Bila
cerita pasal pendatang asing nie terbayang kita dengan warga Bangladesh,
Indonesia, Nepal, Vietnam, Mynmar, Pakistan, Filipina, Iran, Arab, Amerika
Latin, Afrika …sama ada mereka datang secara sah atau tidak sah. Aku tak
senaraikan warga Eropah dan juga Amerika Syarikat kerana kebanyakkan mereka
datang ke negara ini semata-mata untuk melancong atau pun untuk menjalankan
perniagaan atau lawatan kerja. Aku senaraikan warga Amerika Latin, Afrika dan
Iran sebagai pendatang kerana mereka datang ke negara ini bukan hanya untuk
melancong tetapi melencong .. seperti mengedar dadah, menipu bank, scammers,
pecah rumah dan membuat jenayah di negara kita …yakni mengambil kesempatan di
atas kelemahan kawalan keselamatan negara kita. Pendatang asing yang lain lebih
terarah dan focus mencari rezeki dengan adanya peluang-peluang pekerjaan dan
perniagaan yang berlambak serta terbuka di negara kita ini .. maka hari ini aku
bukan nak cerita pasal keburukan mereka yang sebahagianya terlibat juga dalam
jenayah-jenayah seperti merompak dan sebagainya … tetapi aku lebih ‘teruja’ nak
bercerita bagaimana mereka melihat peluang rezeki yang terdapat di negara
kita..berbanding rakyat kita sendiri yang tak habis dengan ‘demonstrasi’ ..komplen
dan merungut tentang ketidakadilan dan lebih seronok berbicara pasal politik
yang adakalanya langsung tidak membantu kehidupan mereka sendiri.
Orang
kita sebenarnya masih tidak belajar dari sejarah lampau dan ini dibuktikan
apabila gelombang kedua kehadiran pendatang asing ke bumi Malaysia yang
berebut-rebut mencari rezeki yang berlambak-lambak. Kenapa warga asing seperti
Bangladesh, Nepal, Indonesia, India, Mynmar, Pakistan, Filipina sanggup meredah
halangan dan rintangan untuk datang ke Malaysia? Kerana disinilah terdapatnya
peluang pekerjaan yang banyak, pekerjaan yang orang Malaysia sendiri tidak mahu
lakukan. Apakah pekerjaan-pekerjaan itu? Pekerjaan-pekerjaan anak Malaysia
tidak mahu lakukan ialah sebagai buruh kasar, buruh binaan, buruh di ladang
sawit, menjadi pelayan kedai-kedai makan, tukang sapu jalan, tukang kutip
sampah yang kini dimonopoli oleh Bangladesh, India, Nepal atau Indonesia.
Kerja-kerja pengawal mula di monopoli oleh warga Nepal .. manakala kerja-kerja
membersih pejabat dimonopoli oleh warga Indonesia dan Filipina. Malah
kebanyakkan kedai makan pun sudah dimonopoli oleh India dan juga Pakistan.
Kalau kedai karpet.. haram nak tengok towkaynya orang Malaysia..melainkan
kulinya .. itupun kadang-kadang pekerjanya warga Pakistan sendiri atau warga
Indonesia. Kedai-kedai kain di Jalan TAR sudah mula dibanjiri oleh
towkay-towkay Bangladesh dan Pakistan..manakala pekerjanya anak bangsa atau
warga Indonesia. Baru-baru ini Kerajaan Sarawak mengumumkan akan mengambil
lebih 20 ribu warga Bangladesh untuk bekerja di ladang-ladang sawit di negeri
itu kerana anak-anak peribumi tak sanggup bekerja di ladang sawit yang
menawarkan gaji lebih rendah. Rakuskah warga asing di bumi kita ?? YA … mereka
rakus kerana mereka berupaya melihat peluang-peluang yang terhidang manakala
anak-anak bangsa kita masih sibuk nak berpolitik … disuruh belajar di universiti..
mereka lebih suka campur hal ehwal politik ..nak tunjuk mereka sebagai belia
yang mempunyai ilmu yang tinggi..nak ada kebebasan bersuara ..tetapi
terlupa..kebebasan bersuara sahaja tidak menjamin kehidupan yang sempurna …
memang anak-anak bangsa hebat bersuara…tetapi alpa dalam memastikan ilmu yang
mereka perolehi dimanafaat ke jalan yang boleh membantu golongan belia sendiri…
Aku
tidak salahkan kerakusan warga asing kerana inilah peluang untuk mereka mencari
duit sebanyak mungkin .. peluang yang tidak terdapat di negara mereka..peluang
yang anak bangsa kita tidak nampak dek kabur dengan pelbagai idealisme yang
mereka perjuangkan … jika kita perbandingkan pertukaran mata wang … dengan
pendapatan RM10.00 sehari … seorang warga
a) Indonesia –
Rp 36,276.7 (RM1- Rp3627.76)
b) Bangladesh –
231.1 Taka (RM1-23.11 Taka)
c) India – 183.8
Rupees (RM1-18.3 Rupee)
d) Filipina –
134.6 Pesos (RM1 – 13.46 Peso)
e) Mynmar – 3,033.9
Kyat (RM1-303.39 Kyat)
f) Vietnam –
63,572.5 Dong (RM1-6357.25 Dong)
g) Pakistan –
306.4 Rupee (RM1-30.64 Rupee)
h) Nepal – 299.4
Rupee (RM1-29.94 Rupee)
dan
bayangkan mereka bekerja tanpa henti …kecuali cuti peristiwa atau cuti perayaan
sahaja. Itu kalau mereka bekerja dengan majikan dan ada juga yang menyimpan
duit dan mengambil peluang berniaga secara kecil-kecilan … sebab mereka tahu
rakyat Malaysia nie kuat makan .. jual la apa sahaja..pasti mereka akan makan
juga … tanpa peduli samada makanan itu disediakan dalam keadaan yang bersih
atau tidak … kerakusan inilah yang menyebabkan mereka boleh hidup dalam keadaan
kita di negara ini yang sentiasa komplen tentang kenaikan harga barang
..tentang kecilnya gaji .. tentang bermacam-macam … aku tak nafikan warga asing
yang bekerja di negara ini tidak ada keluarga seperti kita .. yang perlu disara
.. yang perlu diberi perhatian..tetapi ingat.. mereka juga menghantar pulang wang
hasil titik peluh mereka kepada kaum keluarga di negara mereka … mereka juga
menyara kehidupan keluarga mereka yang jauh di negara sendiri … justeru … apa
bezanya mereka dengan kita …
Aku
pun tak tahu nak cakap apa kerana sejarah sudah membuktikan kepada kita (nanti
aku tulis orang kata rasis pulak) .. tetapi kita masih tidak belajar dan terus
menutup mata dan menyalahkan orang lain di atas kelemahan dan kegagalan kita
sendiri. Kita asyik tuding jari .. itu dan ini .. tetapi masih menganggap diri
kita sebagai TUAN … walaupun hidup kais pagi makan pagi..nanti petang cari lagi
… komplen sana sini tidak berhenti-henti .. menjerit melolong berdemonstrasi …mohon
akta itu dan ini diganti … kata bumi ini milik mereka sahaja .. masih lagi tak
sedar diri … hingga nanti menang sorak tanah tergadai .. dah tak guna lagi di
tangisi … Rakusnya warga asing kerana mereka tahu untuk hidup..untuk
survive..mereka perlu berusaha lebih keras ..kerana mereka juga tahu ini bukan
negara mereka … sedangkan anak bangsa …masih terleka dan terlena …
No comments:
Post a Comment