Monday, January 26, 2015

NAK KENA ROTAN KE??

Aku sebelum ini menulis pasal keganasan yang melibatkan kanak-kanak dan terbaru tajuk akhbar arus perdana ‘Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah’ telah menjadi viral dan ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan yang akan dikemukakan oleh kerajaan dan tidak kurang pula yang mengejek  Menteri KPWKM melalui laman media sosial ..tanpa membaca sepenuhnya kandungan cadangan tersebut .. dan sepertimana sikap orang kita yang cepat melatah .. tajuk yang amat provokatif itu menjadi topik hangat terutamanya selepas dua rakyat Malaysia dihukum di negara Sweden gara-gara merotan anak .. suatu yang dianggap penderaan fizikal dan tidak dibenarkan di negara tersebut .. akibat dari salah tanggapan dan juga salah pemahaman kerana tajuk berita yang mengelirukan … pelbagai pendapat dan pandangan dikemukakan oleh ahli-ahli akademik dan juga pakar agama dalam perkara tersebut termasuk lah desakan untuk menarik balik cadangan tersebut oleh pemimpin-pemimpin politik ….

Sepatutnya pihak media, terutamanya media arus perdana tidak terikut-ikut dengan cara dan gaya media-media yang gemar mensensasikan berita … walaupun untuk mengaut keuntungan … memang betul laa… kalau tajuk berita ‘membosankan’ tiada sapa nak baca.. pun begitu dalam hal-hal sebegini … media seharusnya mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak kementerian … ini perkara yang sepatutnya dilaporkan oleh pihak media .. "Rohani mengatakan ianya merupakan sebahagian budaya malaysia untuk memukul secara ringan kanak untuk mengajar mereka. Beliau mengatakan akta baru tersebut melanggar CRC (Yang tidak membenarkan memukul kanak-kanak) apabila ditanya secara spesifik jika akta tersebut akan menghalang ibubapa dari memukul secara ringan kanak-kanak" Artikel 19 CRC tidak menyebut secara terus mengenai tidak dibenarkan memukul secara ringan seperti menggunakan rotan namun hanya menggariskan keganasan fizikal dan mental, kecederaan atau mendera, pengabaian atau diabaikan penjagaan, salah jagaan dan juga eksploitasi seperti penderaan seksual ..(FB Aathif Aazad, 26 Januari 2015)

Apa yang aku baca yang menjadi kesalahan jenayah ialah apabila ibu bapa merotan anak sehingga mendatangkan keceraan fizikal … dan bukan nya merotan anak secara ringan bagi mendidik anak-anak untuk berdisiplin dan melaksanakan tanggungjawab seperti bersolat ataupun mengaji Al-Quran .. aku percaya ramai dikalangan kita pernah dirotan oleh guru-guru mengaji Al-Quran .. kerana selalu tidak memberi perhatian kepada mengaji .. asyik nak main saja … dan aku juga percaya ramai yang seangkatan dengan aku yang kena rotan oleh guru-guru disiplin di sekolah kerana sering melanggar peraturan sekolah atau tidak membuat kerja rumah … pun begitu merotan oleh guru ketika itu tidaklah menjadi satu isu kerana ianya tidak dilakukan sehingga mendatangkan kecederaan yang serius atau kecederaan fizikal … bab sakit kena rotan tu biasa laa..saja nak mengingatkan kita bahawa kita ini nakal dan selalu tidak buat kerja rumah … kalau bagitau mak ayah balik rumah..mungkin ada lagi ‘tambahan rotan’ … dan jika mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 memang tiada disebut mengenai hukuman merotan itu satu jenayah dan inilah yang menjadi teguran oleh CRC kepada Malaysia kerana ianya boleh mengundang kepada penderaan fizikal .. dan secara dasarnya Malaysia cuma menerima beberapa cadangan penambahbaikan tersebut untuk memperbaiki undang-undang sedia ada. Malaysia masih tegas menolak cadangan yang memperendahkan martabat undang-undang syariah. CRC juga memberi kelonggaran kepada negara untuk memperbaiki undang-undang sedia ada berdasarkan budaya tempatan (Sinar Harian 26 Januari 2015).

Sejujurnya aku tak berani mengulas berkaitan agama kerana tiada kepakaran pun.. dan isu ini sepatutnya diberi penjelasan lanjut agar ianya tidak di ‘spin’atau diputrabelit oleh pihak tertentu yang ingin dilihat sebagai ‘jaguh’ atau ‘hero / heroine’ dengan alasan mempertahankan agama dan juga budaya masyarakat … kadang-kadang aku rasa pelik camana la agaknya kita nie nak maju dalam tahun 2020 yer.. sedangkan kita masih lagi dibelenggu oleh mentaliti yang mudah rapuh dan dipengaruhi oleh sesuatu yang belum dipasti sahih dan kebenaranya… terus jer jatuhkan hokum ..cemuh .. desak .. dan buat demonstrasi … mungkin orang kita nie sentiasa nak cepat … sampai tak habis dibaca ..terus buat kesimpulan … he he he… ‘Membaca akan dapat menjana pemikiran seseorang dalam melahirkan idea yang bernas, menambahkan ilmu pengetahuan, meningkatkan martabat diri, mengisi masa lapang dan juga bijak dalam membezakan sesuatu perkara’ (Tun Mahathir Mohamad).


Maka iktibar dari pandangan Tun Mahathir itu ialah ..baca dengan teliti terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kesimpulan … fahami maksudnya..hayati kandungan nya.. jangan main tangkap muat jer… 

No comments:

Post a Comment