Monday, October 1, 2012

Masyarakat Malaysia - Masyarakat Sampah..Yang Menyampah

 ..aku geram!! aku marah!! tiap-tiap hari nak bagitau dengan jiran atas aku..jangan buang sampah melalui tingkap!!...tapi kalau dah jenis manusia pengotor...duduk dimana-mana pun....tetap tempat tersebut menjadi kotor.. inilah perangai sebahagian besar rakyat Malaysia..rakyat kita yang tak tahu erti nak jaga kebersihan...tempat sekeliling dibuat macam tong sampah..walhal pihak berkuasa dah sediakan tempat khas untuk pembuangan sampah...

...lepas merokok...buang potong rokok keluar tingkap...lepas lap muka dengan tisu...buang tisu keluar tingkap...sudu..garfu..kertas palstik..semua buang melalui tingkap...kadang-kadang lepas mengisi perut....dalam lif...buang sampah dalam lif...ada juga yang tinggalkan sampah dekat tangga....memang pengotor betul..walaupun bertugas sebagai seorang penjawat awam...sah mentaliti manusia dunia ketiga...tak pernah ada rasa kesyukuran dengan segala kemudahan yang sudah disediakan...

...masyarakat sampah nie bermacam ragam..sebab tidak tau menghargai dan berterima kasih dengan segala kemudahan serta kemewahan yang diperolehi...ada yang mulut macam tong sampah...berbau busuk..sebab asyik mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur fitnah..tohmahan..walhal..diri sendiri belum tentu bersih lagi...asyik terpalit sana sini dengan pelbagai masalah....cuba menegak dan membuktikan apa yang oang lain buat semua salah..semua tak baik..semua tak betul..yang betul hanya dia...hingga sanggup gadai maruah bangsa...burukkan negara..demi mendapat kuasa..untuk berkuasa...tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa negara...sepertimana 'pak kaduk...menang sorak..kampung tergadai'... sebenarnya inilah sampah dalam negara yang perlu kita bersihkan..bukan melaung..melolong lolong di jalan raya..merosak harta benda awam..menggangu ketenteraman awam..mendemonstrasi..di atas perjuangan yang belum pasti...

....busuknya bau sampah macam busuknya hati ...golongan yang tidak mengerti erti perjuangan bangsa yang sanggup berkongsi kuasa..demi keamanan..demi kesejahteraan negara...tetapi tidak pernah dihargai golongan 'parasit' yang sentiasa mencuit sensitiviti...perkauman..keagamaan dan bahasa...bukan kah sudah dipersetujui..segalanya....kenapa masih tak mahu menerima??...sudah diberi kebebasan..sudah diberi kelonggaran...apakah perlu golongan parasit ini..diberi seinci lagi bumi....??

..kotor nya sampah sarap...seumpama kotornya pemikiran golongan yang menganggap diri mereka golongan yang maksum...golongan yang boleh masuk syurga..hanya dengan memberi undi semata-mata..walaupun bergelumang dengan noda dan dosa...inilah golongan yang perlu dibersihkan jiwa dan minda..supaya pemikiran masyarakat tidak dikotori dengan pelbagai fatwa...agar masyarakat bersih dari kekeliruan jiwa..lantaran lontaran pandangan agama yang dipenuhi dengan ketaksuban....pendewaan...yang hanya mampu dicetuskan golongan yang berserban...yang sanggup mengguna agama atas dasar mendapatkan kuasa.. 

...maka secara fizikalnya..sampah itu simbol kekotoran...berbau busuk..meloyakan..tetapi ..lebih busuk..lebih kotor dan lebih meloyakan ialah golongan yang sanggup menggadai , menjual dan mengkhianati maruah bangsa..agama..keamanan dan kesejahteraan negara..hanya semata-mata untuk berkuasa..

No comments:

Post a Comment