Wednesday, November 19, 2014

BELIA BARU …

Hari ini aku nak menulis tentang belia … belia baru sepertimana yang disarankan oleh Menteri Belia dan Sukan .. iaitu golongan belia yang benar-benar menepati ciri-ciri belia. Menurutnya takrif umur belia ialah diantara 15 – 30 tahun menjelang 2018. Ianya selaras dengan agenda utama perubahan dalam Dasar Belia Malaysia yang akan dibentangkan tahun depan (BH, Nov.18, 2014).  Ya sudah tibanya masanya perubahan ini dilakukan kerana jika kita perhatikan di sekeliling kita hari ini persatuan-persatuan belia hampir semuanya di kuasai oleh golongan yang berumur 40 tahun ke atas dan yang lebih muda biasanya hanya menjadi ahli biasa atau pengikut sahaja. Jika ada pun persatuan yang sebenar-benarnya dipimpin oleh golongan belia yang berumur 30 tahun ke bawah, kebanyakkan nya hanya akan wujud setahun dua ..sebelum hilang bersama dengan pemimpin nya .. senario ini berlaku dikebanyakkan kampong, daerah dan negeri. Banyak tumbuhnya persatuan belia tetapi terkulai layu … begitu sahaja dan kebanyakkan wujudnya persatuan belia juga lebih terarah kepada sukan dan rekreasi … semata-mata … dan beberapa kerat persatuan belia di negara ini boleh mendabik dada dan bermegah menganjurkan aktiviti bersifat ilmuan dan pengetahuan seperti perniagaan belia atau bagaimana nak membantu anak-anak dalam kecemerlangan akademik dan sebagainya … mungkin ada..tetapi amat jarang dan sedikit sekali di negara ini …

Takrif baharu umur belia sudah lama dilaksanakan di kebanyakkan negara maju, namun Malaysia agak ketinggalan, kata YB Khairy. Memang benar sekali kerana takrif umur belia menurut Perhimpunan Agung PBB ialah antara 15-24 tahun manakala Bank Dunia pula mentakrifkan umur belia antara 15-25 tahun dan Belia Komanwel pula menyifatkan belia ialah yang berumur antara 15-29 tahun. Maka perubahan yang ingin dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan sangat relevan dengan perkembangan masakini. Dianggarkan terdapat lebih dari 40 buah persatuan yang berdaftar atas nama belia di seluruh negara  (Wikipedia, Nov.18, 2014) dan jika dibuat tinjauan atau kajian berapa ramaikah golongan belia yang menerajui persatuan-persatuan ini? Mungkin perkara ini juga saya cadangkan pihak Kementerian Belia dan Sukan boleh buat simple survey untuk kenalpasti kepimpinan belia di peringkat persatuan  sejajar dengan kehendak dan aspirasi DBM untuk mempercepatkan proses peremajaan golongan belia, mendidik dan memberi peluang mereka mempelajari aspek kepimpinan lebih awal (YB Khairy Jamaluddin, BH Nov.18, 2014).

