Tuesday, November 11, 2014

MEROTAN ? OH TIDAK!!

Di zaman aku dulu, kena rotan oleh guru sekolah sudah menjadi satu kebiasaan .. dan kena rotan oleh guru mengaji Al Quran … he he memang patut kena rotan pun..sebab kadangkala sebagai pelajar kenakalan sukar dibendung, terutamanya mengacau atau menggangu rakan-rakan lain .. itu zaman dulu ..zaman di mana merotan murid adalah sebagai satu tindakan mengajar anak-anak lebih berdisiplin .. dan akur pada perintah serta arahan guru .. tapi zaman ini nak guna rotan untuk didik anak-anak ?? Maaf laa.. silap-silap guru tu kena masuk lokap ..atau kena saman mak bapak budak-budak yang kena rotan. Itulah perbezaan nya zaman aku dan zaman anak-anak aku sendiri … tetapi guru-guru aku dulu yang merotan murid tidak lah sampai mencederakan anak murid mereka … tak tau lah sekolah lain..

Baru-baru ini ada cadangan oleh pihak tertentu untuk mengembalikan hukuman merotan sebagai langkah mendisiplinkan murid ekoran kes-kes buli dan masalah sosial yang semakin meningkat dikalangan pelajar sekolah… aku tak tau ianya akan berkesan atau tidak tetapi apa yang aku tau..cadangan itu pasti akan mendapat tentangan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang ingin menjaga hak asasi manusia … dan pada padangan peribadi aku ianya tidak akan memberi kesan untuk mendisiplinkan pelajar ..kerana hukuman rotan yang dikenakan kepada pesalah merogol dan juga penagih dadah .. tidak memberi apa-apa kesan..sebaliknya kes rogol semakin menjadi-jadi .. dan kes penagihan dadah… emmm pikirlah sendiri . Jika hukuman MEROTAN itu memberi kesan dan boleh mengurangkan kes-kes merogol dan juga penagihan dadah, elok la merotan dijadikan hukuman wajib ke atas orang-orang yang menyeludup dadah, penyeludupan minyak diesel petrol dan rokok … orang-orang yang pecah amanah ..menipu (scam) melalui internet dan juga orang yang mencuri balak ..

Tiada bukti atau kajian yang membuktikan merotan atau penggunaan rotan sebagai alat untuk mendisiplinkan pelajar telah membentuk generasi Baby Boomers sebagai generasi yang berdisiplin dan berjaya. Pada pandangan aku generasi Baby Boomers lebih berdisiplin bukan kerna ‘rotan’ tetapi hasil asuhan dan didikan ibu bapa serta asuhan masyarakat atau komuniti yang lebih perihatin pada zaman itu. Di zaman itu.. anak-anak diasuh sendiri oleh ibu..dan bukan ‘Bibik’ … beza nya asuhan ibu dengan orang gaji ialah..seorang ibu dalam menyuap makanan ..sentiasa tidak lupa dengan nasihat dan petua sebagai seorang anak .. berbanding ‘bibik’ yang hanya memberi makanan … di zaman itu ibu bapa mempunyai masa untuk berinteraksi dengan anak-anak .. berbanding zaman ini dimana ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan kerja sehinggakan segala urusan anak diambil alih oleh ‘bibik’ sepenuh masa..tanggungan ibu bapa..beri duit, sediakan makanan, pakaian dan keperluan anak.. memang mereka kasih dan sayang dengan anak-anak tetapi .. belaian ..personal touch.. kurang la sikit… kalau ada pun masa bersama .. masing-masing sibuk beri perhatian pada peranti / gajet seperti iPad, handphone, Tab … lebih fokus untuk update / kemaskini ..berbanding nak tanya anak-anak … macamana di sekolah hari ini? Maka apabila gejala buli berleluasa dikalangan pelajar sekolah … kita sebenarnya nak salahkan siapa ? Ada yang menyalahkan sekolah dan warden yang tak beri perhatian lebih … ada yang salahkan budak-budak kerana terpengaruh dengan filem dan rancangan TV … ada pulak yang salahkan sistem … aku tak berani nak salahkan sesiapa … kerana pada aku perkara seperti itu perlu diteliti dan diperhalusi oleh pihak yang berwajib…..nak rotan mereka ??


Pada aku kalau nak rotankan orang yang bersalah … baik ROTAN kan orang-orang yang memberi dan menerima rasuah ..atau yang didapati bersalah menyebabkan ketirisan dalam perbelanjaan wang awam … buat dikhalayak ramai … bolehkan?? Mungkinkah ini dapat mengurangkan kes-kes pecah amanah, rasuah dan salahlaku jenayah dikalangan penjawat awam ??

1 comment: