Satu
hari anak aku bertanya ‘ayah ..apakah maksud ‘opportunistic’ atau ‘opportunist’
? Opportunist bermaksud ‘a person who takes advantage of
opportunities as and when they arise, regardless of planning or principle’
atau dengan kata lain seseorang yang mengambil peluang pada bila-bila masa ..
dan orang yang ‘opportunistic’ ialah
orang yang licik dan sentiasa mengintai peluang terutamanya orang-orang
politik. Dalam konteks tulisan aku hari ini aku nak menulis tentang
peluang-peluang yang terhidang ..yang telah dijadikan satu senjata oleh
ahli-ahli politik tanah air kita .. kes pertama ialah kes Altantuya .. dan kes
ini dilihat oleh pihak sebelah satu peluang yang teramat besar untuk
menjatuhkan DS Najib dari kedudukanya .. malah dengan sekelip mata seorang
pesalah yang melarikan diri ke Australia menjadi ‘umpan’ untuk menceritakan
‘kebenaran’ siapakah dalang sebenar dalam kes berkenaan. Tiba-tiba si pesalah
tadi sudah diangkat menjadi ‘pejuang’ atau hero oleh parti dan individu
tertentu dengan harapan untuk memalukan DS Najib dan memalukan kerajaan
Malaysia. Malah beliau sanggup untuk bertemu si pesalah tadi..membawa ibu dan
keluarga si pesalah..walaupun pada telesidang yang dirancangkan beliau gagal
untuk membuktikan bahawa beliau boleh menghubungi pesalah berkenaan. Begitulah
tinggi nya semangat mereka untuk membuktikan DS Najib bersalah..dan mereka
sanggup melakukan apa sahaja … tetapi mereka langsung hilang semangat untuk
membantu rakyat negeri Kelantan membangunkan semula kehidupan mereka kerana
sehingga kini tiada satu pun usaha atau usul dari puak-puak ini untuk membina
rumah atau membantu rakyat mereka bangkit semula dalam perniagaan.. yang didengar
dan dilihat ialah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan , iaitu kerajaan
yang ingin mereka jatuhkan..kerajaan yang ingin mereka malukan… itulah seorang opportunist politik yang lebih
mementingkan kepentingan politik daripada kepentingan rakyat yang mengundinya..
Kes
kedua opportunist ialah kes mejar
tentera yang dibuang kerja kerana ingkar arahan dan beliau kini disanjung
sebagai hero kerana berani mendedahkan kekhilafan SPR ..kononnya SPR menipu
rakyat jelata dalam isu dakwat kekal. Malah kini mereka sedang menyediakan
mejar itu sebagai calon pilihan raya umum akan datang untuk menentang pihak
yang telah dikatakan ‘menganiayakan’ beliau. Inilah peluang mereka untuk
mendedah salahlaku pihak-pihak kerajaan..kononnya … sedangkan mereka terlupa
dalam perkhidmatan awam pun ada peraturan yang melarang penjawat awam
mendedahkan perkara-perkara yang terkawal..yang boleh dikenakan tatatertib..dan
juga buang kerja..apatah lagi tentera yang memang dikenali mempunyai peraturan
yang paling ketat dan berisiko tinggi. Aku tak tau siapa benar siapa yang salah
tetapi aku tau setiap penjawat awam sudah di maklumkan perkara ini sebaik
sahaja mereka melangkah ke dalam dunia pekerjaan dan menandatangni akujanji.
Maka sesiapa pun yang melanggar akujanji tersebut boleh dikenakan tindakan
tatatertib yang menjurus kepada buang kerja .. begitulah peraturan dalam
perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh sesiapa pun..


Inilah
yang aku kata dari awal lagi opportunist
yang sentiasa mengambil peluang untuk kepentingan diri mereka dan apabila
perkara itu terkena di ‘batang hidung’ mereka sendiri mereka tidak mampu
berkata apa-apa .. contohnya menuduh BN mengamalkan nepostisme dan kronisme
sedangkan dalam parti mereka sendiri berlaku nepostisme .. anak beranak samada
menjadi ADUN atau Ahli Parlimen … tetapi mereka membesarkan-besar isu antara DS
Najib dan DS Hisamuddin … malah mereka sanggup mengupah wartawan luar untuk memburukkan
kerajaan walau dalam apa jua situasi pun … fitnah dan tuduhan melampau dilontar
dari pelbagai sudut oleh mereka tetapi bila ada pihak lain yang membuat perkara
yang sama ..dengan pantas mereka akan menyaman mereka melalui undang-undang …
itulah sikap dan perilaku ‘opportunist’
yang tidak pernah akan menerima kenyataan tentang kejahilan mereka selain hanya
melihat keburukan di pihak orang lain.. malah usaha kerajaan membantu rakyat
yang dilanda bencana pun mereka masih sanggup mengutuk dan mencaci …itulah yang
dikatakan a very calculating and
opportunistic politician semata-mata untuk mencapai hasrat serta keinginan
untuk berkuasa sahaja …
P.S
...... muak dan bosan melihat gelagat kurang matang beberapa pemimpin
politik negara yang tidak henti-henti berpolitik …
No comments:
Post a Comment