Hanya Bumiputera layak
dikecualikan bayar hutang PTPTN,
kata NGO Melayu (The Malaysian Insider, Nov.23, 2014) dianggap
sebagai satu kenyataan yang ekstrim dan melampau termasuk orang-orang Melayu dan
bumiputera sendiri. Kenyataan melampau dan ekstrim oleh beberapa individu dan
NGOs seolah-olah mencerminkan Malaysia kini sedang bergerak ke arah satu hala
yang negatif dan boleh memporak perandakan perpaduan kaum negara ini. Keadaan
ini dijadikan lebih buruk lagi apabila terdapat orang-orang Melayu Islam yang
didapati berjuang bersama dengan kumpulan pengganas IS dengan alasan berjihad,
termasuk golongan wanita. Imej Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan
kesederhanaan semakin terjejas di mata dunia. Malah pengharaman penggunaan
sebutan Allah dan beberapa sebutan yang berkaitan kepada komuniti bukan Islam
mendapat banyak reaksi negatif oleh negara-negara luar. Malaysia kini dilihat
sebagai sebuah negara yang konservatif oleh masyarakat luar termasuk
negara-negara Islam sendiri. Pun begitu pendekatan
kesederhanaan yang dipromosikan oleh DS Najib melalui GMM (Global Moderate
Movement) mendapat pengiktirafan oleh negara-negara
anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) baru ini semasa sidang APEC di
Beijing, China.(Utusan Online, Nov.8, 2014). A.Kohilan Pillay, Timb.Menteri
Luar menjelaskan GMM anjuran Perdana Menteri bukan sahaja di iktiraf oleh
negara-negara APEC, malah Pertubuhan
Negara-negara Asia Tenggara (Asean), Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM),
Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) dan Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM)
juga mengiktiraf pergerakan tersebut termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barrack
Obama (Malaysiakini, Nov.22, 2014).
Apakah
pengiktirafan di peringkat dunia dapat diterjemahkan kepada menangani ektrimis melampau dalam negara? Jika dilihat
kepada ektrimisme di negara luar, ektrimis di negara ini tidak lah begitu teruk
.. namun ianya harus ditangani lebih awal agar ianya tidak terus merebak
seperti api yang marak. Kegelisahan dan keresahan dikalangan sebahagian
masyarakat ialah kenapa pihak berkuasa terlalu lambat untuk mengambil tindakan
terhadap individu-individu atau NGO yang seringkali mengeluarkan kenyataan
rasis serta penghinaan ? Pihak berkuasa umpama ‘sudah terhantuk baru mengadah’ sedangkan
tools of law sedia ada tidak menghalang mereka untuk mengambil tindakan.
Politik perkauman di Malaysia wujud sejak sebelum merdeka dan sehingga kini
ianya masih berterusan dan ini dibuktikan melalui nama parti sendiri dan
keahlianya. Antaranya ialah UMNO ditubuhkan untuk menjaga hak dan kepentingan
Melayu sepertinya MCA untuk kaum Cina dan MIC untuk kaum India. Cerminan kepada
perkauman ini sangat jelas walaupun awalnya gabungan tiga parti ini membawa
kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Pun begitu, perjuangan hak dan kaum masih lagi
wujud sehingga kini…sebab itulah suara-suara seperti ISMA, PERKASA, HINDRAF dan
DONG ZONG masih lantang bergema. Usaha-usaha ke arah kepartian yang tidak
beridentitikan kaum sukar dilaksanakan kerana mana mungkin UMNO, MCA dan MIC
akan menukarkan nama parti mereka yang sinonim dengan apa yang mereka
perjuangkan. Di sinilah letaknya kesukaran untuk menterjemahkan gerakan
kesederhanaan seperti yang dianjurkan oleh DS Najib. Satu ketika dulu PBDS
sebuah parti Dayak yang berjuang di atas landasan perkauman tidak mampu
bertahan kerana komuniti Sarawak sukar menerima perjuangan yang hanya mementingkan
satu kaum sahaja sejak dari dahulu lagi malah parti-parti politik yang wujud
walaupun berimej perkauman tidak mencerminkan perjuangan kaum berdasarkan pada
nama-nama parti. Parti PBB ialah parti gabungan kaum-kaum bumiputera di
Sarawak, SUPP, SNAP, PRS, SPDP semuanya mempunyai gabungan ahli dan pemimpin
yang pelbagai kaum berbanding parti-parti politik di Semenanjung. Berlandaskan
premis ini, apakah kesederhanaan yang cuba di terapkan oleh DS Najib akan
berjaya mengurangkan ekstrimis dan pelampau dalam negara yang sering melaungkan
perjuangan untuk mempertahankan hak masing-masing. Mampukah DS Najib
menggunakan GMM atau Pergerakan Kesederhaan Global untuk mengimbangi
gerakan-gerakan melampau dalam negara dan memulihkan imej negara yang tercalar
akibat beberapa insiden ekstrim yang melibatkan kaum dan agama.
Kegelisahan
dan keresahan sebahagian masyarakat terhadap ekstrimis agama dan kaum di negara
ini umpama gunung berapi yang suatu
hari nanti akan meletup dan laharnya sukar untuk di bendung. Saban hari
terdapat respon dan reaksi negatif dalam laman media sosial yang mencerminkan
tahap-tahap kebencian yang menyentuh kaum lain. Contohnya satu posting yang memaparkan
kenaikan pangkat dalam sebuah jabatan kerajaan yang hanya diberi kepada kaum
Melayu sahaja … sementara satu kaum lagi diletak dalam simpanan.. telah
mendapat respon yang tidak baik dan perlbagai tuduhan dilemparkan kepada kaum
Melayu. Tuduhan-tuduhan itu mencerminkan bahawa Melayu Islam diberi banyak
keistimewaan berbanding bumiputera lain walaupun dari segi kelayakan ada
bumiputera lain yang lebih baik daripada kaum Melayu itu sendiri. Ketidakpuasan
ini wujud dalam hampir setiap organisasi sector awam, terutamanya di peringkat
persekutuan. Inilah realiti yang harus diperbetulkan oleh pihak berkuasa kerana
ianya juga merupakan api dalam sekam yang satu ketika nanti akan marak dan
mencetuskan kebakaran yang tidak akan mampu dibendung. Ketidak puasan beginilah
yang mencetus gerakan-gerakan seperti SSKM, S4S dan juga SAPA di kedua-dua buah
negeri wilayah Borneo dan jika ada yang mengatakan ianya isu terpencil ..
lihatlah nanti natijah daripada tidak memberi perhatian dan menangani dengan
serius perkara ini.
No comments:
Post a Comment