Wednesday, February 25, 2015

APA PILIHAN SPDP dan SUPP ?

Apakah senario pilihanraya 1987 akan kembali menghantui BN dimana diadakan pertandingan ‘terbuka’ antara parti komponen BN dengan parti ‘BN friendly’ bagi membolehkan parti mana pilihan rakyat. Dalam tahun 1987, formula BN Plus digunakan bagi membolehkan PBDS, sebuah parti baru yang lahir dari perpecahan SNAP. PBDS yang diterajui oleh Tan Sri Leo Moggie ketika itu berjaya menawan beberapa kawasan SNAP yang dipimpin oleh mendiang Datuk Amar James Wong Kim Min . Akibat dari kekalahan itu, SNAP akhirnya keluar dari gabungan BN dan menjadi pembangkang. Apakah kepimpinan baru BN negeri akan mengguna semula formula itu atau pun cuba memujuk SPDP dan SUPP agar menerima semula semua wakil rakyat mereka yang telah keluar parti sebagai calon di kawasan-kawasan yang telah mereka menangi dalam PRN ke-10 lalu ? Jika berdasarkan kenyataan KM Sarawak ‘saya akan beri simbol BN kepada calon yang boleh menang’ yang secara khususnya satu indikator bahawa beliau akan membenarkan calon-calon UPP dan TERAS untuk bertanding atas tiket BN. Amat jelas bahawa TS Adenan bersedia untuk mengambil langkah paling praktikal; prospek calon paling boleh menang, termasuk TERAS dan UPP, akan dipilih untuk membawa simbol BN dalam PRN ke 11 nanti (bm.theantdaily.com, February 20th 2015).

Lantas jika inilah pilihan TS Adenan, apakah pilihan yang ada pada SPDP dan SUPP kerana jelas DS Tiong King Sing dengan tegas mengatakan ‘calon mestilah hanya daripada kalangan parti komponen Barisan Nasional sahaja, bukan daripada kalangan parti luar daripada Barisan’ (www.mstarcom.my, February 21st , 2015). Dr.Sim Kian Hui, Presiden baru SUPP pula mengatakan ‘we have made the statement many times before, SUPP will defend the 19 seats and if the new state seats are approved, it will be divided among the state BN components’ (www.newsarawaktribune.com , February 21st 2015). Kenyataan itu dengan jelas mengatakan SUPP tidak akan berkompromi dengan UPP dalam agihan kawasan. Kedua-dua Presiden parti komponen BN tidak akan berkompromi sepertimana kenyataan mereka ‘SUPP President Senator Prof.Datuk Dr.Sim Kian Hui and SPDP President Datuk Seri Tiong King Sing stressed that both parties WOULD NEVER compromise on their rights to contest for the seats currently allocated to them’ (BP Online, February 15th 2015). Kenyataan bersama itu juga menjelaskan ‘members who are not happy with the party(ies) concerned, have the right to make their own choices. However they do not have the right to take along the seats that they won under SUPP or SPDP banner’(BP Online, February 15th 2015).

Ketika ini calon-calon UPP dan TERAS masih dilihat berpotensi untuk menang dan menjadi ‘favourite’ kepada TS Adenan berbanding calon-calon yang bakal dikemukakan oleh SUPP dan TERAS. Ini kerana kesemua calon ini masih diterima sebagai ‘BN friendly’ malah masih dikekal dalam cabinet negeri Sarawak. Sekuat mana pun kedua-dua Presiden SUPP dan SPDP ‘huff and puff’ ..seolah olah pandangan keras mereka tidak diberi perhatian oleh kepimpinan BN di Sarawak mahupun di peringkat persekutuan. Malah kenyataan keras DS Tiong ‘we will defend our stand, come what may, and we will never be bullied into accepting any terms against our will’ seperti air hujan yang berguguran di atas daun keladi. Justeru ..apakah pilihan SUPP dan SPDP seandainya mereka DIPAKSA juga menerima calon-calon dari UPP dan TERAS bertanding di kawasan mereka ? Pilihan pertama ialah, beranikah SUPP dan SPDP keluar dari komponen BN dan membentuk gabungan dengan pakatan rakyat yang diterajui oleh DAP, PKR dan PAS. Pilihan kedua ialah memohon untuk diadakan pertandingan secara terbuka (free for all) untuk pastikan siapa lebih berpenmgaruh di 27 kawasan Dewan Undangan Negeri. Pilihan ketiga ialah keluar daripada BN dan bertanding bersendirian menentang BN dan juga Pakatan Rakyat. 

Pilihan pertama rasanya akan menguntungkan Pakatan Rakyat kerana dengan gabungan SUPP dan SPDP, gabungan itu menjadi semakin kuat dan mampu mengugat kedudukan Barisan Nasional negeri. Pun begitu akan ada masalah dari segi pengagihan kerusi antara DAP dengan SUPP yang sama-sama berpaksi kepada pengaruh pengundi kaum Cina di kawasan bandar dan sub bandar, antara PKR dengan SPDP dan juga SWP yang biasa memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar , iaitu pengundi bumiputera sepertimana berlaku dengan SNAP dalam pilihanraya negeri ke-10 lalu. Pilihan kedua pula lebih praktikal kerana ianya hanya membabitkan 27 kawasan Dewan Undangan Negeri dan masing-masing kekal dalam gabungan Barisan Nasional , iaitu siapa menang akan mempunyai hak ke atas kawasan berkenaan manakala pilihan ketiga tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada SUPP dan SPDP walaupun mereka mungkin mampu menang dua atau tiga kawasan Dewan Undangan Negeri. Justeru dalam memastikan BN negeri terus mengekalkan kuasa, TS Adenan pastinya lebih suka kepada pilihan kedua kerana ianya lebih praktikal dan lebih menguntungkan Barisan Nasional berbanding dua opsyen yang lain. Jika TS Adenan masih insist untuk kedua-dua SUPP dan SPDP berkompromi (yang dalam pendapat aku, tidak akan berlaku), berkemungkinan  besar akan berlaku sabotaj dan boikot dalam pilihanraya nanti yang akhirnya merugikan BN sendiri dan menguntungkan pihak pakatan rakyat.

Pilihan sebenarnya terletak di tangan TS Adenan dan pilihan itu pasti memeritkan kerana apapun pilihan beliau, tidak akan ada mana-mana pihak yang akan berpuashati.Pun begitu kita percaya TS Adenan akan membuat pilihan yang terbaik untuk kepentingan negeri Sarawak.


‘A great leader will always have the best benefits for his peoples on his mind and a great tactician will always seek the best option for the good of his peoples’

No comments:

Post a Comment