Friday, January 23, 2015

GANAS ..GANAS ..KEGANASAN…

Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang melakukan keganasan terhadap wanita melalui semua peruntukan undang-undang sedia ada bagi menjamin keselamatan golongan itu di tempat kerja  (Utusan Malaysia, 19 Januari 2015) kenyataan daripada YB DS Hajah Rohani Abd.Karim mengulas mengenai kejadian yang menimpa terhadap seorang wanita penjawat awam di KKMM baru-baru ini. YB DS Ahmad Shabery Cheek pula mengatakan sebarang kekerasan dan keganasan terhadap wanita tidak boleh diterima dalam apa cara pun (Bernama, 19 Januari 2015) apabila mengulas kejadian yang sama. Pada aku rakyat Malaysia semakin ganas ….berbanding 20 tahun yang lalu … mungkin ada keganasan berlaku ..samada tidak dilaporkan oleh media ataupun pada zaman itu pencapaian maklumat adalah terhad berbanding hari ini..dimana maklumat boleh dicapai di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Aku kata orang Malaysia semakin ganas kerana berita-berita keganasan yang melibatkan orang Malaysia semakin meningkat … kalau 20 tahun dahulu .. nak dengar berita orang kena bunuh dalam berita-berita perdana atau mainstream media .. amat jarang sekali berbanding hari ini… saban hari media menceritakan mayat-mayat mangsa yang dibunuh … dalam pelbagai keadaan..ada yang ditembak … ada yang dikelar ..ada yang dicincang dan ada yang dibakar atau di bom … cukup ngeri mendengar berita-berita sedemikian rupa … mudah-mudahan pihak berkuasa dapat membendung gejala seperti ini berleluasa di negara kita.

Isu keganasan rumahtangga .. memang hari hari ada … dari kena tampar..kena pukul dan kena dera .. agak menghairankan bila membaca ceritera-ceritera mereka yang terlibat dalam keganasan rumahtangga .. awalnya mereka bercintan cintun .. bagai merpati dua sejoli ..bagai Laila dan Majnun … tetapi setelah bahtera berlayar .. ke lautan samudera ..rupanya ombak dan badai gagal dibendung .. baru tahu perangai sebenar pasangan .. yang dulunya cukup romantis.. yang dulunya cukup penyayang … yang dulunya cukup baik hati ..rupanya hanya lakonan semata-mata … hanya pura-pura … berlakon sahaja.. abam yang hensem rupanya ganas …panas baran … abam yang bergaya dulu rupanya .. ha ha ha … akhirnya hanya deraian air mata menemani badan yang tersiksa …. Seperti lagu nyanyian Alyah ‘Sesal Separuh Nyawa’ … aku pelik ..kalau dah tak suka..cerai jer la .. kenapa nak dera bagai … sama juga yang perempuan … mohon cerai.. bawa la ke pihak yang berwajib seperti mahkamah syariah … nie ..bila ditanya kawan-kawan … ‘aku masih sayangkan dia’ .. tapi hari-hari mengadu kena penampor suami ..kena terajang..kena herdik … berdasarkan Laporan KPWKM dalam tempoh 10 tahun dari tahun 2002 hingga 2012 terdapat peningkatan sebanyak 27 peratus kes keganasan rumahtangga (Malaysiakini.com).

