Tuesday, January 6, 2015

EH ! EH ! HARGA MINYAK DAH TURUN LAA…

Bila harga minyak turun masih ramai yang mengeluh …sebabnya harga barang masih lagi mahal… harga keperluan harian masih mahal … baju pakaian serta keperluan sekolah masih mahal … dulu ada seorang mamat politik yang bijak pandai kata ..kalau nak harga barang turun … kena turunkan harga minyak !! … tapi harga minyak dah jauh turun..sampai 35 sen… tapi taka da satu barang pun yang turun … minuman dan makanan masih lagi di paras harga yang dinaikkan oleh peniaga makanan … yang beralasan harga minyak tinggi … pada masa itu… sebab barang-barang diangkut menggunakan lori yang guna minyak … dan pengusaha-pengusaha lori caj tinggi … pelik kan ? Tak ada seorang pun peruncit ..peniaga makanan yang bising-bising..meracau-racau dan meroyan bila harga minyak turun … sebab mereka masih untung… yang meroyan sekarang ialah pengusaha stesen minyak .. sebab mereka kata konon nya mereka beli minyak pada harga tinggi dan kini terpaksa jual pada harga murah … aku tak tau la berapa lama satu tong simpan minyak mereka boleh tahan … setahun ke? sebulan ke ? … ini pun pelik kan ? masa harga minyak tinggi ..tak seorang pun pengusaha minyak meracau-racau atau meroyan .. walaupun membeli harga minyak pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi… memang betul la mereka ini orang-orang yang suka berminyak minyak dengan pengguna kan ?

Lagi pelik bila tak ada satu statement pun daripada mana-mana persatuan peniaga yang mencadangkan kepada ahli-ahli mereka untuk menurunkan harga makanan .. harga minuman ..ataupun barang keperluan lain… malah pihakk-pihak yang sebelum ini cukup hebat sebagai wakil pengguna pun tak bersuara langsung … membisu seribu bahasa … aaahh.. mungkin semuanya masih sibuk dengan musibah banjir .. ye la kan sedara mara yang terkena musibah banjir kena dibantu … mamat politik yang beriya-iya nak buat demonstrasi bantah kenaikan harga minyak hari tu pun tak bersuara … tak ada cadangan ka nak buat demonstrasi boikot barang yang masih tinggi harganya ?? … atau masih sibuk menyediakan pelan strategik bagaimana nak mengadakan demonstrasi yang hanya ada kepentingan seorang individu sahaja ke… atau masih cari idea nak putar belit fakta? Tak apa laa… harga minyak dah turun nie … bila harga barang nak turun oiiiii?? … bila pulak pihak berkuasa nak keluar statement arahkan syarikat bas turun harga tambang .. atau arahkan pembekal ..peniaga dan peruncit..turun harga barang ??? ..kita tunggu dan lihat betulkah harga minyak yang menentukan harga barang di pasaran … sebab towkay-towkay sering menyalahkan kerajaan.. bila harga minyak naik ..mereka terpaksa naikkan segala benda yang ada … walaupun kebanyakkan stok-stok lama … apakah alasan untuk tidak menurunkan harga barang ?? Stok lama ka ?

Lagi satu pelik ialah pengguna .. iaitu orang kita … masa harga minyak naik … bising bagai nak rak .. tuduh kerajaan zalim dan sebagainya … tapi bila minyak turun … aih? Boleh pulak beli minyak yang lebih mahal .. dengan alasan .. RON95 tidak berkualiti dan tidak bagus untuk kenderaan mereka!! Peh! Mampu pulak beli RON97 yang 20 sen lebih mahal sampai pengusaha stesen minyak ..pun dah buat hal ..asyik kata ..stok Ron97 habis..tak sampai lagi order mereka … bila Ron95 naik 10 sen… perrrgh…. seantero dunia suara rakyat Malaysia .. siap buat perbandingan dengan pelbagai grafik … hebat..bila bab cari maklumat … tup tup …harga RON95 turun mendadak …. ramai pulak jadi pakar kata RON95 tidak berkualiti … maka sebegitulah perangai kita … walaupun mampu guna minyak lebih mahal… hentam juga pihak pemerintah .. bila harga RON95 naik sedikit.. tengok la lepas nie pasti ada yang meroyan lagi..bila harga minyak naik … 

Aku tak nafikan harga barang makanan masih mahal … tak aku pecaya dan berharap pihak pemerintah mencari kaedah atau mekanisme untuk memastikan harga barang dapat diturunkan (jika BENAR lah harga minyak di pasaran menjadi penentu kepada kenaikan harga barang). Pun begitu pengguna juga mempunyai peranan besar … kalau tau dah harga keperluan harian mahal … carilah kedai-kedai yang menjual barang pada harga patut .. dan belilah barang-barang yang diperlukan sahaja … bagi ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah … banyak kedai yang menjual barang keperluan pada harga yang berpatutan … dah tau kita nie tak berapa nak mampu … ‘ukurlah baju dibadan sendiri’ kata orang-orang tua purbakala .. nasihat yang sepatutnya menjadi panduan untuk kita semua … tapi orang kita nie..suka nak bermegah-megah … nak makan di Starbucks .. Nandos .. Subway .. Pizza Hut .. Chicken Rice Shop … Kenny Rogers Roasters … trendy dan terkini … memang la gaji atau pendapatan tak cukup … semua orang nak yang berkualiti tinggi .. tapi biarla ianya berpatutan … sekali sekala pegi makan di tempat macam tu..tak apala ..tapi kalau dah selalu ..hmmmm kopak la poket jawabnya …

Aku pun tak la sebagus mana..sebab terkadang tu tergolong juga dalam kategori yang tak ‘ukur baju di badan sendiri’  kadang-kadang … bila dah duit abis …baru la terasa peritnya .. dan bila harga minyak semakin menurun nie … semua mengharap harga barang-barang keperluan dan juga tambang menambang ..tak kira la kapalterbang ka.. kereta api ka..bas ka..teksi ka .. turun kan la harga .. ...dan aku percaya ..rakyat juga masih MENUNGGU .... 

No comments:

Post a Comment