Monday, January 12, 2015

K-POP ? FUIYOO ...

Wow.. kecoh satu Malaysia bila anak-anak Melayu yang bertudung dibelai, dipeluk dan dicium oleh penyanyi K-Pop .. macam-macam komen ostad..ostadzah dan bijak pandai hal agama terhadap mereka dan juga penganjur …kalau tengok gambar-gambar dan video-video yang dikongsikan…memang la tidak sesuai langsung tapi apakan daya perkara sudah berlaku …mulalah nah cari kambing hitam… SALAH SIAPA SEBENARNYA? Salah la diri kita sendiri .. sebab kita terlalu sibuk cari kesalahan orang lain.. terlalu sibuk cari kelemahan kepercayaan dan agama orang lain… sampai kita alpa nak perkukuhkan benteng yang membataskan kebebasan masyarakat kita.. kita marahkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah .. tetapi cara kita bernikah ..berkahwin .. malah nak melamar pun TIRU cara orang Kristian … adab dan budaya kita sudah terhakis oleh pengaruh luar .. dan segalanya diterima oleh masyarakat kita dengan tangan yang terbuka… maka lihat balik dimana kelemahan dalam masyarakat kita sebelum tuding jari pada orang lain … malah ada perkahwinan siap dengan tarian macam orang Yunani dahulu …

Nak marah K-Pop? Penganjur? .. mereka datang untuk menghibur dan penganjur pula ambik peluang buat duit di atas kegilaan orang-orang Malaysia yang fanatic dan minat giler dengan K-Pop…. sebagai penyanyi mereka nak buktikan betapa sayang nya mereka terhadap peminat mereka … yang sengalnya budak-budak perempuan tu la.. yang bengap sangat membiarkan diri mereka diperlakukan macam tu…hanya kerana begitu minat dengan K-Pop.. alaaaa haai ..macam la u all nie tak tahu bagaimana sengal dan bengap nya segelintir kumpulan manusia yang mengagung dan mendewakan seorang pemimpin politic sehingga tiada cacat celanya dia.. walau berkali-kali dikaitkan dengan  salahlaku moral .. dan ketaksuban melampau segolongan lagi manusia yang menanggap hanya mereka yang terbaik.. dan boleh masuk syurga kerana menyokong parti dan ideology mereka.. dan disebabkan itu budak-budak perempuan tu boleh dianggap mencontohi serta menteladani kebengapan dan kesengalan masyarakat kita sendiri..

Terlalu banyak contoh-contoh yang tidak baik dipertontonkan dalam masyarakat kita yang kita sendiri anggap sebagai biasa.. kes liwat..kes khalwat pemimpin-pemimpin politik yang diambil serius oleh pemimpin politik luar negara … sehingga mereka sanggup letak jawatan kerana isu moral dan kredibiliti .tetapi di negara kita .. walau runtuh langit dan berkecai bumi .. pemimpin-pemimpin yang berkaitan tidak akan sesekali menyerah kalah apatah lagi nak mengundur diri secara terhormat … kalau dalam bahasa Sarawak ‘jauh pak awi’ … atau bahasa melayu ‘jauh panggang dari api’ … mudahnya ‘jangan bermimpi di siang hari’ … samalah contoh-contoh yang dipaparkan dalam dunia hiburan kita .. setiap stesen TV sentiasa bersaing untuk mendapatkan penonton yang ramai.. hingga ada yang tanpa rasa terkilan sanggup tayang telenovela Latin yang banyak memaparkan adegan-adegan menghairahkan … tetapi tiada siapa yang tegur … malah ada tayangan kartun yang seksi seperti anime .. yang menjadi ikutan golongan remaja …


Maka.. seeloknya perkukuhkan benteng-benteng budaya kita … agar masyarakat Malaysia keseluruhan nya tanpa mengira kaum dan agama dapat menghayati budaya dan adab kesopanan yang tinggi … boleh minat kepada penyanyi luar tetapi jangan sampai dibuai khayalan ..dan menggadai maruah bangsa sendiri … 

lets’ rock with the time but know what is right and wrong ..before we jump on the bandwagon.. aku kagum dengan Korea yang mampu mempengaruhi anak muda kita .. tetapi kenapa kita tidak mampu mempengaruhi orang luar dengan budaya kita ?

No comments:

Post a Comment