Keganasan rumahtangga juga berkait rapat dengan keganasan terhadap kanak-kanak..kes-kes penderaan .. seperti pengabaian kanak-kanak .. penderaan seksual terhadap kanak-kanak … pun hari-hari kita baca di media arus perdana dan media-media sosial.. dan penderaan oleh pekerja-pekerja tadika yang selalu menjadi viral di laman media sosial …banyak kes melibatkan penderaan kanak-kanak seperti ‘mati disepak kekasih ibu’ .. ‘dera budak sampai mati’ ‘bayi didera pengasuh taska’ , ‘bapa belasah bayi lapar’ dan paling sadis dan tidak berperikemanusiaan ialah kes seperti ‘bapa didakwa rogol dan bunuh anak’, kanak-kanak umur 10 tahun dirogol bapa saudara dan tiga abang’ dan ‘perkosa anak tiri sejak tujuh tahun’.. kebuasan nafsu dan keganasan terhadap kanak-kanak tidak membataskan siapa mereka… ayah, ayah tiri, abang, saudara sepupu ataupun kekasih ibu.. ataupun orang lain…sungguh perit dan derita kanak-kanak yang diperlakukan oleh manusia-manusia durjana yang hanya berTUHANkan nafsu serakah mereka sehingga bayi berusia 3 bulan pun boleh membangkitkan nafsu syaitan mereka … bagi kes-kes seumpama itu… pihak berkuasa harus bertindak keras sepadan dengan kekejaman yang manusia-manusia ganas dan buas ini lakukan kepada kanak-kanak yang tidak berdosa dan tidak berdaya mempertahankan diri mereka …

Isu keganasan juga berlaku di jalan-jalan raya seperti peragut, penyamun dan perompak yang mengambil kesempatan ke atas pengguna jalan raya dan orang awam lain .. kes-kes ragut banyak mendatangkan musibah dan bencana kepada mangsa .. ada mangsa yang bernasib baik ..masih boleh menceritakan detik-detik kecemasan yang mereka lalui.. ada mangsa yang bukan hanya diragut harta bendanya..tetapi juga nyawa mereka juga … akibat keganasan peragut yang hanya mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang ringgit. Peragut-peragut tidak semestinya penagih dadah tetapi 90 peratus adalah golongan belia yang berkeliaran menggunakan motosikal … dan mereka ini seringkali menyebabkan ‘onar’ dalam masyarakat ..akibat tindakan yang tidak berperikemanusiaan mereka ..yang tidak ada belas kasihan .. justeru apabila mereka ditangkap oleh orang awam … mereka juga tidak diberi belas kasihan …setimpal dengan perbuatan jahat yang mereka lakukan.. walaupun dari segi undang-undang ianya salah..tetapi sukar untuk membendung kemarahan masyarakat yang amat membenci keganasan yang telah mereka lakukan …


Keganasan orang Malaysia telah menyerap ke dalam sukan terutamanya bolasepak…dan kerap berlaku rusuhan dan pergaduhan selepas pertandingan bolasepak..bukan sahaj melibatkan pasukan dalam negara malah… terhadap penyokong bolasepak luar negara … keganasan remaja semakin menjadi di sekolah-sekolah dan kes-kes buli samada lelaki dan perempuan semakin menguji pihak berkuasa … dan keganasan rakyat Malaysia dibuktikan jua melalui demonstrasi jalanan yang seolah-olah mencabar pihak berkuasa mengambil tindakan… justeru persoalanya .. keganasan di negara ini semakin menjadi-jadi .. dan apakah faktor penyebab ianya begitu ?? Isu rakyat Malaysia dilatih sebagai militant untuk berjuang dengan negara-negara luar .. kononya berjihad .. melibatkan golongan muda yang idealis dari segi keagamaan … malah mereka bangga berjuang disamping orang-orang yang tidak mereka kenali ..dan berjuang untuk negara yang tidak pernah memberi apa-apa kepada mereka … kenapa ?? Inilah persoalan yang harus ditangani oleh pihak-pihak yang berkuasa …agar ideologi mereka ini tidak terus disebarkan dengan meluas .. kerana ianya amat membahayakan negara ini yang semakin kompleks dengan pelbagai isu ekstrimism terhadap agama dan kaum .. sama-sama kita berharap kerajaan mampu menangani isu keganasan yang sesungguhnya amat menakutkan ini … dan peristiwa seorang penjawat awam di serang di pejabatnya adalah contoh betapa tempat kerja juga tidak selamat daripada penjenayah meskipun kawasan dan persekitaran ada pengawal … 

No comments:

Post a Comment