Bak
kata bidalan .. ‘berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul’ .. hanya mangsa-mangsa banjir yang tahu betapa
perit dan derita nya mereka pada ketika ini … walau simpati mencurah-curah …
bantuan datang berlimpah … tiada siapa dapat merasai kehancuran hati nurani
mereka ….terkenang kemusnahan kehidupan mereka yang hilang segala-galanya …
rumah ranap berkecai … harta benda hancur rosak …. segala tanaman dan ternakan …
musnah hilang … yang tinggal pada mereka hanya semangat untuk meneruskan
kehidupan .. siapa tahu perasaan mereka yang trauma akibat kemusnahan yang
melanda … hanya doa dapoat kita berikan .. semoga mereka terus tabah dan redha
dengan apa yang berlaku … bagi aku yang hanya melihat dari jauh dan mendengar
keluhan kawan-kawan dan rakan … aku hanya mampu berdoa dan merasai kesedihan
mereka melalui video-video yang memaparkan kemusnahan dan kehancuran tempat
tinggal serta harta benda mangsa mangsa banjir…
Aku
tak pasti apa yang kaki fitnah..kaki putar belit fakta .. macai-macai yang
ditugaskan untuk memporak perandakan masyarakat ..nampak semasa musibah banjir
melanda negara kita … aku pasti yang mereka nampak hanya kumpulan mereka sahaja
yang terbaik .. yang sempurna .. hinggakan mereka memBUTAkan mata mereka kepada
segala usaha yang dilakukan oleh pemerintah … usaha-usaha yang dilakukan oleh
jentera bantuan .. sukarelawan… NGOs … tak kan mereka-mereka itu ber’drama’
atau ber’sandiwara’ ? Tak tau la pulak kan..samada puak-puak kaki fitnah, putar
belit fakta atau macai-macai laa… bila mereka ..meredah banjir dalam hujan …
mengangkat barang-barang bekalan dan keperluan dan bertemu dan meninjau kawasan
itu..adalah drama dan lakonan semata-mata … jangan kerana benci dan dendam … sanggup
memBUTAkan hati pulak ke atas segala usaha-usaha murni yang dilakukan oleh
orang lain …
Lagi
satu golongan yang pelik ialah golongan kaki sebar MAKLUMAT PALSU … yang entah
apa kejadah haram perangai mereka hingga sanggup buat macam tu … oiii .. satu
hari nanti terkena kat keluarga sendiri .. baru padan muka … cuba
ingat-ingatkan hidup kita ini umpama roda.. hari ini giliran mereka ..entah
esok lusa .. mungkin giliran kita pula .. jadi berHENTIlah daripada nak menjadi
‘wartawan segera’ di laman media sosial atau mana-mana platform … tiada untung
dan faedahnya bagi kita edar maklumat yang tidak sahih .. silap-silap nanti
makan diri .. merengkok dalam pagar besi … jika nak ‘share’ sekali pun ber’INGAT’
dahulu … tanya dulu .. jangan la memandai-mandai kata Hattan dan Warigh.. jika
tak suka pada kerajaan pun… sekurang-kurangnya ada perasaan dan hati untuk
merasai kepedihan dan kesedihan … lain laa kalau golongan-golongan penyebar
MAKLUMAT PALSU ..golongan pemFITNAH .. golongan PUTAR BELIT nie bukan manusia
yang dicipta Tuhan Yang Esa … sedangkan BINATANG pun ada kasih sayang nya dalam
keadaan tertentu … jangan la jadikan diri lebih rendah sifatnya daripada seekor
binatang yang tidak diberi AKAL .. untuk berfikir buruknya kesan dan impak
hasil FITNAH .. PUTAR BELIT FAKTA .. dan MAKLUMAT PALSU …
Sepertimana
yang aku katakan awal-awal tadi … kita tidak merasai kesejukan hujan .. kita
tidak merasai derasnya air banjir .. kita tidak merasai keresahan kegelisahan
mengenang rumah dan harta benda lain .. kita tidak merasai kegusaran tentang
keselamatan keluarga kita … hanya mangsa-manga banjir yang merasai semua
keperitan ini … hanya yang turun padang .. yang menghulur bantuan yang merasai
kepayahan ini … bagi kita yang masih lagi dalam keadaan keselesaan … hulurkan
derma .. berilah doa dan BERHENTILAH daripada menabur FITNAH ..menyebar
MAKLUMAT PALSU … grow up and be matured
enough to know what should and what should not be done in this tested time for
all Malaysians..
No comments:
Post a Comment