Sekarang
ini ..stadium bolasepak pun tak selamat lagi .. sebab nya setiap kali pasti ada
gaduh-gaduh..pukul-pukul… terajang sana terajang sini.. rusuhan tu dah macam
jadi satu tradisi … aku pun tak reti kenapa dalam sukan pun ada timbul hasrat
dengki … busuk hati dan juga sikap benci membenci … nak sokong pasukan..pergi
la sokong .. nak berteriak .. bersorak ..sampai hilang suara ..lantaklah … tapi
tak perlu la bila kalah pasukan disokong … rosakkan kerusi … tending terajang
fasiliti … lagi tak puashati … gasaklah penyokong yang dating tadi … konon nya
mereka membuat provokasi … alahaaiii.. apa nak jadiii…!!! Dah la standard
bolasepak kita .. macam budak sekolah yang main … belum sampai tahap dunia
lagiii weiiii!!! … peringkat ASEAN pun belum tentu lepas lagiiii…!!! ..tak
payah laa..nak tunjuk kuat diri …. buat malu negeri sendiri … yang pihak
berkuasa tu cubalah tengok ..dan kaji … bertindak adil … jangan laa berat
sebelah sana sini … hukum yang patut… ambil tindakan yang cepat.. jangan sampai
menjadi busuk baru terhegeh-hegeh nak tutup sana sini … yang bawa famili tengok
bola tu.. sentiasalah hati-hati … tak pasal-pasal …terkena botol..kayu yang
melayang di sana sini..
Wanita
dan gadis negara ini … semakin tak selamat kerana kes rogol menjadi-jadi … di
rumah sendiri pun belum pasti selamat lagi .. kerana ada ayah atau bapa yang
bernafsu setan ..tak mampu kawal diri .. sanggup musnahkan hidup anak kerana
penting diri …. Malah ada abang yang perkosa adik sendiri.. ayah sedara..sepupu
pun sama-sama tak boleh dipercayai … hancur nya institusi keluarga … apa nak
jadiiii!!! … kes rogol meningkat setiap hari … itu tak termasuk orang-orang
yang memang ambik kesempatan ke atas wanita dan gadis sunti … tak cukup itu ..
mereka bernafsu juga bila tengok bayi!!! … alahaaiii … apa nak jadi manusia
hari ini … belum dikira yang bernafsu songsang … sama sejenis pun mereka
tonggang … kononya… bebas merdeka… dalam negara demokrasi .. ceh!! …itu belum
masuk bab keliru gender sendiri ….!!! Makin ramai dan makin menjadi-jadi ….
Ada
pulak puak-puak yang rasanya cemburu tak puashati … dengan kaum lain .. walau
pun tak tahu apa-apa … boleh pula beri komen sana sini .. kutuk hina … macam
kaum sendiri tu dewa dewi .. negeri sendiri tu tak elok lagi … tapi ada hati
nak kata kat negeri orang tak bertamadun .. tak beradab … kain sendiri koyak
rabak sana sini … ada hati nak selak dan tengok kain orang lain .. ptuuuiiiiii
!!! sodar lah diri … tapi tak tahu bagaimana mereka yang macam ini kebal dan
tidak lut … tak ada pun mereka-mereka ini kena gari walaupun bertimbun laporan
di beri … sebab itu la puak dan gerombolan ini semakin menjadi-jadi ..
merasakan diri mereka berkuasa … hingga mereka lupa diri …
Aku
menulis pun bukan nak provokasi..sengaja nak meluah rasa di hati … terbuku dan terkedu melihat gelagat sesama kita yang semakin lupa diri … Alahaaiiiii ….. Apa Dah
Jadi.. ??
No comments:
Post a Comment