Banjir
di negeri-negeri di Semenanjung dah mula nak reda… begitu juga dengan negeri
Sabah .. tapi banjir baru nak bermula di negeri Sarawak … adakah banjir di
Sarawak ini akan berlaku nya seperti di Kelantan atau hanya banjir biasa yang
berlaku saban tahun? Setakat ini ramai yang dipindah ke kawasan yang selamat
(menurut berita rasmi) .. pun begitu ada lagi manusia-manusia yang tak reti nak
simpati .. cuba menagguk di air keruh (dah la air banjir memang keruh pun) .. dengan
menyebarkan maklumat-maklumat palsu yang boleh menyebabkan ramai orang panic …
adoiiii … coba la bertanggongjawab sikit.. apa untungnya engko orang sebar
maklumat palsu tu… dapat bayaran ke dari mana-mana pihak …. ?? atau memang dah
hobi suka sebar maklumat palsu?? … tak takut dan tak serik ka dengan apa yang
bakal berlaku kepada penyebar maklumat palsu ?? Ingat lagi ke dengan berita ini
“Polis menahan sepasang suami isteri yang
bekerja sebagai guru kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan bah
kuning yang melanda negeri ini menerusi aplikasi WhatsApp baru-baru ini” (Utusan
Malaysia, 11 Januari 2015) dan “Polis
Kelantan menahan seorang juruteknik lelaki berusia 37 tahun yang disyaki
menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir melalui laman sosial Facebook” (The
Malaysian Insider, 7 Januari 2015). SKMM juga giat membuat siasatan terhadap
penyebaran maklumat palsu seperti yang terkandung dalam kenyataan media mereka
sebelum ini “MCMC terus mempergiat lagi
siasatan penyebaran berita palsu banjir yang berleluasa dan hari ini meminta
beberapa lagi individu untuk tampil memberi keterangan terhadap penyebaran
berita palsu banjir menggunakan aplikasi media sosial dan aplikasi pesanan” (Kenyataan Media SKMM, 30 Disember 2014).
Justeru
aku rasa sangat pelik bilamana ada manusia yang gemar untuk mengelirukan orang
lain dengan menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih dan tidak benar..aku
juga rasa agak pelik bila ada yang suka-suka nak share pulak .. konon-konon nya
itulah berita yang terkini … atau berebut-rebut nak sebarkan berita yang
terkini tanpa terlebih dahulu merujuk kepada sumber sebenar .. aku pecaya dalam
menghadapi apa jua bencana pasti ada jawatankuasa yang telah
dipertanggungjawabkabn oleh pihak pemerintah … seperti Jawatankuasa Bencana Banjir
… dan mereka inilah yang sepatutnya mengeluarkan amaran dan juga arahan … dan
mereka jugalah yang sepatutnya di rujuk terlebih dahulu … dan aku pasti
nombor-nombor telefon untuk dihubungi sentiasa terbuka kepada masyarakat yang
ingin mengetahui perkara yang sebenarnya … jika sekalipun orang-orang yang
menyebarkan maklumat-maklumat ini tidak menyukai atau tidak menyokong pihak
pemerintah … apakah untungnya dengan menyebarkan maklumat yang salah
semata-mata untuk memburukkan nama pemerintah … cuba bayangkan jika ada kaum
keluarga sendiri yang terperangkap dalam bencana tersebut … pasti orang-orang
yang menyebar maklumat palsu ini akan menyalahkan pemerintah … kerana lambat
membantu kaum keluarga nya.. sedangkan dia sendiri cukup gembira menyebabkan
orang lain panic dengan menyebarkan maklumat yang salah…
Harap
la orang yang hobinya menyebar maklumat palsu pasal banjir di Sarawak tu ..
berubah dan berhenti dari melakukan perkara yang tidak mendatangkan kebaikan
kepada diri dan orang ramai..malah ..akan pastinya mendapat ‘jemputan’ dari pihak yang berkuasa dan
akhirnya akan diberi ‘cuti’ tahap lima bintang dalam kawasan ‘hotel’ yang berpagar besi .. maka
sebelum ianya berlaku kepada sesiapa pun… jangan la buat kerja yang tak ada
faedah langsung… jangan terikut-ikut cara beberapa mamat politik yang datang
dari seberang … yang gemar membuat ‘onar’ kerana ingin dilihat sebagai hero ..
kerana ingin dipuja … dan berbangga selepas usaha memburukkan pemerintah …
tetapi pemerintah yang diburukkan itu lah .. pemerintah yang dihina itulah ..
yang bertungkus lumus .. sehingga ke hari ini … berusaha membantu rakyat yang
ditimpa musibah banjir .. mengeluarkan ratusan juta … untuk membaik pulih
rumah..dan memulihkan kehidupan masyarakat yang membenci mereka … sedangkan mamat
politik yang dipuja dan dipuji.. langsung tak berbuat apa-apa ..selain
menyalahkan orang lain dan memperlihatkan kelemahan orang lain.. kerana itulah
sahaja yang mampu dilakukan oleh mereka.. “Respect
Sensitivities Of Flood Victims, Stop Disseminating False News” (4 Januari
2015) kata Ketua Pengarah Penerangan … sebagai ingatan kepada semua penyebar
maklumat palsu agar sentiasa bersikap toleransi dan memahami … sebab selalunya
kita lupa bahawa hidup ini ada kitaran nya.. hari ini hari mereka..esok lusa.. mungkin ianya
berlaku kepada diri kita dan keluarga kita …
Selain
itu ada juga ‘keyboard warrior’ yang
sengaja mengeluarkan kenyataan menghina seperti ‘bala datang kerana orang
serawak banyak buat dosa’ ..seolah-olah orang yang mengatakan sedemikian begitu
suci murni .. walhal dia sendiri tak sedar dengan menuduh demikian dia membuat
dosa kepada orang-orang Sarawak … apakah dia lupa .. negeri-negeri di
semenanjung lagi teruk dilanda musibah banjir hingga memusnahkan rumah dan
segalanya … adakah itu dosa yang dibuat oleh orang serawak..… ?????????? …
justeru berhati-hatilah dalam membuat kenyataan .. bak kata orang dulu-dulu … “kerana pulut santan binasa ..kerana mulut
tak pasal-pasal badan mu tersiksa dan merana”… dan aku berharap benar ‘keyboard warrior’ sebegini di ambil
tindakan dan dihukum sekeras-kerasnya …. oleh pihak penguatkuasa...
No comments:
Post a Comment