Friday, December 26, 2014

Oii! TAK PAHAM LAGiii KA ?

Lama juga aku tak menulis entri dalam blog aku nie … untuk entri kali ini aku nak tulis sedikit tentang sikap ‘jakun’ dan tak memahami sebahagian masyarakat kita yang masih lagi mempertikaikan tentang agama orang lain … aku rasa selepas Malaysia wujud sejak 50 tahun lalu … dengan kemajuan teknologi dan pembangunan pendidikan .. sudah tidak ada persoalan tentang pengamalan kepercayaan agama … yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan juga dalam Rukun Negara … rupa-rupanya aku tersilap ..sebab masih wujud sekolompok manusia yang meragui amalan agama kaum lain ..yang dirasakan bertentangan dan didakwa boleh merosakkan kepercayaan orang-orang Islam di negara ini … sejujurnya aku bukan seorang ulama yang akan mengulas halal..haram ..harus atau makruh … aku cuma rasa terkilan dengan sikap sesetengah orang Islam yang melihat agama lain sebagai satu ancaman kepada akidah dan kepercayan mereka .. setelah begitu lama hidup dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum..berbagai kepercayaan dan kebudayaan …

Aku terkilan kerana merasakan bahawa ketaksuban sesetengah golongan ini yang mempertikaikan amalan percayaan orang lain boleh menyebabkan negara ini berpecah belah … sudah sekian lama kita sama-sama raikan Perayaan Krismas, Deepavali, Hari Wesak, Thaipusam, Gawai Dayak dan juga Pesta Kaamatan … sepertimana golongan  Islam meraikan Hari Raya Aidil Fitri dan juga Aidil Adha. Mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada teman-teman serta rakan-rakan bukan Islam … tidak akan mengubah pendirian atau agama seorang Islam … sama juga seperti rakan-rakan bukan Islam yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri … tidak akan menjadikan mereka seorang Muslim … amalan memberi ‘ucap selamat’ dikalangan masyarakat sudah lama diamalkan sebagai tanda persahabatan dan juga perpaduan .. dan tidak pernah pun ada orang Islam menukar agama kepada Kristian, Hindu dan sebagainya hanya semata-mata memberi ucap selamat kepada rakan mereka ..atau keluarga mereka … sungguh cetek pandangan golongan yang mengatakan bahawa memberi ‘ucap selamat’ itu merupakan cara golongan tertentu untuk mempengaruhi orang-orang Islam.
.. cuba la tingkatkan usaha untuk memperkukuhkan keimanan dan akidah orang-orang Islam .. melalui aktiviti atau program-program yang mampu menarik minat golongan muda … yang bukan hanya bersifat keagamaan semata-mata. ..cuba cari kaedah bagaimana cara paling baik membantu umat islam yang miskin..fakir yang amat memerlukan makanan..dan tempat tinggal … alangkah baiknya jika pertubuhan-pertubuhan yang berlandaskan Islam ini bergabung …mencari dana dan memikirkan cara untuk mengangkat ekonomi orang islam daripada mencari kesalahan orang-orang bukan islam dan menganggap mereka sebagai ancaman dan musuh .. terlalu kerap menuding jari kepada golongan bukan islam..orang Islam pula lupa ..tiga lagi jari menuding kepada diri mereka sendiri … orang Islam ada Baitulmal dan Pusat Pungutan Zakat ..tetapi masih ramai fakir miskin tidak mendapat nikmat atau faedah daripada nya … banyak rungutan dan komplen ditujukan kepada baitulmal dan pusat zakat kerana gagal membantu orang-orang Islam yang amat memerlukan bantuan … mungkin sudah tiba masanya baitulmal dan pusat zakat mempamerkan laporan kewangan tahunan mereka kepada orang awam … supaya dapat dilihat ke arah mana aliran wang pungutan itu disalurkan .. adakah ianya 80% disalurkan kepada golongan yang memerlukan ka atau 80% itu disalurkan untuk pentadbiran dan pembangunan semata-mata … dan untuk mengelak persepsi negatif..lebih baik pentadbiran baitulmal dan pungutan zakat mempamerkan laporan kewangan tahunan mereka kepada awam melalui penyiaran surat khabar … sama juga pertubuhan-pertubuhan Islam lain … daripada asyik nak keluar statement yang kontroversi dan sering mengguris perasaan orang bukan Islam .. elok mereka buat aktiviti yang memberi faedah kepada orang-orang Islam …

Maaf cakap ..kerana sejak kebelakangan ini semakin ramai pertubuhan-pertubuhan ingin menjadi ‘champion’ bangsa dan agama .. hingga mencetuskan pelbagai rasa tidak senang dikalangan golongan bukan Islam … dan jika mereka bergabung ..golongan bukan Islam merupakan golongan yang majority di negara ini … ditambah lagi dengan beberapa individu yang merasakan diri mereka begitu ‘sempurna’ hingga melihat segala tindak tanduk orang lain sebagai salah segalanya … bak kata omputih ‘please grow up’ dan cuba bersikap matang … DS Najib dengan menteri-menteri kabinetnya berkobar-kobar penuh semangat mengibarkan slogan semangat 1Malaysia … yang menuntut setiap individu negara ini untuk memahami..menghayati dan menerima segala apa jua kekurangan setiap kaum.. DS Najib dengan penuh semangat mengajak setiap individu negara ini untuk membuangkan sikap prejudis..dan menggunakan kewarasan akal untuk memastikan negara ini terus bersatu padu.. malah DS Najib sanggup menerima kritikan daripada kawan-kawan sendiri semata-mata nak memperjuangkan 1Malaysia … maka jika masih adalagi golongan manusia yang tidak mampu menerima atau memahami erti perpaduan negara .. amat malanglah bagi Malaysia .. kerana selepas kewujudan Malaysia sejak 16 September 1963 … iaitu 51 tahun yang lalu … sedangkan negara lain sudah mula mengorak langkah untuk memperkukuhkan lagi perpaduan yang ada agar mereka boleh menjadi lebih maju ..

persoalan nya apakah negara Malaysia akan ‘mengundur’ ke belakang dengan pelbagai pertubuhan yang semakin rancak mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasis dan sentiment perkauman tanpa mampu dibendung oleh undang-undang?

Merry Christmas and Happy New Year to all my friends, acquaintances and family members. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi negara ku Malaysia . 

No comments:

Post a Comment