Friday, January 2, 2015

DIBUAT SALAH .. TAK BUAT PUN SALAH..

Orang Berbudi, Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa ..begitulah seharusnya yang berlaku di Kelantan … ingatkan selepas usaha bertungkus lumus kerajaan persekutuan dan kepimpinan nya membantu menghulurkan bermacam-macam bantuan …  kepimpinanan kerajaan negeri sekurang-kurang nya akan mengucapkan TERIMA KASIH ..tetapi sebaliknya kepimpinan kerajaan negeri dan beberapa pemimpin parti itu membidas dan mengutuk usaha baik kerajaan persekutuan … sedangkan semasa banjir hebat melanda negeri mereka kelibat-kelibat pemimpin-pemimpin yang lantang bersuara ini langsung tidak kelihatan … langsung tidak bersuara … sungguh jelas sekali bahawa kepimpinan parti itu yang berteraskan agama Islam tidak mempunyai KESYUKURAN dalam diri mereka .. apabila banjir mula surut di negeri mereka … tiba-tiba ada suara-suara pemimpin mereka yang sepanjang banjir melanda ..membisu seribu kata!! .. berjuta-juta RM di suarakan kerajaan persekutuan untuk membaik pulih segala infra struktur yang musnah … malah PM berjanji untuk menyediakan rumah sementara kepada penduduk di Kuala Krai yang terjejas teruk akibat banjir … apa yang kepimpinan negeri buat ?? Tak dengar apa-apa pun selain mengutuk usaha kerajaan persekutuan !! … bukan lah aku nak memihak kepada kerajaan persekutuan .. tetapi itulah yang berlaku kerana pada ku .. yang baik seharusnya kita terima .. sekurang-kurang nya mengucapkan Terima Kasih kepada orang yang menghulur bantuan … jangan asyik nak mendoakan kemusnahan orang lain sahaja!!. Sesungguhnya aku kagum dengan usaha-usaha kerajaan persekutuan yang menyediakan pelbagai bantuan semasa dan selepas banjir dengan mengenepikan ideologi politik … walaupun 70% daripada penduduknya tidak pun mengundi parti mereka …

Ada seorang lagi mat politik yang kerjanya hanya menyalak … turun membantu nya tidak … semasa kerajaan persekutuan mengurangkan subsidi minyak..dan harga minyak naik dialah orang pertama yang MENGUGUT kerajaan persekutuan untuk mengajak orang ramai membuat bantahan dan demonstrasi jalanan … bila kerajaan mengapung harga minyak berdasarkan pasaran semasa dia juga orang pertama bersuara mengatakan tindakan kerajaan salah … dan bila harga minyak RON95 menurun… dia juga yang TIDAK BERPUASHATI dan mengatakan kerajaan menipu dan mendapat lebihan cukai yang banyak …  tugasnya sebagai ahli YB hanya untuk MENGUTUK dan MENYEBAR MAKLUMAT yang dia perolehi dari barua-barua di jabatan-jabatan kerajaan … dan dia sedaya upaya mungkin akan mencari KESALAHAN Kerajaan semata-mata dan akan ‘spin’ atau putar belitkan fakta-fakta itu … seperti dia lah HERO yang akan membongkar salahlaku kerajaan pimpinan DS Najib … dan ramai yang termakan dengan helahnya … walhal bak kata orang perumpaan Melayu lama ‘Umpama Ayam Jantan yang berkokok berderai-derai tetapi ekor bau taik’ … begitulah mat politik ini yang tidak sedar didalam parti nya dan pakatan yang disertainya lebih banyak SALAH LAKU yang dilakukan ..tetapi semuanya HALAL dan OK jika ianya melibatkan mereka .. inilah permainan mat politik ini …  dan hari ini ternyata … orang-orang Malaysia menipu diri sendiri apabila menyalahkan kerajaan kerana tidak menurunkan harga minyak … sebab mereka MAMPU membeli minyak yang lebih mahal apabila RON97 yang harganya lebih mahal daripada RON95 sentiasa habis di stesen minyak kerana permintaan yang tinggi oleh pengguna.. alasan mereka .. RON97 lebih berkualiti dan baik untuk kenderaan mereka … Ciiiit!!! ….

Yang sorang nie..tak payah cerita .. dialah pelakon paling dramatik dan hebat abad ini .. semasa banjir dia berada di luar negara dengan alasan tiada tiket untuk pulang lebih awal .. dan alasan nya diterima oleh penyokong tegarnya..malah semakin dipuja kerana perihatin kepada nasib mangsa-mangsa banjir walaupun tidak mengangkat sebatang jari untuk membantu mangsa banjir ..ataupun membasahkan kaki meredah banjir … hebatnya ilmu politik mamat sorang nie … bila PM tak ada dalam negara..punya la bising macai-macainya..di ‘troll’ di laman media sosial .. ‘Awak kat mana? Awak kat Mana?’ .. tapi bila orang troll mamat nie ngan isterinya yang juga seorang YB (kawasan dia pun terlibat banjir) .. macai-macai mereka kata ..dia bukan PM ..kenapa cari dia .. eh? Boleh pulak macam tu ye? Sekarang nie dia orang tanya mana isteri PM semasa banjir ..tapi dia orang lupa mana isteri mamat nie semasa banjir ? bukan la nak menyokong PM tapi .. biar adil .. sebab itu yang parti mereka perjuangkan ‘KEADILAN’ … jangan asyik tanya orang dimana mereka semasa banjir .. tanyalah pemimpin mereka sendiri..dimana mereka semasa banjir ?? baru lah ada ‘KEADILAN’ namanya …  jangan hanya amalkan ianya dianggap ‘ADIL’ bila berlaku di pihak mereka ..dan tidak ADIL jika ianya tidak memihak mereka …

Maaf la..di awal tahun 2015 ini aku dah mula membebel dan bercakap hal-hal politik pulak .. bukan nya aku nak memihak kepada mana-mana pihak tetapi aku rasa bengang dua tiga hari lepas membaca komen-komen orang-orang yang tidak tahu erti KESYUKURAN dan orang-orang yang tak tahu nak mengucapkan TERIMA KASIH kepada segala usaha dan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan persekutuan, sukarelawan, penjawat awam dan NGOs serta parti politik .. sepanjang banjir melanda negeri-negeri Pahang, Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Kedah … kelibat manusia yang sering menyalak .. sering mengutuk kerajaan.. dan sering berkata memperjuangkan kebajikan rakyat..langsung tidak nampak … kalau ada pun ..hanya publicity stunt yang cuba dilakukan oleh pemimpin mereka yang paling pendek sekali … sebab orang lain paras air kat lutut..dia pulak boleh sampai kat dada.. pelik sungguh.. nak menipu pun biar la logik kan.. he he he.. pada aku walau pun mereka benci dan tak suka dengan kepimpinan kerajaan persekutuan sekali pun.. sekurang-kurangnya .. bersikap matang dan professional sikit terutama dalam masa musibah .. jangan selesai sahaja banjir mula kutuk..mula persoalkan bermacam-macam .. diri sendiri tak buat pun..dok bercakap sahaja .. kalau buat taka pa la juga kan … dan beginilah ragam politik di Malaysia yang semakin kalut..mencarut dan kebudak-budakan …


Justeru di tahun baru 2015 ini .. wishlist aku ialah untuk melihat semua pemimpin politik bersikap lebih matang .. tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh .. dan sensitive yang bersifat perkauman .. dan keagamaan … agar perpaduan dan keharmonian Negara terus kukuh dan utuh. SELAMAT TAHUN BARU 2015. 

No comments:

Post a Comment