Aku
sebenarnya tak tau nak tulis apa setelah lama juga tak menulis. Tajuk apa aku
nak ceritakan ? Tiba-tiba aku teringat tajuk Wacana Kelestarian Integriti yang
diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC baru-baru nie yang dihadiri oleh
pakar-pakar dalam integrity seperti Dr.A.Bakar Sarpon Timbalan Presiden
Institut Integriti Malaysia, Dato Heliliah mantan CEO Suruhanjaya Integriti
Agensi Pelaksana dan pakar motivasi Dato Dr.Sheikh Omar. Kupasan yang
bersemangat menarik minat 400 lebih peserta yang hadir wacana tersebut. Aku
tidak berminat untuk mengulas tentang wacana itu cuma aku ingin meminjam tajuk
sebagai bahan tulisan aku hari ini.Sejujurnya
integriti bukan hanya bermaksud rasuah semata-mata kerana maksudnya lebih luas
lagi sepertimana yang didefinisikan oleh Kamus Dewan 1985, iaitu kejujuran dan
ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Berdasarkan definisi itu integriti ialah
sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan,
amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh
dipercayai, boleh pegang cakapnya. Rasuah hanya satu daripada pelanggaran integriti
dalam masyarakat yang di beri tumpuan kerana ianya melibatkan wang rakyat.
Banyak lagi pelanggaran integriti dilakukan oleh masyarakat yang secara tidak
sedar menyumbang kepada pelbagai gejala negatif dalam masyarakat. Pembuangan
sampah merata-rata oleh masyarakat Malaysia juga merupakan salah satu
pelanggaran integriti serta nilai-nilai murni yang secara tidak langsung
menyumbang kepada penyakit seperti Denggi dan Kencing Tikus atau Leptospirosis. Undang-undang dan
peraturan-peraturan diwujudkan oleh pihak berkuasa dengan dendaan namun
pembuangan sampah merata-rata oleh masyarakat sukar dibendung atau ditangani
..malah dendaan ribuan ringgit oleh pihak berkuasa tidak memberi impak atau
kesan kepada masyarakat .. seolah-olah undang-undang dan peraturan boleh di
langgar sesuka hati…. Beginikah sikap masyarakat yang ingin nak maju seperti
Jepun dan Korea? Di mana integriti masyarakat kita dalam memastikan negara kita
bersih seperti Jepun ..walaupun dikhabarkan di bandaraya utama Jepun tiada tong
sampah disediakan?
Kedua,
masyarakat kita gemar melanggar undang-undang jalan raya seperti tidak berhenti
semasa lampu isyarat bertukar merah, tidak peduli dengan lintasan pejalan kaki
(zebra crossing) malah tidak memberi isyarat sewaktu ingin menukar lorong!!!. Begitu
banyak undang-undang jalan raya dikuatkuasakan dan semua ini tidak menakutkan
masyarakat malah akan menyalahkan pihak penguatkuasa undang-undang jika sesuatu
berlaku ke atas kecuaian dan sikap kebiadapan diri mereka. Prinsip ketiga Rukun
Negara ‘Kedaulatan Undang-undang’
tidak dihayati sepenuhnya oleh masyarakat yang merasakan kebebasan mereka
disekat dengan pelbagai undang-undang negara. Prinsip ini sudah diadakan sejak
31 Ogos 1970 tetapi sehingga kini masih ramai yang tidak mampu menghayati
sepenuhnya integriti yang ingin ditanamkan oleh prinsip ini bagi memastikan
negara kita sentiasa mematuhi sistem yang telah diwujudkan untuk kesejahteraan
masyarakat. Justeru ke mana arah tujuan kita untuk mencapai negara maju dalam
tahun 2020 sedangkan kita sering melanggar integriti dan etika yang sekecil
itu?
Ramai
yang mengeluh dengan kebanjiran warga asing seperti Indonesia, Bangladesh,
Pakistan, Mynmar, Nepal dan juga Filipina dan sering mengatakan warga asing
yang datang mencari rezeki di negara kita ini tidak tahu adab dan ketertiban.
