Wednesday, January 28, 2015

BENARKAH BEGITU ?

Sehari dua nie aku tak tau nak tulis apa pun .. dan dalam aku termenung..tiba-tiba ada rakan kongsi sesuatu yang aku rasa … ada kebenaranya ..jika kita perhatikan kebelakangan ini.. aku kongsikan pandangan yang di ‘forward’ kan oleh kawan aku ini untuk kita renungkan bersama ..dan melihat dimana kelemahan dalam masyarakat kita yang sering melaungkan tentang ‘ketuanan’ … tajuk tulisan ini amat menarik sekali iaitu ‘MENGAPAKAH DI MALAYSIA AGAMA KRISTIAN BERKEMBANG DAN AGAMA ISLAM TIDAK?’ (please bear in mind I’m not a religious fanatic ..just sharing what have been shared through the social media such as Whatsapp, Telegram and maybe even Facebook or on other social platforms).. kenapa ye ?? Penulis tu kata kerana ..

1)      Orang Islam menjual / memperdagangkan agamanya!! Air jampi di jula,  kononya telah dijampi ..minyak ubat urut Anugerah..kononya dibacakan ayat-ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga agak mahal … SEDANGKAN .. agama Kristian tak jual produknya ..malahan diberi percuma kepada sesiapa yang mahu … (bila aku baca mula-mula terkezut juga aku .. memang betul pun..malahan banyak lagi produk yang dijenamakan atas nama agama … di pasaran semasa)
2)   Ustaz / ustazah mengajar agama “demand” / minta bayaran tinggi SEDANGKAN mubaligh Kristian berdakwah secara percuma walaupun jauh hingga ke pendalaman.Malahan mubaligh kristian menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.. (ada yang glamer..masuk tv dan radio .. sekarang malah ada program reality nak cari ustaz / ustazah ..siap dipertandingkan lagiii …)
3)   Jabatan Agama Islam sangat sibuk nak tangkap morang berkhalwat, pergi karaoke minum arak ..dan orang bernikah di Siam…SEDANGKAN ..Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan, miskin, mangsa bencana seperti tanah runtuh dan banjir … (hemmm bila teringat tentang bantuan ini aku penah terbaca dalam Majalah Mangga bagaimana seorang lelaki tua yang memohon bantuan ke Pejabat Zakat di arah untuk isi borang dan sebagainya … walaupun hanya mohon bantuan RM100.00 untuk tambang pulang ke kampungnya ..selepas dompet beliau di curi … dan tak seorang pun di pejabat tersebut hulurkan jumlah yang diperlukan, walau sesame agama …. tetapi seorang jaga bangunan keturunan India cadang dia pergi ke sebuah Gereja.. dan dia diberi bantuan oleh gereja berkenaan .. walaupun lelaki itu seorang Muslim ..dan di gereja tersebut dikatakan ada satu balang yang berisi duit dimana sesiapa sahaja boleh mengambil duit berkenaan jika amat-amat memerlukan untuk keperluan diri … )

4)    Gereja boleh dimasuki pada bila-bila masa ..tetapi masjid / surau dikunci KONONYA takut bagi orang masuk tidur atau mencuri … sepertimana Imam solat kerana waktu kerjanya (sebab imam dibayar elaun ) SEDANGKAN ..paderi secara sukarela mengajar … (dan jika amati …kebanyakkan orang kristian menjadi paderi di atas kerelaan mereka sendiri dengan memasuki sekolah teologi .. tetapi tak semua orang yang belajar agama di sekolah agama ingin menjadi Imam atau Khatib di surau atau masjid jika tidak dilantik oleh jabatan agama.. )
5)    Air zam-zam dijual mahal tetapi ‘Holy Water’ orang kristian percuma .. samalah juga Jabatan Agama sibuk nak menghukum dan menakutkan jemaahnya SEDANGKAN kristian sibuk berdakwah..(malahan ada dikalangan ulamak yang tak sependapat pun dalam banyak hal )
6)    Ostad / Ostadzah sibuk promosi ‘jualkan’ tanah suci .. bawa orang ke Mekah, Haji dan Umrah ..harganya mahal ..semuanya berlandaskan keuntungan ..SEDANGKAN para paderi sibuk menaja orang-orang susah / golongan asnaf ..membaiki rumah ..dan memberi bantuan keperluan dapur … (amat jarang kita dengar .. paderi-paderi kristian menganjurkan lawatan ke ‘holy land’ dengan mengenakan bayaran ..tak tau pulak kalau ada )
7)  Pegawai / pengurusan Jabatan agama / tabung zakat / tabung baitulmal ‘sibuk’ dengan promosi kenaikan pangkat..gred dan juga gaji besar ..dimana bajet pengurusan lebih besar agihan berbanding bantuan kepada golongan asnaf SEDANGKAN pertubuhan /NGO kristian dan paderi sibuk membuat amal kebajikan … (aku malas laa nak komen tang niee..nanti orang kata aku memfitnah laa pulak … )
8) Ostad / Ostadzah sibuk menjadi bomoh yang boleh mengubati seribu macam penyakit ..WALHAL ..golongan paderi sibuk berusaha membina hospital atau klinik … (contohnya St.John Ambulance ..dan banyak lagi …)
9) Orang-orang Islam ..sibuk dengan milikan rumah besar..kereta besar..motor besar..demi kepuasan diri ..SEMENTARA orang-orang Kristian terus sibuk berdakwah menarik hati golongan yang tidak berharta ..miskin dan sebagainya … dan last but not least ..kata penulis ini ialah :
10) Dimanakah kesilapan kita dalam mendidik dan membantu orang-orang susah dalam masyarakat kita ? Dimanakah bantuan daripada Baitulmal yang kaya raya kepada masyarakat yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini ? Menurut penulis ..Baitulmal sibuk dengan penyediaan borang yang perlu diisikan oleh mangsa bencana BERBANDING menunaikan tanggungjawab sosial mereka iaitu memberi bantuan dengan kadar segera kepada orang-orang yang memerlukan… dan kata penulis .. satu tindakan yang AMAT MEMALUKAN …


Apa yang aku paparkan ini hanya satu perkongsian untuk diri aku dan sesiapa sahaja yang membaca nya ..tiada niat untuk meMALUkan atau mengAIBkan sesiapa atau mana-mana pihak. Sekadar satu renungan untuk kita perbaiki kelemahan dalam masyarakat kita yang semakin layu dan hilang arah dalam memperkukuhkan kepercayaan dan iman kita … sebenarnya masyarakat kita sendiri yang lemah .. dan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang di bawa dari luar … perhatikan dalam setiap majlis kita … semakin kurang unsur kebudayaan Malaysia .. pasti ada penerapan unsur-unsur luar … 

No comments:

Post a Comment