Bila
harga petrol diumum semalam .. aku terpikir samada nak menangis kerana sedih
(bukan gembira ya..) atau ketawa (sebab rasa tersangat lawak). Lama juga aku
termenung dan berpikir .. samada aku yang tersalah dengar …. atau menteri yang
tersalah umum. Hmmm bila berita (paling cepat media sosial laaa..) tersebar …
aku akui akulah yang tersalah dengar .. memang pengumuman itu betul. Ya … harga
petrol RON97 sudah diturunkan oleh kerajaan sebanyak RM0.20 sen daripada harga
RM2.75 kepada RM2.55. Tahniah. Langkah yang bijak oleh kerajaan. Ehhh .. tunggu
sekejap! Tunggu!! Kenapa ramai yang masih marah nie?? … aaa… rupa-rupanya kerajaan tak turunkan harga petrol RON95!! ..
laaa kenapa gitu?? Kerajaan tak tahu ka yang hampir 90 peratus rakyat negara
ini menggunakan petrol RON95!! Petrol RON97 kebanyakkan digunakan oleh
orang-orang yang duit nya tak pernah susut .. duit tak reti nak abiss… yang
pakai Mesidis, BMW, Audi, WakSegan, Ferrari, Porsche, Bentley, Jaguar, Maserati
dan yang sama hebat dengan nya …
Aku
tak tau la samada RM0.20 sen penurunan dari RON97 tu akan beri impak kepada
kehidupan rakyat biasa ..sebab aku pasti yang guna RON97 pun tak rasa apa-apa
kot .. aku cuma tau yang bas sekolah dan bas berhenti-henti atau bas perjalanan
jarak jauh tak guna RON97 … mereka cuma guna diesel jer.. maka memang sah la
tambang bas tak akan turun … aku juga tau lori-lori yang angkut barang
keperluan harian rakyat seperti beras, gula, tepung, telor, ayam, sayur dan sebagainya
pun guna diesel atau pun RON95 … maka sahihlah harga barangan tak akan turun ….
tak ada kaitan langsung pun.. moto kapcai pun guna RON95 … hmmm…. Ya la kan..
mana nak guna RON97 … he he he …itu gila namanya kalau moto yang hanya 100cc
pun nak pakai RON97.. sebab yang hantar paper ..suratkhabar banyak guna kapcai
jer …. Tapi jangan susah hati la semua … harga petrol di negara lain semuanya
lebih mahal dari harga petrol di Malaysia… kita masih lagi untung laa..macam
itu kan … tak pecaya … Indonesia pun sudah naikkan harga petrol mereka… dan
kalau mengikut khabar angin puting beliung rebut taufan … banyak lagi negara
akan menaikkan harga petrol mereka..untuk pastikan harga petrol di Malaysia
sentiasa lebih murah dan lebih rendah daripada mereka ….
Maaf
la menteri kalau tulisan aku ini macam ada kurang ajar sikit … tak terlintas
nak kurang ajar kepada menteri atau nak mengajar menteri bagaimana nak jalankan
tugas .. meskipun kedudukan menteri Perdana Menteri yang tentukan .. tetapi
kedudukan menteri di kawasan sebagai wakil kepada rakyat... rakyat yang
tentukan … kerana percaya menteri pasti boleh tolong sama rakyat marhaen … gaji
Menteri nak naik … naik la..tapi jaga lah juga kehidupan rakyat … “dikhabarkan sekarang untuk Malaysia mereka
yang kurang RM3,600.00 adalah golongan miskin” .. kata Tengku Razaleigh
Hamzah (Sinar Harian, Oktober 17, 2014) adalah satu peringatan bahawa Malaysia
masih belum lagi mencapai sasaran negara
berpendapatan tinggi lagi .. oleh itu lihat-lihat
disekeliling..tinjau-tinjau lah kehidupan rakyat biasa .. dan rasailah denyut nadi
mereka untuk menyusuri kehidupan ini… pernah aku terbaca kata-kata seorang ahli
politik yang mengatakan .. kebanyakan ahli YB Menteri … tidak pernah merasa
hidup susah … perkataan ‘kesusahan’ tidak ada dalam kamus hidup mereka … betul
ke begitu ? Memang la benar pepatah mengatakan ‘ukurlah baju di badan sendiri’ dalam pengurusan hidup .. malah
saranan dan nasihat untuk sentiasa berjimat cermat dalam segala hal agar dapat
membina kehidupan yang baik yang mampan yang sejahtera untuk diri dan keluarga
…namun rakyat marhaen ingin juga menikmati hidup yang dilimpahi dengan makanan
yang berkualiti … hiburan yang berkualiti ..pendidikan yang berkualiti dalam
sebuah negara yang mempunyai misi dan visi ke
arah negara yang berpendapatan tinggi.
The war cry ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ must
be re-visited to be relevance to the present situation .. or else it will just
be another rhetorical slogan to appease the masses during the election campaign
.. Allahu Akbar .. semoga negara ini terus aman sejahtera hendaknya.
No comments:
Post a Comment