Hari
ini pun aku nak berkongsi pandangan seorang gadis Cina kenapa Malaysia semakin
teruk dilanda krisis identiti. Katanya aku
cukup tertarik dengan pandangan-pandangan Prof.Madya Dr. A.Rahman Tang Abdullah
mengenai penubuhan Malaysia. Amat jelas beliau sudah membuat kajian yang
mendalam tentang beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh ke arah
penubuhan Persekutuan Malaysia yang dibentuk oleh empat buah negara yang
merdeka, iaitu Negara Borneo Utara (Sabah), Negara Sarawak, Negara Singapura
dan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Pandangan beliau yang tidak berat
sebelah ditambah dengan teori dan hipotesis sungguh menarik perhatian aku
sebagai seorang peserta dalam seminar tersebut. Beberapa kenyataan nya amat
menarik perhatian aku, terutamanya apabila dia menyebut orang Cina Sarawak tak suka dengan
Cina Singapura dan Cina Semenanjung adalah amat tepat sekali kerana Cina
Sarawak masih mengekalkan identiti asal usul mereka sepertimana nenek moyang
mereka yang datang beratus tahun dahulu ke Sarawak (dan ini memberi kelebihan
kepada DAP).
Pun begitu aku kurang bersetuju
dengan pandangan beliau yang mengatakan punca sifat keCinaan dan rasis ini
adalah disebabkan sekolah aliran Cina dan juga amat tidak bersetuju dengan
cadangan beliau untuk menghapuskan sekolah aliran Cina. Sekolah aliran Cina
bukanlah masalah atau punca kepada perpecahan kaum atau sikap rasis. Di Sarawak
sekolah aliran Cina bukan sahaja dikhaskan untuk kaum Cina malah ianya juga
dibuka kepada kaum bumiputera seperti Iban, Melayu, Melanau dan sebagainya.
Sekolah aliran Cina di Sarawak adalah seperti sekolah-sekolah kebangsaan atau
sekolah mission lain yang menerima pelajar-pelajarnya dari semua etnik yang ada
di Sarawak. Justeru punca sikap rasis bukanlah berpunca daripada kewujudan
sekolah aliran Cina. Pada pandangan saya punca kepada perpecahan kaum atau
sikap rasis ialah daripada individu-individu yang dan NGOs yang sengaja ingin
menjadi jagoan dan dilihat sebagai hero dimata ahli-ahli politik yang berkuasa
.. dan memungkin dirinya atau mereka dalam ‘the corridor of power’ supaya
mendapat imbuhan atau limpahan kuasa daripada mereka.
Saya ingin mendedahkan senario masakini
yang wujud di negeri Sarawak dimana semakin ramai perkahwinan campur antara kaum
Cina dan bumiputera Kristian. Generasi ini melahirkan generasi yang keliru
dengan identiti mereka lantas mula mempengaruhi golongan yang kuat pegangan
keCinaan mereka. Pun begitu generasi inilah yang paling kuat tidak mahu
diidentifikasi sebagai Cina dan inginkan status mereka sebagai bumiputera
walaupun mereka sendiri berada dalam komuniti tersebut. Kumpulan inilah yang
paling kuat mencabar perlembagaan negeri yang memperuntukkan klausa
mempertahankan hak bumiputera dalam negeri Sarawak. Contoh terbaik ialah cerita
seorang wanita yang cekal, iaitu Magdeline. Beliau adalah hasil dari kawin
campur antara seorang lelaki Cina dengan wanita bumiputera Kristian. Disebabkan
beliau bukan berstatus bumiputera beliau tidak layak untuk mewarisi tanah
keluarga seluas 934.8 kaki persegi. Akibatnya beliau terpaksa mewariskan tanah
tersebut kepada tiga orang anaknya dan kes ini masih lagi belum selesai
sehingga kini (Borneo Post Online, 2014). Beliau tidak tahu sepatah haram pun
bahasa Cina dan hanya boleh bertutur dalam bahasa Iban, iaitu bahasa ibu nya.
Inilah salah satu contoh kes yang melibatkan hak-hak bumiputera dan banyak lagi
kes seumpama ini berlaku di negeri Sarawak. Dengan peningkatan kaum belia
Cina yang mempunyai 70% darah bumiputera,
raut wajah tiada iras kaum Cina, tetapi menggunakan nama Cina..dan tidak
menikmati status bumiputera. Golongan inilah yang menjadi api dalam sekam yang
akan mencetuskan fenomena tidak puashati terhadap pemerintah dan akhirnya boleh
menjatuhkan kerajaan pada masa akan datang. Pada masa yang sama ada anak kahwin
campur yang hanya 50 peratus berdarah bumiputera, mengguna nama bumiputera walaupun raut wajah keCinaan disebabkan ayah mereka adalah
bumiputera, mereka menikmati status bumiputera. Perbezaan ini menjadi duri dalam
komuniti Cina dan luka ini menjadi jurang yang sukar diubati dalam masyarakat
negeri Sarawak.
