Tuesday, January 13, 2015

OH NEGARAKU ..

Insiden di Paris Perancis dan di Australia ..dikaitkan dengan keganasan orang-orang Islam dan banyak lagi insiden keganasan yang dikatakan berpunca daripada orang Islam yang terlalu sensitif dan protektif terhadap agama mereka … seringkali alasan yang dikemukakan oleh golongan ekstrim ialah.. penghinaan melampau terhadap agama Islam sehingga mereka tidak lagi mampu membendung kemarahan ..lantas mencetuskan insiden pembunuhan terhadap mereka yang dikatakan menghina … itu berlaku di luar negara dan aku percaya di Malaysia ianya akan berlaku jua jika semua pihak tidak membendungkan sindiran .. penghinaan .. fitnah dan juga cemuhan ke atas satu sama lain.. bagi aku kedua-duanya telah melakukan kesalahan .. yang mencemuh dan menghina salah..yang membunuh pun salah.. sebab sebenarnya kedua-dua pihak adalah pelampau ..ekstrimis yang sama ingin membuktikan kebenaran masing-masing..egois dan tidak mahu bertolak ansur …pada aku kebebasan bersuara atau demokrasi itu bukan satu alasan untuk mencemuh, mempermain atau menghina agama orang lain.. tak kira agama mana pun .. samada Islam, Kristian, Buddha, Hindu ataupun Taoisme … malah tiada seorang pun berhak mempertikaikan cara seseorang itu mengamalkan kepercayaan nya hatta animisme sekali pun..

Harus diingat.. apa yang berlaku di Paris atau Australia itu mungkin perasaan membara yang sudah terpendam bertahun-tahun yang tidak lagi mampu dibendung oleh pelakunya .. sepertimana gunung berapi yang menahan laharnya keluar.. apabila meletus boleh memberi akibat yang amat dahsyat … apatah lagi kita di Malaysia yang mempunyai masyarakat yang pelbagai corak dan warna .. kepelbagaian bangsa..budaya dan agama .. jika terus terusan disindir ..dicemuh..dihina .. tidak mustahil masyarakat kita akan menjadi huru hara juga .. contohnya semakin ramai yang ingin menjadi pejuang dengan menyertai kumpulan militant luar negara .. apakah itu petanda bahawa ianya satu langkah ke arah kewujudan pergerakan militant yang amat berbahaya kepada masyarakat kita..sepertimana peristiwa Al Ma’Unah beberapa tahun lalu .. harus diingat tahap kesabaran manusia itu ada batas had nya … bak kata perpatah ‘sarang tebuan jangan dijolok, kalau dijolok buruk padahnya’ yang mengingatkan kita agar sentiasa berhati-hati dan menjaga kesusilaan dalam apa jua pertuturan dan perlakuan supaya mampu mengekalkan keharmonian negara ini ..

Aku tidak memihak kepada sesiapa .. kerana bagi aku setiap apa yang berlaku itu ada sebab dan puncanya .. sesuatu perkara itu tidak tercetus begitu sahaja ..melainkan ianya sudah menjadi duri dalam daging ..yang terus menjadi api dalam sekam …setiap kaum ada kekuatan dan kelemahanya .. ada keunikan tersendiri yang seharusnya kita sama-sama rungkai dan jadikan asas kepada pembinaan sebuah bangsa yang berjaya dan berdaulat .. carilah kekuatan dalam setiap kaum itu ..untuk dijadikan teras dan memperkukuhkan perpaduan.. jangan dicari kelemahan nya sebaiknya perbaiki kelemahan agar semua pihak mampu berdiri sama tinggi … seluruh rakyat Malaysia harus kembali kepada RUKUN NEGARA .. menjadikan lima (5) prinsip itu sebagai panduan hidup untuk dihayati bersama .. kerana sesungguhnya negara Malaysia ini tidak wujud di atas satu kaum sahaja .. ianya diasas di atas kudrat..jerih peluh dan darah semua pihak yang telah sama-sama mengorbankan kepentingan masing-masing … untuk menjadikan kewujudan Malaysia sebagai satu realiti .. di peta dunia.


Confucius pernah berkata ‘When anger rises, think of the consequences’

No comments:

Post a Comment