Sering kali warga asing ini dipersalahkan kerana sering memotong Q atau
barisan, samada nak membeli makanan, menaiki bas dan sebagainya. Apa kurang nya
orang Malaysia ??? Perhatikan bagaimana mereka berebut-rebut untuk mendapat
makanan percuma (jika ada tawaran) di pusat membeli belah atau di mana-mana
pesta keramaian!!! Ini bukan orang gelandangan atau orang miskin!!. Ambik
makanan pun kadang-kadang melebihi keperluan dan tidak memberi peluang kepada
orang lain!!! .. rumah terbuka menteri-menteri … tengok lah berapa ramai yang
begitu ‘lapar’ hingga mengambil
makanan melebih had… selepas itu ditinggalkan begitu sahaja ..tak habis…
semuanya kerana sikap tamak dan nafsu yang haloba.. menidakkan hak orang lain…
Naik bas, tren LRT atau monorel ?? Pernahkah anda melihat orang Malaysia
berbaris elok untuk menaiki bas, tren LRT atau Monorel? Jika ada mungkin anda
manusia yang cukup bertuah sekali … perhatikan di stesen-stesen monrel, komuter
atau LRT … orang dalam belum sempat nak keluar lagi ..orang dari luar sudah
berebut-rebut nak masuk.. sama juga dengan menggunakan lif!!! Lantas ..
mampukah kita menjadi masyarakat yang maju seiring dengan kemajuan fizikal
negara jika perkara semudah itu pun kita tidak peduli ?? Kesopanan dan
Kesusilaan , prinsip Ke-5 Rukun Negara tidak lagi menjadi satu amalan ..mungkin
kerana kita terlalu taksub dengan kebebasan hingga terlupa rukun ketertiban dan
kesopanan yang diamalkan oleh bangsa kita sejak dahulu lagi.
Maka
ke mana dan di mana integriti masyarakat kita ? Aku hanya lakarkan beberapa
contoh mudah pelanggaran integriti dalam masyarakat yang secara sedar atau
tidak kita lakukan setiap hari tanpa melihat kesan dan impak kepada kehidupan
masyarakat. Jika dulu ibu bapa menghargai usaha guru mendidik anak-anak mereka,
tetapi sekarang guru dijadikan sasaran ibu bapa yang semakin berpendidikan yang
sudah terlupa siapa yang menjadi guru mendidik mereka hingga mereka berjaya!!
Sebabnya kerana ada dikalangan guru yang melanggar etika dan integriti menyebabkan
masyarakat mula hilang hormat dan kepercayaan.. bak kata perumpaan ‘seekor kerbau membawa lumpur, semuanya
terpalit’ .. sama juga dengan beberapa agensi penguatkuasa … yang sering
terlibat dalam pelanggaran integriti dan etika.. hinggakan masyarakat
menganggap seluruh penjawat awam rasuah dan tiada integriti diri..
Pun
begitu aku tertarik dengan kata-kata ahli falsafah terkenal Confucius iaitu ‘integrity begins at home’ yang secara mudahnya diterjemah sebagai integriti
bermula dari rumah. Di rumahlah kita diasuh sejak kecil untuk mengamalkan
nilai-nilai murni dan integriti, iaitu tidak boleh berbohong, tidak boleh
mencuri, sentiasa menghormati orang tua, beradap dan sopan dengan orang lain.
Maka jika ayah seorang perokok boleh kah dia menegur anaknya supaya jangan
merokok ? Jika ibu sentiasa berpakaian seksi bolehkah dia menegur anak gadisnya
agar tidak berpakaian yang menjolok mata ? Jika ayah dan ibu tidak menghormati
orang tua mereka ..apakah mereka mampu memaksa anak-anak mereka untuk menuruti
kehendak mereka atau menghormati mereka ?? Lantas ke mana dan di mana kita jika
kita sendiri melanggar etika dan integriti .. tetapi cuba pula untuk mengajar
anak kita dan orang lain ? Fikirkan sendiri .. Integriti Dalam Masyarakat ; Ke
Mana dan Di Mana Kita ?
No comments:
Post a Comment