Meskipun ada peluang diberi
oleh kerajaan negeri untuk anak-anak kahwin campur, iaitu ayah keturunan Cina
dan ibu keturunan bumiputera, untuk memohon status bumiputera, melalui Mahkamah
Bumiputera, perkara ini masih lagi satu polemik yang tiada kesudahan nya kerana
sehingga kini apa yang berlaku (kebanyakkan permohonan dibekukan, kecuali
mereka anak orang kenamaan, ahli politik). Malah ada permohonan sudah
melangkaui 30 tahun lamanya untuk mengenalpasti samada anak itu layak diberi
status bumiputera. Mungkin perlu check DNA mana yang lebih dominan kot. Golongan-golongan
yang tidak berpuashati ini telah mengemukakan kes mereka kepada pihak PKR dan
memohon bantuan daripada wakil PKR, iaitu YB Baru Bian, ADUN Ba Kelalan yang
kebetulan beristerikan orang Cina. Suara orang-orang yang kecewa ini menjadi
suara yang menyokong usaha PKR untuk memerangi dan menangani ketidakadilan yang
diberikan kepada anak-anak kahwin campur (Barubian.net, 2011). Kes-kes seumpama
ini sering terpampar di akhbar utama negeri dan juga nasional, bila mana
anak-anak kahwin campur ini tidak diberi hak yang sepatutnya, terutamanya dari
segi soal pendidikan. Bila ini berlaku barulah pihak berkuasa berusaha nak
selesaikan isu .. macam kerja Bomba pulak kan … bila kebakaran berlaku barulah
nak padamkan api .. sedangkan api itu sudah lama makan didalam…
Sebagai anak Cina 100 peratus,
saya percaya kerajaan pusat mengetahui perkara ini berlaku tetapi kenapa tiada
tindakan diambil untuk menangani kes-kes seumpama ini. Saya percaya anak-anak
kahwin campur ini apabila dewasa, pastinya memberontak dengan keadaan yang
mereka hadapi. Walaupun mereka dilahirkan di bumi ini, belajar bersekolah dan
mendapat ilmu dibumi ini..tetapi mereka tetap tidak dianggap sebagai anak
bumiputera ..sedangkan mereka sendiri pun tidak tahu berbahasa Cina atau
Mandarin. .. dan mereka ini saya pecaya adalah berpotensi untuk tidak mengundi
parti-parti kerajaan yang memerintah pada masa ini. Harapan saya ialah samada
kerajaan pusat atau kerajaan negeri berusaha untuk mempastikan isu ini
ditangani dan diselesaikan dengan cara yang baik, berhemah dan segera.. kerana
api dalam sekam adalah bahaya sekali .. umpama gunung berapi yang
bertahun-tahun menahan laharnya dari meletus keluar .. sekali ianya meletup
..bara nya sukar untuk ditangani..dan dipadamkan walau ada segala nenek Bomba
sekalipun...
Pandangan
aku : apa yang dikatakan oleh anak gadis ini ada benar nya kerana aku juga
pernah berkerja dengan beberapa rakan yang menghadapi masalah yang sama.
Walaupun mereka merupakan penjawat awam..dan mendedikasikan hidup mereka serta
berjuang untuk kepentingan negeri Sarawak..namun mereka tidak juga mendapat
status bumiputera sekian lamanya .. mereka sendiri pun tidak tahu berbahasa
Cina atau Mandarin.. namun terbaiknya sikap mereka ialah … sentiasa menyokong
segala usaha kerajaan dalam membangunkan negeri Sarawak. Ini berlaku kepada
orang yang memegang prinsip Rukun Negara ..walaupun pada dasarnya … aku percaya
mereka juga kecewa dan terkilan dengan apa yang berlaku ke atas diri serta
keluarga mereka. Apakah fenomena non-natives
with native features and heritage ini akan menjadi penentu
kepada survival parti-parti politik pemerintah sedia ada, pastinya menarik
untuk dibuat satu kajian dalam sosio politik negeri Sarawak.
Sepertimana
ungkapan-ungkapan orang-orang berkuasa sering lafazkan .. the future of the nation lies upon the youth of today maka
fikirkanlah bahana nya jika masalah the
youth of today tidak dapat DISELESAIKAN dan DITANGANI oleh the leaders of today dengan baik.
No comments:
Post a Comment