Friday, October 5, 2012

Bayangan Mimpi Ngeri..

...pernah kah anda semua mengalami mimpi ngeri?....nak membayangkan apa sebenarnya mimpi ngeri berdasarkan perspektif seseorang... setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza-beza mengenai mimpi...tetapi semua orang suka bermimpi....terutamanya bermimpi yang indah-indah..dan membayang sesuatu yang mengembirakan...

...bagi seorang suami..bermimpi kahwin baru..adalah indah..dan menyeronokkan tetapi bagi seorang isteri..ianya satu mimpi ngeri yang tidak diundang...kerana tidak ada seorang wanita ingin dimadukan..walau atas alasan apa pun.....yang menyeronokkan seorang isteri ialah apabila bermimpi shopping sakan..di megamall..tetapi mimpi ngeri untuk sang suami yang terpaksa menanggung beban belanja...he he he...inilah yang aku maksudkan...setiap orang mempunyai tafsiran berbeza terhadap mimpi ngeri mereka...

... pada tafsiran aku...mimpi ngeri aku ialah apabila membayangan....kabinet bayangan..sekumpulan orang...yang entah mungkin menjadi nyata atau tidak...walau pun hanya bayangan kabinet..hanya satu mimpi ..tetapi ianya mimpi ngeri untuk aku dan kebanyakan masyarakat yang tidak sehaluan...bagi kumpulan ini..bayangan kabinet ini adalah mimpi indah..satu impian mereka yang mungkin menjadi kenyataan...alangkah  malangnya negara Malaysia ku yang tercinta...seandainya..bayangan kabinet impian ini menjadi kenyataan... 

..aku kata mimpi ngeri kerana..buat pertama sekali dalam sejarah...seorang ketua negara terulung melantik isteri dan anaknya sebagai menteri kabinet..belum pernah terjadi sejak merdeka lagi...lebih ngeri apabila melihat barisan kabinet impian ini dianggotai..kaum kerabat dan keluarga..sedangkan..mereka-mereka inilah yang memperjuangkan anti kronisme...apakah mereka ini hipokrit?? ...pakatan ini lah yang melaungkan credibility, accountability and transparancy..atau ringkasnya CAT....tetapi..jika inilah rupa bentuk kabinet bayangan...memang sah aku akan terus mendapat mimpi ngeri...kerana bagi aku..amat sukar untuk aku mencerna...seorang suami..isteri dan anak..menjadi menteri dalam sebuah kerajaan yang didakwa akan lebih adil..lebih telus dan lebih bertanggungjawab...

...bayangkan kalau yang memerintah sedia ada hari ini melantik isterinya...anaknya...adik beradiknya dalam kabinet...pasti golongan pakatan ini akan serang habis-habisan...dan pastinya lemparan dan tohmahan nista..cacian...akan terus menjadi modal mereka...namun seandainya mereka sendiri mengamalkannya...tiada apa salah..atau dosa...dan bayangkan kalau bayangan kabinet ini menjadi kenyataan....gay..lesbian..homoseksual...akan bebas melakukan apa sahaja dalam masyarakat kita...bayangkan...apa akan berlaku kepada kehidupan sosial..kita..

...aku tak kata kabinet bayangan itu salah..kerana itu adalah impian mereka..itu adalah bayangan mereka...tetapi cuba kita membayangkan pula apa akan berlaku...seandainya ia menjadi kenyataan...aku tak mampu nak bayangkan kerosakan yang bakal berlaku...aku tak mampu nak bermimpi ngeri setiap hari dan waktu ...kerana sah...segala undang-undang negara hanya akan jadi perhiasan...sebabnya selama ini mereka tidak pernah menyokong kedaulatan undang-undang negara...

...bayangkan...adakah kita akan menjadikan mimpi ngeri itu satu kenyataan.....

No comments:

Post a Comment