Monday, September 24, 2012

Bajet 2013 ..ka...Belanjawan 2013..Janji Ditepati

Tak kira la...Bajet ka..Belanjawan ka...yang penting..PM akan beri yang terbaik untuk rakyat Malaysia..tanpa mengira..sapa mereka sokong...kan? Sebabnya..1Malaysia...semua warganegara akan nikmati..bajet 2013... Semua orang teruja nak dengar apa PM akan bentangkan pada 28 September ini....bermacam-macam spekulasi...macam-macam ramalan..dibualkan di kopitiam..restoran..kedai kopi dan gerai di tepi jalan..semua orang dah jadi ..pakar ekonomi... PM dah tanya..apa orang Malaysia mau? beri la pandangan..berilah cadangan...tapi kalau cadangan dan pandangan tu PM tak masukkan..jangan pula tuduh PM tak reti nak layan kehendak dan keperluan rakyat !!...PM nak tengok..PM nak tahu..berapa ramai 'pakar ekonomi' dalam negara dikalangan masyarakat Malaysia..yang selama ini kata macam-macam..tapi bila beri pandangan....cish!!..haprak..satu apa tak boleh pakai!!...kalau tengok senarai wish list..wow..memang..banyak kerajaan perlu beri perhatian....
Antara Top 5 ialah (1) Kekalkan BR1M dan elaun untuk pelajar, (2) Kemudahan Orang Kelainan Upaya di bangunan kerajaan dan kemudahan awam, (3) kurangkan cukai ke atas kereta impot sebanyak 50%, (4) kurangkan bayaran lesen motosikal daripada RM20 kepada RM10 , dan (5) bina lebih banyak rumah mampu milik di bawah RM150 ribu....boleh ke kerajaan buat semua ini?..he he..aku pun setuju jugak kalau tengok top 5 wish list tu....sebab..orang yang dok sokong pembangkang..pun dapat nikmat juga...kan..dalam dok kutuk-kutuk tu..terima juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)...anak-anak mereka dapat juga bantuan elaun sekolah..elaun buku..di sekolah rendah sampai yang di universiti...kan..kan..he he he...macam yang dok kutuk penyenaraian FGVH hari tu..tapi bila dapat 'durian runtuh'..ishk..ishk..selamba jer..buat muka bodo terima cek..ha ha ha ha..lawak betul laa...

Aku pun nak tengok wish list orang Sarawak dalam Bajet 2013....he he he..boleh ka? Boleh kot..Janji Ditepati...Orang Sarawak nak Borneo Highway..(dari Kuching ke Limbang) macam highway di semenanjung...boleh ke?...errr..lagii..orang Sarawak nak Kapit dihubungi dengan jalanraya ..jalanraya yang berturap...bukan tanah merah atau hanya berbatu-batan..errr..boleh ke? tak kan laa Kapit terus terusan jadi 'pulau'..dah 49 tahun dah..jenuh dah orang Kapit....turun naik bot ekspress.....banyak lagi wish list ..tapi biar yang besar-besar dulu ditunaikan..sebab..sejak dulu lagi...jalan raya adalah prioriti..keutamaan...

Wish list penjawat awam pulak macamana? Jangan la utamakan satu sektor sahaja....bukan la cemburu..tapi semua penjawat awam menyumbang jasa kepada negara...kalau yang tak sokong kerajaan..tapi makan gaji dengan kerajaan..itu hal dia laa...dia sendiri tanggung dosa dia..tapi jangan kaitkan dengan..yang memang ikhlas kerja nak sara diri dan juga keluarga...bukan nak mengata...hakikat....yang terasa..sori ekkk...aku bukan nak kutuk sapa-sapa...cuma nak mengingatkan diri sahaja..he he he..sebabnya tiap kali bajet...ada sektor dapat terlebih lebih...tapi penjawat awam lain..dapat tengok jer.....maaf ye...bila dengar reaksi penjawat awam...kesian juga dengar keluhan macam ini.. "kami pun menyumbang dan berkorban juga untuk negara, walaupun kami tidak mendidik anak bangsa.,tapi biar agihan manafaat dan imbuhan sama rata diterima,keistimewaan pun biar sama-sama dapat" ..kalau nak dihuraikan keluhan memang panjang berjela..namun boleh difahami..maksud yang diperkatakan...iaitu..keadilan dalam pengagihan...

Bajet 2013...aku tunggu dengan penuh debaran......


No comments:

Post a Comment