Aku
pernah terdengar orang berkata .. atau bejako (bahasa Iban Sarawak) .. ‘apa ada
pada nama’ … dan aku pun tertanya-tanya ..apa maksud atau apa pengertian
kata-kata itu. Pada pandangan aku nama seseorang itu penting … sebab itulah
setiap manusia di beri nama ..samada nama yang panjang atau nama yang pendek .
..dan tak pernah lagi aku jumpa orang di beri nama ‘oii’ .. tapi nama keluarga
OOI ada .. tapi bukan ‘oii’ seperti panggilan Aziz Satar kepada Singh yang jadi
Pak Guard dalam filem ‘Seniman Bujang Lapok’ . Singh tu langsung tak menjawab
..sebab nama dia bukan ‘oii’.. begitulah penting nya nama pada seseorang
sehinggakan tersalah eja nama pun boleh mengubah segalanya.. kalau macam nama
aku pendek saja..senang orang nak ingat kan …
tapi bila tengok nama generai Y sekarang ..mak aiii!! ..panjangnya.. ada
yang berjela-jela nama..sampai susah nak sebut … camana la guru-guru dia nanti
nak panggil kan … berbelit belit la lidah orang nak sebut..
Pada
aku nama seseorang itu penting .. tersangat la penting ..malah bila kita ada
binatang peliharaan pun kita beri bermacam-macam nama .. itu yang aku heran
bila orang sebut ‘APA ADA PADA NAMA’ … sebab nama itu boleh menjadi pujaan atau
boleh menjadi tohmahan orang ramai. ..maka sebab itulah orang selalu diingatkan
agar memberi nama anak dengan nama yang baik-baik … tak tau la..ikut persepsi
mana yang baik berdasarkan etnik masing-masing … sebab bermacam nama pelik
dalam beberapa etnik yang pada kita menjadi gurauan ..tetapi dalam etnik dia
mungkin satu nama yang unik dan memberi makna yang baik … justeru jangan la
buat main nama-nama kawan yang berasal dari etnik lain … seperti kawan saya
yang ada surname OOI ..tak kan nak panggil ‘ooi’ saja kan? He he he… ada orang
boleh terima gurauan ..ada orang tidak … seperti orang yang ada nama GUNTUR …
kalau dalam bahasa Sarawak GUNTUR tu guruh … he he he… kesian kawan selalu
menjadi bahan gurauan bila cuaca tak baik ..kan …
Jadi
..apa ada pada nama ? Orang yang berjasa ..ternama.. nama nya akan dipuji dan dipuja.. macam Tun
Mahathir ..sebut jer nama dia..semua orang kenal..satu dunia kenal siapa Tun
Mahathir … dan sinonim dengan apa … kalau aku..aku kaitkan Tun Mahathir dengan
Putrajaya ..dan kejayaan nya membawa Malaysia di pandang oleh dunia .. kalau
artis .. nama-nama glamer seperti Awie ..Erra..Siti Nurhaliza dan sebagainya
menjadi idola dan pujaan.. semata-mata kerana nama mereka … kalau pemain
bolasepak ..satu dunia tahu siapa Lionel Messi..Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney
… dan Pele ..walaupun ada yang tak pernah tengok bagaimana Pele main bolasepak.
Dalam dunia badminton..sapa tak kenal Lee Chong Wei .. Lin Dan atau Morten
Frost Hansen ? ..banyak lagi ahli sukan yang mempunyai nama besar.. Novak Djokovic,
Nicol Ann David dan sebagainya … dan nama-nama besar dalam sukan ini merupakan
jutawan… hasil dari usaha gigih…usaha keras mereka mencapai kejayaan … dengan
nama sahaja mereka memperolehi pendapatan seperti David Beckham …dan Maria
Sharapova … yang meraih jutaan ringgit melalui iklan-iklan produk yang
menggunakan nama mereka sebagai model .. itulah pentingnya nama …
Pembunuh,
perogol, perompak, penyamun pun ada nama ..tetapi siapa nak kenal dengan
mereka?? Nama-nama pembunuh terkenal seperti Dr.Hannibal .. Jack The Ripper
mungkin benar dan telah dijadikan cerita zaman berzaman .. mengingatkan
masyarakat betapa manusia sekejam itu pernah hidup menghantui masyarakatnya …
ingatlah pepatah melayu lama ‘Manusia mati meninggalkan nama, harimau mati
meninggalkan belang’ … yang menjelaskan bahawa nama seseorang itu akan dikenang
..diingat dan disebut-sebut oleh masyarakatnya samada dia orang yang berjasa
kepada masyarakat ..atau orang yang telah membuat onar dalam masyarakat …yang
dijadikan contoh-contoh..kepada generasi seterusnya .. contoh baik dan contoh
tidak baik … maka nama itu penting untuk dijaga dan di pertahankan melalui
kelakuan, tuturkata dan juga cara pergaulan dalam masyarakat.
Pun
begitu ..pada aku meskipun nama itu penting … aku tidak akan melenting jika
orang panggil aku dengan nama ayah aku … atau orang tersalah sebut … ada orang
akan marah-marah atau melenting bila orang tersalah sebut namanya … itu terlalu
sensitif … kita haruslah bertolak ansur kerana sebagai manusia kita tidak mampu
mengelak dari membuat kesilapan … ada orang melenting bila tersalah sebut
jawatan atau pangkat mereka dalam masyarakat … dan yang ini aku persoalkan… ‘ada
apa dengan gelaran atau pangkat?’ .. ha ha ha .. ada orang maki aku dulu
..sebab aku tak sebut Dato .. aku juga pernah kena sindir sebab tersalah sebut jawatan
seseorang … he he he… begitulah pentingnya gelaran dan pangkat pada mereka
hingga sanggup memaki orang depan orang ramai … bila aku ingat balik … hemmm …
tak kemana la juga gelaran dan pangkat tu ..bila mati nanti …kan?? Masa mati
malaikat tanya tak pasal gelaran dan pangkat????? …. Gelaran dan pangkat tak di
bawa mati … hanya tercatit di batu nesan jer … da nada juga sepsis manusia yang
tak nak bergaul dengan orang yang tak sama pangkat dengan nya atau berpangkat lebih
rendah darinya… ha ha ha … malah tak nak tegur pun ada … ha ha ha ..itulah
karenah manusia yang melihat pada gelaran dan pangkat …semata-mata …
Pentingnya
menjaga nama sehingga orang tua kita sering menasihat .. jaga lah nama baik dan
maruah keluarga .. kepada anak-anak mereka ..apabila anak sudah dewasa dan
merantau di tempat orang lain… maka frasa ‘Apa Ada pada Nama’ … perlu dilihat
dari pelbagai aspek … justeru jagalah nama kita sebaik mungkin melalui
tuturkata, perlakuan, tingkahlaku dalam pergaulan … walaupun nama diberi nama
yang cukup pendek … aku bangga sebab nama aku ada dalam setiap buku dai tadika
sehingga ke peringkat IPTA … ha ha ha …
No comments:
Post a Comment