Friday, September 28, 2012

Oh My English!!

....he he he..gempak kan?..bukan nak ceduk rancangan TV...cuma nak bercakap mengenai ..isu penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran sains dan juga matematik yang sebenarnya masih ada..tetapi agak 'sejuk' kerana..pendidikan sedang dalam proses transformasi..namun 'sosek-sosek'..cakap belakang tu..masih ada...ramai kata TV 'Oh My English' tu bagus..termasuk la anak-anak aku yang bahasa inggeris..tunggang langgang bila bercakap..dan juga menulis..he he he tapi peliknya boleh score 'A' masa buat assignment paper ...he he he...amat melucukan... bila aku tengok rancangan TV tu..hemmm....no komen..laa.....he he he...

..aku pun tak ler terrer sangat dalam bahasa inggeris....tapi kalau setakat bertutur..atau menulis cara mudah ..boleh lagi...tapi bila tengok orang guna bahasa inggeris..dalam laman sosial..nak tergelak pun ada...tak tau la..samada di sengaja atau tidak..tapi..memang ada kesilapan grammar..agak teruk...ishk..ishk...tak ada rasa malu ke??...pada aku kalau dah tak pandai susun ayat dengan baik..tak payah ler..guna bahasa inggeris..guna jer..bahasa Malaysia...lagi baik kan?? kan?...

...bukan nak kutuk orang yang guna bahasa inggeris...baguih la tu...elok sangat..sebab boleh pertingkatkan kemahiran bahasa yang pelbagai...tapi yang aku nak cerita sangat kat sini ialah kalau lah guru..pensyarah atau seorang penemuduga itu sendiri tak boleh berbahasa inggeris dengan baik..kenapa mereka boleh menjadi orang panel penilai?? ...aku ambik contoh dalam satu proses penilaian pengambilan gred 41 ..fasilitator dan penilai..haram jadah tak boleh menggunakan bahasa inggeris dengan baik..tetapi diberi tanggungjawab sebagai penilai..menentukan budak tu layak ke tak layak ke peringkat seterusnya..adil ke??..maka kalau ada penjawat awam yang bahasa inggeris teruk..bukan salah mereka...sebab yang menilai itu sendiri teruk..dan dalam satu lagi kes...ujian tahap kecekapan....ada seorang panel yang bahasa inggeris nya tunggang langgang..tetapi kerana berjawatan tinggi..layak menjadi panel penilai....jadi salah siapa kalau....yang dinilai itu lulus dengan cemerlang...walaupun tak mampu nak bercakap dalam bahasa inggeris apabila diperlukan.!!.

..kalau ikut trend terkini..ibu bapa moden...banyak melatih anak-anak guna bahasa inggeris di rumah..sejak dari umur setahun...betul kan??...perkataan seperti..no..sit...come...thank you..good...bad..menjadi lumrah didengar dikalangan ibu bapa muda hari ini..apabila bercakap dengan anak-anak...malah nama-nama anak pun sudah berunsur bahasa inggeris...kan...he he he...Danish...Ryan...Khaty..Celia..dan bermacam-macam lagi...tak per laa..kan..comel la tu...tapi bila dengar betul-betul bahasa dan slanga yang digunakan...amboi mak ooiii!!....mat salleh pun gerenti tak paham ..sebab...grammar entah kemana melarikan diri...

No comments:

Post a Comment