Kisah
pelajar dari keturunan Lun Bawang yang di arah pulang oleh seorang Pengetua
sekolah di Cheras membuktikan betapa cetek nya pengetahuan beberapa rakyat kita
tentang Gagasan 1Malaysia yang di war-warkan oleh DS Najib .. ianya juga
membuktikan Gagasan 1Malaysia tidak dihayati oleh sebahagian besar rakyat
Malaysia .. yang mengaku diri mereka terpelajar .. berilmu dan berpengetahuan
luas … insiden itu secara jelas membuktikan bahawa sikap yang tidak
bertoleransi dan penetapan ‘ownership’ yang masih menebal dikalangan warga
negara Malaysia .. khususnya di Semenanjung Malaysia. Di negeri Sarawak ..ianya
tidak menjadi isu atau halangan kerana kebanyakan etnik sudah menerima budaya
dan cara hidup orang-orang Melayu .. dan menganggap penggunaan baju kurung
sebagai pakaian yang biasa untuk semua kaum dan bukan cerminan kepada sesuatu
bangsa atau keturunan.Persoalanya
kenapa ianya berlaku ? Peraturan … so kenapa peraturan itu wujud ??? .. pihak
kementerian tak buat pemeriksaan ke ??? Kenapa tak seragam ?? Itulah
soalan-soalan ke atas ‘kekeliruan’
yang diperkatakan oleh sesetengah pihak ke atas insiden tersebut. Pada aku
tidak ada kekeliruan kerana ini negara Malaysia di mana pakaian, makanan tidak
menentukan agama atau pun etnik seseorang itu ..ianya juga tidak mencerminkan
keALIMan seseorang … dengan mengambil beberapa contoh … iaitu … ramai wanita
mengayakan 3 piece suit bila bekerja
..sedangkan mereka bukan ‘orang putih’ walhal 3 piece suit itu budaya orang putih… ramai guru-guru bukan melayu
yang menggunakan baju kurung … kenapa seorang pelajar pulak tak boleh ?? ..
ramai orang Melayu guna topi haji ..sedangkan mereka belum pergi haji .. ?? so
..CIKGU … paham tak maksud saya ..get my
drift?? Bukan nak ridicule u … it is just about applying the common sense.. iaitu menggunakan akal
yang waras untuk berfikir.. bahawasa nya … baju kurung sudah diterima oleh
sebahagian besar rakyat negara ini sebagai pakaian biasa .. yang boleh
digunakan oleh sesiapa sahaja .. dan bukan untuk Melayu sahaja … sama macam
pakaian lain yang dipakai oleh seluruh masyarakat tanpa cerminan atau hak
mutlak suatu kaum dan etnik…
Maka
..jangan buat selective perception..
sama macam nak hokum budak-budak perempuan yang kena peluk penyanyi K-Pop tu ..
adooiiyaaiii … kesian kat budak-budak tu..dah la kena kutuk satu negara ..kena
viral .. tiba-tiba ada pulak pihak nak tangkap dan hukum mereka … dan aku amat
bersetuju dengan pandangan YB Dato Seri Ahmad Shabery Cheek dan juga YB Dato
Abdul Rahman Dahlan yang menyarankan..agar budak-budak tu diberi nasihat dan
kaunseling..tak payah nak ambik tindakan yang begitu drastic..nak hukum dan
sebagainya.. sebab banyak lagi orang lain yang melakukan lebih teruk daripada
itu .. kadang-kadang ‘penguatkuasa’ di Malaysia nie selalu buat ‘selective punishment’ … maka sebab
itula semakin ramai yang marah kepada pemerintah … dengan mengambil contoh iaitu orang-orang
bukan Melayu dan bukan Islam akan dianggap rasis dan bersifat perkauman ..jika
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina atau mempersoalkan hal ehwal
orang Melayu dan agama Islam … tetapi terdapat orang-orang Islam dan orang
Melayu yang secara terang dan nyata mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang
menghina kan kaum lain dan agama mereka..tidak diambil tindakan malah dikatakan
mempertahankan hak-hak mereka .. justeru timbul la persepsi bahawa pemerintah
hanya mementingkan orang Melayu dan Islam sahaja … dan tidak memperdulikan
hak-hak kaum lain … MAKA dengan itu bagi MENANGANI PERSEPSI ini pihak berkuasa
atau penguatkuasa harus mengambil tindakan yang sama kepada SEMUA pihak tanpa
mengira etnik, kaum atau agama serta kedudukan dalam masyarakat..
yakni..sesiapa sahaja yang menghina kaum atau agama orang lain PERLU diambil
TINDAKAN selaras dengan undang-undang yang ada …
Pihak
kerajaan harus dilihat bersikap adil dan saksama kerana telah mewujudkan
Gagasan 1Malaysia yang seharusnya menjadi tunjang kepada pembudayaan hidup
negara ini dimana setiap warganegara mempunyai hak yang sama untuk bersuara ..
walaupun bukan kebebasan bersuara yang mutlak..sebab TIDAK ada di dunia ini
yang memberikan KEBEBASAN bersuara yang mutlak ..hatta di negara Amerika
Syarikat sekalipun yang melaungkan
kebebasan bersuara dalam komuniti mereka …jangan menjadi seperti
pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yangkerap membuat PERSEPSI TERPILIH..yakni
hanya melihat NEPOSTISME berlaku dalam kerajaan yang memerintah tetapi TIDAK
SEDAR ..dan BUTA terhadap NEPOSTISME yang berlaku di dalam parti mereka seperti
PKR , DAP dan PAS .. di dalam PKR .. dari ayah..ibu sehingga anak menjadi wakil
rakyat .. sama juga dengan DAP yang mempunyai suami isteri ..anak beranak
sebagai Ahli Parlimen atau ADUN dan juga PAS … seumpama perumpamaan yang
menyebut ‘kuman di seberang laut BOLEH
dilihat, tetapi gajah dihadapan mata TIDAK nampak’.. maka di pihak kerajaan
perlu mengambil iktibar bahawa perlunya memperbaiki segala kelemahan,
memperkukuhkan yang sudah ada.. tanpa perlu menilai atau memperlihatkan
kelemahan di pihak lain… HARI INI .. JELAS dan NYATA bahawa pemerintah TIDAK
PILIH kasih dalam memberi bantuan kepada negeri-negeri yang dilanda musibah dan
bencana banjir..walaupun ada negeri yang diperintah oleh GOLONGAN yang pernah MENDOAKAN
keruntuhan dan kehancuran kepimpinan DS Najib .. dan mengkafikrkan mereka…
malah rakyat negeri itu mendapat pelbagai bantuan dan nikmat daripada
kepimpinan yang pernah mereka tolak caci dan hina …
Justeru
… kepemimpin pemerintah yang berwibawa jangan lah cepat melatah apabila adanya
isu-isu panas.. yang memburuk kan mereka ..jangan..sepertimana sekor mamat yang
mengelar dirinya pakar strategi … yang sering meroyan .. dan kerjanya hanya nak
cari salah kerajaan semata .. bila harga minyak naik..dia marah kerajaan..
sebab tak berperikemanusiaan kepada rakyat.. bila harga minyak turun.. dia
marah kerajaan juga .. sebab tak berperikemanusiaan kepada pemilik stesen
minyak yang menanggung kerugian … dan ramai yang menunggu bila dia nak ajak
rakyat berdemonstrasi terhadap pemiaga dan peruncit yang tak menurunkan harga
barang … dan hari ini dia meroyan pula hal 1MDB …
No comments:
Post a Comment