Wednesday, September 5, 2012

Merdekakah Orang Malaysia?

Malaysia dah berusia 55 tahun? Betulka? Kalau dibanding dengan negara seperti Amerika Syarikat, Malaysia sebenarnya masih muda..namun kematangan kepimpinan negara memastikan Malaysia tetap aman, makmur dan sejahtera..meskipun 'tercalar' sedikit pada tahun 1969.

Sejak itu keamanan dan perpaduan ada prioriti kepimpinan negara supaya Malaysia tidak menjadi 'mangsa' manipulasi dan eksploitasi negara-negara yang berkuasa seperti Amerika Syarikat dan juga Britain. 

Apapun kebelakangan ini, keamanan dan perpaduan negara seolah-olah dicabar oleh segelintir manusia dan parti politik demi kepentingan survival politik mereka. Isu-isu sensitif kembali diperkatakan, fitnah dan tohmahan menjadi 'senjata' utama untuk memburukkan nama-nama pemimpin..samada dalam negara dan luar negara..segelintir 'budak-budak' terpelajar tetapi bodoh menjadi alat mempropagandakan hasrat dan matlamat orang-orang yang hanya mementingkan kuasa politik. Terbaru ada lagi 'budak-budak bodoh' terjerumus dalam permainan politik kotor ..sayang sekali..

Betulkah kita Merdeka? Kalau kita merdeka 55 tahun kenapa masih belum matang berfikir dan berpolitik? Kalau seorang manusia berusia 55 tahun..memang dah banyak pengalaman..dan dah sedia nak berpencen (sebelum umur berpencen dilanjutkan ke 60 tahun). Merdekakah pemikiran orang Malaysia nie? Merdeka ertinya bebas..bebas dari penjajahan secara fizikal..tapi secara mentalnya..adakah kita bebas? Kalau bebas sekali pun tidak bererti kita bebas melakukan apa sahaja..termasuk melanggar undang-undang negara? Betul ka kita bebas dari penjajahan? Kalau tengok 'aksi' terbaru..kita sebenarnya masih dijajah..iaitu pemikiran kita masih dijajah oleh budaya barat. Kita nak tunjukkan ketidakpuashan hati dengan 'demonstrasi'...ada yang tunjuk 'hero' ..dengan sekeping gambar..tapi tunjuk 'malu' pulak bila kena gambar semasa ditangkap polis..

Merdekakah kita? Ada sebilangan warganegara yang masih tak Merdeka dari segi pemikiran..kerana masih ada yang persoalkan 'orang Sarawak' dah majukah belum? Kalau nak kata buku-buku sejarah tak betul..yang menulisnya dikatakan 'pakar-pakar' sejarahwan negara..kalau nak kata tidak berpelajaran..tidak ada orang Malaysia 'buta huruf' sejak tahun 1970an lagi..kalau nak kata tidak berpengetahuan..sekarang ini zaman IT..maklumat boleh diakses dimana-mana dan bila-bila sahaja...


No comments:

Post a Comment