Aku
terkedu ..membisu seribu bahasa.. dan terasa agak heran sedikit .. bila membaca
kenyataan beberapa manusia yang aku anggap tak berapa nak cerdik sangat .
Selalu aku baca kenyataan-kenyataan pedas beberapa orang yang berkuasa
mengatakan ‘kalau tak suka Malaysia, silalah keluar’ ..dan ramai yang komen
penuh emosi kenyataan-kenyataan tersebut. Pada aku.. betul la tuu ..bukan la
aku nak sokong kenyataan mereka … tapi apa yang mereka katakana adalah betul
dan tepat sama sekali. Aku kata betul dan tepat kerana buat apa duduk di
Malaysia kalau setiap hari hati kita, jiwa kita, minda kita sentiasa tidak
bersetuju dengan segala tindak tanduk pemerintah? Setiap hari jiwa kita
meronta-ronta untuk menyuarakan ketidak puashan hati .. setiap hari hati kita
bagai diruntun melihat kezaliman (perasaan kita laa) yang berlaku … dan setiap
hari minda kita di korupkan dengan pelbagai imej visual yang kita tidak suka …
dan lama-kelamaan … kesihatan kita boleh terganggu …seperti boleh terkena darah
tinggi, strok dan sebagainya …
Alangkah
baiknya langkah-langkah yang diambil oleh beberapa manusia yang berpandangan
jauh..berwawasan .. yang menyahut seruan untuk berhijrah..berpindah kerana
tidak tertanggung dengan segala beban azab semasa tinggal di Malaysia .. mereka
boleh sebebas-bebasnya melakukan segala apa yang terbuku di hati .. tanpa takut
untuk dikenakan dengan undang-undang seperti di Malaysia. Aku tabik dengan
Alvin Tan dan juga Ali Abdul Jalil . ..dan jika ada ramai lagi yang merasakan
Malaysia ini kolot, zalim dan masih dizaman batu .. biarla mereka pergi ..
mencari kedamaian, mencari ketenangan dan mencari kebebasan di negara yang
mereka rasa adalah ‘rumah’ mereka. Jangan marahkan mereka .. kerana mereka
inginkan kebebasan..mereka nak mengutuk nak mengkritik .. dan mereka nak cabar
undang-undang … dan mereka nak menjadi hero … biar la.. rasailah itu semua di
negara baru mereka..kerana Malaysia sememangnya tidak sesuai untuk orang-orang
seperti mereka … tapi aku tabik kerana mereka lebih ‘gentlemen’ daripada
pemimpin politik yang menghina, mencemuh dan memburukkan negara sendiri..tetapi
masih lagi makan gaji dan mencari rezeki di negara yang mereka kutuk, hina
cerca … pelik kan ? Lagi pelik ialah orang-orang luar negara yang terpengaruh
.. kata sekolah sampai dapat PhD..doctorate… tak boleh menilai..tak boleh
menganalisa … malah tak mampu untuk membezakan yang mana betul dan yang mana
salah .. apakah kumpulan yang keluar negara mencemuh menghina dan mewar-warkan
keburukan negara menggunakan ilmu hitam atau mempunyai kemahiran seperti David
Blaine ?
Bukan
nya aku nak mengangkat Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil sebagai ikon atau
hero..aku cuma mengajak orang-orang Malaysia untuk mengucap tahniah kepada
mereka berdua kerana telah bertemu negara impian mereka.. dan aku juga mengajak
rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan dan kejayaan mereka di negara
pilihan mereka .. mungkin disana nanti mereka boleh sewenang-wenangnya
mengkritik negara angkat mereka tanpa dikenakan undang-undang seperti di
Malaysia..mungkin di sana nanti mereka boleh hina pemimpin, raja atau guna
bahasa rasis … tanpa ada tindakan oleh pihak berkuasa … dan jika mereka masih
menghina Malaysia ..maka bermakna mereka boleh kita anggap sebagai cyber warrior sahaja … yang tak perlu
kita hebohkan..yang tak perlu kita ambil tahu ..atau beri publisiti pun… sebab
mereka hanya berani bila berada jauh daripada undang-undang negara ini …. biarla
mereka.. kerana lama-kelamaan..jika tiada orang peduli…mereka hanya akan hilang
begitu sahaja di alam maya .. walaupun mereka nak meroyan macam mana pun..
Ye
la ..aku bukan ahli politik atau sokong mana-mana politik .. yang betul kita
sokong yang salah kita kondem juga kan .. tapi bila orang kata Malaysia nie
zalim… aku pun terpinga-pinga juga … zalim macamana ? zalim dari sudut mana ?
mungkin pandangan kita berbeza .. tapi bagaimana tahap kezaliman di Malaysia ?
Adakah orang-orang yang mengkritik itu terus ditangkap dan dipancung kepalanya
atau di tembak seperti di beberapa negara lain ? Adakah orang-orang yang
memprotes dan membuat demonstrasi jalanan itu ditangkap dan terus dihukum
gantung sampai mati atau di penjara seumur hidup mereka seperti yang berlaku di
beberapa negara ? atau sesiapa sahaja yang menghina itu terus dilucut
kerakyatan nya ? adakah perkara yang saya sebut itu berlaku di Malaysia ? Malah
setahu aku la orang yang dikenakan ISA dulu pun masih boleh bertanding sebagai
ahli Yang Berhormat ..orang yang masuk penjara pun boleh jadi MP .. zalim ka
itu ? Sedangkan Amerika pun masih mengenakan hukuman tanpa bicara dan
meletakkan orang yang disyaki bersalah di Guantanamo Bay … malah … Singapura
yang diagung-agungkan oleh sebahagian besar orang-orang yang mengatakan
Malaysia ini zalim ..masih mengekalkan Akta Dalam Negeri mereka… aku tak kata
pemimpin negara ini seratus peratus betul … sebab mereka juga adalah manusia
seperti orang-orang yang mencemuh, mengutuk dan mencerca mereka … memang ada
kelemahan mereka juga … kalau nak kata zalim… emmm aku ingin sangat nak tahu
tahap mana kezaliman mereka …
Seingat
aku..dulu rakyat Libya kata Muammar Gaddafi adalah pemimpin yang zalim..tetapi
hari ini ramai penduduk Libya merasakan keadaan Libya adalah lebih baik dizaman
Gaddafi berbanding pemimpin mereka sekarang (aku baca dari artikel tulisan seorang penulis barat..aku lupa namanya) .. sama juga dengan penduduk Iraq
yang merasakan kerajaan pimpinan Saddam Hussein menjamin kehidupan yang lebih
baik berbanding pemerintah yang memerintah Iraq pada hari ini. Mungkin ada yang
mengatakan Bashar Al-Assad adalah pemimpin Syria yang kejam … tetapi siapa
dapat mengatakan Syria akan terus makmur jika Bashar Al-Assad digulingkan ?
Maka berhati-hatilah dengan apa yang kita inginkan .. takut nanti yang kita nampak
di pertontonkan hanya satu ‘sandiwara’ … dan akhirnya jadilah
kita warga Libya dan Iraq yang inginkan kedamaian, ketenangan dan juga
kesejahteraan… yang mungkin tidak mampu dikembalikan lagi..
No comments:
Post a Comment