Dalam konteks belia menjadi pemimpin, terutamanya sebagai pemimpin dalam parti politik, aku melihat PKR dan DAP sudah jauh ke hadapan berbanding parti-parti politik pemerintah yang rata-ratanya mempunyai YB berusia melebihi 40 tahun ke atas. Mungkin ada seorang dua YB parti pemerintah di negeri-negeri yang berusia di bawah 30 tahun tetapi ianya begitu sedikit sekali. Bukan niat nak mempertikaikan kewibawaan mana-mana ahli YB namun setiap kali pemimpin-pemimpin bercakap pasti terselit ungkapan yang paling popular, iaitu belia harapan negara .. belia pemimpin pelapis masa depan dan belia tunjang kepada kepimpinan negara tetapi sampai satu tahap .. belia-belia yang pintar..belia-belia yang ada kelulusan akademik yang hebat … tidak begitu mudah untuk mendapat tempat dalam parti-parti pemerintah . Malah parti-parti pemerintah lebih suka dan gemar mengambil calon-calon bekas penjawat awam yang berkedudukan tinggi, bekas guru agama dan orang-orang korporat yang berjaya ..kononnya mereka sudah matang..sudah ada kewibawaan sudah tahu selok belok tepis terajang mainan politik … maka golongan belia yang bersemangat sejak awal untuk menabur bakti yang penuh dengan idea-idea baru …akhirnya terpaksa akur … dan yang kecewa akan pergi ke kem sebelah berjuang atas perjuangan yang sama tetapi berbeza platform mereka. Inilah yang berlaku di dalam kebanyakkan parti-parti pemerintah … adakah mereka takut golongan-golongan muda ini yang bersuara lantang..yang mempunyai idea baru akan mengugat kedudukan atau peluang pemimpin-pemimpin yang lebih senior dalam parti ?? tengoklah dalam PRU 14 nanti berapa ramai golongan pemimpin belia yang akan menjadi calon parti pemerintah di peringkat nasional dan juga negeri-negeri … jika ianya melebihi 60 peratus .. maka benarlah ada transformasi kepimpinan dalam negara ini .. jika tidak..ianya tidak lebih daripada satu retorik semata-mata …Mengambil petunjuk atau cue dari kata-kata YB Khairy ‘beri peluang orang-orang muda tonjol bakat kepimpinan’ ekoran dari kenyataan DS Najib baru-baru ini yang menjelaskan bahawa parti bersedia memberi lebih ruang kepada golongan muda. Mungkin ada yang mencebik mulut kerana perkara ini sudah di sebut berulang kali namun proses ini amat-amat jarang berlaku. Sebab itulah aku katakan berapa ramai ahli DUN di negeri atau MP parti pemerintah yang berusia 30 tahun ke bawah berbanding PKR dan DAP. Aku tak masukkan PAS sebab rasanya PAS pun kurang memberi peluang kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin..maklumlaa..mungkin ilmu agama tak cukup lagii tuu … takut tersilap keluar fatwa pulak nantii …

Usaha ke arah memberi peluang golongan belia untuk menjadi pemimpin hatta di peringkat kampong pun perlu diberi perhatian kerana masyarakat hari ini memerlukan pemimpin yang aktif berfikir dan bertindak dengan cepat. Cara kepimpinan lama di kampong sudah tidak sesuai lagi .. dan aku ingin mencadangkan agar pentadbiran negeri Sarawak melihat keperluan untuk melantik tuai rumah dan ketua kampong yang berusia 40 tahun ke bawah, berpendidikan dan juga mempunyai idea-idea untuk memajukan kampong. Mungkin Pemanca dan Temenggong masih lagi di pegang oleh golongan yang berumur 50-60 tahun. Perlu ada had umor bagi setiap tuai rumah dan ketua kampong supaya mereka tidak memegang jawatan tersebut sehingga mati dan menjadikan pula jawatan itu sebagai warisan keluarga pula … begitu juga dengan jawatan Pemanca dan Temenggong … transformasi ini perlu kerana kampong dan rumah panjang amat memerlukan kepimpinan yang berwawasan, mempunyai idea dan mampu menganjakkan kemajuan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga idea-idea untuk membangunkan taraf pendidikan di kalangan komuniti mereka.

Di awal tadi aku menyebut tentang peranan persatuan belia yang banyaknya berfokus kepada sukan dan rekreasi semata-mata dan amat kurang yang memberi focus kepada usaha-usaha perniagaan, pertanian dan juga kecemerlangan pendidikan. Ada persatuan atas nama pertanian, atas nama nelayan atas nama pendidikan … tetapi semuanya menunggu bantuan kerajaan untuk bergerak dan berfungsi. Tiada dana..tiadalah aktiviti … untuk masyarakat kampong, terutamanya. Maaf cakap.. inilah realitinya persatuan yang kebanyakkan nya tidak di wakili oleh belia … kerana belia tidak mendapat manafaatnya. Aku harap YB Khairy terus terobos persatuan-persatuan belia yang layu … agar ianya dapat memberi manafaat kepada golongan belia untuk berkhidmat bakti ..terutamanya dalam kampong mereka sendiri..


Usaha ke arah meremajakan belia ini pastinya memberi nafas baru kepada golongan belia dan berharap.. jangan lah berpersatuan kerana nak merebut jawatan presiden, setiausaha, bendahari semata-mata ..selepas itu tak buat apa-apa untuk belia-belia di kawasan nya… berpersatuanlah untuk kemajuan belia..untuk kepentingan belia di kawasan .. ingat “the youth of today will never be the leader of tomorrow, if nothing is done to uproot the rot within the youth organization”

No comments:

Post a Comment