…exam
dah dekat nie!! Bila nak buat ulangkaji?? … mungkin itulah scenario di rumah
ibu bapa yang ada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan samada UPSR, PMR,
SPM atau STPM. Gelabah mak bapak… lagi hebat daripada anak-anak mereka yang nak
ambik peperiksaan. Ada mak bapak yang siap bawa air bacaan dari ustaz.. kunun
nya boleh tambah kepintaran anak-anak mereka. Itu bahagian pertama! Bahagian
kedua..bila keputusan peperiksaan keluar …. Punyalah ‘havoc’ mak bapak …
anak-anak yang mendapat 5A (UPSR) atau 8A(PMR) atau 10A(SPM) … punyalah di puji
dan dipuja..di interbiu TV lagi tu..bagaimana boleh mencapai satu kejayaan yang
BESAR begitu!!! … yang capai keputusan sederhana..hemmm..dibiar jer.. tak ada
siapa peduli. Anak-anak yang ‘dianggap’ berjaya kerana mendapat keputusan A
terbanyak biasanya akan diberi anugerah oleh komuniti, persatuan, sekolah,
institusi malah organisasi kerajaan..beri bermacam-macam insentif..terutamanya
dari segi wang ringgit.. puji-pujian tak usah kira laa..melangit .. melambung-lambung
anak-anak itu diberi pujian….. itu lah scenario masyarakat Malaysia yang begitu
taksub dengan pencapaian akademik anak-anak mereka. Maka anak-anak yang tidak
begitu berjaya mencapai A yang banyak…seolah-olah di ‘pinggirkan’ dalam
KETAKSUBAN kita meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang mencapai A terbanyak
dalam peperiksaan..
Malah
.. untuk mendapat A yang banyak bermacam jenis tuisyen diadakan…menjadikan
bisnes memberi tuisyen ini satu bisnes yang LUMAYAN ..terutamanya kepada yang
ada ilmu memberi tuisyen … banyak sekolah tuisyen dibuka..maka ibu bapa pun
berduyun-duyun hantar anak mereka ke kelas tuisyen… selepas habis belajar di
sekolah dengan harapan anak mereka juga akan tergolong dalam kalangan anak-anak
yang ‘GENIUS’ dan mampu mencapai berbelas A!!.. mak bapak sanggup berbelanja
ratusan ringgit setiap bulan semata-mata nak tengok anak mereka dapat BANYAK A
dalam peperiksaan!!. Bila anak gagal..mula la mak bapak membebel memarahai anak
kerana tidak menghargai usaha mereka memberi pendidikan yang terbaik supaya
boleh menjadi satu KEBANGGAAN kepada mereka!!! .. sebenarnya siapa yang lebih
inginkan KEBANGAAN ? Ibu bapa ke atau anak-anak ??? … inilah dilema dalam
masyarakat kita hari ini!! .. sebab itulah kajian mendapati ramai dikalangan
remaja didapati murung dan tertekan .. kerana apa? Kerana tekanan ibu bapa dan
masyarakat agar mereka BERJAYA dalam akademik untuk keBANGGAan mak bapak
mereka!!! ..
Of
coz.. sebagai mak bapak (termasuk aku juga) akan merasa begitu bangga melihat
anak-anak mencapai kecemerlangan dalam akademik .. siapa tak bangga.. tetapi
biarlah ada had batasan nya.. jika anak gagal dapat 5A dalam UPSR ..tidak
bererti kehidupan nya akan gelap,punah…sebab masa masih panjang untuk nya…
kenapa kita perlu beri tekanan untuk anak yang berusia 12 tahun ..mencapai 5A
sedangkan keupayaan nya tidak setara … begitu juga jika dia tidak berjaya
mendapat 8A dalam PMR … atau tidak mendapat 12A dalam SPM … yang penting adalah
anak kita telah berusaha sebaik mungkin ..tidak perlu gundah tidak perlu
dihebah … kesian aku bila tengok anak-anak diberi tekanan untuk mencapai
kejayaan hanya semata-mata untuk kepuasan hati ibu bapa yang terlalu ingin
menayangkan kejayaan anak-anak mereka .. ianya ditambah lagi dengan ‘highlight’
media elektronik yang membuat bermacam-macam interbiu dgn pelajar , guru dan
juga ibu bapa. Itulah scenario semasa di Malaysia… musim peperiksaan dan musim
mendapat keputusan … Malaysia masih lagi di pengaruhi oleh ‘the need to achieved academic excellence’ untuk dibuktikan kepada
dunia bahawa Malaysia juga mempunyai ‘geniuses’
.
Bilakah
kita mampu keluar dari kepompong ini dimana bukan hanya kita excel dalam akademik tetapi juga excel dalam sukan, excel dalam pembuatan, merekcipta..menjadi pencipta bukan pengguna …
malah jika boleh kita perlu excel
dalam pemikiran yang kreatif dan juga kritikal.. ini pandangan aku, orang kampong
yang melihat ketaksuban melampau ibu bapa di bandar-bandar besar untuk
memastikan anak mereka berjaya secara akademik… tetapi kurang memupuk kesedaran
dan keupayaan untuk berfikir secara rasional .. hingga berlakulah pelbagai
sindrom-sindrom negatif dalam diri anak-anak, yakni menerima secara buta segala
fakta yang disebarkan tanpa ada berfikir secara logic akal…contohnya ibu bapa
hantar anak belajar untuk dapat ilmu di universiti..bukan nak berpolitik ….tetapi
kerana pengaruh kawan-kawan yang termakan dengan segala ideologi-ideologi yang
disebarkan, terus ikut serta dan bertindak sesuka hati tanpa memikirkan masa
depan mereka dan juga pengorbanan ibu ayah yang bertungkus lumus mencari nafkah
untuk memastikan mereka berjaya …
…kenapa
sukan kita malap? Sebabnya ibu ayah lebih pentingkan akademik berbanding
penglibatan anak mereka dalam sukan .. dan ini fakta yang tidak boleh
disangkalkan!!.. kenapa? Kerana mereka fikir bidang sukan di Malaysia belum
mampu dijadikan kerjaya yang memberi pulangan yang lumayan sepertimana di luar
negara!! .. so ? apo nak dikato ?? ketaksuban kejayaan pencapaian akademik ini
sudah menjadi trend .. dan tunggulah selepas keputusan nanti.. macam-macam ada
untuk yang berjaya … yang tak berjaya ..telan air liur saja..tengok ..
No comments:
Post a Comment