Monday, February 16, 2015

PR DUN SARAWAK .. KEMANA HALA TUJU TERAS DAN UPP ?

BN Sarawak dikatakan sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pilihan Raya DUN Sarawak dijangkakan diadakan lebih awal ekoran dari sambutan positif terhadap kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak. Kawasan pilihan raya Sarawak juga telah bertambah dari 71 kawasan kepada 82 kawasan selepas persempadanan semula dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya baru-baru ini.Persoalan nya kini ialah dimanakah kedudukan pemimpin-pemimpin parti TERAS dan UPP dalam pilihanraya DUN Sarawak akan datang ? TERAS ialah parti serpihan daripada SPDP apabila Presiden nya Datuk Seri William Mawan Ikom keluar dari SPDP bersama beberapa ahli YB SPDP dan disertai oleh Datuk Seri Wong Soon Koh. Datuk Seri Wong Soon Koh kemudianya keluar dari TERAS dan menubuhkan pula UPP. Peliknya kedudukan mereka dalam BN tidak pernah tergugat malah mereka masih mampu melaksanakan tugas sebagai wakil BN .. walaupun secara rasminya TERAS dan UPP tidak pernah … saya ulangi TIDAK PERNAH diterima secara rasmi sebagai keluarga BN … satu kepelikan yang berlaku dalam politik negeri Sarawak.

Satu lagi yang pelik ialah pemimpin-pemimpin TERAS dan UPP mendakwa mereka masih ahli BN sedangkan SPDP dan SUPP tidak mengIKTIRAF mereka sebagai wakil BN…kerana untuk diterima sebagai ahli BN semua parti harus bersetuju … jika tidak mereka secara hakikatnya bukan ahli BN !! Apakah formula BN Plus yang diamalkan pada awal 80an dulu digunapakai oleh BN Sarawak ? Dengan pertambahan 11 lagi kawasan pilihan raya maka semua parti dalam BN akan berebut untuk mengemukakan calon masing-masing dan disinilah nanti dilemma nya BN ..apabila SPDP dan SUPP menuntut kawasan yang sama dituntut oleh TERAS dan juga UPP ? Apakah dikawasan yang dituntut oleh dua parti yang sama menyokong perjuangan BN dilakukan secara ‘open contest’ atau sebaliknya? Jika ianya secara pertandingan terbuka adakah PBB juga akan turut sama dalam kawasan yang ianya juga berminat dan mempunyai lebih ramai penyokong? Semua ini harus diselesaikan oleh pucuk pimpinan BN pusat dan juga negeri sebelum mereka turun berperang menentang gabungan pakatan yang diterajui oleh DAP, PAS dan PKR . Jika hal dalam kain BN tidak diselesaikan .. berkemungkinan besar gabungan tiga saudara sepusat sepusing ini boleh menawan satu dua kawasan baru dalam PR DUN Sarawak akan datang.

Dikalangan tiga saudara bukan kembar itu, DAP mempunyai lebih banyak peluang untuk menambah lagi kerusi DUN di Sarawak berbanding PKR dan PAS kerana perjuangan DAP nampak jelas berbanding kedua adik beradik tirinya. DAP masih lagi kukuh dengan kepimpinan Chong Chien Jen ..dan pastinya kelibat Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang dinanti-nantikan oleh pemimpin Cina Sarawak. PAS hanya mampu berjuang di kawasan majority pengundi Melayu Islam … kerana jelas sekali mereka tidak mampu meyakini pengundi bukan Islam ..terutamanya di kawasan rumah panjang..apatah lagi mereka baru kehilangan pemimpin ulung mereka yang telah kembali kerahmatullah…manakala kehadiran Tok Guru Hadi hanya akan menambah lagi kepada kekalahan mereka jika diingat kembali kenyataan Hadi yang menghina pengundi-pengundi negeri Sarawak dulu. PKR pula dilihat mampu mengugat kawasan bumiputera bukan Islam di kawasan pedalaman terutamanya apabila berhadapan dengan PRS, SPDP atau pun TERAS. Di kawasan bumiputera Islam.. perjuangan PKR kurang diterima kerana mereka tiada hala tuju sebenar selain tunduk kepada kuasa DAP…ditambah dengan ketiadaan ikon pujaan mereka yang telah dihantar berehat di penjara seketika..dari arena politik tanahair secara fizikalnya.

SWP pula dilihat sebagai parti tempatan yang kukuh dan utuh di kawasan Kapit dimana pemimpin nya Larry Sng, bekas ADUN BN telah bekerja keras untuk mempengaruhi pengundi dengan menghulurkan pelbagai bantuan kepada pengundi kawasan meskipun beliau tidak lagi berkhidmat sebagai YB ADUN. Pastinya jasa dan budi beliau akan dikenang orang-orang yang pernah menerima bantuan daripada Yayasan yang beliau tubuhkan untuk membantu golongan kurang kemampuan mencapai impian mereka untuk ke menara gading.SWP jua telah mengembangkan sayap ke beberapa bahagian dengan mengadakan pelbagai bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan..sesuatu yang jarang dilakukan oleh kepimpinan BN di masa-masa bukan pilihan raya. Apakah kerja keras SWP ini akan membuahkan hasil sekurang-kurangnya menawan dua atau tiga kawasan … dan jika mereka turut menyertai pakatan tiga beradik … apakah peluang mereka lebih baik ? Sesungguhnya pilihan raya DUN Sarawak kali ini lebih mencabar kepada kepimpinan BN apatah lagi di bawah kepimpinan yang baru.


Mungkin BN Sarawak sudah bersedia menghadapi PR DUN Sarawak sepertimana kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ..tetapi bersedia kah mereka untuk meleraikan pertikaian dalaman antara TERAS dengan SPDP atau antara SUPP dengan UPP atau berusaha memenuhi tuntutan PRS ke atas kawasan yang dimiliki oleh calon BEBAS yang kini dikatakan ‘BN friendly’ … apakah isu-isu yang bakal di bawa oleh pihak pakatan tiga beradik kali ini ? apakah isu Anwar masuk penjara menjadi agenda utama mereka ..atau isu menambah royalty minyak dan autonomi masih lagi taruhan untuk mempengaruhi undi atau isu undang-undang yang berat sebelah ? Pastinya isu harga barang yang tidak turun akan dikaitkan dengan kerajaan walaupun peniaga dan pemborang yang degil tak mahu ikut aturan .. dan isu harga minyak murah akan di putarbelitkan oleh mereka dengan kemerosotan ekonomi negara … yang menjejaskan kehidupan rakyat marhaen seperti aku dan saudara-saudara … isu jalan raya Sarawak atau Pan Borneo .. menjadi satu isu polemic yang terus menjadi perbincangan manakala isu pembangunan luar bandar tetap menjadi prioriti … terutamanya isu tanah dan balak yang tiada kesudahan nya .

No comments:

Post a Comment