Friday, February 7, 2014

Bila Menteri Turun Padang …

Sejak kecoh kenaikan harga barang yang melampau kebelakangan ini…semakin ramai YB Menteri dan ADUN … menjenguk pasar basah di kawasan masing … tahniah kerana betul-betul berusaha untuk menangani masalah rakyat … tahniah juga kepada pemerintah kerana tidak menaikkan tol walaupun terpaksa membaya subsidi kepada pihak yang mengurus tol … tak pa la… biarla pemerintah menanggung sedikit …untuk memberi kelegaan kepada rakyat …kerana itulah peranan pemerintah…mensejahterakan kehidupan rakyat walau dengan cara apa pun… dan sebenarnya rakyat amat mengharap pemerintah terus memberi subsidi kepada petrol …kerana kenaikan harga petrol akan mencetuskan rantaian kenaikan harga barangan lain … namun persoalan aku ialah apa punca kenaikan kadar caj TOL ? Adakah atas alasan memberi bonus yang tinggi kepada pekerja mereka ? Adakah kos penyelengaraan jalan raya dan pengurusan TOL meningkat ? Adakah gaji pengurusan tertinggi dan pekerja dinaikkan seperti Kerajaan Negeri Selangor ? … inilah persoalan-persoalan yang menjadi topik perbincangan pengguna-pengguna TOL …

Apa aku perhatikan dalam suratkhabar.. TV dan juga laman media sosial … timbul rasa kasihan melihat bagaimana YAB PM dan TPM bekerja keras …. campur tangan dalam beberapa perkara yang sepatutnya di urus sendiri oleh menteri-menteri yang beliau lantik …nampaknya kebanyakkan menteri yang bertanggungjawab lebih banyak menjadi pengiring..berbeza dengan zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri .. memang benar..lain padang lain belalang…lain orang lain pulak cara pentadbiranya … pun begitu nampak seolah-olah menteri-menteri yang bertanggungjawab kurang berwibawa mengurus tanggungjawab yang diamanahkan … bukan nak mengutuk…cuma begitulah sedikit sebanyak pandangan masyarakat …. Ye la..PM dan TPM dah ada portfolio masing-masing ..selain mengurus tadbir negara …. selain memikirkan strategi-strategi untuk menangani isu Bang Nuar…yang kemaruk nak berkuasa ….

Aktiviti turun padang oleh menteri-menteri dan ahli YB patut kerap dilakukan..tak perlulah menunggu selective visit.. ke kawasan tertentu sahaja .. turun la ke setiap ceruk kampong..kawasan dan lokaliti … tak kira la..jalan itu ok ke..tak ok ke…guna sungai ka… jika di musim pilihan raya .. semasa nak menagih simpati dan meraih undi …sanggup berhujan berpanas..mengharungi tanah yang becak ..meredah sungai …. turun naik bukit … kenapa sesudah menang … semua perkara itu tidak dilakukan lagi … bagi menteri, timbalan menteri yang sibuk dengan tugas …dan tanggungjawab mungkin boleh dipahami ..namun bagi ahli YB yang tidak mempunyai portfolio …sibuk sangat ke..hingga tak dapat nak jenguk orang yang meletak kan mereka menjadi YB …
jemputan untuk merasmi itu dan ini..tak perlu nak melancar program itu dan ini baru .. atau timbul isu atau berlaku peristiwa ..barulah nak terhegeh hegeh menjenguk kawasan… jangan la membuat

Ada ahli YB ADUN dan Parlimen yang benar-benar memberi khidmat kepada masyarakat…menjenguk kawasan..melawat pengundi-pengundi …tahniah diucapkan kerana itulah peranan sebenar seorang wakil rakyat … dimana rakyat boleh menyuarakan pendapat dan pandangan pada bila-bila masa dan ketika dan tidak perlu menunggu majlis dialog..majlis ramahtamah…majlis-majli rasmi nak hulur surat mohon tandatangan…nak hulur surat mohon sokongan ..atau nak dapat bantuan … sehingga mereka tidak mempunyai banyak masa untuk membuat lakonan dalam You Tube … mempersenda dan menyindir pihak lain … tidak mempunyai masa untuk berceramah berjam-jam mengatakan orang lain…. tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh hingga mencemar maruah diri..dan parti yang diwakili ….


…semoga terus kekal memberi khidmat terbaik kepada rakyat … wahai wakil rakyat ... wakil kepada rakyat tau.. 

No comments:

Post a Comment