Tuesday, February 11, 2014

Huruf A Mana Menjadi Pilihan ? Cuba Teka ?

Aku cukup seronok membaca beberapa komen dan juga tulisan teman serta rakan di alam maya mengenai spekulasi siapa pengganti Pehin Sri Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak. Pengesahan bahawa Pehin Sri Taib akan bertemu TYT YDP negeri Sarawak untuk mohon perkenan tidak mampu mematikan pelbagai ramalan, andaian dan juga tekaan masyarakat ..yang cukup mengambil perhatian terhadap siapa akan menerajui negeri kesayangan mereka..malah pihak-pihak luar negeri Sarawak juga turut sama meniup pelbagai spekulasi termasuk membangkitkan semula isu kemasukan UMNO di Sarawak apabila beberapa portal menyiarkan pesanan Pehin Sri Taib kepada barisan kepimpinan Sarawak ..iaitu untuk sentiasa menjaga negeri Sarawak dan mempertahankan hanya anak negeri Sarawak layak mentadbir negeri Sarawak dan bukan nya orang luar sepertimana yang berlaku di Semenanjung. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Pehin Sri Taib ialah jangan jadikan Sarawak terlalu terbuka hinggakan peluang-peluang anak negeri terus terhakis. Contohnya ialah Penang ditadbir oleh orang Melaka dan Selangor bakal diterajui oleh orang Pulau Pinang. Selain itu ada juga 'rakan luar' yang cuba menasihatkan Pehin Sri supaya tidak meneruskan perletakkan jawatan kerana ianya boleh mengakibatkan satu lagi pilihan raya kecil ..yang dikatakan akan membazirkan duit kerajaan ... 

Perletakkan jawatan Pehin Sri Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak tidak jauh bezanya dengan perletakkan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri satu ketika dulu..cuma bezanya Tun Mahathir sudah ada pilihan awal ... berbanding Pehin Sri Taib. Pada pandangan aku, Pehin Sri Taib perlu berhati-hati memilih penggantinya kerana mungkin beliau belajar daripada kesilapan Tun Mahathir yang tidak berfikir panjang semasa membuat pilihan bakal pengganti. Kesilapan Tun Mahathir itu telah menjadi Malaysia seperti hari ini..iaitu sentiasa dibelenggu oleh isu-isu dan masalah yang ditimbulkan oleh puak penentang yang semakin hari semakin berani mencetuskan perkara sensitif..semain berani mempersoalkan perlembagaan negara semakin berani mempersoalkan perjanjian 'jus soli'... maka untuk mengelak perkara seperti itu berlaku di Sarawak Pehin Sri perlu memilih dengan tepat supaya penggantinya akan meneruskan segala agenda yang sudah dirancang... segala dasar yang telah digubal tanpa dipengaruhi oleh pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ... dan memastikan pelaksanaan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan ..

Politik rasis yang semakin menjadi di Semenanjung tidak pernah berlaku di negeri Sarawak dan ini harus dipertahankan oleh bakal Ketua Menteri Sarawak ..dan ini juga merupakan pesanan Pehin Sri kepada kepimpinan parti.. agar sentiasa mengekalkan keharmonian dan mengutamakan perpaduan kaum melalui sikap bertoleransi dan memahami serta menerima kepelbagaian dalam masyarakat berbilang etnik di negeri Sarawak. Mungkin disebabkan memikirkan yang terbaik untuk negeri Sarawak menyebabkan Pehin Sri mengambil masa yang agak lama untuk menentukan siapa sepatutnya menggantikan beliau. Beliau tidak mahu selepas beliau melepaskan jawatan Ketua Menteri .. beliau tidak ada penyesalan kerana telah menyerahkan negeri kepada orang yang benar-benar layak dan beliau boleh berehat terus dari arena politik tanah air..khususnya negeri Sarawak.

Gesaan dan cadangan untuk melantikkan beliau sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak sememangnya tepat sebagai mengenang jasa beliau yang telah mencorak pembanguna negeri Sarawak ke tahap yang kita lihat pada hari ini...walau pun ada sedikit tentangan oleh puak-puak yang akan menentang apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah.. PAS dan DAP memang tak setuju tapi peduli apa dengan mereka kerana mereka pun akan melakukan perkara yang sama jika mereka yang berkuasa.Apa pun memang tepat masanya untuk Pehin Sri Taib berundur dari arena politik dan menyerahkan tampok pemerintahan negeri kepada orang yang benar- benar layak . Jika dilihat dari senarai calon-calon yang di spekulasikan semua mereka bermula dengan huruf 'A' .. seperti Alfred Jabu, Adenan Satem, Abang Johari, Awang Tengah dan juga Affendi Norwawi .. aku tak berani nak meramalkan siapa di antara ke-empat tokoh pemimpin yang Pehin Sri akan pilih kerana kesemua mereka sememangnya hebat hebat...sebab aku bukan tukang ramal ..he he he

Selamat bersara Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Sama-sama kita tengok ..Siapa Yang Kena ? 

No comments:

Post a Comment