Wednesday, October 3, 2012

Hidup Dalam Satu Realiti...

... pernahkah anda melihat keadaan sebegini di Malaysia ? ... mustahilkah keadaan ini berlaku di Malaysia ? ... inilah keadaan yang sukar kita gambarkan akan berlaku di Malaysia kerana sejak 55 tahun lalu...pembangunan dan kemajuan telah banyak dilaksanakan...mungkin tidak sehebat dan se gah seperti negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat..namun kemajuan tetap berlaku di Malaysia...

..dulu ada kelas dewasa..untuk mengajar orang-orang dewasa..menulis, membaca dan mengira..untuk mengurangkan kadar buta huruf dalam negara...kini ada kelas-kelas komputer untuk meningkatkan literasi komputer dan dunia siber...dulu pergi sekolah..jauh berbatu-batu..kini sekolah begitu dekat dengan rumah..dulu nak belajar di universiti..kalau tidak ada duit..walau pandai mana sekalipun...jangan harap nak jejak kaki di menara gading..tapi hari ini...sesiapa pun boleh mendapat ilmu dan segolong ijazah... ini satu realiti di Malaysia..satu kemajuan yang dikecapi oleh semua rakyat...walau apapun fahaman politik dan agama..inilah kemewahan yang dinikmati oleh orang Malaysia.. kemewahan yang kita tak sedari..kemewahan yang mereka ambil mudah...

...nak makan? makan lah apa sahaja di Malaysia....nak makanan India..Cina..Eropah..Melayu..apa sahaja yang mampu dibeli dan dimakan...semua ada di Malaysia..hingga melimpah ruah..dan dibazirkan...ini juga satu kemewahan yang orang Malaysia tak nampak dalam kehidupan mereka...yang kita nampak ialah harga barang keperluan semakin mahal..tetapi mereka mampu membeli pakaian berjenama..guna iPad..smart phone..emas... kita marah kerana harga ikan naik..tetapi tahukah kita bagaimana nelayan bertarung nyawa di laut untuk meraih ikan..hanya kerana mencari rezeki..?

..kita tak marah..harga pakaian seperti Levi's..Camel..Bonia..Gucci..Versace mahal..kita tak pernah marah atau persoalkan kenapa..minyak wangi seperti Christian Dior..Hugo Boss, Paco Rabbane..mahal...malah kita berbangga..jika mempunyai beg tangan yang mahal..jam tangan yang mahal..kasut yang mahal...cermin mata yang mahal...semua nya atas alasan..prestige..gaya..dan penampilan...tapi bila hal-hal pembelajaran..pendidikan..makanan...kita nak yang murah..semurah-murah nya...kita mohon kerajaan untuk beri subsidi ke atas semua bentuk keperluan harian..kita mohon kerajaan sediakan bantuan untuk pendidikan... semua kemewahan yang kita nikmati ini..kita ambil mudah..malah kita marah..kalau PTPTN caj RM1.00 untuk urusan pengurusan..!!.

..realiti kehidupan di Malaysia ialah..kita tak sedar kita menikmati pelbagai kemewahan yang kebanyakkan negara dunia ketiga hanya boleh mimpikan....kita tidak sedar bahawa Malaysia bumi yang bertuah...bertuahnya Malaysia kerana tidak dilanda ribut taufan saban tahun...bertuahnya Malaysia kerana tidak dilanda gempa bumi..tidak ada lahar gunung berapi..sepertimana yang berlaku di negara-negara lain...

..bertuahnya kita kerana segalanya boleh dijadikan program realiti...dari muzik dan nyanyian seperti Akademi Fantasia, One In A Million...Gangstarz..dsbnya...nak cari calon menantu..ada Gadis Melayu...nak jadi imam..atau ustazah..ada Imam Muda..ada Ustazah pilihan...nak jadi tukang masak..ada MasterChef...semua nya boleh di Malaysia...inilah kemewahan kebebasan yang kita nikmati di Malaysia..seperti yang dinikmati oleh rakyat negara maju lain...

No comments:

Post a Comment