Friday, September 19, 2014

51 tahun berlalu … Hari Malaysia

Melihat di kaca TV sambutan Hari Malaysia ke 51 di Miri, Sarawak..sememangnya meriah..dan gah dengan berbagai acara yang dimanifestasikan melalui pelbagai medium .. namun yang jelas nya medium nyanyian dan tarian lebih menonjol. Ucapan bersemangat para pemimpin disambut dengan tepukan yang gemuruh … serta laungan kemerdekaan … lambang penubuhan sebuah persekutuan 51 tahun yang lalu … jika dilihat dari umur itu, negara Malaysia masih dianggap muda berbanding negara-negara yang telah menjangkau usia melebihi 100 tahun atau lebih .. dan jika diukur dari umur seorang manusia, Malaysia sudah tiba ke satu tahap kedewasaan yang matang..yang sudah boleh membuat pertimbangan, baik buruk setiap langkah dan keputusan yang dibuat …

Sayangnya .. semakin tua usia negara … bukan kedewasaan dan kematangan yang kita nampak sebaliknya kita semakin beremosi seperti kanak-kanak yang berusia 3-12 tahun atau remaja yang sedang dalam proses mengenali erti kehidupan. Boleh dikatakan rakyat Malaysia semakin beremosi memperkatakan tentang hak-hak masing .. memperkatakan tentang keturunan, bangsa dan saling mempertikaikan kenapa sesuatu bangsa atau keturunan itu mempunyai kelebihan sedangkan ianya sudah dipersetujui bersama oleh semua kaum semasa pembentukan sebuah persekutuan bernama Malaysia. Rakyat Malaysia juga masih beremosi memperkatakan tentang hak-hak keagamaan yang sudah tersurat dan diterima semua dan masih wujud persepsi negatif .. persepsi kolot … persepsi primitif sebahagian warganegara ke atas kewujudan dan kehidupan orang-orang asal kepulauan Borneo yang telah bersetuju untuk bergabung dan membentuk negara Malaysia.

51 tahun berlalu … rakyat di kedua-dua negeri di wilayah Borneo sudah mula bersuara menuntut ‘perpisahan’ dari sebuah gabungan yang mereka anggap tidak memberi hak kesamarataan sebagai ‘equal partner’ sepertimana yang terkandung dalam satu perjanjian. Namun suara-suara yang menuntut dianggap ‘derhaka’ dan ‘pengkhianat’ kerana berani mempertikaikan perjanjian yang dibuat 51 tahun yang lalu .. sekali lagi kita menggunakan emosi yang tinggi dan bukan kematangan rasional sepertimana tuntutan Scotland kepada Great Britain. Kerajaan British tidak perlu menggunakan undang-undang untuk memberi tekanan kepada pungutan suara dari Scotland ..malah rakyat Scotland sendiri berbelah bahagi terhadap tuntutan yang dikemukakan .. dan jelas menunjukkan kematangan politik dan pemikiran rasional boleh digunakan sebagai asas untuk perbincangan … suatu perbezaan ketara yang berlaku di negara kita … terutamanya dalam soal-soal untuk memberi pandangan. Penggunaan kekerasan dan undang-undang pastinya mengundang kekecohan dan ketidakpuasan hati .. malah boleh mencetuskan anarki dan konflik yang berpanjangan.. apa yang perlu diteliti ialah kenapa selepas 51 tahun bersama .. suara-suara sumbang mula kedengaran dari kedua-dua wilayah di kepulauan … pasti ada sesuatu yang tidak kena..pasti ada sesuatu yang menghakis kepercayaan mereka .. maka perlu ada kematangan berfikir dengan akal yang bijak untuk mengatasi emosi-emosi ini … Insya Allah .

51 tahun berlalu … bandar Kapit masih lagi bandar yang hanya mampu dihubungi oleh jalan sungai … tetapi orang-orang Kapit tetap utuh bersama pemimpin mereka ..tapi sampai bilakah ini akan berterusan … Sarawak dan Sabah dianggap negeri-negeri yang kaya dengan hasil buminya ..tapi sayang .. setiap tahun laporan mengatakan… penduduk di kedua-dua negeri ini adalah yang termiskin di Malaysia .. benar atau tidak … aku pun keliru kenapa ianya terjadi begitu …sukar untuk diterima berdasarkan jumlah sumbangan kedua-dua negeri kepada ‘coffer’ persekutuan Malaysia … mungkinkah saiz kedua-dua negeri yang besar menyebabkan peruntukkan tidak mencukupi untuk membangunkan prasarana dan juga peluang-peluang menambahkan pendapatan penduduk mereka ?

51 tahun berlalu … isu penguasaan Bahasa Inggeris masih menjadi polemik … dan terus diperdebatkan sejauhmana ianya membantu anak-anak Malaysia berjaya di peringkat dunia. Ramai yang melihat penguasaan Bahasa Inggeris bukan lah penentu kepada kejayaan untuk menakluki dunia.. kerana orang-orang Jepun .. menguasai pemasaran automotif dunia walaupun sepatah haram tak bercakap atau menulis dalam bahasa Inggeris … seluruh dunia terpaku dan terpesona dengan tarian dan nyanyian Korea..hinggakan K-Pop diterima sebagai music universal … dan jaguh-jaguh sukan benua China mula menakluki sukan dunia ..walaupun tidak mampu berbahasa Inggeris … malah kehebatan saintis Jerman, Peranchis membuktikan penguasaan Bahasa Inggeris bukanlah penentu kejayaan di peringkat dunia, sebaliknya keazaman dan iltizam sebuah bangsa itu merupakan tonggak kepada sesuatu kejayaan ..walaupun di peringkat dunia sekalipun. 51 tahun berlalu … ke mana halatuju pendidikan negara yang masih lagi dibelenggu ketaksuban pencapaian akademik dan bukan pemikiran yang kritikal (critical thinking).

51 tahun berlalu … kita masih dianggap negara pengguna dan bukan nya negara pencipta. Alangkah terujanya bila dalam tahun 1985, Malaysia mengeluarkan produksi kenderaan dan bermulanya era perindustrian negara. Sayangnya … selepas 30 tahun … pesaing-pesaing lain semakin lebih berinovatif dan kreatif …hingga kita terus ketinggalan dari segi teknologi serta kepakaran yang sepatutnya lebih maju … amat sedih melihat model kenderaan yang tidak berubah hingga 20 tahun sedangkan model-model lain semakin cantik..semakin canggih … dan setiap masa mempertingkatkan keupayaan dari segi teknologi berdasarkan keadaan semasa … 51 tahun berlalu kita mash lagi dikhayalkan dengan drama dan ceritera yang menyeronokkan..dari zaman P.Ramlee..era hitam putih..hingga kini … kita masih dimomokkan dengan pelbagai kehidupan fantasi … hingga ada yang terbawa-bawa dalam kehidupan realiti … adanya pelbagai medium .. bukan membuat kita bijak memilih yang mampu memberi manafaat sebaliknya menjadikan kita pengguna yang tidak mampu membebaskan diri dari sebarang bentuk hiburan yang melalaikan …

51 tahun berlalu … Hari Malaysia disambut lagi … meriah … penuh warna warni .. sayangnya masih ada yang mempertikaikan lagu Negara Ku … sedangkan di sinilah tempat lahirnya .. disinilah pasti tempat dirinya disemadikan …


Selamat Hari Malaysia ..negara ku .. semoga terus aman makmur sejahtera … 

No comments:

Post a Comment