pun tak tahu bila siasatan itu akan selesai. Pengurusan dan pemain T-Team kata mereka bercakap benar dan dengan itu mereka berani mengangkat sumpah menjunjung Al-Quran dan bekas pemain T-Team juga mengakui beliau bercakap benar dan melakukan perkara yang sama. Cuma dalam pandangan aku...perlu kah kita melibatkan isu-isu sebegini dengan kesucian Al-Quran ?? Kenapa pemain Islam sahaja yang bersumpah ? Kenapa pemain bukan Islam tidak bersumpah dengan menjunjung Kitab Injil sebagai membuktikan kebenaran mereka ? Ini pada pandangan aku la... bila melihat riak muka pemain bukan Islam semasa rakan-rakan mereka mengangkat sumpah untuk membuktikan mereka bercakap benar.

Pada hemat aku sukan bolasepak Malaysia tidak akan pergi jauh jika beginilah trend kita menyelesaikan masalah. Sepatutnya semua pihak perlu bersikap professional dan tidak dipengaruhi oleh emosi. Jika betul memang ada berlaku inisden yang benar-benar membahayakan pemain, apa salahnya terus membuat laporan polis dan jika ada pemain yang dicederakan di luar padang, kita ada undang-undang yang boleh menghukum pelakunya. Dalam mana-mana peraturan pertandingan sekalipun, mana-mana pasukan yang enggan meneruskan permainan akan dikira kalah hatta apa pun alasan mereka kerana peraturan itu termaktub dan dipersetujui oleh semua pihak. Jika sukan bolasepak masih dibelenggu dengan masalah samseng bolasepak sudah sampai masanya pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap pelaku nya dan meningkatkan keselamatan pemain, pengurusan dan juga penonton kerana ianya benar-benar merosakkan perkembangan sukan. Siapa yang akan berani pergi ke stadium menonton perlawanan jika harta benda termasuk nyawa mereka terancam ? Pasukan mana yang akan bermain dengan penuh ghairah dan berkualiti jika mereka tahu mereka akan dicederakan oleh pemain lawan ? Semua ini adalah tanggungjawab pihak yang berkuasa. Jika di luar padang permainan, adalah tanggungjawab pihak pengurusan stadium, polis dan rela menjaga keselamatan pemain serta pengurusan pasukan lawan dari di kasari oleh penyokong..dan jika dalam padang permainan..ia adalah tanggugjawab pengadil dan pembantu pengadil untuk memastikan kesemua pemain tidak menjadi mangsa keganasan pihak lawan masing-masing.

Semuanya adalah terserah kepada bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia sebagai payung kepada pasukan-pasukan bolasepak yang bertanding. Kita sudah masuk ke era professional maka FAM serta persatuan-persatuan bolasepak negeri atau kelab yang mengambil bahagian juga perlu bersikap professional dan tidak mengambil jalan yang dilihat boleh membantutkan kemajuan bolasepak negara. Orang ramai sudah mula mengembalikan sokongan mereka kepada pasukan-pasukan yang bertanding dan jika trend seperti sekarang masih berterusan..tidak mustahil mereka akan menjadi meluat dan tidak lagi turun ke stadium ... menyebabkan pertandingan dijalankan di stadium yang kosong ..semula ... memang dalam pandangan orang biasa macam aku nie..episod mengangkat sumpah tu agak kelakar ...bagi membuktikan kebenaran di pihak mereka ...

Orang-orang biasa yang berkecuali seperti aku ini ingin melihat sukan bolasepak negara terus masju setanding dan setaraf ..kalau bukan setaraf pasukan Eropah atau Latin Amerika..sekurang-kurangnya setaraf negara Asia..seperti Jepun dan Korea (satu ketika dulu ...pasukan belasahan Malaysia) atau pun negara-negara Afrika yang kurang infrastruktur yang hebat berbanding Malaysia ... apakah yang menghalang pasukan kita untuk menjadi sehebat pasukan Nigeria, Cameroon atau Ivory Coast ? Apakah yang menghalang pemain-pemain kita menjadi sehebat Didier Drogba, Yaya Toure, Keita Seidu ataupun Michael Essien ? Maaf cakap la... pemain kita tidak ada semangat untuk maju seperti yang dibuktikan oleh beberapa pemain yang diambil oleh kelab professional di salah sebuah negara....tak tahan tekanan...tak sangup berusaha lebih ... dan mengambil jalan pintas....dengan kembali ke negara ....

Maka..kita hanya akan terus bermimpi untuk melihat pasukan negara kita...menyertai Piala Dunia ... dan teruslah mencari kebenaran...

No comments:

Post a Comment